Chapter 4

72 jam (72 hours)

Time: 8:00am
Hours left: 60 hours

    Junhyung dapat merasakan cahaya matahari menusuk menembusi kelopak matanya. ‘Dah lama ke aku tidur? Aku mimpi ke selama ni? Hyuna? Hyuna!’  Junhyung cepat-cepat membuka matanya, cahaya yang terang membuat penglihatannya kabur sementara. Setelah penglihatannya kembali normal, hatinya rasa lega apabila wajah isterinya berada di hadapannya. Hyuna menatap muka Junhyung sambil senyuman terukir di bibirnya, “Selamat pagi sayang.”

    Hati Junhyung berbunga apabila mendengar kata-kata Hyuna. Rasa seperti Hyuna tak pernah pergi meninggalkannya, rasa macam hari-hari yang biasa. Junhyung bangun dan berdiri di hujung katil. “Saya nak bawa awak ke sesuatu tempat, awak tunggu sini. Saya nak mandi.” Junhyung mengambil tualanya dan terus ke bilik mandi. Hyuna pun bangun dari katil dan mula merayau di biliknya sendiri. Dia hendak membuka rak bukunya dulu, sebelum tangannya sempat menyentuh pintu, dia tersedar sesuatu.

“Oh, aku tak boleh pegang benda ni. Nanti tangan aku tembus.”

    Sebelum Hyuna hendak berpaling dari situ, naluri hati Hyuna mahu dia membuka rak tersebut. Dia mendekati tangannya ke pintu rak tersebut, hatinya berdebar-debar, dia tidak tahu apa yang dia jangkakan. Tak mungkin dia dapat pegang objek dari dunia ni… Tak mungkin.

    Hyuna menutup matanya dan bernafas perlahan-lahan, tangannya masih menghampiri pintu almari tersebut. Tiba-tiba…

Dia dapat merasakan sentuhkan dengan objek keras. Dia tak rasa terapung-apung macam keadaan nya di dalam kereta Junhyung semalam, oleh kerana dia tidak dapat menyentuh apa-apa objek di dunia dia hampir jatuh tergolek menembusi kereta Junhyung. Mujur dia boleh terapung sedikit, tetapi hari ini… Dia telah mendapat semula deria sentuhannya semula. Hyuna membuka matanya, dia terkejut melihat tangannya berjaya memegang pemegang pintu rak bukunya. Dia membuka pintu rak tersebut, tangannya sempat meraba kayu rak dari atas sampai bawah. Macam tak percaya yang dia berjaya memegang objek dari dunia… Dia mengambil sebuah album gambar dan membukanya, dia meneliti gambar-gambar semasa dia hidup dulu.. Ketika dia bersama Junhyung dan sahabat-sahabatnya.

Flashback -

    Junhyung menongkat dagunya, tersengih melihat Hyuna dari jauh. Hyuna yang dari tadi asyik membaca buku tidak sedar dengan kehadiran Junhyung. Setelah Junhyung dapat tahu bahawa Hyuna dan kawan-kawannya selalu melepak di taman. Dia pun saja merajinkan dirinya datang ke taman dan melihat buah hatinya dari jauh. Junhyung tidak berhenti dari tersenyum, dari mula matanya menatap gadis idamannya, senyumannya masih tidak tertanggal dari muka.

    “Oi ! menghendap anak dara orang ye?” Doojoon menjerit dari belakangnya sambil menampar bahu Junhyung. “Aduh! Diam lah! Nanti dia dengar!” Junhyung menekup mulut Doojoon dengan tangannya, Doojoon meronta-ronta meminta untuk di lepaskan. “Kau buat apa dekat sini seorang-seorang?” Dongwoon bertanyakan Junhyung. “Kan aku dah cakap tadi, dia ni asyik duk menghendap anak dara orang.” Doojoon melepaskan kata-katanya selepas berjaya memboloskan diri dari Junhyung. “Mana ada!” Junhyung menafikan kata Doojoon sambil memukul bahunya. “Kau angau dekat perempuan tu ke?” Hyunseung bertanya sambil bibirnya menjuih ke arah Hyuna. Muka Junhyung menjadi merah padam “M-mana ada! Suka hati kau orang je nak menuduh aku!” Junhyung menafikan ia sekali lagi. “Eleh, muka merah menyala. Suka la tu… Tak boleh belah punya perangai.” kata-kata Gikwang membuat semua sahabat-sahabatnya ketawa. “Kau orang biadap eh!” Junhyung cepat-cepat bangun dari tempat itu dan mengejar sahabat-sahabatnya. Apalagi, lintang pukanglah kawan-kawan Junhyung lari berkelaran dekat taman tu.

    Ga yoon mendengar bunyi jeritan dan gelak tawa budak-budak lelaki dan memandang ke arah mereka. “Jantan mana pulak buat bising ni.” Ji hyun mendengus geram dan menutup bukunya. “Alahai, budak-budak hari tu yang buat bala dekat Hyuna.” Kata Ji yeon spontan mengakibatkan kawan-kawannya ketawa. Hyuna memandang ke arah budak-budak lelaki tersebut, main kejar-kejar macam budak tadika, bibir Hyuna mula mengukir senyuman apabila matanya ternampak Junhyung.

    “Hoi, senyum apa?” Hyuna terdengar So hyun menegurnya. “Uhh… Tak ada apa.” Hyuna cepat-cepat membaca bukunya semula. “Jangan kata kau angau kat mamat bawak bala kat kau tu?” Ga yeon mula mengejek. “Ish! Mana ada lah!” Hyuna menafikannya dan cubit paha Ga yeon. Ga yeon mengaduh tetapi sempat ketawa, “Alahai, tak payah nak cover sangat lah.” Ga yoon berkata lagi. So hyun menepuk paha mereka berdua “Kau orang! Bala datang balik!”.

    Hyuna berpusing ke arah ‘bala’ yang di maksudkan So Hyun. Dia nampak Junhyung berlari ke arahnya tanpa melihat kehadapan, “Hoi! Jaga-jaga!” Doojoon serta merta berhenti berlari. Junhyung belum sempat menoleh dan brek dari lariannya, dia tersadung batu dan jatuh ke arah budak-budak perempuan tersebut. Kepalanya jatuh ke atas peha Hyuna, mata mereka semua terbeliak. Suasana menjadi senyap dan janggal untuk seketika,Junhyung tersengih dan melambai tangannya ke Hyuna.

“Hehe, Haiii…”

Hyuna menarik muka pelik “Uhh, hai?” . Ji hyun mengambil bukunya dan menyepak muka Junhyung dengan buku tersebut. “Aduh!! Sakit lah!” “Hoi jantan gila! Sedap je kau baring kat peha kawan aku!” Ji hyun menengking Junhyung. Junhyung cepat-cepat bangun dan duduk, “Aku minta maaf! Aku tak sengaja!” Dia meminta maaf, sekali lagi. “Apa masalah kau sebenarnya? Asyik-asyik muncul bawa bala dekat kitorang?” So hyun pula menengking Junhyung. “Aku betul-betul minta maaf!” Junhyung meminta maaf dan tunduk. “Dah la, tak payah lah nak tengking dia.” Hyuna menyebelahi Junhyung. “Hoi! Apa hal kau nak back up dia? Entah-entah dia memang saja ambil kesempatan nak baring dekat peha gebu kau tu!” Ji hyun menengking Hyuna pula. Doojoon dan kawan-kawannya datang ke tempat kejadian dan menarik Junhyung bangun. “Aku minta maaf banyak-banyak! Kawan aku ni sengal sikit.” Doojoon sempat lagi mengutuk Junhyung sambil meminta maaf kepada gadis-gadis tersebut. “Bukan sengal sikit, sengal banyak!” Kata Ga yoon sambil menyilang tangannya. “Tambah lagi dengan gatal miang.” Ji hyun dan Ji yeon kata serentak. Hyuna menepuk dahi dan menggeleng kepalanya melihat kerenah kawan-kawannya. “Dah lah, jomlah blah.” kata Doojoon dan menarik lengannya. Junhyung memandang Hyuna “Jumpa lain kali.” dan memberi senyuman kepadanya.

    Hyuna tersengih apabila mendengar statement Junhyung, hatinya rasa macam terbang naik ke langit bersama awan-awan, tiba-tiba kawan-kawan dia pula potong line. “Ahh! Tak ada jumpa-jumpa! Blah lah!” Ji hyun menengking mereka sekali lagi serta menghalau mereka. Junhyung dan sahabat-sahabatnya berlari dari tempat itu serta merta. Hyuna memberi renungan yang tajam kepada sahabat-sahabatnya, “Kau orang tak sepatutnya kasar sangat dengan budak tadi.” Hyuna menegur mereka. “Apa pulak? Dah dia asyik menyemak dekat dengan kami!” Ji hyun mula bertekak dengan Hyuna.

“Dia baik lah!”
“Baik tengkorak kau! Entah apa-apa je aku tengok perangai jantan tu!”
“Kau tak kenal dia lagi!”
“Macam lah kau kenal dia sangat!”

    “Dah lah! Diam! Kau orang berdua buat bising bingit telinga aku!” Ga yoon meleraikan pertengkaran Hyuna dan Ji hyun. “Nanti aku buktikan yang dia tak sejahat yang kamu semua fikirkan!” Hyuna membuka mulutnya lagi, hanya untuk mendapat jelingan dari sahabat-sahabatnya.

End of flashback -

    Hyuna tersengih dan ketawa seorang diri apabila teringatkan kenangan-kenangan yang lepas. Sedang dia membelek album gambarnya, dia terdengar pintu bilik air terbuka. Dia memandang ke arah Junhyung yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala. Junhyung berhenti seketika dan matanya terbuka luas apabila dia melihat Hyuna. “A-awak boleh sentuh?” Junhyung bertanyakan Hyuna. Hyuna mengangguk, “Jadi, maksudnya awak boleh sentuh saya?” Junhyung bertanya lagi. Hyuna meletakkan semula album gambarnya, dan berfikir sejenak.

“Saya tak tahu, let’s try then.”

    Hyuna mendekati Junhyung, Junhyung mengangkat tangannya untuk menyentuh tangan isterinya. Hyuna dan Junhyung medekatkan tangan mereka dengan penuh harapan, sebaik sahaja tangan mereka bersentuhan, tangan Hyuna menembusi tangan Junhyung, mereka berdua mengeluh kecewa. Junhyung kembali mengeringkan rambutnya dengan tuala dan berjalan menuju ke almari bajunya.

“Kita nak ke mana?” Hyuna bertanya. Setelah Junhyung menyarungkan bajunya dan memakai seluar, dia ke cermin untuk menyikat rambutnya. “Adalah…” Junhyung menyembur minyak wanginya, baunya membuat Hyuna rasa rindu akannya. Junhyung membuka pintu biliknya dan memandang Hyuna, “Jom keluar.” katanya ringkas. Hyuna memberi senyuman kecil dan mengikut Junhyung dari belakang.

Time: 10:00am
Hours left: 58 hours

    Dah lebih kurang satu jam Junhyung membawa Hyuna ronda-ronda satu bandar, sambil itu mereka bersembang rancak. Seperti tiada apa pun berlaku sebelum ni, seperti yang Hyuna tak pernah mati, seperti kejadian tragis hari tu tidak pernah berlaku. Hyuna boleh minum air di dunia, dia menghirup air mocha yang dibeli oleh Junhyung.

    “Awak nak pergi ke mana agak-agak?” Junhyung bertanya. Hyuna berfikir sejenak, “Perpustakaan yang kita selalu pergi tu bukak tak?”. Junhyung pula terdiam dan berfikir sejenak, “Hmm, rasanya. Awak nak pergi ke situ?” Junhyung bertanya lagi. Hyuna mengangguk gembira, Junhyung pun memandu keretanya ke perpustakaan yang mereka selalu pergi bersama semenjak sekolah menengah lagi.

Flashback -

    “Ish! Nak kata kau bodoh, kau pergi sekolah!” Ji hyun mengetuk kepala gikwang dengan bukunya. Geram dengan Gikwang yang dari tadi tidak faham dengan ajarannya. “Aduh! Sakitlah! Nak mengajar orang bukan macam ni!” Gikwang membalas balik sambil menggosok kepalanya. “Kamu berdua ni bising lah! Perpustakaan kan?” So hyun menghentak bukunya, geram dengan kerenah mereka berdua, kedengaran satu perpustakaan menyuruh mereka senyap. Ga yoon dan Doojoon hanya mampu menepuk dahi mereka, perangai masing-masing memang tak boleh blah. Junhyung yang dari tadi asyik tidur lena dengan buku menutup kepalanya, langsung tidak risau akan peperiksaan akhir tahun yang bakal dihadapinya.

    Hyuna yang dari tadi asyik membaca bukunya berhenti seketika dan dia berpaling ke Junhyung. Dia ketawa kecil melihat Junhyung, dia mengalih buku dari kepala Junhyung. Kelihatan seperti Junhyung masih tidak sedar dari tidurnya, Hyuna asyik sahaja memandang muka Junhyung yang lena tidur. Mukanya mendekati dengan pipi Junhyung dan dia menanam ciuman di pipi Junhyung. Junhyung langsung membuka matanya dan senyum kepada Hyuna, tangannya mencubit manja pipi Hyuna.

    “AMBOOOOOIIIIIIIIIIIII. SAKAN BERCINTA!” Kedengaran sahabat-sahabat mereka memerli mereka berdua, dan sekali lagi orang-orang perpustakaan menyuruh mereka senyap. Muka Hyuna menjadi merah padam dan kembali membaca bukunya, Junhyung menggeleng kepalanya dan kembali tidur macam biasa.

End of flash back-

    Junhyung memakir keretanya, kelihatan perpustakaan sunyi sahaja hari ini. Junhyung dan Hyuna keluar dari kereta dan menaiki tangga masuk ke perpustakaan tersebut. Junhyung menghelakan nafasnya, “rasa nostalgic pula.” katanya. Hyuna mengangguk setuju, mereka berdua  mengambil apa-apa buku dan duduk di tempat yang mereka biasa melepak dahulu. “Kenapa nak datang sini?” Junhyung membisik sambil memandang kiri dan kanan, takut nanti ada orang menangkap dia cakap seorang-seorang. “Saja nak melawat tempat ni untuk kali terakhir.” kata-kata Hyuna membuat Junhyung tersentak, dia terlupa pula yang Hyuna bersamanya untuk sementara. Hyuna ingin memegang tangan Junhyung, tetapi tangannya menembusi tangan Junhyung. Hyuna mengeluh kecewa lagi, “Awak jangan sedih. Kita kan nak meluangkan masa terakhir kita?” Hyuna memujuk Junhyung. “Saya tahu…” hanya itu sahaja yang keluar dari bibir Junhyung.

    “Semua ni dah di rancang, saya harap lepas ni… Awak dapat terima semua ni.” Hyuna cuba untuk melegakan hati Junhyung. Tetapi kata-katanya hanya membuat hati Junhyung rungsing, air mata Junhyung mula mengalir. Kalaulah boleh putar balik masa…

    Hyuna memberi senyuman yang paling manis kepada Junhyung. Dia juga sedih kerana tidak dapat menglap air mata Junhyung yang membasahi pipi. Hyuna pandang kiri dan kanan untuk melihat kehadiran manusia lain, kosong. “Awak janganlah macam ni…” Hyuna cuba memujuk Junhyung lagi.

“Ni tidak adil. Patutnya awak bawa saya sekali.”
“Tapi awak belum sampai masanya.”
“Saya rasa awak pun sama.”
“Saya dah di takdirkan macam ni Junhyung…”
“Awak tak tahu macam mana saya rasa dekat dunia ni!”

    Hyuna menjadi kaget apabila mendengar Junhyung meninggikan suaranya. Mujur perpustakaan kosong buat sementara, “Awak tak faham! Awak mungkin nampak saya hidup! Ya, di mata awak dan orang lain… Saya masih hidup. Tapi, sebenarnya saya dah mati. Jiwa saya dah mati! Hari-hari saya bangun mengharapkan awak berada di sisi saya, hari-hari saya hampa kerana melihat awak tak ada. Saya dah cuba melupakan kejadian tu, saya dah jumpa simpan awak sebagai memori. Saya memang tak boleh, saya memang lemah setiap hari…” Junhyung meluahkan isi hatinya kepada Hyuna. Hyuna terdiam mendengar kata-kata Junhyung, dia akui dia sendiri pun serta kecewa dengan takdirnya.

    “Hampir setiap malam saya menangis sampai tertidur, hampir setiap malam saya mimpi ngeri. Saya tak cukup tidur dan setiap hari saya bangun rasa macam nyawa nak tercabut. Hidup saya tertekan sangat, siapa sahaja faham saya sekarang ni?” Junhyung menyambung lagi dan lap air matanya. “Saya faham awak. Saya memang faham awak! Tapi apa yang saya boleh buat? Saya tak boleh hidup balik! Saya dah merayu tapi tak boleh, ini sahaja yang boleh buat.” kata Hyuna sambil menahan air matanya. “Jadi, mari lah kita meluangkan masa yang singkat ni bersama.” kata Hyuna untuk kali terakhir sebelum menangis lagi. Junhyung menarik nafasnya dan mengangguk setuju, “Saya tak nak bazirkan masa lagi.” Dia berdiri dan menyuruh Hyuna mengikutnya. Hyuna mengikut Junhyung keluar dari perpustakaan tersebut dan masuk ke dalam kereta, Junhyung mula memandu entah ke mana.

— 

Time: 6:00pm
Hours left: 50 hours

    Junhyung betul-betul tidak membazir masanya. Setiap waktu dia bersama Hyuna, membawa Hyuna ke sana sini. Mengimbas kembali kenangan-kenangan mereka yang lepas, walaupun hati mereka berdua sedang sakit, mereka cuba yang terbaik untuk memendamnya dan meluangkan masa bersama dengan gembira. Mereka sedang berjalan bersama di taman pokok sakura, cuacana sangat menyenangkan dan angin pula sejuk. Memang hari ni hari orang merempat kat rumah gamaknya kerana kelihatan sedikit sangat kehadiran manusia di taman tersebut.

    “Saya ingat lagi yang awak pernah jatuh terkangkang kat taman ni masa bawak basikal.” Hyuna mengimbas kembali kenangan lucunya bersama Junhyung. “Haha! Jangan kata saya, awak pun jatuh tergolek. Awak punya badan tu berat sangat, susah nak kayuh.” Junhyung membalas semula dan mereka berdua ketawa. Udara nyaman serta daun-daun pokok sakura banyak gugur ke bumi, membuatkan pemandangan taman itu kelihatan cantik sekali. “Buat malu je la masa tu, ramai tau orang tengok!” Hyuna berkata lagi. “Awak yang pandai-pandai duduk dekat atas handle basikal tu, nak sangat duduk depan. Tak pasal-pasal dapat habuan.” Kata-kata Junhyung membuat mereka ketawa terkekeh-kekeh. Junhyung melihat jamnya, hatinya berdebar apabila melihat masa makin singkat. Hyuna memandang muka Junhyung, mukanya kembali muram. “Awak nak tengok mata hari terbenam dekat pantai tak?” Junhyung bertanya pada isterinya. Hyuna mengangguk setuju “Boleh juga!”

    Junhyung dan Hyuna serta merta berlari anak ke kereta mereka, “Pukul 7:09pm nanti matahari mula terbenam. Saya rasa sempat ni.” Kata Junhyung dan menghidupkan enjin kereta, dia terus memandu keluar dari taman itu dan menuju ke pantai. Setelah sampai, suasana pantai juga sunyi pada hari tu, seperti takdir sudah memberi peluang kepada mereka berdua. Hyuna dan Junhyung duduk di tengah-tengah pantai dan menikmati keindahan alam. Langit mula bertukar oren dan mereka dapat melihat matahari terbenam perlahan-lahan.

    “Cantik kan? Saya ingat masa kita sekolah dulu kita berkemah di sini ramai-ramai. Seronok betul masa tu!” Kata Hyuna gembira mengimbas kembali kenangan manis mereka. “Seronoklah sebab ada awak…” Kata Junhyung yang terus membuat muka Hyuna merah padam. “tak lupa juga dengan Ji hyun yang becok tu. Bising betul satu pantai asyik-asyik bertekak dengan Gikwang.” Junhyung menyambung lagi. Mereka berdua ketawa, tak sangka yang sahabat-sahabat mereka yang selalu bergaduh dan tak pernah nak baik dahulu, sudah pun bertunang sekarang. “Manisnya kenangan dahulu!” Kata Hyuna. Sebaik sahaja mereka sakan bersembang, mereka dapat melihat matahari terbenam dan hari sudah semakin gelap. “Jom balik.” Kata Junhyung dan terus bangun dari tempatnya. Hyuna mengikutnya dan mereka berdua masuk kereta, mereka sempat ronda-ronda lagi terlebih dahulu sebelum pulang.

    Junhyung meghempaskan dirinya di atas katil, penat betul hari ni. “Esok kita nak ke mana pula?” Hyuna bertanyakan Junhyung. Mata Junhyung rasa berat semacam, badannya letih asyik keluar sahaja hari ini. “Duduk rumah je, kita luangkan masa dekat rumah pula.” Kata Junhyung sambil menguap. Hyuna senyum kepadanya, “awak tidur lah, nampak macam awak ni penat sangat.” Junhyung mengangguk, matanya yang berat tadi terus tertutup.

“Awak masih ada lagi pada esok hari?”
“Ya, saya masih ada…”
“Jangan tinggalkan saya lagi…”
“Tak…”
    Hyuna melihat Junhyung terus tidur dengan nyenyak. Hyuna menarik selimut membalut badan Junhyung.

“Tak kan saya nak tinggal kan awak lagi… Esok kan hari terakhir saya?”

Hyuna berasa sedih, sekejapnya masa berlalu… Sempatkah dia dapat meluahkan rasa sayangnya kepada Junhyung sehingga masa berakhir?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 5: Dh lame x bce fanfic hyuna n junhyung.
YongNeys_ #2
Chapter 5: Best lah story ni authornim, haha jarang jumpa fanfic junhyung yang malay punya hihi apa apa pun, daebak <3
Farah30
#3
Chapter 3: Update soon, authornim. First time bce JuNah vers. Malay. Hope ending dia x sedih sgt :')
SeKaiStalker
#4
gudluck..sounds promising tho ^^
haninad
#5
Chapter 2: update soon :)