Chapter 3

72 jam (72 hours)

    Junhyung terkebil-kebil melihat kelibat itu. Betul ke apa yang aku nampak ni? “H-hyuna…” Junhyung menyebut nama itu lagi. Kelibat putih itu tersenyum melihat dirinya, hati Junhyung berdegup kencang, perasaan gementar itu berlaku sekali lagi seperti mana dia pertama kali bertemu dengan Hyuna. Junhyung menggosok matanya sekali lagi dan memandang kembali kelibat itu, SAH! ni memang Hyuna!

Junhyung terasa gembira, sehingga menitis air matanya. Ini lah Hyuna, Hyuna yang dia amat rindukan selama ni… Dia dah kembali. “Hyuna!” Junhyung menyorak gembira dan berlari ke arah Hyuna untuk memeluk isterinya. Malangnya, ketika Junhyung hendak memegangnya, dia menembusi badan Hyuna dan jatuh melutut di belakangnya. Hyuna memusingkan badannya ke arah Junhyung, dengan hati yang sebak. “Sayang, awak tak boleh sentuh saya… Saya dah tak macam dulu.”

Junhyung memandang semula ke arahnya dan berdiri. Air mata Junhyung mengalir jatuh ke lantai, “Kalau lah aku tengah bermimpi sekarang ni, tak bangun pun aku tak kisah.” Junhyung berbisik kepada dirinya. “Hyuna, Junhyung rindu sangat dengan Hyuna… Rindu sampai terasa macam nak mati.” Junhyung akui, setiap hari dia bernafas di dunia ini, dia terasa terseksa dan sunyi. Hatinya terasa kosong setiap kali dia membuat rutin hariannya. “Hyuna pun rindukan Junhyung.” Hyuna memberikan senyuman kepada suaminya, sementara masa masih ada, dia ingin meluangkan masanya yang singkat itu bersama cinta hatinya. Junhyung mendekati Hyuna, merenung mata Hyuna, dia seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.

    “Hyuna.. Awak datang balik?”

Hyuna senyum dan mengangguk, setitis air matanya mengalir dan jatuh ke pipi. Lapang dada rasanya dapat melihat Junhyung.

    “Ye sayang…Tapi…”
    “Tapi?”
    “Hanya untuk 72 jam sahaja dan lepas tu, saya kena kembali…”

Junhyung mengambil satu langkah ke belakang, masa untuk dia luangkan bersama Hyuna sangatlah singkat. “Awak nak tinggalkan saya sekali lagi?”. Hyuna tunduk sambil kakinya menguis lantai, payah betul lah kalau macam ni…

    “I’m so sorry.” hanya tiga perkataan itu sahaja yang keluar dari bibir Hyuna. Junhyung senyum tawar dan mendekati Hyuna. “It’s alright. Let’s cherish these last hours together, Okay?” Hyuna memandang muka Junhyung sambil tersenyum, masa makin singkat, mereka harus meluangkan masa tersebut dengan baik. “Jadi, awak nak buat apa?” Junhyung menyoal Hyuna dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Hyuna pun berfikir “Sayang, hanya awak je yang boleh nampak saya dan bukan manusia lain. Jadi, jom kita pergi ke tempat yang tak ramai orang supaya manusia tak fikir yang awak ni gila.” Hyuna mengakhiri ayatnya dengan ketawa kecil. Junhyung tersengih “Baru saya nak bawak awak pergi rumah mak, nasib baik saya ni jenis yang bukan bertindak melulu.”

    Hyuna ketawa, sudah sekian lama Junhyung tak nampak Hyuna ketawa gembira, Junhyung memandang ke arah jam dan berdiri. “Jom pergi tempat biasa.” Junhyung mengajak Hyuna, “Tempat biasa?” “Takkan awak dah lupa?”. Hyuna berfikir sejenak dan dia pun teringat.

    “Taman kecil kat belakang sekolah lama kita tu kan?”

“Pandai pun.” Junhyung keluar dari bilik tersebut dan Hyuna pun mengikut dari belakang.

Time: 9:00pm
Hours left: 71 hours

    Suasana taman tersebut sunyi, macam selalu. Sekarang zaman teknologi moden, semua asyik layan telefon dengan wifi, sekarang ni memang jarang tengok budak-budak atau pun orang dewasa pergi taman, memang sangat-sangat susah nak jumpa. Lagipun, baguslah kalau tak ada orang dekat situ, nanti ternampak Junhyung cakap sorang-sorang, tak fasal-fasal kena campak masuk hospital gila. “Taman ni tak ada perubahan langsung semenjak beberapa tahun lepas.” kata Hyuna. Hyuna dan Junhyung jalan menuju ke buaian dan duduk di atasnya.

    Suasana sunyi untuk seketika. Junhyung memandang Hyuna dan bertanya “Awak ingat lagi tak macam mana kita jumpa dulu?” . Hyuna tersenyum dan mengangguk, “Mestilah, tak kan saya lupa memori paling manis dalam hidup saya?”

    - Flash back 10 tahun lepas -

    Matahari bersinar dengan terang di atas langit dan kelihatan langit biru serta burung-burung berterbangan. Cuaca tersebut sangat sesuai untuk sukan kegeramaran Junhyung. Bola sepak, semestinya.

    “Okay! Junhyung! Pass bola tu dekat aku!” Kedengaran Doojoon memberi arahan kepada Junhyung. Junhyung mengangguk dan menendang bola tersebut kearah Doojoon. Doojon dengan pantas membawa bola tersebut dan mengelak pasukan lawannya. Doojoon pass ke Gikwang dan Gikwang menendang bola masuk gol. Kumpulan Junhyung menyorak gembira, mereka memulakan perlawanan lagi.

    Setelah 15 minit, pihak lawan pasukan Junhyung dapat mengatasi mereka. Junhyung mula berasa tertekan, di hadapan Junhyung ialah bola miliknya sendiri. Dia menarik nafas sedalamnya dan menghembus, dia menendang bola itu sekuat hati sehingga keluar dari garisan.

    Pada masa yang sama, Hyuna dan kawan-kawannya bercadang untuk berkelah di taman tersebut. Setelah tikar sudah terbentang, makanan pun sudah tersedia Hyuna baru sahaja hendak duduk ditempatnya. Ga yoon ternampak satu objek dilangit kelihatan seperti ke arah Hyuna.

“HYUNA! HATI-HATI!”
“KETEPI !!!”

    Belum sempat Hyuna nak menoleh, bola tersebut terkena kepala dia dan Hyuna jatuh meniarap dengan mukanya tertanam di dalam pie epal. Doojoon dan sahabat-sahabatnya yang lain menepuk dahi, Junhyung mengigit bibir. “Alamak! Anak siapa pulak aku bagi mati ni!”  “Aduh Junhyung! Habis lah kau!” Kedengaran suara Yoseob di belakang.

    Junhyung berlari kearah gadis-gadis tersebut. “Hyuna! Awak okay tak?” Jiyeon tanya sambil mengeluarkan muka Hyuna dari pie tersebut. “Kau cedera tak?” Ga yoon pula tanya. “Eee ! Tak guna betul jantan tu! Tak ada otak!” Ji Hyun mendengus geram. Junhyung sampai ke tempat mereka dan mengambil bolanya, “A-aku minta maaf! Aku betul-betul tak sengaja! Aku minta maaf banyak-banyak!” Junhyung meminta maaf kepada mereka. “Kau ni dah gila ke?! Nasib baik kawan aku tak mati tau tak!” Sohyun menengking Junhyung. “Aku minta maaf! Aku betul-betul tak sengaja! Sini ! Biar aku bersihkan muka kau!” Junhyung mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan lap muka Hyuna yang dipenuhi pie. Hyuna yang dari tadi mengeluh sakit langsung diam dan matanya menatap ke arah wajah Junhyung yang tampan. Junhyung pun berhenti setelah muka Hyuna sudah bersih, Junhyung memandang kearah mata Hyuna. “Aku minta maaf tau. Aku tak sengaja.” Junhyung memohon maaf sekali lagi.

    Hyuna menggeleng laju-laju. “Tak pe.” Junhyung memberi senyuman kepadanya, Junhyung akui, dia tertarik dengan Hyuna. “Nama saya Junhyung, awak?” Junhyung menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hyuna. Hyuna pun bersalaman dengan Junhyung “Hyuna. Kim Hyuna.” Hyuna membalas semula senyuman.

    “AMBOI ! KAU HAMPIR NAK BUNUH KAWAN AKU LEPAS TU KAU NAK MENGORAT DIA PULA?! TAK GUNA PUNYA JANTAN!” Sohyun menengking lagi. Junhyung terus melepaskan tangan dia dan berdiri. “Err.. Sorry! Okay bye!” dan Junhyung pun lari dari situ. Hyuna berpaling ke arah So hyun. “Dah kenapa?!” Hyuna mengeluarkan rasa kecewa. “Eh eh, nak marah aku pulak! Marahlah jantan gatal tu!” So hyun membalas balik. “Dah! Dah! Kita datang sini nak berehat dan menikmati alam. Bukan bertengkar pasal jantan. Okay? Dah, makan.” Ga yoon meleraikan pertengkaran Hyuna dan So hyun. Hyuna mengambil sepotong kek sambil matanya melihat Junhyung dan kawan-kawannya bermain bola. Pada masa yang sama, Junhyung pun mengambil masa untuk melihat Hyuna. Dia tersenyum, memang dia berasa bahawa, Hyuna lah paling cantik di matanya.

Flash back tamat -

    Junhyung dan Hyuna ketawa mengingati semula memori itu. “Boleh tahan kuat juga tendangan awak tu, sakit kepala saya.” Hyuna kata sambil menggosok kepalanya. “Pada masa tu, saya rasa awak cantik sangat.” Junhyung memuji Hyuna. Hyuna tersenyum dengan pujian suaminya. Hyuna memandang ke arah langit untuk melihat bintang, “Cantikkan?” Kata hyuna. Junhyung mengangguk setuju, “Tapi, selalunya ada bintang paling terang dan menyerlah dekat langit. Mana bintang tu pergi?” Hyuna bertanya. Junhyung memaling muka ke arah Hyuna, tangannya hendak memegang tangan Hyuna, tetapi tangan Junhyung menembusi tangannya. Junhyung mengeluh sedih dan memandang semula ke langit. “Mungkin, lepas awak dah balik. Bintang tu muncul.” kata Junhyung sambil menghayunkan sedikit buaian didudukinya. “Maksud awak?” Hyuna bertanya sekali lagi.

    “Maksud saya, awak lah bintang tu. Awaklah bintang paling terang yang dapat menyempurnakan langit tu. Umpamakan langit tu macam hati saya, langit tu tak kan sempurna tanpa bintang terang menyinari bumi. Seperti mana, hidup saya tak sempurna tanpa awak.” Junhyung menahan air matanya. Hyuna memaling muka ke arah Junhyung, dia tahu perangai suaminya yang suka sangat meluahkan cintanya kepada dia. “Saya minta maaf sebab saya tinggalkan awak.” Hyuna meminta maaf. Junhyung memandang Hyuna “Ni bukan salah awak, dah memang takdir menentukan awak pergi. Sekurang-kurangnya sekarang, awak masih ada dengan saya, walaupun sekejap.” Junhyung mengakhiri kata-katanya dengan senyuman kecil. Hyuna mengangguk dan berdiri, “Awak tak nak balik ke?”

“Alahai, kejapnya.”
“Dah 30 minit kita ada dekat sini. Lagi pun, dah malam.”
“Tak nak lepak lama sikit?”
“Awak kena tidur lah, esokkan awak kerja?”
“Saya ambil cuti, sebab stress.”
“La, yeke?”
“Ye…”

    Junhyung pun berdiri dan berjalan-jalan bersama Hyuna. “Kita jalan-jalan lama sikit nak? Sambil tu kita cerita tentang kenangan-kenangan lepas.” Junhyung bertanyakan kepada Hyuna. “Hmm, saya ingat lagi masa kita bertembung balik dekat sekolah…” Hyuna memulakan ceritanya.

Flash back 10 tahun lepas -

    Loceng sekolah berbunyi menandakan bahawa masa rehat telah bermula, Junhyung menggeliat di tempat duduknya sambil mulutnya luas menguap. Doojoon menampar kepala Junhyung “Kau tau tak hodoh mengalahkan beruk aku tengok kau menguap macam tu.” Kata-kata Doojoon membuatkan sahabat-sahabatnya yang lain ketawa. “Diamlah, macam lah kau tu handsome sangat.” Kata Junhyung sambil menjeling. Dia berdiri dan menolak kerusi dia ke dalam meja, “Lepak mana lepas ni?” Yoseob bertanya kepada sahabat-sahabatnya. “Kalau kau orang lapar, pergi je lah kantin tanpa aku. Aku nak tidur dekat library.” Kata Junhyung sambil menguap lagi. “Tidur je tahu.” Kata Hyunseung sambil menggeleng kepalanya. “Okay, bye.” dan Junhyung pun pergi dari situ.

    Dia berjalan menuju ke tangga untuk ke perpustakaan, sebaik sahaja dia tiba di pintu perpustakaan. Dia bertembung lagi dengan gadis yang dia pernah cederakan dulu, “Oh? Awak?” mereka kata serentak dan ketawa kecil. “Awak buat apa dekat sini?’ Hyuna bertanya kepada Junhyung. “Oh? Saya? Uhhh.. belajar lah! Tak kan nak bela kuda laut kat sini.” Kata Junhyung dan Hyuna ketawa setelah mendengan lawak hambar Junhyung. “Okay, rajin rupanya awak ni.” Kata Hyuna dan memasuk perpustakaan tersebut. Junhyung mengikutinya dari belakang, Junhyung mengambil sebuah buku dan duduk di tempat berdekatan dengan Hyuna. Dia melihat gerak-geri Hyuna yang teliti mencari buku untuk mengulang kaji, dia melihat Hyuna belajar dari jauh. Tak dapat tidu pun tak apa, dapat tengok buah hati belajar pun jadi lah…

Flash back tamat -

    “Haha, padahal datang perpustakaan sebab nak tidur kan?” Hyuna dapat meneka tujuan Junhyung pada suatu ketika dahulu. “Eh, mana tahu ni?” Kantoi pulak. “Haha, sayang tahu lah. Sayang kan hebat?” Hyuna mula memuji dirinya sendiri. Junhyung menggeleng dan membuka pintu keretanya. Setelah dia menghidupkan enjin, dia pun pergi dari tempat tersebut. Dalam perjalanan ke rumah pun sunyi semula, Junhyung mengeluh.

“You have no idea how much i miss you.”

Hyuna tertunduk ketika mendengar Junhyung meluahkan rasa rindunya. “Sayang pun rindukan Junhyung.” Hyuna membalas semula. Junhyung pun mengangguk dan memberhentikan keretanya setelah sampai di kediamannya. Junhyung membuka pintu rumahnya dan jalan menuju ke bilik, Hyuna mengikut dari belakang. Junhyung menutup pintu biliknya, “Saya rasa mengantuk sangat.” Kata Junhyung sambil menguap. Junhyung mencampakkan dirinya di atas katil dan menarik nafasnya. Hyuna baring disebelahnya sambil badan menghadapi Junhyung, “Esok, saya akan bangun awal. Saya nak menghabiskan saat-saat terakhir kita sebaik mungkin.” Kata Junhyung sambil menutup matanya. Hyuna mengangguk dan menutup matanya juga, “Selamat malam Junhyung.”

“Hyuna?”
“Ye?”
“Janji dengan saya yang awak akan masih ada pada esok hari?”
“Saya janji.”
“Jangan pergi lagi.”
“Saya tak kan pergi lagi.”
“I love you.”
“I love you too.”

--

First of all.. I'm so sorry! I forgot about this fic and baru sekarang ni teringat! Ugh! Nasib baik 21hb pukul 2 baru due! UGH UGH UGH. Last minute work is sooooooo me. I mean, now it's 3:46am and i'm updating this fic. Dah sampai suku cerita dah pun! Going to finish it ASAP! I PROMISE! *muah* *muah*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 5: Dh lame x bce fanfic hyuna n junhyung.
YongNeys_ #2
Chapter 5: Best lah story ni authornim, haha jarang jumpa fanfic junhyung yang malay punya hihi apa apa pun, daebak <3
Farah30
#3
Chapter 3: Update soon, authornim. First time bce JuNah vers. Malay. Hope ending dia x sedih sgt :')
SeKaiStalker
#4
gudluck..sounds promising tho ^^
haninad
#5
Chapter 2: update soon :)