smile to him.....
the past between you and me [EDITING] [HIATUS]Kai makan dengan lahapnya seolah-olah dia tidak pernah makan setahun. Lapar sangat. Dari semalam dia tak makan. Kai baru tersedar yang dirinya diperhatikan. Dia menoleh ke arah gadis di hadapannya. “Awak tak makan ke?” Sooyoung hanya menggeleng perlahan. “Sedaplah makanan ni, awak beli dekat mana ya?” ujar Kai dengan makanan yang bersisa di mulutnya. Ish! Ish! Ish! Kalau ya pun habiskanlah makanan tu dulu. “Saya masak sendiri.” Kai tersedak sebaik mendengar apa yang dikatakan gadis dihapannya itu. Hampir sahaja nasi yang ditelan tersembur keluar namun pantas ditekup mulutnya. Sooyoung tersenyum melihat gelagat lelaki dihapannya. Lucu melihat lelaki berkulit sawo matang ini. Sooyoung lantas menghulurkan tisu kepada Kai. “Terima kasih.” Ujar Kai sambil mengelap mulutnya. Manisnya senyuman dia.... Bisik hati kecil Kai.
“Terima kasih sebab masakkan untuk saya.” Sooyoung menggeleng sambil tersenyum. “Sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih dekat awak. Awak yang banyak tolong saya.” Kai hanya tersenyum. “Saya pergi dulu.” Ujar Kai sebelum berlalu pergi.
Tanpa mereka sedari, ada seorang lelaki yang memerhatikan mereka. Lelaki itu pantas menelefon seseorang. “Hello puan! Anak puan tidur di apartmennya bersama seorang perempuan.”
Di pejabat
Kai yang baru hendak memulas tombol pintu biliknya dicuit dari belakang. Kai memusing badannya ke belakang untuk melihat orang yang mencuitnya. “Sunny?” Sunny hanya tersenyum sambil tangannya memegang bekal ma
Comments