amnesia

the past between you and me [EDITING] [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Apa pun yang akan berlaku, saya tetap akan sayang dan jaga awak sepenuh hati.” Kata-kata seseorang  yang tidak kelihatan bayangnya. Walaupun Sooyoung tidak melihat bayang pemilik suara tersebut namun dia tahu kata-kata itu daripada seorang yang bernama lelaki. Dia melihat sekeliling yang hanya diselaputi dengan warna putih. Dia hanya seorang diri tanpa teman disisinya.

 

“Awak maafkan saya sekiranya permintaan kita tidak saya tepati. Percayalah yang saya akan menunggu awak sepanjang hidup saya.” Sooyoung cuba mencari suara itu lagi tetapi usahanya tidak berjaya, memang tiada siapa yang berada di situ.

Siapa kau?

 

Sooyoung yang sedar, membuka matanya perlahan-lahan. Dia memerhatikan ruang yang asing dalam keadaan penglihatannya samar-samar sebelum segalanya jelas di hadapan mata. Aku dekat mana ini?  Dia ingin bangun namun kudratnya masih lemah. Dia lantas menoleh ke arah kearah lelaki yang sedang tidur di katilnya. Pergerakan tangan Sooyong telah membuat lelaki itu sedar dari tidurnya. Lelaki berkulit sawo matang itu menggosok-gosok matanya sebelum memandang ke arahnya.

 

“Awak! Awak dah sedar.” Ujar lelaki itu sedikit terkejut namun setelah beberapa saat menghadiahkan sebuahnya senyuman kesyukuran. Sooyoung memandang lelaki dengan wajah tidak beriak. Masih bingung dengan keadaan dirinya yang terlantar di atas katil bersama seorang lelaki yang berada di hadapannya.

 

“Saya dekat mana ini?” Tanya Sooyoung perlahan sambil memegang kepalanya yang berbalut. Tunggu! Sooyoung cuba lagi meramas kain putih yang ada di kepalanya.

 

“Apa jadi dengan saya ini?” Sooyoung memicit kepalanya yang berdenyut-denyut.

 

“Awak tak ingat ke? Saya yang langgar awak. Saya betul-betul minta maaf sebab saya cuai bawak kereta.” Kedengaran lelaki itu mengeluh seraya wajahnya menunduk merenung lantai.

 

“Apa yang awak merepek ini? Saya tak fahamlah. Bila masa awak langgar saya? Saya nak baliklah.” Sooyoung cuba bangun dari katilnya namun bahunya dipegang oleh lelaki itu.

 

“Awak masih sakit lagi ini.” Jelas lelaki itu dengan lembut. Sooyoung pantas menepis tangan lelaki itu.

 

“Lepaslah! Argh… kepala saya sakit!” Sooyoung menjerit kuat membuatkan lelaki itu cemas. Lantas lelaki itu berlari ke pintu lalu menjerit memanggil doctor berulang-kali.

 

Kai duduk sambil memerhatikan doctor di hadapannya. Menunggu penjelasan daripada doctor mengenai keadaan pesakit perempuan yang dilanggarnya. Ya, dia bersalah kerana telah melanggar gadis itu dan menyebabkan gadis itu koma selama seminggu. Selama seminggu itu jugaklah dia sanggup tidur di hospital menjaga gadis yang tidak diketahui namanya.

“How is she, doctor?”  Tanya Kai kepada doctor yang merawat gadis itu.

 

“Hasil daripada imbasan, pesakit ini mengalami amnesia. Pesakit ini hanya mengingati dirinya sahaja.”

 

 

Hampir luluh jantungnya mendengar apa yang baru dijelaskan oleh Doktor. Tak! Tak mungkin benda ini terjadi. Terungkai persoalan yang bermain difikirannya, mengapa gadis itu menanyakan soalan yang pelik kep

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
siapa yang baik hati untuk jadi coauthor... i need help you guys...

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 10: kai gentleman lah dalam nie :D daebak ! I'll wait for the next update ^^
Jminiee #2
Chapter 11: Okay ^^ sya x kisah :) asl kan awk update nnti :D
star_00 #3
Chapter 10: eleh, kai konon takut trgoda.. :p
choco_chim
#4
Chapter 10: omona!! kai~ ♥
ChiaAhn #5
Chapter 10: Amy, cerita ni....
BEST!
XD

Wait for my comment later! ^_^
_ThunderEXO_ #6
Chapter 10: Ya ! Sehun kenapa baru skrg nak menyesal :3 rasakan kw sehun .. hahaha ! ✌ btw author nim keep update ^O^
baekielover #7
Chapter 10: Kntut la sehun ni...mnyebok je