flashback

the past between you and me [EDITING] [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sooyoung menggenggam tangannya apabila melihat seorang lelaki yang dikenalinya sedang memeluk erat pinggang seorang gadis yang pada pandangannya kelihatan agak seusia dengannya. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh namun cubaanya hampa. Semakin ditahan, semakin sakit luka dihatinya. Dia bukanlah orang yang kuat untuk menerima perkara seperti ini. Sooyoung lantas mengusap kandungannya di dalam perutnya. Demi anak ini, aku akan mempertahankan hak aku. Sooyoung mengesat air matanya sebelum mula menapak langkah mendekati ke arah mereka.

“Sehun!” Sooyoung membentak geram menyebabkan Sehun dan gadis yang dipeluknya menoleh ke arahnya.

 “Kau nak apa?” Sehun bertanya sinis.  

Sehun yang perasan akan riak wajah Sooyoung hanya bertindak selamba malah pelukan di pinggang teman wanita barunya semakin dieratkan. Dia sengaja membuat begitu hanya untuk menyakiti hati Sooyoung. Dia mahu gadis itu tahu yang dia sudah mempunyai kekasih hati yang lain.

“Saya nak awak bertanggungjawab. Tolonglah jangan lari dari kesalahan awak.” ujar Sooyoung dengan suaranya yang serak-serak basah akibat banyak menangis.

Mana dia tidak menangis, sejak tahu akan dirinya hamil, dia sudah gundah-gulana. Ketakutan melanda dihatinya apabila mengenangkan jika keluarganya mengetahui akan hal ini. Sudahlah hampir banyak kali dia menghubungi lelaki itu, namun telefonnya tidak berangkat.

Sehun hanya membatukan dirinya daripada memandang wajahnya gadis itu. Sungguh hatinya kasihan melihat Sooyoung yang kelihatan pucat dan tidak bermaya itu. Namun perasaanya terpaksa ditepis apabila ingat akan dendamnya. Perjanjian kepada mamanya kerana sebuah dendam supaya menghancurkan keluarga gadis itu dan reputasi syarikat gadis itu. Semua ini kerana satu dendam yang perlu dilunaskan demi keluarganya. Kata-kata mamanya terngiang di benak fikirannya

“Ingat Sehun! Mama nak kau hancurkan keluarga diorang, macam mana diorang hancurkan keluarga kita. Kau kena berjuang demi arwah papa. Papa mati sebab diorang, faham tak?” Mata Puan Hera merenung tajam ke arah anaknya. Sehun hanya mengangguk sambil memeluk erat bahu mamanya. Hatinya membara apabila mendengar mamanya menangis tersedu-sedan dibahunya.

“Sehun janji ma. Sehun akan pastikan keluarga diorang hancur dan menderita.” Ujar Sehun sambil mengepal penumbuk menahan amarah dihati.

 

“Sayang… Ada benda yang saya tak tahu ke?” Irene gadis disebelahnya mencelah perbualan mereka serta merta mematikan lamunan Sehun. Barangkali gadis itu pelik dengan kata-kata Sooyoung. Sehun pantas menggeleng laju kepada kekasihnya. Tidak pernah sekalipun dia menganggap Irene itu kekasihnya. Hatinya masih sayangkan Sooyoung, gadis yang merupkan cinta pertamanya. Namun apa yang bisa dia lakukan, jika mamanya berkenan dengan Irene, gadis yang berketurunan korporat.

“Nothing! Sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
siapa yang baik hati untuk jadi coauthor... i need help you guys...

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 10: kai gentleman lah dalam nie :D daebak ! I'll wait for the next update ^^
Jminiee #2
Chapter 11: Okay ^^ sya x kisah :) asl kan awk update nnti :D
star_00 #3
Chapter 10: eleh, kai konon takut trgoda.. :p
choco_chim
#4
Chapter 10: omona!! kai~ ♥
ChiaAhn #5
Chapter 10: Amy, cerita ni....
BEST!
XD

Wait for my comment later! ^_^
_ThunderEXO_ #6
Chapter 10: Ya ! Sehun kenapa baru skrg nak menyesal :3 rasakan kw sehun .. hahaha ! ✌ btw author nim keep update ^O^
baekielover #7
Chapter 10: Kntut la sehun ni...mnyebok je