Part 2

Heart Without a Beat

 

 

Heart Without A Beat (Part 2)

 

 

Jalan raya yang sesak dan dipenuhi kenderaan lalu-lalang itu aku renung dengan pandangan kosong. Mungkin jasadku masih di sini, tetapi separuh jiwaku telah pun pergi bersama derasnya air hujan yang masih menitiskan kesegarannya. Tubuhku terasa dingin membeku namun kesejukan itu tidak sedikit pun aku pedulikan. Mataku menerawang sayu, memerhatikan dua orang anak kecil yang berdiri di kaki jalan. Tangan mereka saling bertautan, masing-masing berkongsi kehangatan. Memperlihatkan gelagat mereka membuatkanku teringat suatu ungkapan daripada seorang ahli falsafah dunia yang terkenal, Aristotle yang pernah berkata, "A friend is a single soul dwelling in two bodies."

 

Benarkah? Aku sendiri tidak tahu. Rakan? Aku tidak pernah memiliki kawan, inikan lagi seorang yang bergelar sahabat. Bukannya aku tidak mahu menerima mereka, tetapi aku tahu mereka hanya ingin berteman denganku kerana pangkat, kekayaan dan kehormatan yang aku punya. Bukan kerana siapa diriku yang sebenarnya. Mereka tidak akan mampu menerima sisiku yang lain; bahagian diriku yang serba kekurangan dan penuh kelemahan. Tiada manusia yang sempurna. Jadi, apa sebenarnya yang mereka harapkan daripada aku, seorang hamba Allah yang biasa? 

 

Kanak-kanak itu bertuah. Meskipun hidup dalam serba kekurangan, mereka masih boleh bergantung harap sesama mereka. Tidak seperti diriku yang tiada sesiapa. 

 

Tiba-tiba aku terasa sangat sunyi dan letih dengan kehidupanku. Aku tidak tahu mengapa kata-kata Luhan tadi terasa begitu menyakitkan dan menusuk luka di hatiku, membuatkan parut yang hampir sembuh itu kembali berdarah. Salahkah aku mengagumi dirinya? Salahkah aku menginginkan kebahagiaan dan kepintaran, persis apa yang dia punya? Aku teringin merasai segala kegembiraannya, berkongsi masalah dan saling memiliki seperti kebanyakan pasangan kembar yang lain. Bukannya menjadi pesaing kepada darah daging sendiri. 

 

Luhan? Dia tidak akan pernah faham. Dia tidak pernah tahu bagaimana sakitnya menjalani sebuah kehidupan apabila kehadirannya langsung tidak membawa erti apa-apa, sentiasa disisih dan dipulaukan. Luhan sentiasa menjadi anak emas kepada ibu kami. Oleh sebab itulah aku dihantar untuk menetap bersama ayah selepas perceraian mereka semasa kami masih berusia lebih kurang enam tahun. Aku kembali semula lapan tahun kemudian setelah kematian ayah untuk tinggal bersama ibu dan abangku.

 

Tidakku sangka bahawa perpisahan itu akan mencipta jarak dan sempadan antara kami berdua...Inikan lagi hilangnya sebuah ikatan kasih sayang.

 

"Hey, kid. Watch out!"

 

Suara nyaring itu mengejutkan aku daripada lamunanku. Bahuku ditarik kasar dari arah belakang, membuatkan aku jatuh tersungkur. Aku mengaduh perlahan apabila punggungku mendarat di atas jalan tar yang basah. Perasaan marahku membuak. Aku segera menoleh ke belakang dengan sebuah jelingan tajam. Kata-kata sumpahan pula sudah pun menari-nari di sudut bibirku, hanya tinggal di luahkan saja. Namun, belum sempat aku menghadiahinya dengan tujahan makian, dia pula yang terlebih dahulu membuka bicara.

 

"Are you out of your mind, dude!? Seriously, this is not a suitable place for suicide! Please, at least not in front of me."

 

Aku mengangkat sebelah keningku sambil memerhatikannya dari atas hingga ke bawah, meneliti penampilannya yang terlihat sedikit basah. Kata-kata kesat yang ingin aku lontarkan padanya tadi terus dilupakan. 

 

'Datang dari mana pula mat saleh ni? Suicide? Bunuh diri apanya? Aku cuma berdiri tepi jalan ni je...' getus hatiku.

 

"What are you looking at? Stop acting all innocent. You were trying to kill yourself! You must be sick." Ucapannya membuatkan darahku kembali menyirap.

 

Siapa pula yang cuba membunuh diri? Ingat aku ni manusia pendek akal ke?

 

"Bila masa pulak? Aku cuma berdiri kat tepi je bukan kat tengah jalan pun," balasku lancang. Sikapnya membuatkan aku muak. Aku paling tidak suka berhadapan dengan manusia jenis cocky, dan suka berlagak jadi hero macam lelaki di hadapanku kini.

 

Aku lekas-lekas bangkit lalu menepis pasir lembap yang hinggap pada punggung seluar yang aku kenakan. Tanpa sedikit pun menoleh ke arah orang asing itu, aku menghayun kakiku ke arah berlawanan, tidak kuasa hendak melayan kerenah 'mat saleh sesat' itu. Meskipun begitu, aku dapat merasakan ekor matanya yang menatap pemergianku.

 

 


 

 

"Dia dah ada kat dalam. Sehun-ah, ingat pesan aku, okay? Exchange student ni sudah menetap di New York lebih dari 10 tahun. Jadi, dia tak berapa fasih berbahasa Korea. Kau dah tahu, kan? So, I guess you are ready?"

 

Pertanyaannya aku balas dengan anggukan. Sebuah senyuman kecil menggayuti bibirnya sebelum dia mengucapkan 'good luck' dan pergi meninggalkanku sendirian di hadapan pintu pejabat sekolah. Aku menarik nafas panjang dan mengukirkan senyuman sebelum membuka pintu tersebut. Serta-merta, aku disambut dengan suara parau milik seorang lelaki yang kelihatan seusia denganku. 

 

"Oh Sehun, I've been waiting for you for so long..." ujarnya sambil memerhatikanku. Mataku juga tidak lepas dari rautnya.

 

Tunggu! Kenapa aku rasa macam pernah ternampak wajah menjengkelkan tu? Bukan ke mamat ni...mat saleh hari tu?

 

"Ah, it's you! Budak gila yang cuba bunuh diri tempoh hari, right?

 

Untuk seketika, sebuah senyuman sinis diukirkannya. Tetapi beberapa detik kemudian, matanya memandangku dengan sebuah kerlipan, seolah-olah bergembira dapat bertemu denganku sekali lagi. Dia berjalan ke arahku dengan segaris senyuman menghiasi wajahnya.

 

"I'm not expecting you here. What a coincidence!"

 

I don't like him, seriously. Aku dapat merasakan bahawa masa seminggu ini akan menjadi jauh lebih panjang dengan kehadiran manusia yang terlebih dose perasan, berlagak bagus dan almighty macam dia ini.

 

 


 

 

Tujuh hari. Tujuh hari telah pun berlalu semenjak aku mengenalinya, Kim Myungsoo. Dia tidaklah seteruk dan seburuk yang aku sangkakan. Kadangkala dia memanglah jenis yang menyakitkan hati dan bossy. Tetapi sikapnya lebih open-minded, mudah menyesuaikan diri dengan semua orang, sering berkelakuan seolah-olah dunia ini dia yang punya, dan sentiasa hidup dalam kebebasan, tiada peraturan yang mengikat tindak-tanduknya. Dia tidak pernah peduli dengan pandangan orang terhadapnya, selagi mereka tidak campur tangan. Jujur, aku cemburu dengan dirinya.

 

Pada masa yang sama, dia merupakan pelajar pertama di sekolah ini yang berani menganggapku sebagai rakan. Dia bukan seperti mana-mana orang yang pernah aku kenal. Perhubungan kami tiada batasan atau dinding penghalang kerana dia hanya menganggap aku sebagai seorang manusia biasa, tidak seperti segolongan besar pelajar yang beranggapan aku adalah Tuhan. Dan aku bersyukur dipertemukan dengannya, meski terkadang sikapnya melampaui batas.

 

Kami sedang bersantai di dalam kelas sementara menunggu waktu rehat tamat. Keadaan kelas yang hiruk-pikuk langsung tidak kami hiraukan. Myungsoo sedang duduk berhadapan denganku, sebungkus roti yang masih belum dibuka berada dalam genggaman tangannya. 

 

"You have an older twin. Luhan, isn't it? Kenapa kau tak pernah beritahu aku?" Soalan yang dilontar keluar secara tiba-tiba itu membuatkan aku bungkam. Dari mana dia mendapatkan informasi itu pun tidak aku ketahui. Aku cuba mengerah otak, mencari alasan yang paling logik dan boleh diterima akal.

 

"Well, aku...rasa tak perlu kot. Lagipun kau tak pernah tanya," jawabku selamba. Matanya menjegil memerhatikanku. 

 

"Don't lie to me. I've heard everything. Korang tak sehaluan, kan?"

 

Aku meletakkan kembali sudu yang ku pegang itu ke dalam bekas makanan sambil menelan ludahku sendiri. Salad buah yang sedang terhidang di atas meja itu aku renung sejenak. Aku tahu berita itu tidak akan mampu aku rahsiakan selama-lamanya tapi aku tidak menyangka bahawa khabar itu akan sampai ke pengetahuannya secepat ini.

 

Semenjak kejadian tempoh hari, aku jarang sekali bersemuka dengannya. Aku tidak pasti sama ada aku atau Luhan yang mengasingkan diri, tapi kami langsung tidak berhubung mahupun bertemu. Dia seolah-olah hilang terus dari pandangan mataku; seperti halimunan. 

 

"Kau dengar dari mana?" Hanya kata-kata itu yang mampu terluah dari mulutku.

 

"Korang dua-beradik kan famous kat sekolah ni, tak makan masa yang lama pun berita tu dah jadi bahan bualan orang ramai." 

 

Wajahku berubah sugul. Kenapa manusia tidak pernah membiarkan aku hidup dengan tenang?

 

"Hey, chill dude! It's not that I'm asking you to tell me your story. That's fine. I'm not gonna judge you. Setiap orang ada sebab mereka tersendiri." Dia menyambung dengan nada yang biasa dia gunakan.

 

Aku mengangkat wajahku untuk menatapnya tetapi aku segera menyesalinya kerana sebaik sahaja rautnya menerpa deria pandanganku, mataku berpinar-pinar -- seluruh keadaan kelas menjadi kabur dan berbalam. Kepalaku sedikit pusing namun pandangan mataku yang suram dan kadang langsung gelap lebih menakutkanku. 

 

"Are you...alright?" suara Myungsoo kedengaran jelas berada di hadapanku tetapi aku tidak dapat melihat mukanya. Aku panik. Tangan kananku menggosok kasar kedua belah mataku. Tetapi hasilnya tetap serupa.

 

Tubuhku menggeletar hebat, air mata pula sudah pun bergenang di pelupuk mataku. Dengan suara yang tersekat, aku berkata;

 

"Myungsoo-ah, aku tak boleh nampak apa-apa. Semuanya...gelap.."        

           

   

 

 

 


 

End of part 2. How was it? Cerita ni boring, that's why lah saya try timbulkan konflik (?) walaupun tak berapa nak menjadi sangat. Maaflah, tapi contest writing yang saya sertai memang memang terikat pada tema persahabatan dan kekeluargaan. Dan maybe style writing saya memang camni? Sebab saya bukan jenis writers yang boleh menulis dengan sempoi. Saya harap korang boleh accept cerita ni, or at least, please stay tune sampai story ni tamat? Saya tak mengharapkan apa-apa pun atas penulisan cerita ni, cuma nak berkongsi pendapat dan realiti hidup manusia zaman kini.

Karakter Sehun is absolutely not my favorite sebab dia seorang yang lemah dan urgh! Let just say, I don't like him in this story. saya tak sangka watak dia akan jadi cam tu -_- What do you think guys?

Thank you sangat2 untuk korang yang sudi membacanya ^^

Have a nice day~! :)

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Rainbow_fairy
I'll update today, dear readers ;D

Comments

You must be logged in to comment
Snooww
#1
Chapter 1: Huhu kesian sehun..sabo luhan..
Update soon ^~<
laierathieyah #2
Chapter 1: yeayy!! thanks sbb update
good job ai! b^.^d
aininurhana #3
good job authornim :D
lunaticmoon
#4
hi Ai. Sy try share opinion sy dlm fic yg ni plak ek, memandangkan orang dah jemput (eh, jemput ke? xD)
lebih kurang macam frozen heart, penulisan Ai takde masalah, dah cantik dah. maybe unpopular opinion je, tapi description tu cam a bit panjang. macam baca summary citer, tapi summary yang panjang. macam yg saya penah cakap sebelum ni, reader yang tak minat genre ni (sayalag tu) akan terus hilang minat.

Ini sekadar perkongsian jela, bukan cadangan nk suruh tukar ke apa. Cuba fikir belakang novel. Saya kalau beli novel saya mesti belek cover belakang. pendek sangat, saya letak. panjang sangat dan berbelit-belit penuh drama pun saya letak. saya suka satu atau dua perenggan yang padat isi, sekadar nak bagi idea atau mood cerita, selitkan satu dua bait dialog karakter (cam yang Ai dah buat), baru ada punch.

anyway, jgn risau. bagi saya tahap penulisan Ai adalah sangat baik, lebih daripada kebanyakan author di aff. good luck!
wui_jinne #5
Waww....
Mcm best je...
(^0^)~♪
amiramuliyadi
#6
foreword yang menarik! keep update ok!
bittersweet4u
#7
hmm sedih pulak dkt sehun isk T^T
btw author-nim drpd foreword sy dpt rasa yg cite ni mmg best!
I will wait for your update^^
keep hwaiting n hwaiting n hwaiting!
Snooww
#8
Yeayyyy gud luck author-nim...
Update soon >~<
hajimc #9
;AAAAA;A;;;;;;;;; SAYA SUKA GILA DESCRIPTON AWAK (abaikan ejaan)
Goodluck ! :D
Hundotlove
#10
Serius mulut saya ni terlompong baca description awak hohoho tak sabar nak tahu apa jadi. saya pun join jugak contest ni jugak haha anyway good luck ^^