Counting Stars

Description

 

 

 

L a u t a n   h i t a m   p e k a t...

L a n g i t   m e r a h   m e n y a l a...

B i n t a n g   i n i...

W a r n a   b i r u   y a n g   m e m u k a u.

B a g a i k a n   n y a w a...

B a g a i k a n   m a t a...

R e n u n g l a h   k e   a t a s...

K e   l a n g i t   m a l a m.

D o a l a h   u n t u k   m a s a   h a d a p a n...

D o a l a h   u n t u k   c i n t a.

 

S u a t u   h a ri...

B i n t a n g - b i n t a n g   b e r g u g u r a n.

S a m b i l   m e n a n g i s   p i l u... d a n   j a t u h   k e   l a u t.

L a n g i t   r e t a k   s e r i b u   m e n j a d i   s e r p i h a n...

 

L a n t a s   r o h   d i b a w a   b e r s a m a...

T i a d a   l a n d a s a n   s a n g   b i n t a n g...

P a r u t   l u k a   y a n g   k e m e r a h a n.

S e l a m a t   j a l a n   b u a t   s e l a m a n y a.


 

 


 

 

“Once upon a time, there hadn’t always been springs or autumns.

There used to only be shining summers and dead winters. For exactly six moons, there would be blizzards that turned lips and fingers blue. For precisely six more moons, there would be sweltering sunlight that has tree and flowers pummeling through the surface of the soil and birds shifting through branches and leaves.

But winter always came again, frost and sleet and wind sweeping across the land and killing everything in its path. The grasses died and no one really knew where the animals went. The only life for as far as the eyes would see would be the dancing snow. This is where the legend begins.

There were two kingdoms, wint-“

 

 

“Korang tak ada cerita lain ke? Naik muak dah aku dengar fairytale yang entah apa-apa ni. Boleh berbulu telinga aku ni tau,” omelku sambil memjuihkan bibirku tanda tidak suka. Aku dengan selambanya memasukkan potongan ayam yang menjadi santapan makan malam kami ke dalam mulutku, sedikit pun tidak mempedulikan tatapan yang diberikan oleh teman-teman sekamarku yang lain.

“Hush, jangan cakap macam tu,” Sekyung meletakkan jari telunjuknya pada bibir, mengisyaratkan aku untuk menjaga percakapanku. “Nanti ketua pari-pari datang turunkan bala pada kau baru kau tahu,” sambungnya lagi sambil ketawa kecil. Rakan-rakanku yang lain turut tertawa bersamanya. Aku hanya mampu menjulingkan mataku ke atas sambil menggeleng kesal.

Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh berkawan dengan orang-orang aneh macam roomates aku ni. Mereka sering menganggap kisah-kisah dongeng tu betul-betul wujud. Aku pun tak tahulah apa kenanya dengan diorang semua ni. Nak kata tak waras…takkanlah orang gila macam diorang ni mampu menjejakkan kaki ke menara gading pula, kan? Tapi kalau nak katogerikan normal, mana ada manusia berfikiran kompleks and unik macam tu. Ada ke patut diorang percaya benda-benda karut yang jelas-jelas menyimpang jauh dari kamus hidup aku.

Memang aku tak pernah percaya dengan cerita dongeng, mitos, dan yang seangkatan dengannya kerana menurut aku cerita-cerita itu semuanya direka hanya untuk memenuhi kehendak manusia yang sering kali cuba untuk lari dari kenyataan dunia. Aku turut beranggapan bahawa mereka tidak matang dan realistik, hidup bersangkarkan khayalan yang bertopengkan kebahagian. Hipokrit kot hidup camtu! Aku lebih rela berdepan dengan dunia yang kejam ni daripada terus menipu diri sendiri macam seorang pengecut. Senang cerita, aku paling tak suka dengan orang yang memberi harapan palsu. Eh, face the truth la! Dunia ni memang tak adil, okay?

“Ina, kau tau tak yang pagi tadikan..." ucapan Young menghentikan tawa mereka yang masih bersisa. Fokus mereka terus beralih pada Young yang duduk di hadapanku sedangkan aku sendiri sekadar memandang wajahnya dengan malas. 

"Aku ada terjumpa satu buku kuno ni...dalam tu ada cerita pasal 12 Guardians yang menjaga setiap penjuru alam. Diorang terbahagi kepada dua puak berbeza... Masing-masing enam guardians untuk satu puak. And kau tahu tak yang nama kau ada tercatat sekali?" soalnya ragu-ragu. Teman-temanku yang lain hanya terkebil-kebil mendengarkan kata-katanya begitu juga dengan aku. Untuk seketika, suasana menjadi hening. 

Namun keheningan itu tidak berkekalan. Apabila otakku dapat meresap masuk maklumat yang baru dia sampaikan, aku tidak mampu untuk menahan diriku lagi. Akhirnya, tawaku terburai. 

"Aku? Sebagai guardian tu ke? Kau ni dah melampau! Macam tak kenal aku je... Mana mungkin aku tergolong dalam kalangan diorang," ujarku disela ketawaku. Hey, tengok oranglah! Aku, si gadis yang tak berapa nak gadis sangat ni, seorang guardian? Macam langit dengan bumi je.

Tetapi wajah Young yang kelihatan serius membuatkan aku berasa tak selesa, seolah-olah dia bersungguh dengan apa yang baru dia katakan. Aku juga baru menyedari bahawa rakan-rakanku langsung tidak berasa lucu dengan ucapannya tadi kerana mereka turut merenungku dengan tatapan 'kitorang-lebih-tahu-apa-yang-kau-tak-tahu-and-better-ikut-cakap-kitorang'. Aku bungkam.  

"Aku tak main-main lah, Ina. Nama kau memang termaktub dalam buku lama tu. Kim Ina. Bukan sebagai guardians tapi sebagai korban."

 

 

Foreword

 

 

Title : Counting Stars

Characters : Byun Baekhyun, Kris Wu, Oh Sehun, and Kim Ina (OC), the rest of Exo members

Genre : Fantasy, Adventure, Romance

Date start : 26th July

Nota kaki : First time cuba tulis cerita macam ni. Oleh sebab saya tak suka baca ff yang bertemakan cinta semata-mata, so I decided nak buat story yang agak berbeza sikit. Entah lah tapi saya rasa cerita cinta yang terlalu fluffy and cute sampai saya rasa nak termuntah pelangi kurang seronok, takde cabaran atau bendul. And saya try writing style baru. Kononnya nak buat story ni lebih sempoi. Tangan saya ni pun tak reti nak duk diam -_-  Asyik nak tulis cerita baru je. Oh, cakap pasal cerita, saya rasa nak nangis sangat2 sebab saya terdelete cerita 'through the eyes of a child'. Penat saya duk menaip cerita tu T^T Kepada pembaca cerita tu, saya minta maaf sangat2. Insya Allah nanti bila saya ada masa, saya akan post story tu semula. 

 

 


 

--> Lirik lagu yang saya guna tu saya pinjam dari sebuah komik yang saya baca; Bebuih Cinta xP 

(tapi jalan cerita ni takde kaitan langsung dengan komik tu. Harap maklum)

--> Cerita 'rakyat' yang ditulis in English tu pun bukan milik mutlak saya. Itu sebenarnya adalah cerita yang pernah saya baca dalam livejournal. Saya cuma pinjam and letakkan cerita tu pada awal cerita.

--> Poster made by -BlueSky at |P R E P O S S E S I N G| Malay Graphic Shop

--> layout credit

 

Sekian.

 

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
mcm best jew..
fantasy../pegi galaxy/
-BlueSky #2
menarik...
update ya ^^