(냉동 추억) Frozen Memories

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

   

 

Love is a strange thing. It can make the weakest person strong. The strongest person weak. The fearful person courageous. The courageous person fear. And yet, there are no words that can truly describe the feeling of love.

(Source: sad-lovequotes) 

 


 

 

Pawana musim sejuk menyapa mesra kulit wajahku untuk kesekian kalinya. Deretan rumah tradisional yang tersusun rapi di sepanjang jalan aku renung teliti dengan sebuah senyuman yang tidak henti menggayuti bibir. Sungguh, sudah hampir 10 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke kawasan perkampungan datuk dan nenekku sehingga aku terasa seolah-olah berada di sebuah dunia asing. Musim sejuk terakhir yang aku lewati di sini adalah ketika umurku baru menginjak 16 tahun, zaman di mana aku masih seorang gadis mentah yang lemah, terlalu dahagakan kasih sayang dan perhatian. Usia remajaku yang selebihnya telah dihabiskan di Guangzhou, China dan hal itu membuatkan aku lupa daratan hinggakan tanah air sendiri dilupakan. 

 

Aku mencapai kamera Nikon D3100 yang terbaring di atas pangkuanku lalu menangkap beberapa keping foto. Sepasang mataku memerhatikan kawasan kejiranan yang terlihat sunyi. Mungkin kerana suhu yang mencecah hampir 0°C menghalang kegiatan harian mereka. Kampung ini juga telah banyak berubah. Dulu, kawasan tersebut dipenuhi pokok-pokok maple yang berdiri megah, menghiasi lorong-lorong kecil di segenap penjuru kawasan. Namun kini, pembangunan teknologi moden telah pun mengambil alih sebahagian besar kawasan tersebut. Mengenangkan perubahan arus masa yang terlalu pantas berlalu membuatkan hati kecilku terdetik; adakah dia juga berubah? Perlahan-lahan, senyum di wajahku memudar. Aku tidak tahu. Sudah begitu lama aku meninggalkan dirinya di sini semata-mata untuk mengejar impianku. Apakah dia masih menanti kepulanganku seperti yang telah dijanjikannya dahulu?

 

Sanubariku dilanda perasaan resah gelisah. Bukannya aku tidak yakin dengan kekuatan cintanya, tapi...mungkin aku sendiri yang belum bersedia. Jiwa dan ragaku masih tak mampu untuk melupakannya, lelaki pertama yang berjaya merebut cintaku. Meski aku sering menafikan bahawa aku masih hidup dalam bayangannya, tetapi hati, tapak di mana segala perasaan ini bercambah, menyangkah keras tindakanku ini. Serpihan-serpihan memori itu masih tersisa di dalam sangkar fikiranku sehingga membuatkan aku takut; takut untuk berdepan dengan realiti. Jari-jemari halusku -- jari yang selalu berkongsi kehangatannya -- bergerak perlahan ke arah sejambak Bellis Perennis atau lebih dikenali dengan nama bunga Daisy yang terletak di sampingku. Aku sempat singgah untuk membelinya sebelum berangkat ke mari. Entah bila bunga itu menjadi salah satu bunga kesukaanku...mungkin juga setelah pertemuanku dengannya. Tiba-tiba aku teringat kembali detik-detik yang kami luangkan bersama, saat-saat bahagia yang kini hanya menjadi ingatan dan kenangan untuk hari-hari tua kelak.

 

"Cik, kita dah sampai," ayat yang terpacul keluar dari mulut pemandu kenderaan sewaan itu membuyarkan lamunanku.  

 

Aku menoleh ke luar tingkap. Kereta yang aku tumpangi sudah pun tiba ke destinasi yang ingin aku tuju tanpaku sedari. Tiada kelibat datuk dan nenekku. Mereka pasti lupa akan kepulanganku hari ini memandangkan mereka memang pelupa orangnya. Tambahan lagi, aku sendiri tidak menelefon mereka untuk hari ini, terlalu leka melayan perasaan. Aku menarik nafas panjang sebelum menapak keluar dari perut kereta dengan sebuah senyuman gugup, menutupi perasaanku. Lelaki berusia dalam anggaran 40-an itu turut keluar untuk membantuku memunggah barangan-barangan yang lumayan banyak. Sedang aku sibuk mengangkut beg serta kotak-kotak berisi buku pelajaranku, satu suara parau menampar lembut gegendang telingaku.

 

"Selamat kembali, Miss Grumpy."

 

 


     

         

    

Bellis Perennis.  (Also known as American Daisy)

Bellis is Latin for "pretty" and perennis is Latin for "everlasting".

(sources; Bellis Perennis)

 

 


 

 

Karakter-karakter:

 

Hyesu (aku)

Seorang gadis yang sukakan kebebasan dan ketenangan, tidak sukakan kongkongan. Mempunyai minat dalam bidang seni lukisan dan fotografi.

 

Byun Baekhyun

Seorang lelaki yang prihatin tetapi tidak tahu untuk mengekspresikan emosi dan perasaannya.      

 

 

Oh Sehun

Seperti Hyesu, dia sukakan kebebasan. Merupakan seorang yang mudah didekati dan juga pandai berkata-kata.  

 

 

Foreword

 

Tajuk: (냉동 추억) Frozen Memories

Genre: Angst, sad, family

Karakter-karakter: Aku (Hyesu), Byun Baekhyun, Oh Sehun.

Tarikh mula: 2 August 2014

Tarikh tamat: -

Jumlah perkataan: -

Khas untuk: | Fearless B! | A Malay One-shot Contest

FB2B_zpscf96ed7b.png

 

Nota kaki: Hai semua! Saya kembali dengan cerita baru yang bertemakan winter and love. Okay, tapi kali ni, cerita ni adalah khas untuk contest di atas dan saya rasa cerita saya kali ni agak berbeza dengan mana-mana stories yang pernah saya tulis sebelum ni sebabnya cerita ini adalah bertemakan percintaan semata-mata. Tapi unsur angst dan kekeluargaan diselitkan bersama. Dan pasal description tadi, maaflah sebab ianya agak berbelit sikit. Sebenarnya, kata ganti nama 'dia' dan '-nya' pada perenggan kedua dan ketiga itu terdiri daripada dua individu berbeza. Kalau korang tak faham, korang boleh baca penjelasan itu untuk kali kedua. Oleh sebab saya nak identiti diorang tu rahsia, jadi saya tak nak nyatakan nama. Maaf atas kesulitan ini. Oh, lagi satu, cerita ini bukanlah cerita cinta yang penuh pelangi atau fluffy dan sebagainya. Jadi, kalau korang tak suka dengan kisah cinta sedih, jangan baca! Saya tak jamin cerita ni mampu membuatkan korang menangis atau mental breakdown, tapi cerita ni sememangnya bukan a happy love story. Tapi endingnya belum decide lagi. So, jangan lupa untuk subscribe, tinggalkan komen/pandangan dan upvote kalau korang suka. Terima kasih!

 

*All pictures used are not mine. Credit to the right owner.

 


 

Credit;

--> Poster and background made by blacksodadrink_ at DAE' GRAPHICS

--> The foreword has been reviewed by:

    • thereforyou at Sazzy's Review Shop | Read full review here!

    yumi143 at ♛ Absolute Royalty Review & Oneshot Request Shop | Read full review here!

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
Tipulah kalau saya kata cerita awak bosan...
Serius! Saya suka dengan writing style awak. Dah lama tak baca cerita macam ni, sampaikan otak pun berkarat! ><
Walaupun intro, awak berjaya menyentuh hati saya. Good luck untuk contest tu.
Hwaiting!!!! ^_^
mis_hun #2
wow citer awk mmg best ! :D but , I to read twice kat part yg tk berapa nak faham ~ btw , good job !! Fighting !
aininurhana #3
good job authornim :D
lunaticmoon
#4
Hai :) setakat ni, xbyk yg saya boleh komen memandangkan citer ni pun baru ada intro saja. Pandai awak menulis dengan gaya puitis. Tahniah, ini satu kelebihan buat awak (jeles saya haha).

Intro citer ni berikan saya feel yg mellow dan nostalgic, sesuai untuk pembuka sebuah cerita angst. Sy x boleh nk kata apa2 lg pasal perwatakan. 'aku' nmpk macam org yg lembut, tapi sangkaan sy salah sbb 'miss grumpy' ^___^ yg bhgn last tu nmpk menarik.

Personally, sy x minat citer yg feeling camni jadi mmg susah nak tarik minat dgn pembukaan yg tenang. Sy akan lebih berminat dgn cerita yg dibuka dgn babak yg mempunyai impak yg kuat atau description emosi yg intense. Memandangkan saya x biasa baca citer angst, sy tak sure kalau cadangan sy ni reasonable ke tak, just share opinion je. Sy tgk ramai lagi reader yg kongsikan pendapat dorg so sy harap awak dpt byk input yg boleh membantu penulisan awak.

Good luck!
lissahara9
#5
Wow!!
Tak sabar nak baca story ni.. >.<
Update soon... ^^
nurraf
#6
citer ni mmg interesting authornim :) x sabar nk tau ape yg akn brlaku
pape pon hwaiting!?! ;D
Ssy tggu awk update ;)
izzatiexo
#7
interesting authornim! cepat2 update tau.hehe
mieyhyun
#8
Hye... :) saya suka gaya tulisan awak.. ala2 novelis gitu.. saya suka cara awk tulis sinopsis :) saya harap awk boleh update soon.. fighting author-nim!! :)