For A Better Tomorrow

Description

2047 merupakan angka dan tahun yang paling digeruni dan menjadi ingatan pahit kepada seluruh penduduk dunia. Tahun di mana tercatatnya masa depan gelap yang menakluki kebebasan yang pernah mereka punya. Lingkaran teknologi yang semakin menjadi-jadi membuatkan spesies alpa ini rakus dan hilang kewarasan akal sihat. Keamanan, sikap toleransi serta kemasyarakatan yang acap kali mereka amalkan hanya menjadi sebuah sejarah silam; termaktub dalam memori tetapi tidak lagi dapat diulangi. Ianya umpama mimpi ngeri; seolah-olah sebuah permulaan yang baru bagi generasi mendatang, namun, pada masa yang sama merupakan sebuah pengakhiran, penamat untuk golongan manusia. Masyarakat yang dulunya sentiasa sebulat suara atas apa jua keputusan mereka, kini berpecah-belah dek kerana ketamakkan dan keangkuhan sesetengah spesies yang tidak pernah puas dengan segala yang mereka miliki.

 

The Dominant atau Domain – golongan berpengaruh dan berkuasa yang merupakan orang-orang atasan, pucuk pemerintahan dunia tatkala itu. Mereka bukan lagi manusia melainkan binatang jijik yang memakan bangkai kaum mereka sendiri. Ironinya, golongan ini turut memikirkan nasib spesies manusia untuk keberterusan hidup yang kian menipis. Apa gunanya? Sudah tentu untuk menjadikan golongan bawahan sebagai hamba mereka, mata pencarian negara.

 

The Denizen – populasi manusia yang paling ramai mendiami dunia dan merupakan golongan sederhana atau lebih dikenali sebagai punca pendapatan negara. Mereka merupakan orang biasa; mereka bekerja dan bersekolah. Bezanya, golongan ini dipaksa berkhidmat mengikut kehendak orang-orang Domain, tidak ada bantahan mahupun kata ‘tidak’ dalam kamus hidup mereka. Mungkin mereka terlalu takut untuk menentang golongan atasan, tetapi itu juga bermakna mereka menyokong dan menyanjung Domain.

 

The Unwanted or better known as the ‘Persona Non Grata’ – seperti gelaran yang mereka punya, golongan kecil yang wujud dalam timbunan manusia ini merupakan orang-orang yang menjadi titik noda kepada rumpun negara. Mereka teguh kepada pendirian mereka dan berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Namun, mereka dicapkan sebagai pemberontak dan spesies ‘liar’ yang tidak patuh kepada ‘peraturan’. Mengapa? Kerana mereka adalah ancaman kepada Domain. Malangnya, hanya sebilangan kecil manusia yang mempunyai keberanian itu, tidak semuanya.

 

Foreword

 

 

Kepayahan dan kesusahan hidup dalam dunia serba mencabar ini mengajarnya untuk menyimpan azam dan dendam yang kuat terhadap mereka. Hatinya telah dilitupi kegelapan, tiada lagi cahaya keinsafan. Menjalani hari-harinya bersama rakan-rakannya yang lain membuatkan keinginannya semakin menjadi-jadi. Dipertemukan dengan seorang gadis daripada golongan 'mereka' itu semestinya bukanlah sesuatu yang dia harapkan. Apatah lagi apabila dia mula menganggap perempuan itu sebahagian daripada dirinya sendiri. Perselisihan hidup antara dua insan berlainan prinsip hidup dalam tempoh masa yang singkat -- adakah ini yang dinamakan takdir? Atau hanya sekadar persinggahan sementara? Jika betul, mengapa takdir mereka begitu kejam?

 

"Lupakan hari ini. Berdoalah untuk hari esok yang lebih baik. Hari di mana tiada lagi peperangan mahupun air mata kesengsaraan."

 

 


 

 

Title: For A Better Tomorrow

Genre: Friendship, romance, dark.

Characters: Exo-k, Exo-m, OCs

Words count: -

Date started: 07/09/14

Date ended: -

Author's Note: Just a simple one-shot/two-shot. Saya dah mula menaip story ni beberapa hari yang lalu and saya dah separuh jalan nak selesaikan cerita yang tak seberapa ni. Mungkin korang akan dapati bahawa jenis cerita ni agak berlainan daripada mana-mana story because setahu saya tak ada orang buat ff jenis camni kat malay tag? Seandainya ada, tolong beritahu saya sebab saya sangat sukakan cerita yang bergenre sebegini. Saya sendiri pun tak pasti what type of story this is. Tapi ianya lebih mendorong ke arah kehancuran dunia (?) and survival. Lagi satu, saya banyak gunakan OCs untuk cerita ni, jadi jangan terkejut kalau nama korang (sesiapa berkenaan) tiba-tiba muncul pulak. Awalnya, saya rancang cerita ni untuk Jia sebab dia ada cakap hari tu yang dia teringin nak baca story dengan watak Oh Sehun sebagai seorang penyangak/samseng/budak jahat/antagonis dan yang seangkatan dengannya. Tapi idea tu dah bertukar jadi sesuatu yang agak berbeza daripada kehendak dia. So, yeah...saya teruskan jelah dengan apa yang ada dalam kepala otak saya ni. I'm so sorry sebab description tu panjang and benda ni yang tak seberapa pun panjang jugak. Sepatutnya a/n pendek je. I even wonder, ada ke orang baca benda ni?

Anyway, please answer to this poll honestly :)

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
SeHuNYeHeT94
#1
Sehun vs luhan vs kai..ohh mestilah sehun...