Part 1

Heart Without a Beat

 

 

Keadaan di dalam kelas 3-1 itu telah pun sunyi sepi semenjak loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada jam dua petang tadi. Melodi halus hembusan pawana petang kedengaran jelas menyapa gegendang telinga, berpuput lembut menyanyikan simfoni alam. Cahaya Matahari menyinar masuk menembusi kaca tingkap yang transparent, menyelimuti segenap penjuru kelas dengan pancaran hangatnya. Kelas itu kelihatan umpama padang pasir yang gersang, hanya bertemankan dua orang insan yang sedari tadi berdiam diri di suatu sudut kelas tanpa mengulas walau satu patah perkataan.

 

Gadis tinggi lampai dengan kulit putih pucat itu dia renung untuk kesekian kalinya, menantikan jawapan untuk persoalannya yang dibiarkan tergantung tanpa titik noktah. Muka perawan itu sedikit menunduk, melindungi sebahagian besar rautnya daripada pandangan. Meskipun begitu, keangkuhan masih melapisi wajah ayunya. Jari-jemarinya pula tidak henti bergerak gelisah pada hujung skirt pendek yang dia kenakan setiap kali dia ke sekolah. Beberapa saat berlalu, lelaki itu keletihan menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba. Akhirnya, dia membuka bicara.

 

“Apa yang kau nak?”

 

Pertanyaan itu cukup ringkas, dituturkan dengan suara yang lembut dan sopan. Namun pertanyaan itu juga membawa beribu getaran dan gelora dalam jiwa perempuannya. Perawan manis berdarah Korea itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya untuk bertentang mata dengan rakan sekelasnya. Rautnya berubah merah. Tidak. Dia bukanlah jenis gadis pemalu yang akan sewenang-wenangnya memperlihatkan sisi ‘gadisnya’ kepada mana-mana lelaki. Tetapi peria kacak di hadapannya kini dengan mudahnya mampu mengatasi kekebalan dirinya.

 

Dia berasa sangat marah dan kecewa. Bukan terhadap jejaka itu sebaliknya dirinya sendiri. Andai saja dia bisa mengawal perasaan cinta dan sayangnya daripada terus berleluasa. Dan andai saja dia tidak dipertemukan dengan pasangan kembar itu tempoh hari, sudah pasti dia masih berdiri megah dengan gelaran ice-princessnya. Bukannya berdepan orang yang disukainya dan berkelakuan seperti kebanyakan anak remaja yang sedang mabuk dilamun cinta. Sungguh, dia bukan perempuan sebegitu! Jika teman-teman sekolahnya yang lain melihat kondisinya kini, maka tercalarlah maruah dirinya sebagai seorang wanita berhati batu. Namun demi sang arjuna tercinta yang mampu membawa sinar ke dalam hidupnya dan sekaligus mencairkan hati kerasnya, dia sanggup menebalkan muka.

 

“Aku...se-sebenarnya aku…su-" ucapan terhenti sekadar di situ. Sukar sekali baginya untuk meluahkan tiga kata ajaib itu. Nafasnya ditarik panjang, matanya merenung tepat ke dalam mata peria itu. Dia telah pun membuat persediaan fizikal dan mental sebelum berdepan dengan keputusan pemuda itu kelak. Sekali lagi -- kali ini dengan lebih keyakinan -- dia membuka mulut, meluahkan segala yang terbuku di hati.

 

“Aku sukakan kau.”

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Heart Without a Beat (Part 1)

 

 

Langkah kakiku dihayun laju, cuba untuk menyamai langkah Luhan yang sudah berada jauh di hadapan. Aku melepaskan sebuah keluhan halus sebelum mematikan niatku apabila melihatkan kelibatnya yang semakin lama semakin jauh lalu terus menghilang dari pandangan mata, ditelan arus lautan manusia yang berpusu-pusu menuju ke arah kafeteria sekolah. Nampaknya aku terpaksa menghabiskan waktu rehatku sendirian hari ini memandangkan satu-satunya abangku sepertinya tidak mempedulikan kewujudanku. Entah apa khilaf yang telah aku lakukan sehingga dia marah benar padaku. Jangankan bercakap, memandang wajah aku juga dia tidak sudi! 

 

Dengan raut masam mencuka, aku segera mengangkat kaki lalu menapak pergi dari situ. Hatiku terus menggerutu dalam diam. Sungguh, aku tidak mengerti dengan perubahan sikapnya yang menurutku sangat tiba-tiba. Semalam, kami baru sahaja menghabiskan masa bersama-sama. Tapi hari ini perlakuannya terhadapku berubah drastik. Seolah-olah aku telah melakukan kesilapan besar yang melukakan hatinya. Namun aku pasti aku tidak melakukan apa-apa kesalahan memandangkan aku tidak kerap bersemuka dengannya baru-baru ini kerana dia terlalu sibuk dengan latihan bola sepak. Sedang aku mengatur jalanku untuk ke kelas, tiba-tiba aku didatangi suatu perasaan ragu apabila mengenangkan peristiwa semalam yang sudah tentu tidak akan dapat aku lupakan.

 

Tunggu...Mungkinkah Luhan...terdengar perbualan aku dengan...Jinri? Getus hatiku. 

 

Belum sempat aku berfikir lebih lanjut tentang andaianku tadi, aku dikejutkan dengan kehadiran Wu Yifan, ketua pelajar yang disegani ramai termasuklah guru-guru di sekolah itu. Dia terlihat rapi seperti selalu -- rambutnya disisir kemas, menampakkan alis keningnya manakala uniform sekolahnya kelihatan bersih. Dia tersenyum kecil ke arahku kemudian mengisyaratkan aku dengan tangannya untuk mengikutnya. Aku hanya menurut, entah ke mana tujuan kami, aku sendiri tidak tahu. Apabila aku sudah berada di sisinya, aku segera membuka pertanyaan.

 

"Erm...kita nak pergi mana?" soalku gugup.

 

Sejujurnya, aku jarang sekali bertemu dengan Yifan apatah lagi berbicara dengannya. Mungkin kerana posisinya sebagai ketua pelajar yang membuatkannya sibuk dengan urusan sekolah sehingga batang hidungnya juga sukar sekali dilihat dalam kalangan pelajar. Yifan memandang wajahku sekilas tanpa menjawab pertanyaan aku tadi. Sebaliknya dia menarik lenganku dan membawa aku ke kawasan kaki lima yang agak lengang berbanding tempat tadi. Dia menghentikan langkahnya dan berhadapan denganku dengan raut yang serius. Pada saat itu, baru aku menyedari bahawa air mukanya jelas terlihat lelah dan keletihan. Untuk seketika, dia kelihatan jauh lebih matang daripada usia sebenarnya.

 

"Sehun, dengar baik-baik apa yang aku nak beritahu kau ni. Mungkin kita tak pernah bertegur sapa sebelum ni, inikan lagi bercakap. Tapi sekarang ni aku memang perlukan bantuan kau." Yifan menjelaskan. Aku baru sahaja membuka mulut, ingin menyuarakan berbagai-bagai persoalan yang menghujani pemikiranku tatkala ini. Tetapi lelaki berdarah campuran itu segera menyangkah.

 

"Hush...Listen to me first. Macam ni, ada seorang student pertukaran yang akan masuk ke sekolah kita dalam masa beberapa hari lagi. And aku tak boleh nak uruskan budak tu. Can you be his guide for a week? I promise it won't take too long. Lagipun aku yakin dengan kebolehan kau. That's why I choose you. So, boleh tak?" soalnya dengan penuh harapan, kedua belah tangannya menggenggam erat lenganku.

 

Aku hanya mampu merenungnya. Aku tak tahu apa yang patut aku rasa atau lakukan. Tapi satu hal yang aku pasti; dia sangat memerlukan bantuan. Dia juga nampak...tertekan. Suatu perasaan aneh tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam sanubariku -- perasaan yang tidak akan cukup untuk digambarkan dengan kata-kata. Mungkin...simpati? Aku seolah-olah melihat diriku sendiri di dalam dirinya. Dia tidak ubah sepertiku -- seorang hipokrit yang sudah letih dengan kehidupannya dan hanya mengharapkan penamat yang bahagia. Aku berasa kasihan dengan nasib dirinya dan tindakan ini membuatkan hati kecilku terdetik; tapi kenapa kau tidak pernah simpati dengan diri kau sendiri, Oh Sehun?

 

Aku mahu tergelak besar atas kebodohan dan takdir hidupku. What a pretty life, huh?     

 

Aku tersenyum pahit dan tanpa berfikir panjang, aku mengiyakan permintaannya tadi. Serta-merta, senyuman menghiasi wajah tampannya sebelum dia berterima kasih dan mula mengatur langkah untuk beredar. Namun, aku segera menghentikannya.

 

"...Kenapa?" pertanyaan itu terlontar keluar dari mulutku.

 

Dia berpaling dan memandang ke arahku dengan sebuah senyuman yang tidak dapat aku ertikan. "Sebab kita serupa," ujarnya ringkas lalu menapak pergi dari situ.   

 

Aku memerhatikan kelibatnya yang menjauh. Yifan merupakan seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada konflik kehidupan. Itu adalah konklusi yang mampu aku simpulkan kerana sinar matanya memancarkan segala isi hatinya. Sama seperti aku, kami cuba untuk menjadi yang terbaik, sesuai dengan kehendak ramai. Tetapi pada masa yang sama, kami telah menipu diri sendiri dan mengorbankan kebebasan kami. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu adalah satu pengetahuan yang telah aku pelajari semenjak aku berada di bangku menengah rendah -- semenjak aku berpindah kembali ke kediaman ibuku. 

 

Aku tersenyum kembali. Meskipun aku baru mengenali Wu Yifan, aku telah pun mengorak satu langkah ke hadapan dalam mengenalinya.

 

 

 


 

 

 

Permata jernih itu turun dengan deras, membasahi tanah dan tumbuh-tumbuhan serta segala yang ada di bawahnya. Angin dingin bertiup, membawa kesegaran dan bau alam bersama rintik hujan yang tidak henti turun. Aku berdiri dihadapan kelas Luhan sambil mengetap bibirku. Hujan yang terus menitis di luar bangunan umpama ritma constant yang kedengaran membingitkan tetapi pada masa yang sama menyanyikan kepiluan tidak sedikit pun aku endahkan. Satu-satunya perkara yang berlegar dalam fikiranku ialah Luhan, hanya dirinya.

 

Aku buntu. Aku tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan kembali kepercayaannya. Kejadian semalam bukanlah sesuatu yang dirancang atau aku duga. Setelah gadis itu meluahkan perasaannya, aku telah menolaknya dengan cara yang baik kerana aku tahu benar bahawa Luhan menyimpan perasaan terhadap Jinri. Malahan, aku langsung tidak menegurnya hari ini meski Jinri menduduki kelas yang sama denganku. Aku tidak mahu memberi harapan palsu kepada perawan itu. Luhan...Aku tidak mahu menyakitkan hatinya, cukuplah dengan kehadiran seorang adik yang tidak guna seperti diriku ini. Aku tidak mahu dia terseksa hanya kerana kelemahan dan kekuranganku. 

 

Beberapa minit kemudian, pintu kelas itu terbuka dan pelajar-pelajar kelas tersebut meluru keluar. Ada sesetengahnya kelihatan tidak bermaya sesuai dengan suhu dan cuaca pada hari ini. Aku menatap Luhan yang perlahan-lahan menapak keluar dengan beg sandangnya tersangkut di bahu. Bibirku membentuk segaris senyuman. Dia tidak pernah berubah. Suhu dan persekitaran mempengaruhi mood dan tingkah lakunya. Sebab itulah mukanya dari tadi masam mencuka saja.

 

Apabila dia menyedari kedatanganku, dia segera mengalihkan pandangannya. Kakinya juga mula melangkah ke arah berlawanan. Aku berlari anak, menyamai langkah kakiku dan kakinya.

 

"Hyung, kenapa? Apa yang Sehun dah buat?" Seperti selalu, aku cuba berbicara dengan nada selembut yang mungkin agar aku mampu memujuknya. Tapi Luhan seorang yang keras hati, sukar sekali untuk meruntuhkan tembok besi di hatinya.

 

Aku menarik lengannya, sekaligus mematikan pergerakannya. Dia menoleh dengan muka yang kosong tanpa emosi. Setiap lekuk wajahnya aku renung teliti, mengharapkan sebuah senyuman yang sering dia ukirkan untukku. Namun hampa, tiada cahaya pada rautnya dan dia hanya mendiamkan diri, tidak menanggapi kehadiranku.

 

"Hyung, berhentilah berkelakuan macam ni. Kita boleh bincangkan masalahnya." Aku merayu.

 

"Tak ada apa yang nak dibincangkan, Sehun!" jeritnya sambil menyentap kasar lengannya. Dia menjelingku, amarah membakar hatinya. Dia kembali menyuarakan perasaannya. 

 

"Kau sentiasa dapat apa yang kau nak. Apa yang kau minta semuanya ibu tunaikan. Sedangkan aku? Semenjak kau kembali semula ke dalam hidup aku, tumpuan yang dulunya orang-orang berikan beralih pada kau. Aku tak kisah sebab kau adik aku. Kau layak mendapatkan kasih sayang yang sempat lupus setelah perpisahan mak dan ayah. Tapi sekarang kau nak merampas satu-satunya perempuan yang berjaya mencuri hati aku? Pantaskah orang macam kau ni aku panggil adik? Kalau kau benci aku sekalipun, bukan begini caranya..."

 

Tiada lagi amarah melapisi kata-katanya, sebaliknya hanya kekecewaan. Aku tidak mampu membalas ucapannya kerana apa yang dia bicarakan ada juga betulnya. Aku selalu merampas haknya...Tapi itu semua bukan apa yang aku hajatkan. Aku cuma berharap untuk menjadi seperti dirinya, bukan untuk merebut segala yang dia punya.

 

Pautan tanganku pada lengannya mengendur, perlahan-lahan aku melepaskannya. Aku menatap pemergian Luhan dari kejauhan. Hujan yang lebat dirempuhnya, tidak sedikit pun mempedulikan uniform sekolahnya yang lama-kelamaan basah kuyup ditimpa air hujan. Aku menyusul langkahnya kemudian, berjalan meredah permata dingin yang menghujani kota raya Seoul pada petang itu. Air dingin itu membasahi tubuhku, sedingin hatiku kini.       

 

 

 

 

 

 


 

a/n; Maaf saya tipu pasal tak depressed tu sebab story ni is totally depressing! Oh God, tak sangka saya ni ada masalah kemurungan yang melampau -_- (sebab waktu menulis chapter ni, saya rasa seolah-olah saya sendiri yang berada dalam posisi Sehun) Tapi menurut saya, ramai orang kat luar sana yang berhadapan konflik yang sama. Oleh sebab story ni terlalu panjang, jadi saya asingkan mengikut bahagian (there are 3/4 part for this story). Watak misteri tu tak muncul lagi~ Bersabar ya, readers yang dikasihi. Insya Allah dia akan muncul tak lama lagi. (Semua orang pun dah boleh expect siapa lelaki misteri tu, am I right?) Anyway, I hope you enjoy this chapter though it was a rubbish.  

 

Thanks to all subbies and a very special thank for those who upvote~ Please leave me some feedback ^O^

Thank you! ^^

 

         

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Rainbow_fairy
I'll update today, dear readers ;D

Comments

You must be logged in to comment
Snooww
#1
Chapter 1: Huhu kesian sehun..sabo luhan..
Update soon ^~<
laierathieyah #2
Chapter 1: yeayy!! thanks sbb update
good job ai! b^.^d
aininurhana #3
good job authornim :D
lunaticmoon
#4
hi Ai. Sy try share opinion sy dlm fic yg ni plak ek, memandangkan orang dah jemput (eh, jemput ke? xD)
lebih kurang macam frozen heart, penulisan Ai takde masalah, dah cantik dah. maybe unpopular opinion je, tapi description tu cam a bit panjang. macam baca summary citer, tapi summary yang panjang. macam yg saya penah cakap sebelum ni, reader yang tak minat genre ni (sayalag tu) akan terus hilang minat.

Ini sekadar perkongsian jela, bukan cadangan nk suruh tukar ke apa. Cuba fikir belakang novel. Saya kalau beli novel saya mesti belek cover belakang. pendek sangat, saya letak. panjang sangat dan berbelit-belit penuh drama pun saya letak. saya suka satu atau dua perenggan yang padat isi, sekadar nak bagi idea atau mood cerita, selitkan satu dua bait dialog karakter (cam yang Ai dah buat), baru ada punch.

anyway, jgn risau. bagi saya tahap penulisan Ai adalah sangat baik, lebih daripada kebanyakan author di aff. good luck!
wui_jinne #5
Waww....
Mcm best je...
(^0^)~♪
amiramuliyadi
#6
foreword yang menarik! keep update ok!
bittersweet4u
#7
hmm sedih pulak dkt sehun isk T^T
btw author-nim drpd foreword sy dpt rasa yg cite ni mmg best!
I will wait for your update^^
keep hwaiting n hwaiting n hwaiting!
Snooww
#8
Yeayyyy gud luck author-nim...
Update soon >~<
hajimc #9
;AAAAA;A;;;;;;;;; SAYA SUKA GILA DESCRIPTON AWAK (abaikan ejaan)
Goodluck ! :D
Hundotlove
#10
Serius mulut saya ni terlompong baca description awak hohoho tak sabar nak tahu apa jadi. saya pun join jugak contest ni jugak haha anyway good luck ^^