Too Late

My Oneshot fanfics.

HyunSeung dan JunHyung.

 

Mereka sememangnya dua pasangan yang sangat bahagia. Ditemukan di bawah pohon rendang di taman disebabkan buku yang terjatuh dari tingkat atas ke bawah, mengenai kepala JunHyung yang sedang berbaring di bawahnya. Mungkin dari situ mereka mengenali antara satu sama lain. Atau mungkin juga perkenalan itu cumalah kemuncak kepada siri-siri kejadian kecil yang tidak pernah disedari oleh keduanya sebelum ini.

 

Tentang bagaimana JunHyung selalu menulis sebuah lagu mengenai pemberi inspirasinya, HyunSeung.

 

Tentang bagaimana HyunSeung melukis wajah JunHyung yang sentiasa terpahat di dalam mindanya.

 

Tentang bagaimana JunHyung selalu berpura-pura tidur hanya untuk memerhatikan HyunSeung yang tekun belajar di dalam kelas mereka.

 

Tentang bagaimana HyunSeung selalu berlagak seperti tidak peduli akan apa-apa yang lain yang ada di sekelilingnya namun sebenarnya sentiasa menulis initial namanya dan JunHyung di dalam sebuah hati.

 

Mungkin kerana itu juga keduanya serasi bersama. Masing-masing sudah menyukai masing-masing. Mungkin ini yang dikatakan orang apabila mereka sudah bertemu dengan orang yang menjadi teman sehidup semati mereka. 

 

Soul mate.

 

Semua orang di sekeliling mereka adakalanya cemburu melihat kebahagiaan kedua mereka bersama. Pintu bahagia sudah lama terbuka untuk kedua mereka. Mereka memang dan sememangnya sudah ditakdirkan bersama. 

 

Sehinggalah hari itu tiba di dalam hidup pasangan itu.

 

 

Telefon rumah mereka langsung tidak berhenti berdering hari itu. Sesungguhnya HyunSeung yang tidak berapa sihat saat itu hanya mampu mengheret dirinya untuk menjawab panggilan tersebut, mabuk  akibat morning sickness sepanjang beberapa minggu tersebut. Nada suaranya pun agak lemah apabila menjawab telefon tersebut, masih sedikit mamai.

 

"Ini kediaman Yong ke? Kami ada berita buruk.. Encik Yong terlibat dalam kemalangan sebentar tadi dan keretanya ditemui terbakar di dalam gaung yang---"

 

Kegelapan. 

 

Hari itu merupakan hari yang paling gelap dalam hidup HyunSeung dan JunHyung. Kemalangan tersebut betul-betul meragut segalanya. Harapan dalam hidup mereka musnah. Tiada apa lagi yang tertinggal. Kemalangan itu meragut nyawa JunHyung jika dilihat dari keadaan kemalangan itu. Kereta milik JunHyung terbakar. Jatuh ke dalam gaung. Tiada yang tahu apa nasib sebenarnya.

 

Hampir kesemua orang mempercayai bahawa JunHyung sudahpun meninggal dunia.

 

Mungkin..

 

"Luhan.. Masuklah.. Dah gelap ni.. Kita sambung esok ya cari Jun?"

 

"Tak boleh! Kita kena cari dia! Jun tengah tunggu kita, hyung!"

 

Kata-kata dari mulut Luhan. HyunSeung jadi sebak memikirkan keadaan yang ada. Dia tahu JunHyung masih hidup di luar sana. Walaupun hanya ada seorang yang mempercayainya. Dia tetap ingin memikirkan yang JunHyung masih ada. JunHyung masih di luar sana. Masih lagi ada di situ. Bersama dengan dirinya.

 

 

6 tahun berlalu.

 

"Mama!! MinChan nak main tu!!"

 

Pujuk anak kecil itu, menyebabkan HyunSeung kembali ke realiti. Anak kecil itu sudah mula memuncungkan bibirnya, tanda protes apabila mamanya itu langsung tidak mempedulikan kehendaknya, membuatkan dirinya itu terasa agak marah ketika itu.

 

"MinChan-ah.. Jom pergi dengan hyung.. Kita main buaian tu.."

 

Kata satu suara perlahan, mengejutkan keduanya saat itu juga. MinChan sudah mula mengukirkan senyuman di bibir kecilnya sambil mata HyunSeung memerhatikan satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya sejak beberapa ketika ini. Terus sahaja anak kecil itu berlari, tangan kecil miliknya sudah mula didepa untuk memeluk si dia yang dilihatnya tadi.

 

Kim MinSeok.

 

Sejak kehadiran pemuda itu muncul di dalam hidupnya. HyunSeung jadi makin mudah menghadapi segalanya. Bayangan hidupnya yang kelam perlahan-lahan menjadi makin cerah. Mungkin juga itu yang sebenarnya diperlukan oleh si dia. 

 

Pulang ke rumah mereka saat itu, MinChan hanya tersenyum sambil kedua tangannya memgang tangan MinSeok dan juga tangan HyunSeung, side by side. Seperti satu keluarga yang sangat bahagia. Mungkin juga. MinChan langsung tidak pernah mengenali siapa Papa dalam hidupnya yang sebenar. Sejujurnya dia memang langsung tidak pernah mengetahuinya. 

 

"MinChan, masuk dulu.. Suruh Kyungie-hyung mandikan.. Nanti Mama masuk, arraseo?"

 

Kata HyunSeung, melihat anak kecilnya itu berlari masuk ke dalam. Anak sulungnya KyungSoo sudah berdiri di hadapan pintu, menunggu kehadiran adiknya yang berlari masuk sebelum pandangannya dialihkan kepada HyunSeung yang hanya berdiri sambil memerhatikan MinSeok, mata bulatnya seakan memberi arahan agar tiada sesiapa yang berani menyakiti HyunSeung. Terutamanya MinSeok.

 

"Seungie nak masuk dulu.. Jump--"

 

"Seungie tunggu! Min ada benda nak cakap.."

 

"Apa dia?"

 

"Yang sebenarnya Min....."

 

 

Kata-kata yang keluar dari mulut MinSeok petang itu sangat-sangat memeningkan kepala HyunSeung sejujurnya. Dia menginginkan jawapan. Dia sendiri pun agak keliru dengan hatinya sendiri. MinSeok tiba-tiba sahaja melamarnya sebentar tadi. HyunSeung sendiri tidak tahu.

 

"Mama mungkin patut terima jer lamaran dari MinSeok-oppa tu... Dia baik Mama..." -Hayi-

 

"Mama patut move on.. 6 tahun Ma.. Kalau it's just 3 to 4 days takpe... Sudahlah... Papa takkan balik.." -Peniel-

 

"Diyo just nak Mama happy.. If MinSeok-hyung boleh buat macam tu then Mama deserve untuk happy.." -Diyo-

 

"Hyung dah tak nak tengok Seung terseksa.. Jun takkan kembali and kita semua pun tahu tu.. Accept Seokkie, Seungie.. Itu yang terbaik.." -DooJoon-

 

"Kalau Jun balik macam mana Seungie? Betul ke Seungie nak semua ni?" -GiKwang-

 

"Apa yang boleh bahagiakan oppa, Chi sokong.. Tak kisahlah apa pun.. Asal oppa bahagia.." -Mikki-

 

Lagu yang tiba-tiba berkumandang di radio saat itu.. No More.. Lagu yang agak sedih.. Menyedihkan sebenarnya. HyunSeung jadi tidak keruan. Sudah berapa hari dia melarikan dirinya daripada bertemu dengan MinSeok kerana hal itu namun...

 

Fine, cry all you want,

If that’s what it takes to wash me all away

If that’s what it takes to erase all the lingering attachment in your heart

I’m not worth the pain you’re going through

 

Lirik lagu tersebut...

 

Mungkin dah tiba masanya untuk HyunSeung melepaskan segalanya... 6 tahun merupakan tempoh yang agak lama. Mungkin betul? Mungkin dia perlu melepaskannya...

 

"Yes, I will..."

 

 

JunHyung tersedar dari pengsan saat itu, matanya memerhatikan sekeliling. Dia perlu mencari HyunSeung. Memori yang selama ini dengan penuh kesusahan untuk dia mendapatkannya kembali. Akhirnya ia kembali...

 

Kepalanya masih lagi agak sakit mengenangkan segala memori yang pernah didengari olehnya sebelum ini. Semua memori samar yang selama ini hanya muncul didalam kotak memorinya ketika dia tidur. Dia telah mengingati segalanya...

 

Berada di hadapan rumah yang sebelum ini menjadi rumah mereka. JunHyung hanya memandang ke arah lain. Di satu sudut, HyunSeung sudahpun ada bersama dengan MinSeok disisinya, memegang anak kecil yang ada di tangan MinSeok saat itu.

 

6 tahun merupakan tempoh yang terlalu lama. Terlalu panjang untuk mereka barangkali...

 

JunHyung hanya mengeluh perlahan, matanya memandang sekali ke arah HyunSeung yang dulu merupakan miliknya yang kini sudah berada di tangan orang lain.

 

So I’m afraid that I’ll hurt you

Just live happily as if you have something to prove to me

No more, I’m not someone you can lean on anymore

 

"Be happy, Seungie-ah... That's all I wanted you to be...."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^