Sepuluh

My Oneshot fanfics.

JongJin sudah agak sedikit pelik melihatkan keadaan pemuda yang berdiri di hadapannya itu. Sudah beberapa kali dia melihat pesakit di hadapannya itu. Maklumlah, bekerja di hospital sakit jiwa seperti itu. Sudah bermacam-macam ragam pesakit yang dilihatnya.

 

Ada seorang gadis bernama SoEun yang menyangka dirinya ialah seorang pemakan yang tegar walaupun sebenarnya dia telah memakan ahli keluarganya sendiri. Kanibal. Menyakitkan. 

 

Seorang lagi bernama JiEun. Dia menyangka dirinya ialah robot yang menyanyi. Sama seperti Vocaloid tersebut. Sering sahaja dia menyanyi. Menghiburkan semua orang disitu. 

 

Ada juga Chen yang menyangka dirinya ialah seseorang yang mempunyai kuasa Lightning. Dia hampir terbunuh ketika merenjat dirinya sendiri dengan elektrik. Kini, dia hanya duduk termenung di satu sudut, memeluk patung Pikachu miliknya. 

 

Memang itulah lumrah lumrah hidup JongJin. Namun belum pernah lagi dia melihat sepelik ini. Pemuda berambut hitam itu hanya melihat ke arah selimutnya. Katil putih yang didudukinya. Mungkin dia nampak normal seperti orang biasa. Namun perkataan yang keluar dari mulutnya.

 

"Sepuluh... Sepuluh... Sepuluh...."

 

Tiada perkataan lain yang keluar dari mulutnya. Sepuluh. Ten. Ju. Hanya sepuluh yang keluar dari mulutnya. 

 

Semakin lama, JongJin jadi makin ingin tahu apa yang menyebabkan pemuda itu hanya berkata sepuluh sepanjang masa. Tiada lain. Mungkin kerana rasa ingin tahu itu juga yang menyebabkan dia berdiri di hadapan itu sekarang ini. Di hadapan bilik pesakit bernama Yu BaRom itu.

 

"Sepuluh... Sepuluh... Sepuluh..."

 

JongJin jadi ingin tahu lantas saat dia membuka bilik tersebut. Dihampiri pemuda itu sekali lagi. Makin lama makin dekat. Dan dekat. Dekat lagi.

 

Kedengaran bunyi jeritan yang kuat saat itu dari bilik BaRom, membuatkan seluruh hospital menjadi gempar. Semua doktor belari ke bilik tersebut, agak panik dengan apa yang dilihat oleh mereka saat itu. JongJin sudah pun terbaring di atas lantai, memegang matanya.

 

Darah merah yang pekat membasahi tangan BaRom, mengotorkan cadar putih yang terbalut di katilnya saat itu. Begitu juga dengan baju JongJin yang berwarna putih itu.

 

Doktor yang melihat keadaan itu tidak akan dapat melupakan keadaan malam itu. JongJin sudahpun menangis airmata darah menahan kesakitan. Dan disaat dia membuka matanya....

 

Soket mata JongJin yang dipenuhi oleh bebola matanya sebelum ini sudah kosong, hanya dua lubang hitam yang berdarah yang dapat dilihat. Di satu sudut pula, BaRom hanya tersenyum, sambil memandang ke tangannya lagi. Dan ayat yang keluar dari mulutnya...

 

"Sebelas... Sebelas... Sebelas..."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^