Tukang Jahit

My Oneshot fanfics.

 

ShinHye merupakan seorang tukang jahit yang sangat terkenal. Si gadis cantik yang sangat manis. Baik budi pekertinya. Lembut. Sememangnya dia amat disukai oleh semua orang yang mengenalinya. Bakat terpendam dirinya menjahit hanbok yang diturunkan dari generasi ke generasi. Tangannya membuat keajaiban setiap kali memegang jarum dan benang. Pakaian cantik yang terhasil. Sesungguhnya tidak ada seseorang pun yang boleh menandinginya.

 

Walaupun begitu, hidupnya tidaklah sebahagia yang disangka. Tunangnya yang tersayang merupakan seorang lelaki yang sangat keji. Mencurangi dirinya dengan wanita lain. Sesekali ShinHye menangis kerana mengenangkan nasibnya yang agak malang itu. Namun dia hanya menyayangi lelaki itu. Tiada yang lain yang boleh menukarkan perasaannya. Walaupun terluka seteruk mana sekalipun, ShinHye memang lebih mudah memaafkan dari pergi meninggalkan tunangannya itu. Sadis.

 

Fikirannya hanya setia kepada si dia seorang. Walaupun macam-macam yang dikatakan orang mengenai lelaki itu, dia hanya lebih suka mendiamkan diri. Sengaja dia menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang lain. Gunting di sebelah tangannya digunakan untuk membuat baju, baju indah yang dipakai hampir semua penduduk disitu. Dia lebih suka mendiamkan dirinya. Gunting yang sudah menjadi milik dirinya sejak kematian ibunya itu. Sesekali diasahnya. Teringat kata-kata ibunya.

 

"Lebih diasah gunting itu, lebih mudah ia untuk mengerat sesuatu.."

 

Kawasan tempat tinggalnya itu kelihatan tenang seperti biasa. Hari yang indah untuk keluar, kata ShinHye di dalam hati. Lagipun, mahu sahaja dia mendapatkan udara segar. Kain untuk membuat hanbok baru untuk dirinya juga sudah habis. Nampak sangat memang perlu dia keluar hari itu. 

 

Berjalan di kedai yang menjual kain yang dicarinya, hati ShinHye jadi hancur luluh saat dia terlihat tunang kesayangannya, TaeHyung berdiri di hadapannya. Bersama dengan seorang gadis yang cukup dikenalinya. SooJung. Gadis itu mengenakan hanbok merah yang bersesuaian dengan dirinya. Namun, bukan itu yang menghancurkan hatinya. TaeHyung nampak sangat rapat dengan dirinya. Si gadis cantik itu. Segera dia melarikan dirinya saat itu juga, membawa dirinya pergi dari tempat itu.

 

Airmata yang jatuh di pipi ShinHye saat dia pulang ke rumahnya. Tangannya masih lagi menjahit hanbok yang dikatakan. Dia harus menyiapkan hanbok itu secepat mungkin. Gunting kesayangannya tidak hilang dari matanya. Tanpa mempedulikan sekelilingnya, dia menjahit dan terus menjahit. Hanbok itu harus disiapkan segera. Tidak kiralah apa cara sekalipun. 

 

Seluruh kawasan tersebut kecoh dengan kejadian yang berlaku. Mungkin ada jenayah yang berlaku agaknya. ShinHye cuma mengangguk sambil berjalan di sekelilingnya. Dia tidak kisah dengan apa yang berlaku. Mungkin juga cuma kecurian biasa. Dia terpaksa keluar lagi hari itu. Jaket untuk hanboknya itu masih belum siap. Baru sahaja ShinHye ingin melintasi jambatan yang menghubungkan rumahnya dengan tepat tersebut apabila dia terlihat lagi TaeHyung berdiri disitu. 

 

Kalau diikutkan hatinya, hendak sahaja ShinHye berlari pergi mendapatkan pemuda itu saat ini juga. Namun baru sahaja beberapa langkah, kelihatan seorang gadis di sebelah pemuda itu. Muka yang dikenalinya. Gadis itu pelanggan tetapnya di kedai jahitnya itu. Namanya? MinAh. Muka TaeHyung yang kelihatan agak tertekan saat itu nampak gayanya merisaukan MinAh. Jaket hijau yang dipakai bersama hanboknya itu sangatlah cantik. Hati ShinHye terdetik. Mungkin gadis begitu yang menjadi kesukaan TaeHyung agaknya. 

 

Hatinya agak sakit. Namun tak pernah sekalipun diluahkannya kepada pemuda itu. Dia hanya mendiamkan dirinya sambil  menyiapkan jaket untuk hanboknya itu. Gunting yang sentiasa ditangannya itu setia menemaninya. Pakaian itu harus siap dengan segera. Tiada apa yang boleh menghalangnya. Matanya yang sudah bengkak itupun tidak dihiraukannya.

 

Kawasan tempat tinggal itu jadi semakin takut. Jenayah yang terjadi makin teruk. Hidup mereka dalam ketakutan. ShinHye masih lagi tenang. Mungkin jenayah itu akan berhenti tidak lama lagi. Sengaja dia keluar hari itu untuk mendapatkan aksesori tambahan untuk dipakai bersama hanboknya. Mungkin sanggul? Entahlah. Lihat sahajalah.

 

Sedang dia berjalan di kedai tersebut hari itu, kelibat TaeHyung muncul lagi dihadapannya. Namun kali ini bersama dengan gadis lain pula. SoEun. Gadis itu ada menempah hanbok dengannya. Beberapa hari lepas kalau tidak silap. Masih muda. Lebih muda daripada TaeHyung beberapa tahun. Sangat muda. Terlihat pemuda itu menyucukkan sanggul kuning di rambut SoEun saat itu juga. Teruk perangai pemuda itu. Gadis muda seperti itupun hendak dipikatnya? Entahlah! Tak boleh diterima akal!

 

Hatinya sememangnya agak sakit. Cubalah merasakan apa yang dirasainya. Pasti orang akan memahami. Namun ShinHye hanya lebih selesa meneruskan kerjanya. Gunting yang dipegangnya sambil membuat pakaian itu dipegang rapi. Namun dia menjadi pelik. Memang guntingnya berwarna seperti itukah sebelum ini? Ataupun mungkin dia sudah bekerja keras hari itu. 

 

Segala usaha kerasnya saat itu berbaloi juga. Hanbok yang selama ini ditunggunya siap juga. Saat itu juga ShinHye meletakkan pakaian tersebut ke badannya. Pasti TaeHyung akan suka dengan apa yang dipakainya. Kalau pemuda itu tidak mahu mendekatinya, biar sahaja dia yang berjumpanya saat itu.

 

 

Gunting dibuat dari dua bilah. 

Mereka membuat kerja dengan menjadi rapat dan berlaga sesama sendiri. 

Sama seperti orang yang berkahwin dan sangat serasi bersama.

itulah apa yang mak ShinHye selalu katakan kepadanya.

 

Hanbok merah. Jaket hijau. Sanggul kuning. 

Kali ini ShinHye dah menjadi jenis gadis yang disukai oleh TaeHyung.

 

Macam mana? Suka tak dengan dirinya yang sekarang?

 

Keesokkannya, kawasan tersebut kecoh dengan jenayah baru. Seorang lelaki telah ditemui mati. Faktanya, seluruh keluarga 4 orang mati dibunuh dalam jangka masa tersebut. Seseorang telah membunuh ke semua mereka. 

 

ShinHye hanya tersenyum sambil mengingat kembali kejadian sebelumnya. TaeHyung berlagak seperti langsung tidak mengenalinya. Malah ayat sebelumnya itu. 

 

"Awak macam mana hari ni?"

 

Cara dia berkata-kata macamlah ShinHye ni cumalah seseorang yang langsung tidak dikenalinya. 

 

Macam ShinHye hanya seorang stranger.

 

Langsung bukan sesiapa.

 

Gunting yang dipegangnya sejak tadi kini sudah mula dibasahi dengan warna merah yang pekat. Namun ShinHye harus meneruskan kerjanya. Betul cakap ibunya. Lebih tajam gunting tu, lebih mudah ia mengerat sesuatu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^