Baby Steps

My Oneshot fanfics.

YoSeob hanya memandang ke hadapannya, agak kehilangan kata-kata dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. GiKwang cuma mampu mendengar sambil mulutnya ternganga lebar, terkejut mendengarkan kata-kata dari mulut orang yang berada di hadapannya sekali lagi. Segala-galanya berlaku terlalu pantas saat ini. Bukanlah YoSeob nak cakap apa. Tapi itu kenyataannya. 

 

Kalau diberitahu sekali lagi apa yang akan didengarinya hari tu, dah pasti YoSeob akan menolak untuk segala-galanya saat itu juga. Namun benda dah pun terjadi. Dan malangnya, itulah dirinya yang sebenar. Fikirannya jadi kusut. Kepalanya jadi serabut. Ditambah dengan perasaan keliru. Bahagia, sedih, keliru. Segalanya bergabung menjadi satu.

 

"Kiki-ah... Kau nak ke mana?"

 

Tanya YoSeob perlahan, menghentikan GiKwang saat itu. Satu keluhan perlahan dilepaskan oleh GiKwang saat itu, membuatkan YoSeob terdiam saat itu juga.

 

"Seobbie agak Ki nak pergi mana? I need time to think, Seob.. Semua ni terlampau banyak untuk di proses.."

 

Empat bulan. Ia cuma empat bulan yang lepas kali pertama YoSeob bertemu dengan GiKwang. Ia cumalah satu parti yang dianjurkan oleh rakan mereka, HyunSeung dan JunHyung sempena menyambut kehadiran cahaya mata mereka yang baru namun bukan itu yang di fikiran mereka sekarang. 

 

Cuma sekali. 

 

Cuma sekali jer mereka berdua melakukan itu semua dan sekarang? YoSeob cuma mampu mengetap bibirnya, air matanya sudah hampir ingin mengalir saat terkenangkan apa yang bakal keluar dari mulut GiKwang saat itu. Sudah pastinya hubungan mereka sudah hancur. Mengandung just when kedua mereka baru meneruskan pengajian ke menara gading? Okay. Parents? Orang ramai? Entah kenapa, air mata YoSeob terus berjurai turun.

 

 

"Tolong, Seob.. Gugurkan baby tu bukan pilihan dari mula.. Ki taknak dengar Seob cakap pasal tu pun.. Tapi dalam keadaan kita sekarang... Bagi Ki masa Seob.. Ki nak fikir..."

 

Kata-kata GiKwang sebelumnya terpahat dalam minda YoSeob. Perlahan sepasang tangan memeluknya erat dari belakang, mengejutkan dirinya sepenuhnya. Bau perfume GiKwang memenuhi setiap ruangan bilik tersebut. Membuatkan YoSeob sedikit loya saat itu. Namun ditahannya.

 

"I'm sorry.. Ki taw Ki teruk sebab lari hari tu.. Tapi I'm not gonna run away.. Takkan lagi.. Kita akan besarkan baby ni sama-sama.. Tak kiralah apa pun yang jadi.."

 

Kata KiKwang perlahan sambil mengusap lembut perut YoSeob yang berdiri dihadapannya saat itu. Air mata yang mengalir perlahan itu segera diseka oleh GiKwang sebelum mengalir lebih banyak lagi sebelum dia mengucup perlahan dahi pemuda kesayangannya itu. Apa jelah yang mampu jadi lebih teruk kan?

 

5 bulan.

 

Sekejap sahaja masa berlalu namun GiKwang sudah hampir gila memikirkan dia ada separuh trimester lagi untuk dihabiskan bersama dengan bakal ibu kepada anaknya saat itu. Badannya sudah hampir lebam-lebam akibat dipukul oleh YoSeob sebelumnya. Alasan? 

 

Dia terlupa nak belikan jeruk timun yang dipesan oleh YoSeob sebelumnya. Badannya juga sudah mula sakit-sakit dek tidur di sofa kerana dihalau untuk tidur di luar hari itu. Badannya juga sudah mulai kurus akibat terpaksa berjaga malam dek tidur yang tidak selesa sebelumnya.

 

"Kau tak cukup tidur ke?" 

 

Tanya JunHyung perlahan, memerhatikan anak kecil mereka yang berlari-lari kegembiraan di hadapan mereka saat itu. GiKwang hanya mengangguk, memandang ke arah rakannya yang seorang itu. Sesungguhnya dan sejujurnya dia menyayangi YoSeob namun berdepan dengan YoSeob yang sedang pregnant dengan emosi yang tidak menentu seperti itu. Adakalanya GiKwang pun boleh jadi gila.

 

"Sabarlah.. Berapa bulan jer lagi.. Nanti kau akan lupakan semua ni.. Trust me.."

 

Kata JunHyung, memberikan semangat kepada rakannya yang seorang itu. GiKwang cuma tersenyum sambil memerhatikan gelagat anak JunSeung di hadapannya itu. Mungkin ia tidaklah seteruk yang disangka. Pulang ke rumahnya, YoSeob sudahpun menarik bantalnya sambil bersedia untuk baring di sofa saat itu juga. Membuatkan GiKwang jadi pelik.

 

"Seobbie.. Nak buat apa ni?"

 

Tanya GiKwang lembut, matanya sudah bulat memerhatikan gelagat pelik YoSeob saat itu. Apa yang ada dalam fikiran budak bertuah itu sebenarnya? YoSeob cuma menarik tangan GiKwang, memaksanya duduk di sebelahnya sambil memandang ke arah teman lelakinya. 

 

"Come here.."

 

Tangan GiKwang segera diletakkan di perutnya yang sudah mula nampak saat itu, ditekan sedikit sebelum mata GiKwang menjadi lebih bulat dengan apa yang baru dirasainya sebentar tadi. First baby kick. Mungkin JunHyung betul. Segala yang dirasainya sebelum ini jadi hilang. Apa yang penting sekarang cumalah YoSeob dan anaknya berada dalam keadaan yang baik sekarang.

 

 

7 bulan.

 

"Sudahlah Seob! Kalau Seob benci dengan Ki, then biar Ki keluar!! Seob nak sangat kan?"

 

Perkataan tadi perlahan-lahan menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya. YoSeob hanya mampu menangis sambil memerhatikan sekelilingnya. Kosong. GiKwang sudah keluar dari biliknya sejak dari petang tadi. Mungkin masih marah agaknya dengan YoSeob disebabkan oleh pergaduhan mereka sebentar tadi. Dia jadi tidak keruan seketika. Entahlah. Bila difikirkan kembali, salah GiKwang tidaklah sebesar mana.

 

Namun hormon orang mengandung. GiKwang cumalah membantu kawan sekelasnya membuat assignment. YoSeob pula. Hormonnya menganggap GiKwang sudahpun curang dengan dirinya. Entah macam mana boleh keluar semua tu daripada dalam kotak fikirannya. Mungkin sebab itu juga bayi dalam kandungannya itu menghukumnya dengan menendang secara ganas saat itu.

 

"Yelah.. Aegi pun nak sebelahkan Papa kan? Fine.."

 

YoSeob hanya mampu mengerang perlahan, cuba menahan kesakitan yang dirasainya saat itu. Aegi yang berada di dalam perutnya itu boleh tahan juga, makin lasak. Kadangkala, YoSeob juga cemburu apabila GiKwang seperti tahu bagaimana hendak mengambil hati anaknya yang ada dalam perutnya saat itu. Aegi cuma mahu mendengar kata-kata GiKwang. Kata-katanya pula. Macam mencurahkan air ke daun keladi.

 

Pintu hadapannya itu dikuak sedikit. GiKwang berdiri di situ, memerhatikan YoSeob yang dia tahu menahan sakit sejak dari tadi. Anak kecil itu juga degil sama seperti Mamanya. Tak mahu berhenti menendang YoSeob selagi GiKwang tidak menghentikannya. Perlahan GiKwang masuk ke bilik tersebut, tangannya terus mengurut belakang YoSeob perlahan sebelum bibirnya mengeluarkan kata-kata memujuk anak kecil di dalam YoSeob saat itu.

 

"Aegi.. Jangan tendang Mama lagi.. Mama nak tidur.."

 

Tendangan lasak tadi seperti memahami kata-kata GiKwang apabila ia terus berhenti, melegakan YoSeob dari penderitaannya sejak dari tadi. Sesungguhnya kehadiran GiKwang amat membantu. Dia perlukan GiKwang. Really. He do.

 

"Mianhae..."

 

GiKwang hanya tersenyum mendengar kata-kata dari mulut YoSeob, kucupan penuh di dahi YoSeob diberikan selepas itu. Patience.

 

 

9 bulan.

 

Jeritan YoSeob memnuhi ruangan bersalin itu sementara doktor dan nurse cuba untuk menenangkannya saat itu. GiKwang yang berdiri di sebelahnya saat itu sudah pun kusut masai, bajunya hampir terkoyak akibat ditarik oleh YoSeob yang menahan kesakitan yang teramat.

 

"Next time, Ki yang pregnant!! Appeo!! Yahh!!!"

 

Jerit YoSeob lagi langsung tidak melepaskan rambut GiKwang yang sudahpun mengalirkan airmata menahan kesakitan saat itu. Badannya sudah basah akibat air ketuban YoSeob yang pecah sebentar tadi, tangannya terasa seperti hendak patah. Luka kecil di tangannya? Tak usah cakap lah. Memang banyak pun. Lebam pun sudah ada yang menunjukkan diri saat itu.

 

"Sabar Seob.. Sikit jer lagi... Please.. Calm down..."

 

Kata-kata GiKwang memang betul-betul menyakitkan hati YoSeob barangkali kerana sejurus itu sahaja YoSeob menarik rambutnya, membuatkan GiKwang mengerang kesakitan saat itu. YoSeob terasa ingin membunuh GiKwang saat itu juga. Dah sakit disuruh bertenang. Mungkin disebabkan itu juga YoSeob mula meneran sekuat hatinya sehingga tangisan bayi kedengaran di dalam bilik tersebut, membuatkan keduanya merasakan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan saat itu.

 

"Lee HweJi..."

 

Kehadiran anak perempuan mereka setelah sekian lama. GiKwang hanya tersenyum sambil memandang ke arah YoSeob yang sedang mendukung bayi mereka saat itu. YoSeob hanya tertunduk, beberapa kali meminta maaf di atas apa yang telah dilakukan kepada teman lelakinya itu sebentar tadi.

 

"Ki tak kisah la.. Tapi Ki ada satu benda yang Ki nakkan jawapan dari Seob sekarang ni.."

 

Kata GiKwang lembut, membuatkan YoSeob terkedu saat itu. GiKwang perlahan tunduk ke bawah, melutut di atas satu lututnya, matanya memandang tepat ke arah YoSeob yang masih tidak mengerti apa yang ingin disampaikan olehnya saat itu. Satu kotak baldu perlahan dikeluarkan dari poketnya, membuatkan YoSeob jadi terkejut.

 

"I will promise to love and accept you for eternity.. Will you accept me and be my wife for eternity as well, Yang YoSeob?"

 

Tanya GiKwang, membuatkan YoSeob tersenyum sebelum mengangguk tanda setuju. Ia hari yang menggembirakan buat mereka. Kehadiran HweJi dan juga hari itu. Perlahan GiKwang menyarungkan cincin di jari manis YoSeob saat itu, mengambil HweJi untuk diletakkan ke dalam tempat bayi itu sebelum berkongsi satu lagi ciuman disitu.

 

Di luar bilik tersebut pula...

 

DongWoon: (membuka pintu wad) Hyung--- (nampak both kissing)

DooJoon: Yah! (tutup mata DongWoon) Budak kecik tak boleh tengok benda ni!

HyunSeung: Eoh.. Sweet.. (ambik gambar buat kenang-kenangan)

JunHyung: Nak tengok jugak.. (cuba menyelit antara DongWoon dengan DooJoon)

HyunJun: Eomma.. Hyun nak tngok KiSeob jugak... (tarik baju HyunSeung)Unlik

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^