Life

My Oneshot fanfics.

JungKook cumalah seorang pembuat biskut. Itu hidupnya selama ini. Dia seorang yang baik hati. Peramah. Ada sahaja cerita yang hendak disampaikan olehnya pada semua orang. Mengenai kehidupan. Mengenai persahabatan. Mengenai cinta. Semua orang mengenali pemuda itu. Pembuat biskut sektor 01.

 

Namun tiada siapa yang pernah mengerti perasaan yang terbuku di dalam hatinya itu. Tiada yang tahu. Yang mengerti apatah lagi. Segalanya dusta belaka. Tiada yang sama. Zaman silamnya, tiada yang tahu. Tidak satu pun mengetahui. Tiada siapa kecuali dirinya. 

 

Wajah itu sering tersenyum gembira. Mungkin kerana itu juga tiada siapa yang menyangka mereka akan menemui mayatnya terbujur kaku di lorong belakang kedai menjual biskut miliknya. Sebutir peluru tepat di kepala. Tembakan jarak dekat.

 

Kembali semula ke zaman kanak-kanak JungKook. Dia dibesarkan oleh dua orang ibu bapa yang menyayangi antara satu sama lain. Bercinta dan mendapat JungKook. Anak lelaki mereka. Sesungguhnya dia sangat menyayangi kedua mereka. Zaman lampau yang bahagia. Penuh kegembiraan. Penuh kebahagiaan.

 

Meningkat dewasa, JungKook mula mendengar suara-suara sumbang di dalam kehidupan miliknya. Sakit. Jeritan kesakitan. Laungan kesedihan. JungKook tidak mahu mendengar semua itu. Namun, melihat kesakitan yang ditanggung oleh ibunya sendiri, JungKook jadi mengerti. Ini bukan dunia yang didiami olehnya satu ketika dahulu. Dunia warna-warni yang pernah disayangi olehnya. Ibu bapa yang dulu penyayang sekarang hanya tinggal kenangan. Apatah lagi melihat peristiwa berdarah yang meragut nyawa bapanya dihadapan matanya dan ibunya sendiri di hantar ke hospital sakit jiwa.

 

JungKook jadi hilang pedoman untuk seketika. Hidupnya hilang arah. Tiada siapa yang sudi mengambilnya. JungKook dipaksa tinggal bersama keluarga saudara yang jauh. Buli mental? Itu sudah pasti. Dicaci. Dihina. Dituduh anak pembunuh. Dituduh anak orang gila. Sedikit demi sedikit dunia suram JungKook bertambah makin gelap. Mindanya mula bercelaru. Pisau dan kaca menjadi peneman dirinya. Luka yang mencalarkan diri. 

 

Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang peduli. Dunia hanya tahu mengkritik.

 

Namun kisah sebenar, tiada siapa yang tahu.

 

JungKook membesar sedemikian rupa. Mentalnya agak kurang stabil pada waktu dia pertama kali berjumpa dengan gadis itu. Seorang yang berjaya mengubah nasib hidupnya.

 

Bae Suji.

 

Gadis itu menyayanginya sepenuh hati. Suji merupakan orang pertama yang memahami dirinya. Suji cuba menghentikan dirinya dari menyakiti diri sendiri. Perlahan lahan Suji membuka pintu hatinya. Sedikit demi sedikit. Sekali demi sekali. Mou sukoshi.

 

JungKook jatuh cinta.

 

Cinta yang bersama dengan Suji itu menggembirakannya. Menceriakan hidupnya. Mewarnakan kembali hidup JungKook kepada pelangi kebahagiaannya satu ketika dahulu. Mempelajari seni pembuatan biskut dari atuk Suji dan membuka kedainya sendiri. JungKook bahagia. Semua orang ada di sisinya. 

 

Kehadiran cahaya mata mereka, JungSu membuatkan kehidupan JungKook bahagia. Perfect. Nothing would ever go wrong. Itu yang dipercayai oleh JungKook. Namun siapa pun takkan menyangka. Suji yang akhirnya setelah sekian lama mengandung lagi, membuatkan JungKook the happiest man alive.

 

Tapi matahari tak selalunya bersinar terang.

 

Ia cuma satu hari. JungKook cuma keluar sebentar. Kembali dari melangsaikan segala perkara yang ada, JungKook pulang ke rumah. Hanya untuk melihat polis berkeliaran di situ. Satu rompakan terjadi di rumahnya sendiri. Isteri dan anak kesayangannya ditemui mati. Isterinya dirogol kejam oleh sekumpulan perompak, anak lelakinya patah tulung rusuk akibat hentakan kuat di dinding. 

 

Sekelip mata hidup JungKook berubah kembali. Di luarannya dia lihat seperti langsung tidak terkejut langsung dengan apa yang dirasainya. Semua orang percayakan apa yang dilakukan olehnya. Namun di dalam dirinya? 

 

Tiada yang tahu betapa seksanya hati JungKook. Tiada siapa pernah bertanya. Beberapa kali dia mengangkat pisau untuk menikam dirinya sendiri. Berapa kali dia ingin menembak tepat kepalanya sendiri hingga terburai isi kepala. Tiada yang mahu. Semuanya hanya menganggap dia okay.

 

Dan itu yang menyebabkan dia pergi begitu.

 

Depression.

 

Kemurungan.

 

Sudah banyak nyawa yang terkorban kerana sikap manusia mengenai keremehan perkara ini. Mungkin ramai sahaja yang seperti JungKook yang memendam kemurungan sendirian, tanpa ada di sisi yang membantu. Kenapa tidak sekali anda buka mata hati dan lihat..

 

Anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^