CHAPTER 4

Pelakon Cinta & Mr. G

"Sebenarnya macam ni , Sulli ada seorang adik lelaki . Hubungan mereka agak rapatlah . Tapi ..." Minho berat mulut untuk berkata - kata .

Dia memandang wajah Sulli . Sulli hanya mengangguk - anggukan kepala tanda memberi kebenaran agar lelaki itu terus meneruskan kata - katanya .

"Tapi dia ... dia pelik sikit , " ujar Minho dengan teragak - agak .

 

Aku mengerutkan dahi , tak faham akan kata - kata Minho . Aku memandang Sulli pula dan aku dapat mendengar Sulli menarik nafas panjang .

"Sebenarnya , adik lelaki unnie seorang gay ." 

Mereka agak pelik melihat wajah aku yang langsung tidak menunjukkan reaksi terperanjat . Kenapa pula aku perlu terperanjat ? Sebahagian besar dari kawan lelaki aku di New York High School dulu merupakan jejaka berjiwa songsang . Mereka bukanlah hantu atau raksasa yang perlu ditakuti .

 

"So , kenapa pula unnie perlu menangis dan Minho perlu bersedih ?" Pertanyaan bodoh aku hanya membuatkan kedua - dua insan itu menggeleng - gelengkan kepala . 

Aku berfikir sejenak . Oh ya , sekarang aku bukan berada di Amerika Syarikat ! Korea merupakan sebuah negara yang majoritinya tidak berfikiran songsang . Tapi ... ada jugakan yang berfikiran songsang ? Never mind . 

"Sebenarnya macam ni , Chan In . Aku dengan Sulli merancang untuk berkahwin tak lama lagi . Tapi ..."

Minho sering terhenti bila bercakap  , buat aku rasa nak hempuk saja kepalanya .

 

"Tapi , parents unnie tak benarkan unnie berkahwin selagi unnie tak pastikan adik unnie tu ada teman wanita . Parents unnie nakkan adik unnie bawa teman wanitanya berjumpa family unnie dan barulah dia benarkan unnie dengan Minho berkahwin ," sambung Sulli dengan muka yang sedih .

 

Aku menggaru kepala yang tak gatal . Apa ke bodoh parents si Sulli ni ? Kenapa pula tak benarkan Sulli unnie berkahwin kalau seorang lagi anak mereka langsung tak bernafsu untuk berkahwin ? 

"Hmmm ... kenapa pula parents unnie buat keputusan macam tu ?" Terpaksa juga aku bertanya soalan cepumas tu .

"Sehun tu satu - satunya adik akak , Chan In . Jadi sebagai seorang kakak , parents unnie nak unnie bertanggungjawab untuk pastikan adik akak dapat kebahagiaan yang sama sebelum unnie mendirikan rumah tangga ."

 

Oh ... nama mamat gay tu Sehun rupa - rupanya . Dah dia bahagia untuk berfitrah songsang ?! Lantaklah ... ringan saja mulut aku nak cakap macam tu , tapi tak sampai hati pula .

"Jadi , apa yang Chan In boleh tolong ? Unnie dengan Minho nak Chan In menyamar jadi girlfriend adik unnie dan berjumpa dengan parents unnie ? Kalau suruh Chan In menyamar macam tu , Chan In sanggup aje ," teka aku dengan reaksi selamba . Yalah , tadi mereka kata yang ibu bapa Sulli nak tengok girlfriend adiknya yang songsang tu . Kalau aku menyamar untuk satu hari dan dapat bayaran yang berbaloi , pastilah aku sanggup . Kerja kacang saja tu . Bab berlakon atau menipu adalah jurus handalan aku .

 

"Bukan macam tu Chan In . Adik Sulli memang tak boleh berkompromi . Dia takkan setuju untuk bawa mana - mana perempuan untuk menemui parentsnya walaupun demi kepentingan Sulli sendiri . Kami dah banyak kali pujuk dia dan paksa dia untuk bawa seorang perempuan samaran untuk membantu menyelesaikan masalah kami , tapi dia tetap tak mahu ."

Penjelasan Minho buat aku menyumpah gerangan adik lelaki Sulli yang tak dikenali itu . Kalau kau nak jadi gay pun lantaklah , jangan menyusahkan noona kau pula ! Aku dah emosi .

 

"Jadi , apa yang Chan In boleh tolong ?" Kali ini aku bertanya serius .

 

Sulli dan Minho memandang aku sebelum berkata serentak . "Kami nak Chan In ubah dia jadi lelaki straight ."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet