CHAPTER 5

Pelakon Cinta & Mr. G

Gulp ! Aku menelan air liur . Besar sungguh permintaan mereka berdua tu . Kenapa pula mereka sangka aku mampu ubah seorang lelaki gay jadi lelaki sejati ?

"Errr ... Minho ngan Sulli unnie janganlah bergurau . Chan In kalau bab berlakon Chan In pandailah , tapi kalau bab serius macam ni , manalah Chan In pandai . Chan In bukan pakar motivasi . Macam mana Chan In nak ubah seorang lelaki gay bertukar menjadi lelaki straight sedangkan Chan In sendiri tak sesempurna mana ?"

 

Aku berkata panjang dengan penuh rendah diri . Aku mengaku yang aku bukanlah seorang gadis baik hingga mampu memberikan orang lain nasihat yang bermasalah fitrah seperti itu . Sewajarnya masalah itu diselesaikan oleh golongan yang lebih layak dengan pengetahuan yang tinggi .

 

"Unnie dah cuba banyak cara untuk ubah dia Chan In , tapi tak berkesan . Bila dengar Minho cakap yang Chan In berani buat aktiviti - aktiviti yang orang lain tak berani nak buat , unnie rasa Chan In lah orang yang paling sesuai untuk bantu adik unnie tu ." Sulli seolah - olah merayu aku untuk membantunya dengan riak wajahnya yang sedih .

Aku bertambah pening kepala . Mangkuk ayun punya Minho . Apa kaitan aktiviti - aktiviti gila aku dengan misi nak mengubah seorang lelaki gay ? Aku tak fahamlah !

 

"Aku tahu yang kau mungkin takkan berjaya ubah perangai adik Sulli seratus peratus tapi ... tolonglah Chan In . Tolong cuba ubah perangai dia . Please Chan In . Kaulah harapan terakhir kami ." Minho terus mengharapkan pertolongan aku . Bila Minho dan Sulli sama - sama melutut dekat kaki aku ... aku tak tahu nak cakap apa . Kecuali ...

 

"I will try my best . Tapi apa yang aku dapat kalau bantu kau orang berdua ?" Soal aku dengan kening yang menjongket . Sebenarnya , aku memang senang termakan pujuk rayu orang .

"Dalam masa tiga bulan , kalau kau berjaya buat adik Sulli bawa mana - mana perempuan untuk ditunjukkan kepada parents dia sebagai girlfriend , aku akan bagi kau satu juta ."

Aku tergoda dengan tawaran Minho .

"Unnie akan tambah lagi satu juta kalau dalam masa tiga bulan Chan In berjaya buat adik unnir jadi lelaki normal ."

Aku bertambah tergoda dengan tawaran Sulli . Sejuta untuk aku dan sejuta untuk Eunbyul . Aku pasti semuanya akan beres !!!

 

"Okey , tawaran yang menarik . Tapi , kalau Chan In tak berjaya . Chan In harap unnie dengan Minho cari orang lainlah untuk ubah adik unnie tu ." Aku menyuarakan sebarang kemungkinan . Dalam masa tiga bulan tak banyak perkara yang boleh berlaku . Minho dan Sulli hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan permintaan aku .

 

"Chan In setuju dengan tawaran ni . Tapi Chan In nak kau orang tahu yang bukan senang nak jayakan misi ni . Chan In perlukan bantuan ramai pihak terutamanya dari unnie agar Chan In dapat berfikir dengan lebih lanjut apa yang perlu dibuat nanti , " jelas aku sambil mengharapkan mereka faham situasi aku nanti .

 

"Baiklah Chan In . Unnie akan bagi semua maklumat yang Chan In perlukan , " kata Sulli dengan mimik muka yang ceria .

 

Minho dan Sulli tersenyum sesama sendiri . Nampak sangat mereka berkeyakinan yang aku mampu menyelesaikan masalah mereka .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet