CHAPTER 2

Pelakon Cinta & Mr. G

Setelah aku memakai rambut palsu paras pinggang itu , aku berlalu masuk ke dalam kedai Speedy yang menjual cakera padat , CD juga DVD yang terletak di sebelah panggung wayang TGV . Aku memberikan seratus ringgit kepada tauke kedai itu dan mengarahkan dia agar membuat sesuatu . Tauke itu pula sama sporting . Kerja senang aje kut ... siapa yang tak nak buat . Sebenarnya aku suruh dia pasang CD lagu aje .

 

Kemudian aku dan Eunbyul keluar dari kedai itu dan berdiri betul - betul di hadapan deretan TV LCD kepunyaan tauke tersebut . Banyak mata memandang kami dengan muka yang pelik . Yalah ... rambut aku berwarna silver . Eunbyul pula memakai rambut berwarna merah jambu . Dahlah pada hari itu merupakan hari Sabtu , orang yang hendak beli tiket wayang pun berderet beratur .

 

"Go Chan In , go Eunbyul , go Chan In !!!"

 

Baekhyun dah menjerit memberi kata semangat apabila lagu telah terpasang . Minho pula menyorak nama Eunbyul . Memang mereka berdua tak ada kerja , yang aku pun sama gila . Lalu aku dan Eunbyul mula membuka langkah .

 

                     You know I still love you baby .

                     And it will never change .

                     (Saranghae)

                    I want nobody nobody but you .

                    I wan nobody nobody but you .

                    How can I be with another , 

                    I don't want any other ,

                    I want nobody , nobody , nobody , nobody ...

 

Hah , ambil kau ! Terbeliak mata Minho dan Baekhyun bila tengok aku dan Eunbyul menari serentak . Lagu Nobody nyanyian Wonder Girls berkumandang kuat melalui corong radio kedai Speedy itu . Ingat aku tak berani ke ?

Sekarang bukan cuma dua orang mamat tu aje yang perhatikan aku , tapi semua orang yang lalu - lalang di depan kedai itu turut menghentikan langkah mereka untuk melihat aku dan Eunbyul yang rancak menari . Tidak kurang juga ada yang sibuk merakam di telefon bimbit . Nasib baiklah awal - awal lagi aku dan Eunbyul memakai rambut palsu dan juga kaca mata hitam . Kalau tersiar dalam Facebook atau Youtube pun tak adalah orang cam muka glamor aku .

 

Kini , sekeliling aku betul - betul dah mula sesak . Orang - orang yang tadinya sibuk beratur untuk membeli tiket wayang kini berpusu - pusu melihat tarianku dengan Elma . Macamlah kami berdua betul - betul ahli kumpulan Wondergirl . Dua orang aje pula tu . Kalau lima orang ... agaknya Wonder Girls pun menangis tengok tarian kami .

 

Aku dan Eunbyul hanya memakai jean dan t-shirt biasa saja . Kalau aku dan Eunbyul pakai seksi , gerenti tak laku tiket wayang saat itu !!!!

Tamat saja lagu dimainkan , semua penonton sempat bertepuk tangan . Gamat juga kawasan kedai Speedy yang berada di tingkat tiga itu . Aku dan Eunbyul cabut lari bila ternampak pak guard datang ke arah kami . Begitu juga Baekhyun dan Minho . Setibanya di tempat parkir kereta , aku yang tercungap - cungap dengan rambut palsu di tangan mengurut - urut dada . 

 

"Kau dan Eunbyul memang terbaiklah . Esok kau orang datang syarikat aku ambil ambil cek ." Minho sudah masuk ke dalam kereta BMWnya dengan senyuman lebar . Minho memang suka menghabiskan duit . 

 

"Nah  , ni upah kau orang , yang lebih esok kau claim dekat Minho tahu . Aku cau dululah . Mama aku dah call suruh balik ." 

Baekhyun memberikan aku dan Eunbyul seribu ringgit setiap seorang sebelum berlalu dengan Toyota Camry hitam . Aku dan Eunbyul berpandangan sesama sendiri sebelum tergelak besar . Duit dimasukkan ke dalam poket sebelum aku dan Eunbyul meneroboskan diri ke dalam Mitsubishi Eclipse berwarna biru yang dihadiahkan papa pada tahun lepas . 

 

Eunbyul memandu dan aku pula sibuk melayan lagu Korea yang ke udara melalui corong radio menerusi saluran KBS1 radio . Kalau dulu , aku takkan dengar lagu selain lagu Inggeris , tapi sekarang bila dah duduk dekat Korea , semua lagu aku layan .

 

"Chan In , kau tak bosan ke buat semua kerja gila ni ?"

Bumbung kereta yang terbuka luas membuatkan rambut aku dan Eunbyul melayang - layang ditiup angin . Aku berfikir lama sebelum menjawab soalannya .

 

"Belum sampai tahap bosan lagi . Kau tahukan bila dah masuk final sem nanti , kita mungkin tak ada banyak masa untuk buat aktiviti - aktiviti gila . Kau sendiri macam mana ? Aku tengok sekarang kau lagi suka buat kerja gila berbanding aku."

 

Sebenarnya , aku dan Eunbyul bercuti selama sebulan sebelum kami menyambung pelajaran dalam semester terakhir . Sebab itulah aku dan Eunbyul ada banyak masa untuk merayap ke sana dan ke sini . Aku dan Eunbyul memang membahasakan diri kami menggunakan panggilan kau - aku untuk melambangkan lagi keakraban kami yang tidak terbatas . Eunbyul tersengih seperti kerang busuk . Memang aku sangat faham perangai Eunbyul .

 

"Entahlah Chan In ... aku rasa seronok pula buat semua aktiviti tak berfaedah . You know , kita bukan tak ada duit sampai nak menari macam orang gila kat depan orang ramai . But , seriously aku rasa yang kita memang berbakat besar untuk buat semua kerja ni . Mungkin bakat kita boleh mengalahkan Crystal Kennedies."

 

Aku tak berapa nak dengar kata - kata Eunbyul . Mata aku dah mula rasa mengantuk . Kalaulah papa dan mama tahu apa yang aku buat semasa waktu lapang jika tiada kelas di universiti , memang pekaklah telinga aku kena bebel . 

Aku tahu apa yang aku dan Eunbyul buat memang kerja tak berfaedah , memang kerja yang salah dan mendatangkan dosa . Tapi , entahlah ... aku masih tak ada lagi kesedaran hendak berubah . Apa yang aku tahu , setiap hari aku dan Eunbyul hanya mahu bergembira saja .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet