CHAPTER 3

Pelakon Cinta & Mr. G

Keesokannya , seperti yang dijanjikan aku mengunjungi syarikat Minho , Minho Holding bersendirian untuk menuntut bayaran bagi cabaran semalam . Eunbyul pula tidak dapat ikut disebabkan sakit perut . 

Syarikat Minho agak besar juga , tapi syarikat papa dan mama aku jauh lebih besar . Sebab tulah papa dan mama tak ada banyak masa terluang untuk tengok aku buat aktiviti tak berfaedah macam Minho . 

 

Setibanya di syarikat Minho , aku main redah masuk saja ke dalam pejabat Minho . Ini kerana aku dah selalu sangat keluar masuk dari bilik pejabat CEO yang perasaan kacak . Aku terkedu seketika apabila melihat ada seorang gadis di dalam pejabat Minho . Sepasang mata yang sedang basah dengan air mata memandangku . Aku terpana . Wajah Minho kelihatan kusut ketika itu . Apa hal pula ???

 

Aku hanya buat muka selamba dan memandang wajah gadis ayu yang cantik berbaju casual dress dengan rambut paras bahu yang dipotong layer . Wajah gadis itu kelihatan murung dan matanya agak bengkak . Pasti gadis ini dah terlalu lama menangis ...

 

"Errr , sorry . Wrong time . Minho , aku blah dululah . Nanti kalau kau tak busy , call aku ."

Aku baru saja nak berlalu dari pejabat Minho . Aku tak naklah mengganggu perbualan mereka yang terhenti gara - gara kedatangan aku tadi .

 

"Tunggu Chan In . Aku ada benda penting nak bincang dengan kau ."

Permintaan Minho membuatkan langkahku terhenti . Aku memandangnya . Kesian pula tengok mamat yang selalu ceria tiba - tiba moody . Aku diam saja dan duduk di sofa yang terdapat dalam ruang itu . Minho dan perempuan tadi duduk berdepan denganku . Aku dah rasa lain macam aje . Apa benda pula si Minho nak cakap ni . Takkan awek dia cemburu terhadap hubungan aku dengan dia . Ishhh ... saspen betul !

 

"Chan In , kenalkan buah hati aku , Choi Sulli ."

Aku menyambut huluran salam gadis itu dengan senang hati kerana gadis itu kelihatan tersenyum manis ke arah aku . Maknanya , dia tak syak aku ada skandal dengan Minho lah . Fuhhh ... selamat !

"Sulli , kenalkan Park Chan In , kawan baik oppa ."

Geli telinga aku bila mendengar Minho menggelarkan dirinya sebagai oppa . Aku baru aje tahu yang Minho sudah ada awek . Ingatkan belum berpunya tadi . Yalah , selalunya setiap hari dia melepak dengan aku dan Eunbyul . Tak pernah perasan pula kelibat Sulli sebelum ini .

 

"Hmmm ... awak sangat cantik , Chan In . Awak boleh panggil saya Sulli unnie sebab saya sebaya dengan Minho."

Aku terkejut dengan pujian Sulli . Aku bukannya terkejut sebab dia kata aku cantik , tapi terkejut sebab dia seolah - olah kenal aku . Aku anggukan kepala saja mendengar permintaannya .

 

"Thanks . Sulli unnie pun cute . Padan betul dengan Minho ," puji aku . Pasangan itu hanya mampu tersenyum hambar . Nampak sangat yang mereka terpaksa untuk senyum saat itu .

"Chan In , kami perlukan bantuan kau ." Minho mula bersuara serius . Entah apalah bantuan yang aku boleh bagi .

"Cakaplah , kalau aku mampu , aku tolong ." Aku menjawab seikhlas mungkin . Setakat ini aku tak pernah menolak permintaan sesiapa yang memerlukan pertolongan aku . Aku akan cuba tolong mereka sehabis baik .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jeng jeng jeng !

Agaknya ... Minho mintak tolong ape ek ?

Chan In terima ke ?

Btw , cite ni x best kan ? I know ~ but nanti makin lama makin best ah fanfic ni . So tunggu jerlahh -..-

Pfft lol . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet