CHAPTER 1

Pelakon Cinta & Mr. G

Sepanjang aku menuntut ilmu di Korea , aku ditemani Han Eunbyul . Eunbyul merupakan sepupu aku iaitu anak bongsu kepada adik ayah aku , Park Shin Hye  . Aku dan Eunbyul sebaya dan mempunyai perangai yang sama dengan aku . Sebab itulah dalam masa tiga tahun bersama , aku dan dia dah macam adik - beradik kandung .

 

Hobi kami berdua ialah membuat aktiviti gila yang mampu menggembirakan hati orang lain tanpa mengira masa dan tempat atau apa jua jenis aktiviti .

 

"Come on Chan In , I cabar you . Kalau you boleh buat apa yang I suruh , I upah you dan Eunbyul sebanyak seribu ringgit seorang."

Eunbyul dah tersengih - sengih memandang aku . Ah ... minah sorang ni , pantang dicabar nak aje dia buat .

 

Aku menghabiskan baki air pepsi yang baru dibeli , sebelum bangun memandang wajah Baekhyun , pemuda

yang mencabar aku dan Eunbyul sebentar tadi .

Baekhyun merupakan kawan baik aku dengan Eunbyul . Entah macam mana pada suatu hari aku boleh berkawan

dengannya semasa aku mendarat di Korea dulu . Muka Baekhyun memang kacak dan comel , tapi perangai macam haram . Tahu mengusik orang aje . Baekhyun juga menuntut di universiti yang sama dengan aku .

 

"Seribu ringgit tak cukup . Kau ingat ni talent show ke ? Aku nak dua ribu ringgit . Kalau tak , aku tak nak buat."

Aku bukanlah mata duitan , tapi kalau nak suruh aku buat kerja gila kenalah bayar mahal . Baekhyun menggaru - garu kepala seketika . Teragak - agak juga dia nak keluarkan duit . Aku dan Eunbyul dah tersengih geli hati .

 

"Tak apa Baek , aku support selebihnya. "

Ada pula suara sumbang yang membuatkan Baekhyun tersenyum lebar . Siapa lagi kalau bukan Choi Minho , sekutu kuat si Baekhyun . Sama aje gila kepalanya . Minho yang berpakaian kemeja segera duduk di sebelah Baekhyun . Pastilah Minho baru balik dari ofis . Bukan nak balik rumah terus , sempat aje nak melepak dengan kitaorang . Aku mendengus perlahan . Orang nak bagi rezeki kan ... siapa tak nak ?

 

"Okay then , deal . Aku dua ribu ringgit , Eunbyul dua ribu ringgit ."

Aku ulang balik harga lelong itu agar Minho tidak salah dengar . Minho menganggukkan kepala tanda bersetuju .

Baekhyun pula dah tak sabar nak tunggu apa yang aku nak buat . Aku pandang Eunbyul dan Eunbyul menghulurkan aku rambut palsu berwarna silver yang memang sentiasa ada di dalam beg tangannya . Bahan penyamaran untuk kami menyakat orang . 

 

 

 

 

 

 

Apakah yang Chan In dan Eunbyul akan buat ? Saksikan sendiri di chapter yang seterusnya . Cehh ~ ayat xD

Hahah . Btw , maybe chapter seterusnya dibuat harini kot . X pon bsk

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet