Pengenalan Diri

Pelakon Cinta & Mr. G

Nama aku Park Chan In . Amboi , nama dah seakan - akan Park Chanyeol pula . Hmmm .... Pasti ramai

orang ingat mama aku minat pada Park Chanyeol , sebab tu nama anak dia seperti nama anak orang Korea .

 

Tapi , jangan salah faham pula . Sebenarnya nama aku langsung tak ada kaitan dengan nama artis comel itu .

Nama aku diambil sempena nama arwah nenek aku , seorang wanita kacukan Jepun dan Perancis . Nama penuh aku dibentuk dari gabungan nama mama , papa juga arwah nenek .

 

Mama aku merupakan seorang perempuan yang paling hebat dalam hidup aku  . Nama mama aku ialah Lee Yejin .

Pasti ramai yang kenal dengan mama aku sebab dia mempunyai dua karier yang sangat hebat . Mama aku merupakan pengarah utama empayar paling berprestij di Asia iaitu Mapple Corporation .

 

Selain itu , mama juga merupakan peneraju orkestra termuda antarabangsa ketika dia berumur 28 tahun . Walaupun

umur mama sekarang sudah masuk 40 - an , namun dia masih bergiat aktif dalam bidang orkestra dan juga bidang perniagaan .

 

Lelaki yang paling aku hormat dan aku puja di dalam dunia ini pula bernama Park Hyungsik . Siapa lagi gerangan lelaki itu kalau bukan papa aku . Papa merupakan anak kedua dari pasangan nenek dan datuk aku yang mempunyai darah kacukan British juga Korea di kedua - dua belah pihak . Papa menerajui Empayar Harizen Corporation yang diwarisi oleh datuk kepadanya . Bila mama dan papa berkahwin , dapatlah aku seorang abang yang berdarah

pelbagai kacukan .

 

Aku berumur 23 tahun dan sebenarnya agak terkenal . Ke mana saja aku pergi pasti orang di sekeliling aku akan berbisik - bisik mengenaiku . Sewaktu aku berumur tujuh tahun , aku dan keluarga menetap di Amerika Syarikat kerana papa dan mama sibuk menguruskan empayar perniagaan mereka di sana . Ketika aku berumur 19 tahun barulah kami kembali ke Korea .

 

Sekarang ini , aku baru tiga tahun enam bulan berada di Korea dan sedang menuntut untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang bioperubatan di Korea University yang terletak di Seoul Korea .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet