Chapter 38

Destiny

Selesai sahaja kami makan disitu,kami melangkah keluar dari restoran itu dan menuju ke pusat membeli belah.Kami hanya mengikut kerana cadangan itu diberi olah Jaerin disebabkan dia teringin untuk membeli barangan di sini.Sementara menemani Jaerin melihat barang disitu,kami sempat berbual sekejap.

 

Akhirnya sesi pembelian barang telahpun berakhir.Mereka menghantarku pulang sehingga di depan pintu masuk.Aku sempat bertanya padanya,"Abang tidur di hotel mana?",tanyaku."Abang tidur di hotel yang abang menginap dulu.Kenapa?",tanya Kai."Tak ada apa-apa.Kalau Minhye free mana tahu Minhye datang melawat abang ke,boleh?",balasku.

 

"Minhye nak datang apa salahnya.Sekurang-kurangnya Minhye boleh temankan unnie  di bilik.Tak ke begitu Jongin?",tanya Jaerin sambil memandang Kai dengan pandangan yang nakal.Kai hanya tersenyum simpul."Yalah nuna.Minhye abang balik dulu ya.Kalau ada apa-apa,Minhye call je abang",kata Kai.Aku hanya mengangguk membalas soalannya.

 

Jaerin sudah masuk ke dalam kereta tapi Kai masih bersama Minhye di depan rumah."Kalau abang nak apa-apa,just call me,ok?",kataku lembut,tapi boleh didengari olehnya."Ok,abang balik dulu",kata Kai lalu memeluk Minhye bersama ciuman di dahi.Sungguh aku rasakan keselesaan antara kami berdua.Malah aku biarkan sahaja dia mencium dahiku.

 

Kai masuk ke dalam kereta dan aku pula terus masuk ke dalam rumah.Aku disambut oleh ayah."Baru balik?",tanya ayah."Yes,adik makan dengan abang Kai hari ni.Kebetulan kakak dia pun ada sekali,jadi kakak dia pun ajak adik makan dengan diorang",balasku."Kamu mesti penatkan?Pergi naik atas mandi",arah ayah.Aku hanya menurut katanya.

 

"Oh ya,ayah esok tak payahlah suruh Pak Saad hantarkan.Sebab esok adik tak ambil ujian",kataku.Ayah hanya mengangguk sambil menyambung semula membaca surat khabar.Mungkin ayah menunggu ibu balik dari kerja kerana hari itu ibu terpaksa bekerja lebih masa.Aku masuk ke dalam bilik dan mandi dan seterusnya aku hanya duduk di atas katil sahaja.

 

Aku termenung seketika.Aku mula tersenyum sendiri.Kemudian,kesan ciuman Kai di dahiku aku sentuh.Aku masih dapat rasakan lagi betapa lembutnya dia mencium aku ketika itu,dengan penuh kasih sayang.Dalam fikiranku mula terbayangkan wajah yang aku rindui sampai sekarang.Bayangan wajah Baekhyun menyedarkan aku dari lamunan itu.

 

"Yah Kim Minhye,ingatlah kat Baekhyun.Cuma dia yang ada dalam hati kau sekarang.Dan bukannya Kai.Kau kena terima hakikat yang kau bersama Baekhyun sekarang,bukannya Kai.Kenapa kau teringatkan orang lain selain Baekhyun?",Argh,susahnya kalau ada hati yang banyak bercakap ni.Aku terbaring di katil,dan lama-kelamaan,aku tertidur.

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Jongin memang dah biasa ke buat macam tu kat Minhye?",tanya Jaerin.Kai meletakkan tangannya di kepalanya."Selalunya Jongin peluk Minhye je kalau kitorang nak pergi mana-mana.Kalau cium dahi tu,tu baru first time",balas Kai.Jaerin memandang Jongin dengan pandangan yang tak percaya.Susah untuk dia katakan pada adiknya yang satu itu.

 

"Kim Jongin,adakah kamu cium dahi kekasih orang?",tanya Jaerin.Kai tersenyum sambil mengangguk."Ya Kim Jaerin.Saya cium dahi kekasih kawan saya sendiri.Setakat cium dahi je nuna.Belum lagi kiss",kata Kai selamba."Kamu memang dah ada niatlah ni?",tanya Jaerin.Jaerin terus mencubit lengan adiknya sebaik sahaja Kai mengangguk menjawab soalan itu.

 

"Nakalnya adik nuna ni",kata Jaerin."Sudah semestinya.Adik nuna kan.Adik mesti ikut perangai nunanya kan?',sakat Kai."Nuna baiklah,ni mesti Kai ikut perangai siapa entah ni",bela kakaknya lagi.Kai memeluk bahu nunanya sambil tergelak kecil.Sampai di hotel,Kai berjalan bersama nunanya tanpa dicam oleh sesiapa.Mujurlah semuanya tak apa-apa.

 

Di atas katil,Kai tersenyum sendiri apabila dia membelek setiap gambar yang diambil petang tadi bersama Minhye dan Jaerin.Kedua-duanya muka sungguh lucu sehingga tak dapat menahan dari ketawa.Bahkan Kai ada mengambil gambar mereka sedang memilih baju,memilih aksesori wanita.Sedang mereka tergelak pun Kai sempat mengambilnya.

 

Dia terkenangkan saat dia mencium dahi lembut Minhye.Saat itu bagaikan sedang bermain di mindanya.Dia meraba bibirnya."Bilalah rasanya bibir lembut ni dapat menjamah bibir lembut Minhye?Tak sabar pula aku rasakan.Aku tak kisah siapa dia.Dan aku tak kisah dia milik siapa.Asalkan dia menjadi milik aku suatu hari nanti.Aku akan tunggu peluang itu"..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Morning ibu,ayah",sapaku pagi itu.Mereka hanya tersenyum lalu menyuruhku makan bersama mereka."Kenapa adik tak pergi sekolah hari ni?Adik sakit ke?",tanya ibu."Ibu,adik kan pelajar kelas Sains.Hari ni ujian untuk pelajar kelas Kemanusiaan.So,rasanya baik adik tak datang and ulangkaji kat rumah",balasku.

 

"So,hari ni adik ada plan ke dengan abang kamu?",tanya ayah."Tak tahu lagi.Kenapa ayah?",balasku."Rasanya ibu dan ayah nak pergi melawat anak saudara ayah kat hospital.Kalau adik bosan nanti,adik keluarlah dengan abang kamu",ujar ibu pula."Baiklah kalau macam tu.Nanti lepas adik ulangkaji,adik tahulah nak buat apa nanti",balasku.

 

"Kalau macam tu,ibu dan ayah nak siap dululah.Ayah tak boleh pergi lama sebab ayah dan ibu nak ke pejabat pula.Lagipun masa melawat pun terhad",kata ibu.Aku hanya mengangguk.Akhirnya,aku duduk keseorangan disitu."Patut ke aku panggil diorang datang rumah aku?",kata hatiku sendiri.Aku segera mendail nombor mereka.

 

"Hmm,yalah..Oklah,bye",aku menutup dengan muka blurr."Semuanya tak boleh datang rumah aku,maknanya aku sorang jelah sekarang ni",kataku perlahan.Selepas aku menghirup susu panas itu beberapa kali,aku naik ke atas dan lakukan perkara yang sepatutnya aku buat...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Yah Byun Baekhyun,awak kenapa tercungap-cungap ni?Ada masalah ke?",tanya Suho sebaik sahaja dia ternampak Muka Baekhyun yang berpeluh di muka pintu."Tak ada apa-apa.Saya naik atas dulu",kata Baekhyun lalu segera naik ke atas dan menguncikan diri di dalam bilik."Apa aku nak buat sekarang ni? Apa patut aku buat sekarang ni?",tanya Baekhyun sendiri.

 

Dia sudah mundar mandir di hadapan katilnya.Dia masih ingat lagi macam mana kejadian itu boleh berlaku.Dia masih ingat lagi tentang itu...

 

"Mana botol tu pergi ? Takkanlah dah hilang pula",kata Tae sendiri.Ketika itu Baekhyun berada di belakangnya."Awak cari apa?"tanya Baekhyun sambil tersenyum nakal."Saya cari..."Baekhyun memotong,"Awak cari botol pil ni ke?",tanya Baekhyun sambil menunjukkan botol itu di hadapan Tae.Terkejut beruk dia masa tu.

 

"Mana awak jumpa botol pil itu?",tanya Tae sambil tersenyum hambar.Adakalanya Baekhyun ternampak bahawa tangannya sedang menggeletar."Saya terjumpa dalam kotak yang awak sedang pegang sekarang ni",kata Baekhyun sambil memandang kotak itu dengan senyuman."Maknanya..."

 

"Ya,saya dah tahu semua ni dan saya pun dah tahu yang awak yang buat saya macam ni.Jadi ini memang rancangan selama ni ya?",kata Baekhyun sambil memandang gadis yang berada di hadapannya."Tak,ni bukan macam yang awak fikirkan",balas Tae sambil mendekati Baekhyun.

 

"Tak payah nak menipu sayalah.Saya dah tahu semua ni dari awal lagi.Awak tak payah nak berdalih kat sini",balas Baekhyun  lagi.Tae sudah kehilangan kata-kata dan hanya memandang lantai.Perlahan-lahan air mata Tae jatuh ke lantai.Dalam diam,Baekhyun memandang dengan terkejut."Tae..Tae menangis ke?",tanya Baekhyun sendiri.

 

Baekhyun menggeleng kepala beberapa kali."Dahlah dengan lakonan awak tu.Saya nak balik dulu",kata Baekhyun lalu menuju ke pintu keluar."Awak tak takut ke yang Minhye akan marahkan awak?',tanya Tae tiba-tiba,buatkan Baekhyun berhenti berjalan apabila nama Minhye disebut.Baekhyun memandang dengan penuh sinis.

 

"Dia takkan marahkan saya,sebab dia tahu saya takkan buat benda macam tu",balas Baekhyun."Awak tak ingat ke yang Minhye takkan percaya pada bukti kalau dia dah marah sangat dengan orang itu ? Macam awak dah buat pada dia sebelum ni.Awak tak takut ke benda itu akan berlaku lagi?",tanya Tae.Baekhyun tersentak.Tapi masih cuba berlagak tenang.

 

"Awak ingat saya akan takut dengan ugutan awak tu?",kata Baekhyun."Kalau awak tak ikut apa yang saya cakap,hubungan awak dan Minhye akan hancur,bahkan awak takkan dapat bersama lagi dengan Minhye.Ingat kata saya ini",kata Tae lagi.Baekhyun hanya buat tak dengar dan terus pergi."Aku tahu kau takut,Byun Baekhyun"..

 

"Aku tak nak kehilangan Minhye lagi sekali.Aku cintakan dia.Apa aku nak buat ni?',kata Baekhyun.Kemudian dia berdiri di hadapan katilnya.Dia cuba tenangkan fikirannya dan menarik nafas perlahan."Baekhyun,kalau awak tenang,semuanya dapat diselesaikan.Jadi sekarang awak kena bertenang.Tak perlu nak gelabah macam ni",kata hati Baekhyun.

 

Dia tenangkan diri seketika,dan sekelip mata,fikirannya sudah kosong,seperti hal dia takutkan sudah tiada,sudah dibuang jauh-jauh dari fikirannya."Aku takkan termakan dengan ugutan perempuan tu.Aku akan cuba selesaikan masalah ni sebelum Minhye datang ke sini.Aku akan cuba sedaya upaya",kata Baekhyun sendiri.

 

Dia mengambil keputusan untuk mandi dan berendam seketika di dalam tab mandi untuk menenangkan fikirannya..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Apa aku nak buat lagi sekarang ni?",tanyaku sendiri.Rumah itu menjadi sunyi sejak ibu dan ayah keluar.Aku memandang jam.Pukul 4.20.Masih awal lagi.Aku cuba memikirkan aktiviti yang boleh aku lakukan setelah 5 jam aku mengurungkan diri di dalam bilik untuk ulangkaji pelajaran.Aku teringatkan Kai."Dia free tak?",bisikku sendiri.

 

Aku cuba mendail nombornya dan ketika itu Kai sedang menonton televisyen bersama Jaerin dan dia segera mengangkat apabila nama Minhye tertera di skrin telefon pintarnya."Hello MinHye.Ada apa call ni?",tanya Kai di talian."Abang ada kat mana?",tanyaku."Abang kat dalam bilik hotel.Baru balik dari jumpa klien nuna.Kenapa?",bohong Kai.

 

"Minhye tak buat apa-apa kat rumah ni.Minhye ingat nak jumpa abang.Kalau abang free,bolehlah Minhye datang kan?",ujarku."Minhye nak datang?Baguslah.Abang pun tengah bosan kat sini.Asyik tengok muka nuna je.Bila Minhye nak datang sini?',tanya Kai.Kai tergelak tanpa suara apabila ternampak Jaerin menunjukkan penumbuknya pada Kai.

 

"Minhye datang dalam...15 minit lagi",balasku."Oh ok,abang tunggu ya",kata Kai lalu menutup telefonnya."Minhye nak datang sini?",tanya Jaerin.Kai mengangguk."Nuna tengah buat apa tu?",tanya Kai."Nuna tengah buat salad.Lagipun nuna lapar.Tak ada benda nak makan.Kalau nak pesan kat lobi,rasa malaslah",balas Jaerin.

 

"Nuna nak buat tu lebihkanlah.Lagipun Minhye suka makan salad juga",ujar Kai lagi."Oh yakah? Selera kitorang memang samalah",kata Jaerin."Yalah nuna",balas Kai pendek."Lama lagi ke?",tanya Jaerin."Baru Minhye telefon,takkan dah sampai ? Mungkin dalam perjalanan sekarang ni",balas Kai.Jaerin hanya tersengih menampakkan gigi putihnya.

 

20 minit telah berlalu,akhirnya aku sampai juga di hadapan bilik VIP itu.Aku mengetuk pintu bilik itu perlahan.Dan Kai membuka pintu dengan muka yang gembira lalu memeluk Minhye di depan pintu.Kai mengajak aku masuk dan aku duduk di sofa bilik itu.Ketika itu Kai hanya berpakaian baju tak berlengan menuju ke dapur untuk memanggil nunanya.

 

"Nuna,Minhye dah sampai",kata Kai lalu Jaerin mengikut di belakang Kai dan apabila dia ternampak Minhye di sofa,dia terus duduk di sebelahMinhye."Hai Minhye",sapa Jaerin.Aku berdiri dan menunduk hormat pada Jaerin.Jaerin membalas tunduk itu.Dia tak menyangka bahawa Minhye tahu adab orang Korea apabila berjumpa.

 

"Minhye dah makan?",tanya Jaerin."Minhye makan sandwich je.Lagipun tengahari Minhye tak makan banyak sangat",balasku."Oh yakah? Unnie ada buat salad,katanya salad makanan kegemaran Minhye",kata Jaerin."Mana unnie tahu?",tanyaku terkejut."Adik unnie yang sorang ni lah yang bagitahu unnie.Lagipun unnie buat lebih salad tu",balas Jaerin.

 

"Jomlah makan.Lagipun abang dah lapar ni.Menunggu Minhye dari tadi tak sampai",sampuk Kai.Kami hanya tergelak mendengar kata-kata Kai itu.Aku hanya mengikut sahaja,lagipun aku memang dah lama tak makan salad.Habis sahaja makan,aku dan Kai duduk berdua di ruang tamu.Aku sepatutnya menolong Jaerin di dapur tapi dia tak benarkan.

 

Aku duduk bersebelahan dengan Kai sambil berbual kosong."Tangan abang besarlah.Kenapa tangan Minhye kecil je?",tanyaku."Yakah?Mari sini abang ukur",kata Kai lalu mengambil tanganku di ribanya.Memang betul,tangannya lebih besar dari tanganku.Aku memegang tangannya dan aku hayunkan kedepan.

 

Tangan dia aku rasakan sangat lembut."Beraninya Minhye pegang tangan abang.Kalau abang Baekhyun tahu,mesti dia marah",ujar Kai."Abang tak suka ke Minhye pegang tangan abang?",aku meleraikan pegangan tangan kami tapi Kai pula mengeratkan lagi tangan kami."Biarkanlah.Abang nak pegang tangan Minhye hari ni",kata Kai lembut.

 

Di dalam hati aku,sudah cair apabila aku dengar katanya itu.Jadi selama ni,dia memang nak pegang tangan aku ke?Aku tak sangka pula.Aku rasakan mataku sudah semakin berat.Perlahan-lahan mata kecilku menutup,tanpa disedari oleh Kai.Apabila Kai sedar yang Minhye sudahpun tidur,dia rebahkan kepala Minhye di bahunya.

 

Tanpa disangka,Minhye memeluk pinggangnya untuk selesakan lagi tidurnya.Dalam diam,Kai tersenyum gembira.Dia meletakkan tangannya di leher Minhye.Dia turut menyandarkan kepalanya di kepala Minhye.Sesekali dia mencium rambut gadis itu lembut.Harum baunya,getus Kai.

 

Dia menguap.Rasa mengantuk mula datang.Akhirnya matanya yang terjaga sudah mula lelap.Kedua-dua manusia itu tidur dalam lampu yang samar-samar cahayanya..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Mama,Papa dah pergi kerja ke?",tanya Hakim ketika dia terserempak dengan Puan Hana di bilik gim."Dah,baru tadi dia pergi.Kenapa sayang?",balas Puan Hana."Tadi Hakim nampak fail Papa.Rasanya hari ni Papa ada meeting kan?",ujar Hakim lagi sambil menunjukkan fail itu pada Puan Hana.

 

"Ya tak ya juga.Mama teringat yang Papa ada pesan yang Papa balik lambat sebab meeting.Mungkin fail tu penting.Tak apalah,biar Mama suruh Pak Mat hantarkan",kata Puan Hana.Tapi Hakim menahan."Tak apalah Mama,biar Hakim je yang hantar.Kebetulan Hakim ingat nak tolong kat sana.Boleh Hakim hantarkan sekali,ya?",kata Hakim.

 

"Kalau tak keberatan.Hati-hati ya.Nanti kalau ada apa-apa,call Mama tau",pesan Puan Hana.Hakim hanya mengangguk lalu turun ke bawah."Pak Mat,tolong hantar saya ke hotel",arah Hakim.Pak Mat hanya menurut arahan anak majikannya.Lalu kereta yang dipandu itu menyusup laju keluar dari perkarangan rumah itu.

 

Dari dalam bilik,seseorang memandang dengan penuh tanda tanya."Abang nak pergi mana?",tanya Hani sendiri.Dia memutuskan untuk bertanya pada Puan Hana tentang ketiadaan abangnya itu."Mama,abang pergi mana?",tanya Hani."Abang kamu hantarkan fail Papa yang tertinggal",balas Puan Hana.

 

Mulut Hani hanya berbentuk O apabila mendengar jawapan dari mulut Puan Hana."Kalau kamu nak makan,Bibik Yati ada masak kat dapur.Kamu pergilah makan",kata Puan Hana sambil tersenyum pada anaknya.Hani hanya membalas senyuman itu lalu dia terus keluar dari bilik itu.Mulanya dia ingin ke dapur tapi hasratnya terbantut apabila satu panggilan masuk.

 

"Hello..Ya..Ada apa kau call aku ni?",tanya Hani di talian."Kau dah tahu hubungan Kai dengan Huda? Apa hubungan diorang?...Kai abang Huda? Kau biar betul??",tanya Hani bertalu-talu.Dia seperti  tak percaya dengan apa yang kawannya cakapkan sebentar tadi.Abang? Diorang ada pertalian darah ke?,getus Hani."Aku nak kau siasat lagi pasal diorang..Bye"..

 

Hani menutup talian.Hani terfikir seketika.Lamunannya terhenti apabila Puan Hana mengejutkan dia dari belakang."Buat apa anak Mama tercegat kat sini? Jom turun makan",ajak Puan Hana.Hani hanya mengikut tanpa bantahan.Tapi dalam fikirannya,muncul 1001 persoalan yang bermain di fikirannya.

 

Kalaulah aku dapat jawab semua persoalan dalam kepala otak aku ni,tak ada aku jadi tertanya-tanya macam ni...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

Aku bangun dari tidur yang semakin melenakan aku.Aku tersedar dan aku memandang sekeliling.Tapi mataku tepat berhenti pada tubuh seseorang disebelahku.Siapa ni,getusku.Apabila aku memandang mukanya,aku terkejut,bahkan aku cuba menjauhkan aku darinya sedikit.Aku rasa macam pipiku merah..Betul ke??

 

"Oh,Minhye dah sedar?",tanya Kai."Hah? Hurmm",balasku pendek."Dah pukul berapa ni?",tanya Kai sambil memandang jam dinding.Jam sudah menujukkan pukul 6.55 malam.Sekarang sudah masuk waktu makan malam.Ketika itu Jaerin datang pada kami."Dah bangun pun kamu berdua.Jom,kita pergi makan malam",ajak Jaerin.

 

"Kita nak makan malam kat mana?",tanya Kai."Kita bukan duduk rumah sewa Kim Jongin.Kita duduk di hotel.Kan kat bawah ada restoran.Kita makan kat situlah",balas Jaerin.Kai hanya tersengih apabila Jaerin menjawab begitu padanya.Kai bangun dari sofa dan menuju ke biliknya.Aku pula ke bilik Jaerin untuk menggunakan tandasnya.

 

Selesai sahaja,kami bertiga turun ke bawah dan menuju ke restoran yang berada berhampiran dengan lobi hotel itu.Setelah kami memesan makanan,Kai dan Jaerin berbincang tentang sesuatu yang aku tak faham maksudnya,tapi aku hanya memandang mereka berbual.Tapi akhirnya,mataku terus memandang tubuh badan Kai yang tegap itu.

 

Dari badan sampai ke rambut,aku pandang,dengan penuh teliti.Kacak,getusku.Aku memandangnya dan satu perkara yang terlintas di fikiran apabila aku memandangnya ialah..adegan tidur dalam keadaan berpelukan petang tadi.Itu yang muncul di fikiranku.Aku menggeleng kepala perlahan.Mataku berubah pandangan ke bibirnya yang petah berkata.

 

Perlahan-lahan aku menelan air liurku.Tak sanggup aku pandang dia lagi.Bila aku memandangnya,timbul hal-hal yang aneh (byuntaenya aku ni XD).Aku dapat rasakan bahuku disentuh oleh seseorang.."Kim Minhye",panggil Kai lembut."Huh?",aku segera mematikan lamunan apabila nama ku dipanggil olehnya.

 

"Minhye kenapa?",tanya Kai sambil mendekatkan dirinya padaku."Minhye tak sihat ke?",tanya Jaerin."Tak ada apa-apalah.Minhye nak pergi tandas kejap ya",aku segera meminta diri dan langkahku menjadi laju menuju ke tandas dan aku berhenti di hadapan cermin.Aku membasuh mukaku dan memandang cermin itu.

 

"Kim Minhye,sedarlah.Jangan malukan diri sendiri.Lagi-lagi depan Kai dan unnie",bisikku perlahan.Aku mencapai tisu dan ketika itu Jaerin pun masuk ke dalam  tandas lalu teru menuju ke bilik air.Aku pula keluar setelah orang masuk ke tandas.Aku membetulkan pakaian aku dan berjalan menuju ke arahnya.Tiba-tiba..

 

"Maaf ya,saya tak senga.."ayat aku terputus.Sebaik sahaja aku memandang lelaki itu.Lelaki itu ialah Hakim !! Apa yang dia buat kat sini,getusku."Huda? Awak buat apa kat sini?",tanya Hakim."Saya..jumpa kawan..Awak pula buat apa kat sini?",balasku."Saya nak jumpa ayah saya",ujar Hakim."Ayah awak?",tanyaku kehairanan.

 

Hakim mengangguk,"Ya,ayah saya.Sebenarnya ayah saya ialah pemilik Coral Hotel ni.Saya nak hantar fail ayah saya",balas Hakim.Aku hanya mengangguk."Kalau macam tu,mesti awak nak cepat kan? Awak pergilah.Nanti kita jumpa lagi",kataku lalu kami berdua membuat haluan masing-masing.Aku berlalu pergi tapi Hakim tidak..

 

Dalam diam dia mengekorinya dan menyorok di sebalik dinding.Dia memandang ke arah Minhye duduk dan ternyata lelaki yang berada di sebelahnya amat dia kenali."Itu bukan ke lelaki yang ambil dia semalam kat sekolah? Macam mana dia boleh ada kat sini?",tanya Hakim perlahan.Dia memerhatikan gerak geri mereka.

 

Bermesraan,juga sudah membuatkan perasaan cemburu terhadap mereka mula datang."Kenapa masa aku bercinta dengan dia,dia tak pernah nak buat macam tu juga dengan aku?",kata Hakim sendiri lagi.Ketika itu telefonnya berbunyi.Dia memandang skrin telefon.Nama "Papa" tertera di situ.Segera dia mengangkat..

 

"Hakim,kamu kat mana?",tanya Encik Hafiz."Hakim ada kat lobi.Nak hantar fail papa ni",balas Hakim."Oh yakah? Nasib baiklah kamu datang sebelum meeting bermula.Datanglah sini cepat.Lagi 20 minit Papa nak masuk bilik bilik meeting ni",ujar Encik Hafiz.Hakim memandang jamnya.Ini bermakna tepat pukul 7.40 malam,ayahnya akan bermesyuarat.

 

"Baiklah.Hakim datang ni",",Hakim menutup telefonnya dan segera menuju ke bilik Encik Hafiz.Dalam pada masa yang sama,Jaerin baru keluar dari tandas dan terus ke meja.Tepat pada masanya,makanan yang kami pesan sudah sampai sebaik sahaja Jaerin duduk.Kami mula makan..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Minhye,kau nak tahu sesuatu tak?",sapa mereka lalu terus mengelilingi aku di meja."Kenapa?Ada benda ke yang aku perlu tahu?",balasku."Malam tadi ialah malam yang indah buat kitorang",ujar mereka.Aku memandang kehairanan."Malam yang indah? Apa yang korang maksudkan ni?Korang janganlah suka sangat berkias dengan aku",kataku lagi.

 

"Kitorang dapat buat video camera dengan dioranglah",sampuk Hana teruja."Oh yakah? patutlah bukan main teruja lagi korang ni.Apa yang korang borakkan?",balasku."Tak banyak sangat yang kitorang borakkan sebab diorang kat studio.Tak sangka dia sanggup call aku semalam",ujar Nisa.

 

"Ya Minhye.Aku sampai tak tidur sebab kitorang call lama gila.Aku tengok jam je dah pukul 4.Terus tak tidur aku jadinya",sampuk Hana.Aku hanya tersenyum gembira.Untunglah buah hati call.Aku ni macam tak ada buah hati je,getusku."Minhye,Baekhyun ada call kau tak semalam?",tanya Nisa.Aku hanya menggeleng.

 

"Kesiannya kau.Dia patut kau",sampuk Ika."Tak apalah Ika.Lagipun dia sibuk kan? Buat apa aku nak kacau dia",balasku tenang."Yeah,macam nilah kawan aku",kata Nisa sambil meletakkan tangannya di bahuku.Aku hanya tersenyum kecil.Aku cuba menukar topik."So korang,macam mana dengan barang percutian korang? Dah settle?"tanyaku.

 

Mereka mengangguk."Tapi aku tak beli lagi kot tebal untuk musim sejuk nanti",ujar Sara."Kitorang pun",sampuk yang lain juga."Kalau macam tu,kita beli hari Ahad ni.Ok?",cadangku.Mereka hanya mengangguk setuju."Oh ya,korang tak bagitahu diorang kan yang kita nak pergi sana?",tanyaku."Dijamin takkan punyalah",jawab Hana.

 

"Bagus.Banyak tak korang bawa baju ni? Nak dengar sikit barang yang korang bawa",tanyaku lagi.Satu per satu mereka sebutkan barang yang mereka bawa.Nasib baiklah barang yang mereka nak bawa tak banyak.Takut ada yang kena tahan kat airport nanti sebab banyak sangat bawa barang.Tiba-tiba bunyi loceng membingitkan suasana.

 

"Korang jom rehat.Aku dah lapar tahap babeng ni",ajak Ika sambil menarik tangan kami."Minhye,kau belanja aku ya hari ni",kata Ika sambil memegang lenganku lembut."Aigoo comelnya anak orang ni.Yalah,jom aku belanja kau hari ni.Nasib baik kau ni Kyungsoo punya",balasku sambil meletakkan tanganku di lehernya.

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Nuna nak ikut tak?",tanya Kai sambil membetulkan bajunya."Kamu nak ambil Minhye ke?",tanya Jaerin.Kai hanya mengangguk."Jongin,esok Minhye ambil exam tak?",tanya Jaerin lagi."Jongin tak pasti.Mungkin tak sebab hari ni Minhye dah ambil.Kenapa nuna?",jawab Kai.

 

"Apa kata Jongin bawa Minhye tidur sini?Lagipun nuna nak juga teman",ujar Jaerin."Nanti Jongin tanya Minhye dululah macam mana.Kalau tak dapat maaf ya",jawab Kai."Takkanlah tak dapat? Nuna tahulah kamu macam mana.Kalau kamu bawa dia ke sini,kamu juga yang untung",kata Jaerin selamba.

 

"Eh bukan hari itu nuna marah ke kalau Jongin ambil kesempatan atas Minhye? Tiba-tiba je sokong Jongin ni",kata Kai.Jaerin cuma menunjukkan senyuman manisnya ke arah Jongin."Jongin pergi dulu ya",kata Kai lalu keluar dari bilik dan menuju ke lif.Langkahnya semakin laju supaya dia tak buat Minhye tertunggu.

 

Di sekolah,tamat waktu sekolah..

 

"Jom cepat.Aku dah menyampah dengan minah tu.Tergedik depan abang aku and Shahizat.Cepatlah",gesa Hani.Mereka lajukan langkah dan meninggalkan 7 sahabat itu di dalam kelas.Mereka isikan perbualan di sepanjang plangkah mereka.Tanpa mereka sedari,di koridor menuju ke pintu pagar sekolah,seseorang sedang menunggu....

 

"Itu pun korang"..

 

Sampai sahaja 2 ahli sihir itu hampir dengannya,dia mengangkat kakinya dan letak di dinding di hadapannya.Mereka kaget seketika.Lelaki yang bertopeng dan bercermin mata hitam itu menakutkan mereka.Tapi Hani gagahkan juga untuk bertanya lelaki itu,apa yang dia mahu dan apa tujuannya buat begitu.

 

"Awak ni siapa?"..

 

Kai memandang mereka tajam di sebalik cermin mata hitam itu."Saya nak cakap satu je dengan awak berdua.Minhye milik saya dan saya bagi amaran kat awak.Jangan kacau dia lagi.Kalau saya dapat tahu awak kacau dia lagi,saya akan buat awak berdua merana..Ingat kata saya ni",kata Kai dingin.

 

Ketika itu Minhye berada di belakang mereka dan Kai melambai ke arah gadis itu.Mereka berdua memandang gadis yang dilambai dan ternyata orang itu ialah Minhye.Muak mereka melihat muka Minhye yang sedang tersenyum ke arah lelaki yang berada di hadapan mereka tadi.

 

Kai pergi arah Minhye dan memeluk bahu Minhye.Semasa sedang melintas di sebelah mereka,Kai sempat memberi lambang eye to eye pada mereka.Mereka tak mampu untuk kata-kata apa-apa ketika itu.Setelah mereka pergi,habis semua perkataan keluar dari mulut Ira.Marahlah dia melihat Minhye dibela oleh seorang lelaki.

 

"Tak payah kita nak buang masa.Jom balik",ajak Hani lalu mereka berpecah mengikut haluan masing-masing..

 

Di dalam kereta..

 

"Minhye esok ada ambil exam tak?",tanya Kai.Aku hanya menggeleng."Kenapa?",balasku."Nuna ajak Minhye tidur di hotel.Dia bosan katanya tak ada teman gosip",ujar Kai.Aku tersenyum kecil."Boleh juga.Tapi sebelum tu Minhye nak balik rumah dulu,ambil baju",ujarku.Kereta bergerak laju menuju ke rumahku yang tak berapa jauh dari situ.

 

Sampai sahaja di rumah,kami masuk ke dalam.Rumah nampak sunyi,mesti ibu tak balik lagi,getusku.Aku terus naik ke atas manakala Kai pula terus ke dapur untuk mengambil minuman untuk membasahkan tekaknya yang kering.Setelah itu,Kai menuju ke sofa di ruang tamu dan dia membuka telefonnya dan mula bermain permainan.

 

Kai leka bermain sehingga dia tak sedar bahawa sudah setengah jam berlalu.Dia dapat dengar bunyi tapak kaki menuruni tangga tanpa membawa apa-apa."Mana beg Minhye?",tanya Kai."Ada di atas.Tapi Minhye nak cari sesuatu dulu",ujarku.Kai berkerut."Apa tu?",tanya Kai."Power bank.Abang ada nampak tak?",ujarku.Kai hanya menggeleng.

 

Aku mengeluh."Tak apa,biar abang cari kat atas",kata Kai lalu terus berlari ke atas.Dia mencari di setiap sudut dan akhir sekali di bilik Minhye.Dia mencari dan dia sendiri yang jumpa benda yang Minhye cari selama ni.Di bawah katil dia !! Dia tak perasan ke,getus Kai.Cepat-cepat Kai panggil Minhye untuk naik ke atas.

 

"Mana abang jumpa?",tanyaku teruja."Bawah katil Minhye.Betul-betul di..",tak sempat Kai mahu habiskan katanya,dia tersadung di kerusi meja solek Minhye dan nasib baik,Minhye sempat menahan dia dari jatuh.Tapi lain yang jadinya,disebabkan badan Kai yang tak dapat ditahan,aku terjun sekali ke katil.

 

Aku menahan sakit kerana berat badannya.Berat pula badan dia ni,getusku.Kai menarik nafas dan memandangku.Aku juga memandang dia.Kami kehilangan kata-kata.Muka kami sangat rapat mungkin dengan sekali tolak je kami dah tercium.Mata Kai tepat memandang bibirnya,lalu menelan air liur perlahan.Ini ke peluang yang aku tunggu selama ni?,getus Kai.

 

Perlahan-lahan Kai mendekatkan mukanya,membuat aku terkejut dengan tindakannya.Aku pun menutup mata sahaja kerana ketika itu tiada ruang untuk aku mengelak.Hampir mengena,aku rasa seperti badanku ringan.Aku membuka mata dan ternampak dia sedang membetulkan rambut yang agak serabai.

 

"Kai memandang lalu berkata,"Power bank dah jumpa,so,jom pergi.Mesti nuna sedang tunggu kita",kata Kai.Aku bangun segera dan terduduk.Aku juga membetulkan rambut aku dan juga baju.Aku seperti takut memandangnya dan menjawab,"Oh..Ok..Jom",ajakku malu.Kami hanya keluar dari rumah dengan penuh senyap.

 

Aku masukkan beg dan letak di tempat duduk belakang dan Kai duduk di sebelahku lalu menutup pintu kereta.Kami agak senyap dan lagu yang berkumandang memecah kesunyian kami.Aku sampaikan tak sedar bahawa kereta itu berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak.Aku hanya buat tak tahu kerana perasaan malu masih ada.

 

Perasaan malu itu perlahan hilang apabila aku ternampak datuk yang berjanggut putih tersenyum pada kami yang sedang duduk di dalam papan tanda sebuah restoran.Dan sudah tentu itu restoran KFC !! Aku terus memegang tangan Kai dan Kai sedikit terkejut apabila tangan lembut itu memegang tangannya.

 

"Abang,jom beli tu nak?",tanyaku teruja.Habis hilang semua perasaan itu bahkan insiden tadi pun aku dapat lupuskan segera dari ingatan aku apabila ternampak datuk berjanggut putih itu.Kai memandang restoran yang Minhye katakan.Kai memandang aku."Restoran apa tu?",tanya Kai sambil mengerutkan dahinya.

 

"Makanan kegemaran kita,ayam !! Jom beli nak?",balasku.Kai tersenyum apabila memandang gadis memandang restoran itu."Minhye nak ke?",tanya Kai lagi.Aku mengangguk laju."Baiklah jom kita beli",ajak Kai lalu segera dia memakai topeng dan cermin mata hitam kesayangannya.Setelah itu,dia terus keluar dari kereta bersama Minhye.

 

Ketika ingin melintas jalan,Kai mengambil kesempatan untuk memegang tangan Minhye."Nanti Minhye terjatuh pula masa nak melintas",itulah jawapan yang Kai bagi.Mungkin dia nak aku selamat melintas jalan,kataku dalam hati.Aku hanya biarkan dia memegang tanganku dan apabil jalan mula lengang,kami mula melintas.

 

Kami masuk ke dalam restoran itu ketika itu pelanggan tidak begitu ramai dan kami beratur untuk mengambil pesanan.Setelah itu kami duduk di suatu tempat duduk yang tidak jauh dari kaunter membayar.Ketika itu aku tak tahu nak buat apa,jadi aku mengambil gambarnya secara senyap-senyap.

 

"Abang,senyum",kataku sambil menekan butang ambil apabila dia memandang kamera sambil senyum.Aku melihat semual gambar itu."Comel",ayat itu keluar tanpa sengaja dari mulutku.Tapi Kai hanya buat tak tahu.Beberapa minit kemudian,pesanan kami dah siap dan kami segera menuju ke kereta..

 

Keesokan harinya....

 

"Abang nak hantar makanan ni ke mana ?",tanya Hakim ketika dia sedang terserempak dengan pembantu penghantaran makanan,Abang Syukri."Abang nak hantar ke bilik VIP nombor 1004.Patut hantar dari tadi tapi lupa pula.Kenapa?",jawab Abang Syukri."Kalau macam tu,biar saya jelah yang hantarkan.Saya tengah tak ada kerja ni",ujar Hakim.

 

Abang Syukri hanya mengangguk dan memberikan troli itu pada Hakim.Dia segera naik ke atas.Dia menunggu pintu lif itu terbuka dan melangkah laju ke dalam.Cepat-cepat dia menekan butang nombor 12.Dia memangdang butang itu naik satu persatu bagaikan menunggu untuk seribu tahun..

 

Manakala di bilik pula,kami menunggu lama untuk mendapatkan makanan,sampaikan perut kami berbunyi beberapa kali."Ergh,mana makanan ni?? Lembab betullah.Dia tak tahu ke orang dalam bilik ni dah lapar",ujar Jaerin."Nuna,sabar jelah.Nuna dah betul-betul lapar ke?",tanya Kai.Jaerin mengangguk sambil mengusap perutnya beberapa kali.

 

"Tak apalah,biar Minhye yang ambil makanan tu kat bawah",belum sempat aku bangun,Jaerin segera menahan aku."Minhye,jangan susahkan diri kamu disebabkan unnie.Biar unnie yang ambilkan.Kamu berdua duduklah dulu ya",kata Jaerin sambil memandang Kai dan Kai juga memandangnya.

 

Jaerin buat muka 'guna masa kamu sebaiknya dengan Minhye bila nuna tak ada' pada Kai.Kai hanya mengangguk.Jaerin segera keluar dari bilik itu dan menuju ke lif.Nasibnya baik apabila tak sampai seminit pintu lif itu sudahpun terbuka."Abang nak ke tandas kejap ya",kata Kai lalu segera ke bilik air,meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.

 

Ding dong ~~ 

 

"Mak ai,laju gila unnie balik.. Makanan tak ada ke ataupun dia dah ambil",kataku perlahan lalu segera ke pintu.Apabila aku buka pintu,Hakim berada di muka pintu sambil membawa troli berisi makanan.Hakim memandang mukaku,begitu juga aku."Awak buat apa kat sini?",tanya Hakim.Mukanya terpapar muka terkejutnya.

 

"Sa..saya tidur sini",jawabku.Suaraku kelihatan sedikit gagap apabila menjawab soalannya.Kenapa aku perlu gagap? Aku bukannya buat salah dan Hakim bukanlah orang yang perlu aku takutkan."Minhye siapa tu",tanya Kai lalu pergi ke muka pintu dan berdiri di sebelah Minhye.Lihat sahaja muka Kai,Hakim terkejut.

 

"Awak tidur dengan lelaki ni?",tanya Hakim sambil menuding  jari ke arah Kai.Kai bingung dengan situasi itu dan dia hanya memandang sahaja."Tak.. Saya tak tidur dengan dialah..Awak jangan nak tuduh sembarangan",belaku."Kejap kejap.. Awak ni siapa nak marah dia?",sampuk Kai.Hakim memandang dia.

 

"Saya kawan dia.Awak pula siapa?",tanya Hakim sambil memandang tajam kearahnya."Saya abang dia",jawab Kai pendek.Hakim tersenyum menyindir lalu memandang aku semula."Pandai awak buat alasan kan?",tanya Hakim lagi."Sumpah saya cakap..Saya tak tidur dengan dialah",jawabku lagi,lebih meninggi.

 

"Macam mana saya nak percaya kalau awak pakai baju singlet berseluar jean dan dia tak berbaju dan hanya pakai seluar? Macam mana saya nak percaya?",kata Hakim lalu meletakkan troli itu di hadapannya dan meninggalkan mereka berdua.Aku mengejar dia tanpa sempat Kai menahan.

 

Pada masa yang sama,Jaerin nampak aku berlari lalu dia menahan aku."Minhye kenapa ni?",tanya Jaerin."Unnie,hal saya biar saya selesaikan sendiri.Lebih baik unnie pergi tengok abang.Cepat",kataku lalu terus menyambung mengejar Hakim.Tapi malangnya aku kehilangan jejak Hakim di hadapan lobi.Sungguh mengecewakan.

 

"Apa aku nak buat ni? Kalau dia bagitahu yang lain pasal ni macam mana?",kataku sendiri.Kemudian,aku kembali naik ke atas dan mengambil beg aku di dalam bilik."Minhye nak balik dululah ya..Kalau ada apa-apa Minhye call abang",kataku lalu terus menuju ke pintu dan bayang-bayang Minhye hilang disitu juga.

 

Kai hanya memandang bayangan Minhye berlalu pergi.Dia sendiri tak pasti apa yang dah berlaku sebenarnya.Kenapa mereka bergaduh? Siapa sebenarnya lelaki itu? Walaupun lelaki itu menjawab bahawa dia adalah kawannya,tapi takkanlah sampai macam tu sekali marahnya apabila Minhye tidur di bilik dia? Peliknya....

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

Mianhae sebab Minhye lambat update.. Minhye cuba untuk panjangkan chapter ni and congrats to myself sebab satu chapter ni Minhye berjaya buat lebih 4000 patah perkataan !! Minhye perlukan feedback dari korang semua untuk bagi semangat pada Minhye untuk cepatkan proses peng update tan ini  xD Minhye harap korang sudi komen/vote/subscribe fanfics Minhye ni .. Annyeong ~~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)