Chapter 2

Destiny

"Encik Kim,bolehlah.Ini semua untuk Baekhyun.Kalau dia tak dapat jumpa,mesti dia buat benda yang bukan-bukan Encik Kim",rayu mereka."Saya tak tahu nak buat macam mana.Nanti saya takut Encik Jang marah saya pula nanti",balas Encik Kim."Habis tu,saya nak buat apa? Saya tak nak kehilangan Baekhyun",kata Kyungsoo sambil berpura-pura mengesat airmatanya untuk meneratnya.Encik Kim menghela nafas berat."Baiklah saya cu..",belum sempat Encik Kim membalas,mereka memeluknya dengan girang sekali apabila mendapat persetujuan dari Encik Kim.

"Sayang Encik Kim",kata mereka serentak."Dahlah tu,saya tak boleh bernafaslah",kata Encik Kim."Tak apa nanti saya bagi CPR kat Encik Kim",gurau Chanyeol.Yang lain ketawa mendengar gurauan itu.Di luar pintu,Baekhyun yang mendengar perbualan berasa sangat gembira hingga tak terkata."Akhirnya aku dapat juga jumpa dengan Min-hye.Kali ini,aku akan tebus balik kesalahan aku kat Min-hye,tak kira apa cara sekalipun",bisik Baekhyun dalam hati...

                                                                     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku tak nampak pun batang hidung dia",kataku.Ika,Nisa,Sara dan Hana memandang ku dengan pandangan yang pelik."Kenapa? Salah ke aku cakap?",tanyaku lagi."Adakah kau cari budak bajet bagus tu?Yang kau benci tu?Yang kau.."aku memintas katanya."Yelah,budak yang bajet bagus tu.Aku saja je nak tengok dia datang ke tak",balasku.Mereka tergelak kecil apabila aku berkata begitu.Tiba-tiba,pandangan Nisa bertemu dengan seseorang."Huda,tu dia.Budak yang kau nak sangat jumpa",kata Nisa lalu menudingkan jari ke arah Shahizat.Ketika aku memandangnya,geng Shahizat yang ada bersamanya terpandangku juga.

"Zat,Huda pandang kaulah tadi",bisik kawannya,Khairil.Apabila terdengar nama Huda di sebut,dia terus mencari tuan empunya badan.Apabila matanya bertembung dengan Sara,dia dapat mengagak bahawa Huda mesti rehat bersamanya.Dia terus pergi pada mereka dan berdiri di hadapannya."Hai Huda.Huda makan apa tu?",tanya Shahizat.Dia panggil aku Huda? Biar betul ni? Dia ni salah makan ubat ke apa? Naik geli pula aku dengar."Makan angin",jawabku ringkas."Pandai pula bergurau.Jom ikut Izat jap",ajaknya,"Nak pergi mana?",tanyaku."Adalah,nanti Huda tahu juga",katanya lalu terus menarik tangan aku.

Beraninya mamat ni?! Siapa suruh dia pegang tangan aku?!Sedap dia je.Aku takkan benarkan lelaki lain pegang tangan aku selain Baekhyun.Memang nak kena budak ni?!"Kau nak bawa aku pergi mana ni?",tanyaku lagi.Ketika itu ramai pelajar yang memerhatikan kami berdua.Ada yang marah akan tindakannya itu dan hanya yang memandang sahaja."Shahizat nak bawa Huda pergi mana tu?",bisik pelajar-pelajar yang berada di situ.Setelah itu kami berhenti di hadapan pintu dewan sekolah dan aku segera menarik tangan aku dari genggamannya."Huda,Izat nak cakap sesuatu kat Huda",ujarnya."Apa dia?",tanyaku sambil mendengus."Izat nak cakap yang Izat sukakan Huda,sejak dulu lagi.Izat nak couple dengan Huda boleh?",katanya tanpa ragu-ragu.

"Aku tak nak.Aku pergi dululah",kataku lalu aku terus pergi dari situ.Disebabkan tanagnnya yang sangat panjang,dia dapat menarik tangan aku."Please Huda.Izat betul-betul ikhlas nak couple dengan Huda",kata Shahizat."Ikhlas?Ikhlas kau cakap? Kau ingat aku tak tahu ke perangai kau yang sebenarnya?Dahlah aku belah dulu",kataku lalu pergi dari situ."Kurang asam punya perempuan.Tak apa kau.Kau boleh berlagak sekarang,tapi nanti kau tahulah nasib kau.Kau tak kenal lagi siapa Shahizat Iskandar",kata Shahizat perlahan lalu dia pergi dari situ dan berjumpa dengan kawannya yang lain.

"Apa yang Shahizat nak?",tanya Nisa sebaik sahaja aku duduk di hadapan mereka."Tahu-tahu je lah player hobi dia apa",kataku sambil menyambung makanku.Tapi malangnya loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.Aku mendengus sendirian."Aku baru nak makan.Ni semua pasal budak tulah.Saja nak membuang waktu rehat aku.Menyampah betullah",kataku sendiri.

                                                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Encik Kim,bila kita boleh pergi?",tanya Baekhyun."Tak tahulah,Saya dah cakap dengan Encik Jang.Nanti dia akan tentukan bila kita boleh pergi",jelas Encik Kim."Tapi kalau Encik Jang tak bagi kita pergi,macam mana?",tanya Lay."Jawabnya taklah",ujar Encik Kim."Alaa Encik Kim,janganlah macam ni",kata mereka."Yelah,saya tahu lah apa saya nak buat.Saya dah.."telefon Encik Kim berdering dan Encik Kim terus mengangkat apabila nama Encik Jang tertera di skrin telefonnya."Helo Encik Jang.Ya ada apa?",tanya Encik Kim.Encik Kim leka bercakap dengan Encik Jang di telefon manakala yang lain hanya memandang gerak geri Encik Kim.

"Baiklah terima kasih",kata Encik Kim lalu mematikan perbualan.Mereka memandang Encik Kim dengan perasaan yang tertanya-tanya."Macam mana Encik Kim? Dapat tak?",tanya Suho.Encik Kim hanya diam."Janganlag diam je Encik Kim.Cakaplah,kita dapat pergi tak?",taya Kris pula.Encik Kim memandang ke bawah dan memandang mereka semula dengan senyuman."Kita dapat pergi !!",kata Encik Kim keriangan.Yang lain terkejut dan masing-masing berpelukan sesama sendiri apabila mendengar berita gembira itu.

"So,bila kita boleh pergi?",tanya Sehun."Kita akan berlepas esok",ujar Encik Kim."Esok? Kenapa tak pergi hari ini je?",tanya Baekhyun.yang lain memandang Baekhyun"Kenapa? Salah ke apa saya cakap?",tanya Baekhyun lagi."Takkanlah kita nak berlepas hari ini? Barang kita pun kita tak kemas lagi,takkanlah nak berlepas hari ini? Kalau nak tunggu yang lain berkemas,memang lambatlah jawabnya",ujar Chen."Yelah-yelah,kita pergi esok.So,sekarang ni,kita kemas baju dulu nak tak? Lepas ni saya nak tolong Kyungsoo masak",terang Baekhyun.

"Bersemangatnya awak.Oklah,jom kemas barang",ajak Suho dan yang lain terus naik ke atas untuk mengemas barang.Manakala Encik Kim pula meminta diri untuk pergi ke lapangan terbang untuk uruskan urusan penerbangan mereka untuk pergi ke Malaysia."Hei Sehun,apa yang awak bawa ni?",sapa Kaiketika Sehun leka mengemas bajunya."Macam biasalah,baju,seluar,jaket hitam,alat mandi,dompet,topi dan kacamata.Kenapa?",tanya Sehun.Tiba-tiba,Kai mengambil sesuatu dari beg Sehun."Kenapa itik boleh sesat dalam beg awak ni?",tanya Kai."Saya nak bawa sekali.Lagipun nanti saya tak ada kawan dalam tandas",ujar Sehun.

"Kris,kenapa awak bawa teddy bear ni?",tanya Suho."Saya tak boleh berpisah dengan Teddy bear saya ni.Lagipun teddy bear kan style saya",kata Kris selamba."Umin,mana baju warna biru tu?",tanya Luhan."Ada dalam almari tu",jawab Xiumin."Oh ini dia.Umin,letak baju ni siap-siap tau.Nanti kat sana boleh kita pakai",kata Luhan.Xiumin hanya terseyum sambil mngangguk."Budak pandai",kata Luhan sambil mengusap kepala Xiumin.Xiumin mencebik."Saya memang pandai pun.Awak je yang tak tahu",kata Xiumin."Yelah Baozhi",ujar Luhan."Hei,saya dah cakap jangan panggil saya guna nama tu lagi",marah Xiumin.Yang lain hanya tertawa melihat Xiumin merajuk dengan muka comelnya.

"Barang dah siap ke?",tanya Kyungsoo.Baekhyun mengangguk."kalau macam tu,jom kita ke dapur",kata Kyungsoo."Awak nak masak apa?",tanya Baekhyun."Sup tauge,stu ayam,japchae dan kimchi",ujar Kyungsoo."Kalau macam tu jom buat cepat",kata Baekhyun dan tanpa membuang masa,mereka terus memulakan masak hidangan tengahari...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)