Chapter 37

Destiny

"Dah ulangkaji pelajaran ke belum?Jangan termenung je"tegur ibu disebelahku.Aku hampir melepaskan pen di tanganku akibat terkejut."Ibu ni..Janganlah buat adik terkejut",balasku pendek."Yalah,maaf.Ibu tanya ni",balas ibu."Tanya apa?",tanyaku."Adik dah buat revision ke belum?Esok dah trial exam",kata ibu lagi.

 

"Dah,dengan kawan adik tadi petang tadi",jawabku pendek."Apa yang adik menungkan ni?Gelisah je ibu tengok?",tanya ibu.Aku mengeluh perlahan."Tak tahulah ibu.Sejak kebelakangan ni abang adik tak call adik pun",balasku."Mesti diorang sibuk.Adik kenalah faham kerja diorang macam mana.Mungkin diorang nak sangat call adik,tapi kerja dah banyak mana boleh tangguhkan.Nanti adalah diorang call tu.Adik tak payahlah risau",ujar ibu sambil mengusap belakangku lembut.

 

"Oh ya,ibu nak pergi market kejap.Adik nak ikut tak?",tanya ibu sambil melihat jam tangannya."Ibu tak kerja ke hari ni?",tanyaku hairan.Ibu menggeleng."Hari ni ibu ambil cuti sebab ibu nak luangkan masa dengan anak ibu ni",balas ibu sambil mencubit hidungku.Aku hanya tersenyum dan segera bersiap untuk menemani ibu.

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Kai,awak nak pergi mana?Awak cakap awak tak keluar",kata Suho sambil memandang Kai mengemas bajunya."Saya nak keluar dari sini",balas Kai pendek."Berapa hari?",tanya Luhan."Cuma untuk seminggu.Lagipun saya keluar sebab saya kena temankan nuna saya jumpa klien dia kat luar negara",ujar Kai.

 

"Awak bertolak dengan nuna awak ke?",tanya Kyungsoo.Kai mengangguk sambil tersenyum.Di tangannya sudah memegang beg kesayangannya."Korang,saya kena pergi dulu.Jaga diri baik-baik ya.Bye",Kai keluar dari bilik itu dan diikuti oleh yang lain.Di luar sudah kelihatan kereta kakaknya yang sedang menunggunya.

 

Kai meletakkan begnya di tempat duduk belakang dan memandang mereka semua.Jelas kelihatan sugul di muka mereka."Guys,saya pergi tak lama pun.Seminggu je.Tak payahlah sedih sangat.Nanti saya belikan awak buahtangan ya.",Kai memeluk mereka satu per satu.Tapi Kyungsoo,Chanyeol dan Sehun lain.Kai mencium pipi mereka tanda dia akan rindukan mereka.

 

"Saya pergi dulu",Kai segera naik ke dalam kereta dan kereta itu dipandu laju keluar dari pekarangan rumah itu."Saya harap dia selamat sampai ke sana",kata Suho.Mereka hanya memandang kosong pada jalan yang sunyi.Seketika mereka berjalan masuk kedalam.Kecuali dia..

 

"Apa yang akan jadi nanti?Kenapa aku rasa takut bila dia pergi ke luar negara?Mana dia nak pergi?Malaysia ke?"..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Dia tahu tak yang kamu nak pergi sana?",tanya Nuna.Kai hanya menggeleng."Maknanya kamu nak bagi kejutanlah pada dia?",tanya Nuna lagi."Yalah.Jongin dah lama tak jumpa dia.Mungkin ini masanya Jongin perlu jumpa dia secara personal.Tanpa ahli yang lain.Cuma kami berdua je.Sweet kan?",ujar Kai sambil tersenyum.

 

"Apa-apa jelah.Asalkan kamu gembira.Lagipun nuna rasa kamu dah lama tak segembira ni.Mesti Min-hye pun gembira jumpa kamu nanti",kata Nuna."Mestilah,Jongin ni.Kalau orang lain gembira jumpa Jongin,apatah lagi Min-hye",kata Kai yakin.Nuna yang berada di sebelah cuma tergelak mendengar jawapan adiknya itu.

 

"Kita ada berapa jam lagi sebelum kita bertolak?",tanya Kai."Mungkin 3 jam lagi.Jongin nak makan dulu ke?",jawab Nuna."Boleh juga.Jongin rasa lapar lagilah.Sebelum tu kita beli coklat dulu.Min-hye suka makan coklat,especially coklat hazelnut",kata Kai."Amboi,banyaknya Jongin tahu pasal dia.Memang dah buat research awal-awal ke?",balas Nuna 

 

"Kalau kita dah sukakan seseorang tu,kita mesti kena tahu banyak hal pasal orang tu,kan nuna?",kata Kai sambil mendekati Nuna yang sedang memandu di sebelahnya.Nuna mengelak dan mencubit tangan adiknya itu.Kai tergelak dan mengusap kesan cubitan itu."Pandainya adik nuna ni menjawabkan",kata Nuna sambil meneruskan pemanduannya.

 

Sampai sahaja di lapangan terbang,kereta nunanya dibawa oleh pengawal yang 'dipinjam'dari SME mengambil kereta itu dan membawa ke rumahnya.Kai memandang jam,pukul 5.27 petang.Dia melihat pula pada tiketnya.Penerbangan mereka pada pukul 7.30 malam.Ini bermakna mereka masih ada masa untuk buat apa-apa sebelum masuk ke dalam balai berlepas.

 

"Nuna,jom pergi makan dulu.Lepas tu kita ke kedai coklat ya",kata Kai sambil menarik lengan nunanya itu.Nuna tidak berbuat apa-apa sebaliknya dia hanya mengikut kehendaknya adiknya.Mereka menuju ke Secret Recipe(ada ke?)dan memesan makanan.Sebelum itu,Kai berbual dengan Nuna sementara menunggu makanan.

 

"Nuna,Jongin ingat nak beli Coklat Cadbury(bencinya aku nak menulis nama coklat ni-_-) yang dalamnya Hazelnutlah,boleh tak nuna?",tanya Kai."Kenapa Jongin tanya nuna?Duit Jongin kan",ujarnya."Siapa cakap?Guna duit nunalah",guraunya."Yalah.By the way,nuna nak tanya satu soalan boleh tak?",tanya nunanya.

 

"Apa dia?Banyak pun tak apa",jawab Kai."Kenapa Jongin sukakan Min-hye tu?Apa yang istimewanya Min-hye tu sampaikan Jongin boleh tergilakan dia?",tanya nuna."Entahlah,mungkin sebab perwatakan dia yang buatkan Jongin selesa dengan dia.Lagipun,dia perempuan pertama yang Jongin rapat",jawab Kai.

 

"Selain tu?",tanya nuna.Baru sahaja Kai mahu menjawab lagi,makanan mereka sudah sampai dan Kai terus memakannya tanpa menyambung jawapan nunanya.Nunanya hanya tersenyum sambil memandang adiknya itu.

 

"Jongin-ah,nuna akan cuba sebaik mungkin untuk tolong Jongin dapatkan cinta Jongin.Nuna janji itu"..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Baekkong-ah,apa yang awak menungkan?",tanya Tae sambil duduk di sebelahnya."Tak ada apa-apa.Teringat kat omma je",balas Baekhyun pendek,tanpa memandang wajahnya langsung.Tae memandang,penuh rasa curiga."Dia teringatkan kat perempuan tu ke?Takkanlah?Aku takkan biarkan ni berlaku.Aku nak dia ingat kat aku sorang je",kata Tae perlahan.

 

"Apa awak cakapkan?",tanya Baekhyun.Baekhyun dapat dengarkan apa yang Tae katakan tapi dia sengaja buat tak dengar."Hah?Tak ada apa-apalah.Oh ya,awak nak makan apa malam ni?Biar saya masakkan untuk awak",kata Tae tersenyum.Baekhyun memandang Tae sambil tersenyum hambar.Dalam hatinya..

 

"Kau?Masak?Biar betul kau ni?Kau pandai ke masak?Kau tak pernah pula masak untuk aku,ni tiba-tiba je.Apahal minah ni?Dah tak betul ke?Ataupun kesan ubat haritu tak hilang lagi? Hahahahaha...

 

"Boleh juga,terima kasih ya sayang(buekk).Pergilah masak.Saya dah laparlah pula",kata Baekhyun sambil tersenyum dengan penuh kepura-puraan.Tae dengan senang hatinya apabila Baekhyun memanggilnya sayang terus pergi ke dapur.Ketika itu,peluang untuk Baekhyun sudah ada di depan mata.Baekhyun terus menggapai telefon itu.

 

Jarinya pantas menekan dan melihat isi butiran yang ada di dalam telefon itu.Sementara masa masih ada,dia segera hantar fail yang berkaitan ke dalam telefonnya.Nasib baiklah semuanya berakhir sebelum Tae mengajaknya makan."Baek,makanan dah siap.Jom makan",kata Tae lalu menarik tangan Baekhyun,membawanya ke dapur.

 

Tanpa teragak-agak,Baekhyun hanya menurut sahaja dan pergi ke dapur untuk makan bersama-sama...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Korang dah siap?",tanya Nisa sambil tersenyum.Kami hanya mengangguk."Aku takutlah kalau soalannya banyak yang susah.Aku bukan faham pun apa yang aku baca",ujar Ika."Kau mesti boleh buatlah.Kalau kau tak boleh buat pun,nanti kau kawtimlah dengan budak genius ni",kata Hana sambil memuncungkan mulutnya ke arah aku.

 

"Hei,sorry sikit.Lagipun aku dah tak buat kerja tu.Dulu bolehlah sebab exam dulu tak penting pun.Hari ni trial exam kot,mesti buat betul-betul.Lagipun aku bukannya duduk sebelah kau.Kan kau duduk dengan budak nerd tu",kataku.Tiba-tiba Sara menyiku aku."Kau dah kenapa ni?Sakitlah,dahlah siku kau tajam",kataku lagi.

 

"Sorry.Tu,kau tengoklah tu.Kenapa dengan minah dua orang tu?Aku tengok diorang asyik pandang kau je.Macam ada yang tak kena je",kata Sara,separa berbisik.Aku memandang orang yang dikatakan,memang betul.Diorang asyik memandang aku sampaikan mereka tak perasan bahawa aku sedang memandang mereka juga.

 

"Ada apa-apa ke kat baju aku?Ataupun diaorang pandang belakang aku?",aku memandang ke belakang.Patutlah,mungkin ini faktor utama kenapa diorang asyik pandang aku je.Rupa-rupanya Shahizat dan Hakim ada di belakang aku.Apa lagi aku terkejut beruklah aku.Mereka yang memandang juga ketawa mendengar aku melatah.

 

"Kitorang tak sempat nak terjah kau,kau pula dah melatah",kata Shahizat dengan baki tawanya."Kelakarlah ya?Korang ni jangan ketawa banyak sangat,nanti tak masuk otak pula",balasku."Ok fine,kitorang minta maaf.So,korang dah siap buat persiapan?",tanya Hakim.Soalannya itu kami hanya membalas dengan anggukan.

 

"So,jom masuk dewan.Nanti cikgu marah pula",ajak Nisa dan kami bertujuh jalan bersama ke dewan sambil berbual sesama sendiri.Sebelum itu aku sempat menjeling pada Hani dan Ira di sebelahnya.Muka diorang tak payah cakaplah,memang tak puas hati gila.Aku melemparkan sebuah senyuman sebelum berlalu pergi dari situ.

 

"Kau tengok tu?Dia sengaja buat macam tu,biar kita sakit hati",kata Ira tak puas hati."Tak apa,aku tahu nak buat apa dengan dia.Balik sekolah ni kita tunggu je,biar padan muka dia",kata Hani sambil tersenyum nakal."Kau dah ada plan ke?",tanya Ira."Ni Hani Dayanalah.Aku akan buat apa je untuk puaskan hati aku",kata Hani lagi.

 

"Baguslah,aku dah tak sabar nak tengok nanti.So,jom pergi dewan",ajak Ira dan mereka berdua pergi ke dewan bersama pelajar-pelajar yang lain.Setelah semua pelajar berada di dewan dan telahpun menyerahkan kertas ujian pada pelajar,satu pengumaman dari corong pembesar suara di keluarkan..

 

"Kertas pertama pelajar diwajibkan menjawab soalan selama 3 jam.Baiklah,pelajar boleh menjawab sekarang.Semoga berjaya"...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Lega rasanya dah sampai ke sini.Nuna,nak pergi mana sekarang?",tanya Kai."Nuna rasa kita patut check in hotel dulu,lepas tu kita boleh pergi pada Min-hye.Jongin tahu Min-hye keluar sekolah pukul berapa?",tanya Nuna."Kai memandang jamnya."Oh ya,hari ni Min-hye ambil trial exam.Mungkin hari ni Min-hye balik awal dari biasa",jawab Kai.

 

"Kalau macam tu,kita check in hotel dulu.Lepas tu baru kita boleh buat keputusan.Lagipun Nuna rasa laparlah pula",balas Nuna.Kai tersenyum."Baiklah,kesian nuna saya ni.Jom kita berehat dulu",ajak Kai sambil membetulkan topeng mukanya dan memegang tangan nunanya ke arah pintu keluar.Nasib baik tiada sesiapapun yang dapat mengecam mereka..

 

Di dorm..

 

"Awak rasa dia dah sampai ke belum?",tanya Chanyeol."Siapa yang awak maksudkan?",tanya Suho."Yalah,siapa yang awak cakapkan ni?",tanya yang lain juga.Chanyeol mula buat muka."Korang,baru sehari Kai pergi takkanlah awak dah lupa dia?Awak memang suka ke dia pergi?",tanya Chanyeol,tak puas hati.Suho menepuk dahi.

 

"Chanyeol-ah,maafkan saya.Saya lupa yang Kai tak ada.Maaf ya",kata Suho sambil memeluk bahunya.Chanyeol hanya memandang sambil tersenyum hambar.Kedengaran bunyi lagu dari telefon Baekhyun membuatkan mereka terkejut seketika."Siapa tu Baekhyun?",tanya Chen.Baekhyun hanya mengangkat bahu.

 

Lantas dia membuka ruangan mesejnya di Line."Kyungsoo?Kenapa dia hantar mesej pula ni?",bisik hati Baekhyun.Baekhyun memandang muka Kyungsoo tapi dia hanya buat tak tahu je.Dia membaca mesej itu..

 

Kyungsoo:"Apa yang awak dah dapat sekarang?Dah banyak yang awak tahu?".

 

Baekhyun hanya membalas..

 

Baekhyun:"Banyak jugalah.Sekarang ni saya dah dapat masukkan mesej yang Tae hantar pada kawannya kedalam         phone saya.Tapi saya rasa banyak lagi yang saya tak tahu".

 

Kyungsoo:"Apa lagi yang awak tak tahu lagi?".

 

Baekhyun:"Tak tahulah.Tapi ni pun dah cukup rasanya untuk kita ugut dia".

 

Kyungsoo:"Baguslah kalau macam tu.Saya cuma nak tahu itu je.Teruskanlah usaha awak tu".

 


Mereka terhenti apabila Suho berkata."Hari ni Kyungsoo tak payah masak.Hari ni kita pesan makanan jelah",kata Suho,menaikkan semangat mereka.Mulalah mulut aktif menyebut nama makanan yang mereka mahukan,manakala ketua mereka tenang mengambil pesanan.Sementara menunggu,banyak pula bahan yang nak dibualkan.

 

Suho hanya memandang mereka satu per satu,termasuk ketua EXO-M tinggi lampai itu,ketawa ketika sedang berbual dengan Chanyeol."Saya harap kita akan bersama selamanya macam ni (apalah yang dia cakap ni-_-)",kata Suho perlahan.Sampai sahaja makanan,mereka bersedia untuk makan.

 

"Terima kasih untuk makanan !!"..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Lenguh betul kaki aku ni.Kena duduk je hari ni",kata Nisa sambil mengurut kakinya beberapa kali."Hari ni dah habis,so jomlah kita balik",ajakku,mengambil beg dan bersedia untuk bergerak pulang."Huda,Hakim suruh kau tunggu dia kejap.Dia cakap dia ada benda nak cakap",kata Shahizat dari belakang kami.Aku hanya menurut.

 

Yang lain meninggalkan aku sendirian di depan dewan.Di sebabkan aku malas untuk berdiri lebih lama,aku duduk di pondok yang berdekatan dengan padang sementara menunggu Hakim keluar.Ketika itu aku ternampak Hani dan Ira sedang jalan menuju keluar tapi aku rasa diorang menuju ke arahku.Aku mungkin patut bersedia..

 

"Woi perempuan.Kau memang nak cari nahas kan?",tanya Ira kasar.Aku memandang dia tanpa mengeluarkan kata-kata sedikit pun."Kau dengar ke tak?Ke kau dah pekak?",tanya Hani pula."Korang nak apa?",tanyaku."Oh ada pula mulut.Aku ingat dah hilang",kata Hani sambil tergelak.Aku hanya memandang tanpa membalas.

 

"Aku cuma nak kau jauhkan diri dari Hakim dan sekaligus Shahizat.Kalau kau dengar cakap aku,senang kerja aku.Tapi kau ni menyusahkan kerja aku je lah",kata Hani."Alamak,aku rasa tak boleh kot.Sebab diorang tu terlalu berharga untuk aku.Aku tak bolehlah.Korang carilah orang lain ya",sindirku sambil berlalu pergi dari situ.

 

Tapi tanpa disangka Ira mengejar aku dan memegang bahuku kasar lalu memegang kolar bajuku kuat."Kalau kau nak hidup lagi,baik kau jangan buat hal dengan aku.Aku pantang gila bila ada orang rampas aku punya.Kau faham tak?!",tengking Ira,disitu.Hani juga terkesima apabila Ira bertindak begitu.Aku hanya berlagak tenang.

 

"Aku tahulah yang request kau nak couple dengan dia dah kena reject,tapi tak payahlah nak buat macam ni sekali.Memalukanlah",kataku sambil tersenyum nakal.Mahu sahaja dia menumbuk aku,tapi sepasang tangan menahan dari tangan Ira melekat di mukaku.Aku terkejut apabila melihat tuan empunya badan itu..

 

"Abang?",panggilku perlahan.Muka Kai tampak sedikit garang dan tangannya menggenggam erat tangan Ira yang mahu menumbukku.Dengan kasar tangan Ira di halakan ke tempat lain dan Ira mengaduh kuat."Aduh !! Siapa pula yang mengacau ni ?!",tanya Ira bengis.Hani dalam diam juga terkejut melihat wajah itu.

 

"Kai?Apa yang dia buat kat sini?",bisik hatinya."Sepatutnya saya yang cakap macam tu kat awak.Siapa awak yang berani mengacau dia ? Kalau awak nak hidup lama,awak jangan ganggu Minhye lagi",kata Kai."Minhye?Siapa tu?",tanya Hani perlahan."Dahlah Min-hye,jom kita balik",ajak Kai sambil memegang tangan aku erat dan pergi menuju ke luar sekolah.

 

Dua gadis itu(layak ke minah dua ekor ni digelar gadis?Ahli sihir lagi bagus)hanya berdiri tegak disitu,membiarkan angin lalu."Betul ke apa yang aku nampak tadi?",tanya Hani sendiri.Hani melihat tangan Ira yang nampak sedikit kemerahan."Sakit hati pula aku tengok ada orang yang cuba nak backup budak tu.Adoi,sakit pula tangan aku ni",kata Ira perlahan.

 

"Aku rasa kita perlu lebih hati-hati lagi lepas ni.Mungkin dia akan serang kita lepas apa yang kita dah buat kat Huda",kata Hani."Apa yang kau cakap ni?Kenapa kita nak hati-hati pula?",tanya Ira."Kau ikut jelah cakap aku.Jangan banyak bunyi boleh tak?",balas Hani.Ira hanya mengusap tangannya itu.Setelah itu,mereka mula pergi dari situ.

 

Di sebalik tanaman pokok yang berada di tepi dewan itu,seorang lelaki memandang dengan penuh tanda tanya."Siapa lelaki itu?Kenapa dia macam rapat je dengan Huda.Mereka ada hubungan istimewa ke?Ni yang buat aku nak siasat ni"...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Macam mana abang boleh ada kat sini?Bila abang sampai?",tanyaku sebaik sahaja kami keluar menuju ke kereta."Abang ceritakan kat dalam kereta.Abang penat berlakon tadi",balas Kai selamba,tangannya masih tak mahu melepaskan tanganku.Sebaik sahaja Kai membuka pintu,seorang wanita yang cantik senyumannya memandang aku.

 

Aku terkejut sebentar.Aku memandang wanita itu lalu membalas senyumannya."Min-hye,ni nuna abang.Perkenalkan,Kim Jaerin(main hentam je XD).Nuna,ni Kim Minhye",kata Kai sambil tersenyum.Kami bersalaman.

 

"Kim Min-hye"..

 

"Kim Jaerin.Selamat berkenalan"..

 

Aku hanya tersenyum."Nama keluarga kita sama.Jadi senanglah orang nak percaya",gurau nuna.Aku hanya tergelak kecil."Jom masuk",ajak Kai.Aku hanya menurut.Aku tak bertanya pada Kai tentang tujuannya datang ke sini.Aku hanya diamkan diri dari bertanyakan soalan itu.Sesekali aku menjawab soalan yang mereka tanya padaku.

 

"Minhye,hari ni kita makan sama-sama nak?",tanya Jaerin."Hmm,Minhye tak kisah tapi kalau boleh Minhye nak tukar baju dulu",balasku."Baiklah kalau macam tu.Kita pergi rumah Minhye dulu.Lagipun unnie rasa nak berkenalan juga dengan ibu Minhye",kata Jaerin.Aku hanya memandang Kai dan dia hanya membalas dengan senyuman.

 

"Apa tujuan dia datang sini?Tak faham betullah aku dengan dia ni?",bisik hatik sendiri.Sampai sahaja di rumah,aku mengajak mereka masuk ke rumah.Ketika itu pula,ibu sedang menyiram pokok dan kelihatan senang menyambut tetamu."Hai Kai.Apa khabar? Lama saya jumpa kamu",sapa ibu.Kai tersenyum.

 

"Saya sihat je.Puan macam mana?",tanya Kai.Ibu hanya mengangguk dengan senyuman."Oh ya,perkenalkan.Ni nuna saya,Kim Jaerin.Nuna,ni ibu Minhye,Puan Farina",Kai memperkenalkan mereka berdua seraya bersalaman.Ibu membisik sesuatu padaku."Adik,nuna tu apa?",tanya ibu.Aku membalas."Nuna tu kakaklah ibu.Ni kakak abang Kai".

 

Ibu memandang mereka."Jemputlah masuk.Mari Kai,Jaerin,mari masuk",ajak ibu sambil memegang bahu Jaerin lembut.Mereka hanya menurut dan duduk di ruang tamu rumah itu."Kamu berdua tunggu dulu ya.Biar saya buatkan minuman",kata ibu lalu terus menuju ke dapur."Unnie,abang.Minhye naik atas dulu ya.Minhye nak bersiap",kataku.

 

"Oh ya,kalau unnie dan abang nak apa-apa,pergi je ke dapur",kataku lagi dan naik ke atas bersama beg sekolahku."Boleh tahan juga cantik rumah ni.Lagipun ibu Minhye juga sangat baik dengan Jongin.Untunglah dapat bakal mak mentua macam ibu Minhye tu kan?",kata Jaerin.Kai hanya mampu tersenyum.Beberapa minit selepas itu,ibu datang ke mereka.

 

Sambil menghidangkan minuman,ibu bertanya,"Kamu berdua dah lama sampai Malaysia?",tanya ibu."Semalam kami sampai.Mula-mula kami ingat nak terus jumpa Minhye,tapi disebabkan Minhye ada peperiksaan,saya tak nak mengacau dia buat ulangkaji",balas Kai.Ibu hanya mengangguk.Ketika itu,aku turun ke bawah.

 

"Ibu,adik makan dengan abang Kai ya.Ibu tak payahlah tunggu adik balik.Ibu pergi kerja pukul berapa?",tanyaku."Ibu pergi kerja dalam pukul 3 nanti.Hati-hati ya",kata ibu lalu setelah itu kami mula meminta diri.Dalam kereta aku duduk bersebelahan dengan Kai.Kami berbual untuk menghilangkan rasa bosan kami.

 

Sampai sahaja di sebuah restoran,Kai bersedia memakai topeng dan cermin mata hitam kegemarannya dan mengajakku keluar bersamanya.Aku berjalan bersama Jaerin manakala Kai berjalan di depan.Kami telah memilih tempat dan ketika itu,"Minhye,Jongin,nuna nak pergi toilet kejap",kata Jaerin lalu terus pergi ke toilet.

 

Kami telah memesan makanan jadi kami hanya duduk di meja."Abang tak jawab lagi soalan Minhye",kataku."Soalan apa?",tanya Kai."Apa tujuan abang datang sini?",tanyaku buat kali keduanya.Kai menelan air liurnya apabila Minhye memandang tepat ke arah anak matanya."Hmm,rasanya abang pun nak pergi tandas jugalah.Minhye tungu kejap ya".

 

Tapi nasib aku baik,aku sempat memegang tangannya dan sepantas kilat dia terduduk semula dan memandang aku dari jarak dekat.Aku mula mendekatkan lagi agar dia memberitahu aku."Dah lama aku tak tengok muka dia dari jarak dekat.Dia tak pernah berubah",kata hati Kai."Baik abang cakap cepat.Abang datang ni mesti sebab Minhye kan?",tanyaku lagi.

 

"Mana adalah.Abang datang sini sebab abang kena temankan nuna jumpa kliennya kat sini.Tak ada maksud apa-apa punlah",balas Kai.Aku menjauhkan diri sedikit demi sedikit darinya.Kai yang memandang mula berbisik di hatinya,"Kalau dia bukan milik Baekhyun,dah lama aku jadikan dia milik aku.Aku tengok dia ni mengiur je"..

 

"Ok,kalau macam tu.Minhye percaya.Kalau Minhye tahu ada sebab lain,tahulah Minhye nak buat apa",kataku lagi.Kai hanya tersenyum sambil membelai rambutku lembut."Lagipun kalau abang datang sini sebab abang rindukan Minhye tak boleh ke?",tanya Kai."Boleh je,tapi janganlah sampai mengejut macam ni",kataku lagi.

 

Kai cuba memeluk bahunya."Sorrylah kalau abang datang mengejut.Lagipun abang tak sangka yang nuna jumpa kliennya dekat sini",ujar Kai.Aku yang tak berfikir apa-apa terus memeluk pinggangnya juga.Aku hanya tersenyum lalu menyandarkan kepalaku di bahunya.Aku hanya bersahaja kerana kami sudah terbiasa lakukan begitu antara satu sama lain.

 

Kami tak perasan bahawa Jaerin sedang memandang kami dari jauh.Kai yang perasan nunanya berada di situ hanya tersenyum bangga apabila dia ternampak nunanya memandang kelakuan mereka itu.Dengan perlahan,Jaerin menegur mereka."Wah,bukan main syok nampak kamu berdua ni.Macam pasangan bercinta je",tegur Jaerin.

 

Aku terkejut lalu menjauhkan diri dari Kai dengan pantas."Mana adalah nuna.Minhye kan kekasih Baekhyun.Takkanlah Jongin nak ambil milik orang",bela Kai.Jaerin hanya tersenyum lalu duduk di hadapan kami.Beberapa minit kemudian,makanan yang kami pesan sudah sampai.Kai dan Jaerin hanya makan makanan itu tanpa memandang aku..

 

Sakitnya hati ni..

 

Apa perasaan ni ??

 

Hati aku pedih sangat bila dia sebut begitu..

 

Mungkin perasaan aku pada Baekhyun bertukar pada Kai pula ??

 

Hati aku ada berkata bahawa cinta aku pada Kai sudah mula timbul ..

 

Betul ke ??

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)