Silhouettes of The Two

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

 

Dia artis k-pop yang terkenal di seluruh dunia,

Dan dia hanyalah budak SPM yang tinggal jauh di pelusuk kampung.

Jika kita hilang ingatan, atau dalam erti kata lain - amnesia, benda baik mahupun jahat boleh terjadi kerana kita menjadi bodoh tanpa diminta. Nasib malang bukanlah sebarangan nasib, ia hanyalah ujian yang diturunkan oleh Tuhan, bagi membawa kita ke jalan yang lebih lurus.

Dia datang tanpa diminta, dia pergi juga tanpa diminta dan tanpa diduga.

Si dia pula, hanya perlu pasrah dan redha akan ketentuan Tuhan samada ingin menbiarkan atau menarik semula nikmat yang diberi.

 

Dan apabila cinta berputik, itu adalah tanggungjawab si pasangan sama ada ingin memupuk atau biar ditumbuhi semak samun.

 


 

Foreword

 

♦♦♦♦

 

Pandangan Kris tidak lagi jelas, fikirannya terhuyung-hayang dan kelopak matanya terasa berat bagai digantung dumbbell. Perut yang terasa kembung dek minuman keras yang ditelannya, diusap sebelum bangun menuju ke arah pintu keluar selepas membayar minuman yang mencecah ratusan. Ini bukanlah kali pertama dia mabuk begini, tapi kenapalah dia terasa seperti pertama kali dia minum.

Cara jalan yang tak tentu hala membuatkan dia melanggar orang sekeliling yang sama mabuk seperti dia. Akhirnya dia melangkah keluar dari kelab malam yang bingit, menarik nafas sehingga peparunya tidak boleh lagi diisi oksigen.

Dia menghembus nafas penuh puas. Lalu tangannya melambai-lambai ke arah jalan raya, berharap akan ada teksi berhenti. "Taxi!!!" Jeritnya sepenuh hati.

Makin bertambah bilangan orang di sekeliling yang memandangnya penuh benci.

 

"MashaAllah, tengok budak zaman sekarang. Mabuk tak ingat Tuhan agaknya."

 

"Entah mak ayah ajar ke tak budak tu. Ke anak buangan dia tu."

 

Kris mendengar setiap perkataan, malangnya dia tak faham satu pun perkataan yang dia dengari. Tapi Kris dapat rasakan, setiap butir perkataan yang masuk ke dalam lubang telinganya bukanlah sesuatu yang baik. Tangan yang dari tadi tergapai-gapai diturunkan apabila sebuah teksi berhenti di hadapannya. Cepat dia membuka pintu kereta dan duduk di tempat duduk penumpang.

"Nak pergi mana, encik?" Seperti biasa pakcik teksi itu menanyakan soalan yang biasa dituturnya namun terkejut selepas meneliti keadaan penumpangnya yang mabuk dan tak bermaya.

"Just.. bring me far... Far away from that ! Ugh.." Bagaikan mengerti soalan pakcik teksi itu, dia menjawab sambil belakangnya disandarkan ke kerusi berkulit yang agak empuk. Matanya ditutup rapat.

Oooh.. Mat saleh rupanya. Mujurlah dia tidak sebodoh yang disangka, dia faham apa yang dikata penumpangnya melainkan perkataan menyumpah yang disebut lelaki yang dianggap mat saleh itu. Melihatkan keadaan teruk lelaki muda di sebelahnya, dia berfikir sejenak sama ada ingin membawa dia ke balai polis atau hanya ikut kehendak lelaki mabuk itu. Kalau nak diikutkan hati, memang sudah dibawa ke balai tapi perasaan kasihan mula menular apabila dia terdengar lelaki itu mula mengerek menyebut 'mom'.

"Um.. How.. how far, sir?" Pakcik teksi itu tersenyum bangga selepas menutur satu ayat inggeris.

Kris menggerak-gerakkan badannya yang terasa lenguh dengan mata yang masih bertutup. "To exo planet maybe. As if that world exist, Tch."

Planet? Exo? Tangan pakcik itu mula menukar gear lalu kakinya memijak pedal. Laju kereta teksi itu meluncur membelah jalan raya yang mula menyepi. Gila agaknya budak ni. Patut hantar ke balai je.

 


 

"Encik! Eh.." Pakcik itu berhenti sejenak, sedar yang dia perlu tunjukkan kehebatan dia bertutur dalam bahasa inggeris. Hebat lah sangat padahal perkataan menyumpah pun tak tahu. "Sir! Get up! We already arrived at the destination!" Tekaknya terasa pedih dek tekak tuanya itu sudah lama tidak digunakan untuk menjerit.

Kris bangun, selepas beberapa jam dia pengsan akibat mabuk tadi. Oh dear God, my head! Namun mabuknya masih belum hilang, cuma lebih baik daripada tadi. Laju tangannya menyeluk poket jeans berjenamanya lalu mengeluarkan dompetnya yang sudah lusuh pemberian ibunya. Sekeping 100 ringgit dikeluarkan dan dihulurkan ke arah pakcik teksi. "감사합니다~" Ucapnya kemudian keluar daripada perut teksi tersebut. Terima kasih katanya.

Pakcik yang tadi lama bersengkang mata bagi membawa lelaki itu jauh seperti yang diminta, terbeliak mata melihat duit yang sedang diusapnya. Tak rugi dia tukar fikiran pada minit terakhir untuk tidak bawa lelaki muda itu ke balai.  Cepat-cepat dia membuka tingkap kereta untuk bercakap dengan lelaki itu buat kali terakhir. "Jaga diri! Be careful because it'll be alot of bad person out here. Pakcik pergi dulu ya!"

Macam tu sahaja, Kris ditinggalkan berseorang di bawah lampu jalan. Dia tersenyum senang, masih dalam keadaan mabuk.

 

"FINALLY! Finally I'm free from that er," Kris menyumpah. "THAT KIM ING YOUNG MIN WILL NOT EVER FOUND ME!" Dia menjerit sekuat hati, diikuti tawanya yang agak sangat menyeramkan. Teringat akan perbualan antara dia dan CEO SM Ent., Kim Young Min ketika masih di Korea sebelum dia dan ahli kumpulannya yang lain terbang ke Malaysia.

Kris terasa dikhianati, apabila tawaran yang diberi kepada dia untuk berlakon ditolak mentah oleh Young Min tanpa dibawa berbincang. Salah seorang ahli kumpulannya, D.O. boleh sahaja diberi peluang berlakon tetapi kenapa bukan dia? Kris langsung tak faham. Dia terasa diketepikan dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selepas konsert mereka di Malaysia tamat.

Teringat akan dia sudah bebas daripada pegangan orang tua psycho itu, badan panjangnya digoyang-goyangkan dalam erti kata lain, berjoget tidak tentu hala. Kini dia sedang menari di tengah jalan kampung, fikiran melayang entah ke mana. Dia terlampau seronok sehingga tidak sedar akan sebuah kereta yang sedang meluncur laju ke arahnya.

BOOM.

Tuan kereta itu hanya terus menekan pedal, tidak kisah akan makhluk mahu pun manusia yang dilanggarnya.

Badan Kris pula tergolek ke tepi, pengsan buat kali kedua pada hari itu.

 

 


 

 

Assalamualaikum and hi!

Finally the first manglish fanfic I've ever wanted to write, I made it! As you can guess where I came from, I thought about this kind of storyline when I was back home from my hometown. As I watched the green paddy fields along the way home, I asked myself what if a foreigner or MAYBE a k-pop star suddenly came to such a foreign to him. So, yeah I made this. Hope you enjoy and PLEASE! DO NOT PLAGIARIZE I BEG YOU  \(* -- *   )/

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><