'CHANTEK'

Silhouettes of The Two
Please Subscribe to read the full chapter

{ Chapter 3 }

 

Malam itu, Mukhris duduk di beranda rumah kampung itu. Dilihatnya hanya rumah itu yang ada di situ dan dikelilingi sawah padi. Kalau ada rumah yang lain pun, beberapa meter jauh jaraknya dari rumah yang Mukhris menetap. Cuma wujud sebatang jalan di situ.

Tidak ada langsung perasaan takut menular dirinya, walaupun kawasan tu kelihatan agak menyeramkan. Apa yang dia lakukan hanyalah berfikir dan berfikir. Sebolehnya dia ingin ingatannya kembali pulih agar dia dapat pulang ke tempat asalnya. Akan tetapi wujud satu sudut dalam hatinya, mengatakan hakikat dia hilang ingatan itu adalah lebih baik daripada yang dia jangkakan.

Dia memerlukan seseorang untuk berbual - Delisa. Hanya gadis itu yang muncul dalam fikirannya, memandangkan hanya Delisa sahaja yang pandai bertutur dalam bahasa inggeris. Mukhris bangun, melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke bilik Delisa. Pintu diketuk perlahan.

Disebalik pintu yang diketuk itu, Delisa sedang menyiapkan kerja sekolah yang diberi cikgu biologinya sebelum mereka sempat pulang. Kepala digaru-garu pening, pusing dengan soalan yang sedang dia selesainya.

Tumpuannya terganggu, apabila terdengar ketukan di pintu lantas dia bangun dan memulas tombol. Terkejut beruk dia apabila melihat Mukhris adalah orang yang mengetuk pintu. Automatik tangannya menolak semula dan menutup pintu, menghasilkan bunyi hempasan yang kuat.

Mukhris baru sahaja ingin menegur apabila melihat pintu yang diketuknya terkuak, tiba-tiba pintu itu ditutup semula membuatkan dia terloncat. Dia terpaku di situ. Beberapa saat kemudian pintu itu dikuak semula tanpa diminta. Muncul Delisa bersama sehelai tuala membaluti kepala dan lehernya.

Satu sahaja sebab dia menutup semula pintu, dia perlu menutup auratnya. Haaa tengok bertapa taatnya Delisa sebagai seorang muslimah.

 

"Oh, it's you!" Ujar Delisa seperti tidak ada apa-apa berlaku. Terpaksa kepalanya didongakkan untuk melihat muka lelaki yang sedang berdiri di luar biliknya. Baru dia sedar Mukhris ni sangat tinggi orangnya, bagaikan hantu galah dan kepalanya hampir menyentuh bingkai pintu biliknya. Bermaksud tindak sampai semeter agaknya jarak antara kepalanya dan siling rumah itu.

 

Mukhris masih terpaku di situ, sebenarnya di pelik dengan Delisa bersama sehelai tuala membaluti dirinya.

 

"You just wanna stand there or what?" Delisa berkata dalam nada mengusik, memandang orang di hadapannya dari atas ke bawah.

"I need someone to talk, and I thought of you," lelaki itu memberi dia senyuman kecil sambil matanya dipandangkan ke bawah. "Can I come in?"

Mendengarkan permintaan Mukhris, Delisa berganjak ke tepi dan memberi laluan kepada lelaki itu untuk masuk. Sebaik sahaja dia masuk, pintu itu Delisa buka seluas-luasnya, tak baik lelaki dan perempuan duduk sebilik dengan pintu tertutup lagi-lagi jika terkunci. Nanti kalau difitnah lagi susah. Langkahnya dilajukan dan punggungnya bertemu dengan kerusi meja belajar yang dia duduk tadi, dipusingkan menghadap katil. "You may take a seat," tangannya mempelawa Mukhris untuk duduk di bucu katil bersaiz queen nya memandangkan bilik itu cuma mempunyai satu kerusi.

 

 

"What were you doing anyway?" Mukhris berkata sambil mengambil duduk ditempat yang gadis itu tunjuk. Tertanya-tanya dia apa yang dilakukan gadis itu sebelum dia datang menganggu.

Kepala Delisa dipusing ke tepi, melihatkan buku latihannya bersepah di atas meja. "I was doing my homework."

"Really? Sorry for disturbing."

"No, it's okay. I was getting confused with it anyway," Tangan Delisa menepis angin, menunjukkan dia memang tidak kesah dengan kedatangan Mukhris di biliknya. "So, can you get along with this place? I'm sure that yours is not like this."

 

"You think?" Kening kirinya diangkat tinggi. "I'm getting use with it. Included with the new name you gave me. Somehow the name 'Mukhris' seems so fimiliar and I think it's kinda similar with my real name, so that's why..."

"...that's why you decided to use that name." Delisa menyambung sebelum Mukhris sempat menghabiskan ayatnya.

DIa mengangguk perlahan sambil bibirnya diketap. "Yeah." Pengakuannya membuatkan gadis di hadapannya tersenyum bangga, kerana tekaannya tepat. "You know, I thought I would turn insane, thinking about the fact that I have Amnesia." Mukanya ditundukkan ke bawah, dahi dikerutkan membuatkan dia nampak betul-betul rasa lemas. Ya, dalam diam dia rasa lemas dengan semua takdir yang menimpa dirinya.

 

"I think I understand how

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><