NAME

Silhouettes of The Two
Please Subscribe to read the full chapter

{ Chapter 2 }

 

Matanya tidak henti memandang ke arah sawah padi di bahagian kanannya, tangannya tiba-tiba bergerak sendiri - tingkap kereta diturunkan. Mata ditutup rapat, nafas ditarik panjang, terasa tenang apabila udara segar melalui trakeanya sebelum masuk ke dalam peparu. Jujur dari hati, dia tidak pernah rasa setenang ini. Angin kuat meniup rambut perangnya, menikmati setiap saat dan setiap kali angin masuk ke celah-celah helaian rambutnya.

Sekarang, Encik Bakri, ayah kepada Delisa sedang fokus memandu ke arah pekan, untuk membuat check up ke atas lelaki asing dia temui pagi tadi. 

Dari tadi Delisa memandang pelik ke arah lelaki yang entah mahu dipanggil apa. Dilihatnya lelaki itu bagai pertama kali melihat sawah padi sepanjang dia hidup di bumi ni. Hatinya pula mula terdetik rasa senang apabila lelaki itu menurunkan tingkap dan merasai nikmat hidup di kampung.

"Can you tell me, where exactly are we?" Tiba-tiba, jejaka itu bersuara sambil matanya tepat memandang ke dalam mata Delisa membuatkan dia terkejut tak tentu pasal. Terluah juga akhirnya soalan yang dipendam sejak pertama kali dia membuka mata.

"Umm, kita dekat Kampung Gajah. I mean we're at Kampung Gajah, Perak," Delisa sedaya upaya bertutur dalam bahasa inggeris.

"Perak? And where is Perak?"

"Well.. Perak is one of Malaysia's state. Perak is much at the northwest of Peninsular Malaysia." Dia dapat melihat, muka jejaka itu bertukar pening dan jelas menunjukkan dia sedang konfius. "I.. I hope that will help you."

Perbualan mereka terhenti disitu, sehinggalah mereka sampai ke Hospital Teluk Intan selepas hampir setengah jam perjalanan.

 

 

Delisa tahu mengapa ayahnya sanggup memandu jauh ke hospital di Teluk Intan dan bukannya hospital yang lebih berdekatan. Salah seorang doktor di situ merupakan kawan rapat ayahnya sejak kecil, dan selalunya mereka tidak perlu membayar kos yang tinggi melambung dengan adanya Pakcik Othman. Inikan pula mereka perlu membuat ujian x-ray ke atas lelaki asing itu.

 

Selesai ujian x-ray, doktor menyatakan kepala lelaki itu telah terhantuk kuat, menyebabkan kerosakan di suatu bahagian otak yang menyebabkan dia lupa ingatan. Katanya lagi dia dikatakan beruntung kerana mempunyai tengkorak yang boleh tahan kerasnya dan ingatannya pula boleh kembali seperti biasa cuma ia memerlukan masa yang agak lama.

Habis segala yang ingin disampaikan, Delisa ditinggalkan bersama lelaki amnesia itu, manakala Encik Bakri dan Puan Hamidah pergi berbual dengan Pakcik Othman memandangkan sudah sampai waktu minum petang. Rasa kekok terus menerus membuatkan mereka berdua tidak selesa duduk berdua.

 

 

"Seems like you gonna stay at my house for a little bit longer," Delisa cuba memulakan perbualan, daripada terus menyepi dan t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><