HOODIE

Silhouettes of The Two
Please Subscribe to read the full chapter

{ Chapter 1 }

 

"Mak! Lisa dah balik!" Jerit Delisa selepas memberi salam.

"Hah, pergi tukar baju! Lepas ni kita kena ke pekan," kedengaran suara ibunya, Puan Hamidah dari arah bilik air.

Delisa tersenyum gembira mendapat tahu mereka akan ke pekan. Lalu kakinya melangkah gembira ke arah bilik tidurnya bagi menukar baju. Sesampai sahaja dia di dalam biliknya, beg galasnya dicampak ke atas katil selepas pintunya dipastikan berkunci. "Panas betul hari ni." Sedang sibuk mulutnya mengomel, tangannya menanggalkan tudung sekolahnya lalu dicampak ke atas katil. Kain birunya pula dia dilonggarkan juga dicampak ke atas katil.

Sewaktu kedua belah tangannya sibuk membuka butang baju kurung sekolahnya, terasa seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan dia. Perlahan-lahan, kepalanya dipusing, mata membulat melihatkan seorang lelaki sedang memandangnya tanpa berkedip.

Mata orang kedua dalam bilik itu sudah siap membulat dari tadi, melihatkan gadis yang tidak dikenali menanggalkan kainnya. Mahu sahaja dia menegur cuma lidahnya kelu. Tanpa disangka-sangka sebuah bantal tepat terkena hidungnya yang tinggi lalu hilang semua lamunannya.

"AAHHHHHHHHH!!!!!!!" Sebuah lagi bantal menjadi mangsa balingan Delisa ke arah lelaki yang dianggapnya perompak. Tidak ada lagi bantal untuk dibaling selepas bantal yang keempat dibalingnya, dia berlari terkedek-kedek hanya berbaju kurung sekolah, terpamerkan betisnya yang putih melepak. Dia menuju ke arah dapur bagi meminta bantuan.

Kali ini, bantal keempat dibaling gadis itu sempat lelaki itu elak. Hampir sahaja ia mengena kepalanya. Dia tersenyum puas, teringat akan aksinya mengelakkan diri daripada terkena bantal lagi.

 

"MAK! ADA MAKHLUK DALAM BILIK LISA! TAK, MAKSUD LISA PEROMPAK!" Tangan emaknya digoncang penuh ketakutan. "MAK!!" Delisa menjerit sekali lagi apabila melihat Puan Hamidah tidak memberi sebarang respon. Mesti mak fikir aku main-main lagi lah ni. 

"Makhluk apa pula kali ni?" Puan Hamidah memaling kepala memandang anak perempuannya itu selepas menuang air gula ke dalam jag bersama jus oren.

Kali ni tangan Puan Hamidah ditarik ke arah biliknya meninggalkan dapur, penuh semangat. "Kali ni Lisa tak main-main! Perompak tu rambut color perang!" Delisa menerang penuh yakin.

"Rambut perang?" Puan Hamidah berhenti, dahinya dikerutkan.

Delisa terikut berhenti. "Kenapa, mak?" Dahinya juga dikerutkan. Takkan lah mak kenal perompak tu.

"Bagi mak tengok sekejap," laju kakinya melangkah ke arah bilik tidur anak perempuannya diikuti Delisa, ingin memastikan apa benar yang dikatakan anak perempuannya. Terpacak kakinya di bingkai pintu, Puan Hamidah ketawa perlahan.

Gadis yang dari tadi sibuk menyorok di belakang emaknya mula panik, melihatkan emaknya tiba-tiba ketawa. "Mak kenapa mak? Kan betul cakap Lisa, ada perompak," jarinya ditunding ke arah lelaki yang memakai hoodie hitam, bertulis 'PIGALLE' di hadapannya. Eh, tu bukan hoodie aku ke? 

"Mak lupa nak bagitahu, dia ni tetamu kita," Terang Puan Hamidah, masih berbaki tawanya. Teringat akan peristiwa pagi tadi.

Apaa?!?! "Tetamu mak cakap?!" Otak Delisa tidak dapat berfungsi dengan baik, matanya berulang-alik memandang ke arah Puan Hamizah dan lelaki yang dianggapnya perompak.

"Ha'ah. Ayah kamu terjumpa dia ni dekat depan rumah tersorok dalam semak, pengsan dengan kepala berdarah. Mak suruh ayah kamu bawa masuk dalam, tak salah kalau nak menolong. Tak lama lepas tu dia tersedar lepas mak cuci darah kat kepala dia tu. Mak cuba cakap dengan dia, tapi pulak dia reti cakap inggeris je." Cerita Puan Hamidah bersungguh-sungguh. Dibawa dirinya ke dapur kembali untuk menyiapkan jus oren yang tergenda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><