EXO

Silhouettes of The Two
Please Subscribe to read the full chapter

{ Chapter 4 }

Pagi itu, seperti biasa Delisa akan bangun awal tepat pada pukul 6 pagi untuk solat subuh, bersiap dan bergerak ke sekolah. Sebelum dia pergi ke perhentian bas, sempat lagi dia menjenguk Mukhris yang sedang lena tidur di atas lantai berlapikkan tilam, satu bilik dengan Danish. Dia sendiri tak tahu, kenapa dia terbuka hati untuk menjenguk lebih-lebih lagi apabila bibirnya terasa ringan untuk mengukir senyuman. Mujur dia perasan akan jarum jam yang hampir menunjukkan pukul 7, dia mungkin akan tertinggal bas. Delisa mengaduh selepas tangannya menepuk kuat dahinya tanpa diminta.

Bergegas dia pergi keluar daripada perut rumah, sempat dia merembat sepotong roti dan menyalam ibu bapanya. Dengan tali kasut langsung tidak berikat, selamba sahaja dia berlari selaju mungkin tanpa merisaukan dirinya jika dia tepijak tali kasut sendiri. Dia menuju ke arah perhentian bas yang sudah bertahun tidak dibaik pulih namun masih punya tempat untuk duduk. Biarlah dia mengikat tali kasutnya di sana, asalkan tidak ketinggalan bas.

Syukur, bas baru sahaja sampai sebaik saja Delisa menjejakkan kaki di situ. Tercungap-cungap dia memasuki perut bas lalu membayar duit tambang. Selesai, dia duduk di sebelah tingkap bas, beg galasnya diletakkan di sebelah tempat duduknya. Tali kasut diikat kemas.

 

 

Seperti biasa, dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan niat ingin menimba ilmu berserta sebuah senyuman terukir di bibir mungilnya. Dia masuk ke dalam kelas, melampirkan kerja rumah yang telah siap kepada guru, belajar dan sekali dia lagi diberi kerja rumah. Bagi Delisa, hari ni merupakan hari persekolahan yang biasa sehinggalah loceng sekolah berdering, menandakan telah sampai waktu rehat.

Rakan-rakan perempuan Delisa mula berpusu-pusu berkumpul, mengelilingi meja bestfriend Delisa, Hani yang duduk di sebelahnya. Memang setiap bulan, terutamanya pada awal bulan mereka akan berkumpul di meja Hani bagaikan rutin bulanan mereka. Delisa tidaklah terasa terganggu kerana dia sedang membuat latihan matematik, malah berasa geli hati sebab dia tidak pernah terlepas pandang akan reaksi mereka ke atas barang yang dibawa Hani.

 

"JJANG!!" Hani menjerit, mengambil majalah EPOP keluaran terbaru daripada bawah mejanya, dihempaskan di atas mejanya. Diikuti jeritan kawan sekelasnya.

"Wahhhh! EXO!! Wuu aku patut beli bulan ni punya!" Teruja Sofea berkata, kakinya terloncat-loncat menunjukkan dia memang sedang teruja. Selain Sofea, ada juga rakan yang lain mula ber-fangirling, melihatkan 'bias' mereka, EXO sebagai muka depan majalah kpop yang dibawa Hani.

"Oops oops be patient girls! You alls patut tengok giant poster dia," Seperti biasa, Hani menayangkan senyuman ngeri tahap cipan yang biasa dipamernya. Pantas tangannya membuka muka surat tengah majalah tersebut, mempersembahkan poster yang terlipat distapler bersama.

 

Kelas 5A yang terletak tinggi di tingkat paling atas bangunan B itu terus menerus menjadi bingit dengan jeritan pelajar yang beraliran sains tulen, juga dikenali sebagai peminat EXO. Hampir semua pelajar perempuan kelas itu merupakan peminat EXO tetapi bukan Delisa. Delisa tidaklah mempunyai minat terhadap kpop, tapi kalau cakap pasal drama Korea laju saja dia menyampuk dan dia juga tahu tentang jalan cerita setiap drama Korea.

Sebagai anak dara kampung dia memang selalu meluangkan masa duduk di rumah dan jika dia sudah tidak punya apa untuk dilakukan, drama Korea lah yang menjadi peneman. Daripada cerita lama, Winter Sonata sehinggalah drama Doctor Stranger yang sedang top sekarang, dia layan. Semua ni gara-gara pengaruh rakannya.

Delisa memanjangkan lehernya dan cuba mengintai majalah yang dibawa Hani di sebalik rakannya yang masih tercegat mengelilingi meja rakan karibnya. Tertan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><