KRIS

Silhouettes of The Two
Please Subscribe to read the full chapter

{ Chapter  5}

Tidak senang duduk dibuatnya, terasa seperti wujud sepasang mata sedang memandangnya. Meremang bulu roma dibuatnya. Baru tadi bontotnya digerakkan ke kiri sedikit, supaya duduknya terasa selesa. Dan sekarang digerakkan ke kanan pula masih terasa ada yang tak kena. Mukhris mengeluh lemah pada petang yang panas itu.

 

"Waaa betul lah." Tangan kanannya menutup muka seperti sedang menyorok, sesekali mengusya kelibat seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi rotan di ruang tamu panjang rumah Delisa. Dia dan Delisa pula sedang duduk di meja makan di bahagian belakang ruang tamu. Difikirnya rupa lelaki itu betul-betul menyerupai Kris, menunjukkan dia memang Kris punya long lost twin.

Dengan poyonya Delisa tersenyum puas hati memandang rakan karibnya yang satu itu. "Aku dah cakap, tula taknak sangat percaya." Suaranya diperlahankan supaya Mukhris tidak dapat mendengar akan apa yang sedang sibuk mereka bualkan. Tudung bawalnya dibetulkan sedikit sebelum menyambung, "Dia ada kasi tahu aku satu benda tau. Waktu tu aku tak tahu nak panggil dia apa, so aku bagi dia satu nama. Dalam banyak-banyak yang aku list-kan, dia pilih nama Mukhris. Kau tahu sebab apa?" Sempat lagi Delisa berteka-teki.

 

Hani tak perlu tanya mengapa, kerana Delisa sendiri akan beritahu. Telinga didekatkan dengan mulut Delisa apabila dia mengarahnya supaya datang dekat.

 

"Sebab..." Gadis bertudungkan tudung syria itu bergerak lebih dekat. "Dia kata nama Mukhris tu somehow nak dekat sama dengan nama sebenar dia." Sekali lagi dia berhenti seketika sebelum menyambung. "Kau faham, nama 'Mukhris' dengan 'Kris'?"

Bibir Hani automatik membentuk huruf 'o', memandang Delisa penuh khuatir. Memang ada persamaan antara dua nama itu. Bukan sama dari segi ejaan tetapi sama dari segi sebutan. Susah juga untuk mempercayai apa yang dikatakan Delisa. "Kau masih nak kata Mukhris ngan Kris orang yang sama ke?"

"Macam mana KALAU?" Soalan Hani dibalas soalan. Jelas air muka Delisa mempamerkan perasaan risaunya. Ya, dia berasa sangat risau sekarang.

 

Baru dia terfikir, sepatutnya keluarga dia perlu menghantar Mukhris ke balai polis dan bukannya biarkan dia menetap di rumah mereka. Walaupun jika kebenarannya dia tu bukannya Kris, tapi dia masih merupakan orang asing bagi mereka. Dah lah kad pengenalan pun tak ada, kalau tak pun pasport kalau dia ni memang bukan warga negara Malaysia. Matilah keluarga Delisa kalau polis dapat tahu, mereka menyimpan seseorang yang tidak tahu langsung bertutur bahasa melayu malah tidak punya kad pengenalan mahupun pasport. Penyudahannya, Mukhris akan dicop sebagai pendatang haram. Seram Delisa dibuatnya apabila memikirkan nasib yang akan menimpa keluarganya.

 

"Memang betul, baru-baru ni EXO ada datang Malaysia buat konsert. Tapi Lisa, dengar sini. Tak mungkin lelaki tu Kris! EXO dah balik Korea termasuklah dengan Kris sekali! Konsert dorang kat Malaysia empat hari lepas, dan tak mungkin lah dorang masih ada dalam Malaysia." Mata Delisa dipandang lama. "Lagi pun cuba kau ingat balik gambar Kris semalam, rambut dia hitam kan? Lelaki tu pula rambut dia perang!"

Delisa hanya mampu tersenyum hambar selepas lama mendiamkan diri. Ada benar apa yang dikatakan kawan baiknya. Sekarang, dia hanya dapat berharap semua yang dikatakan Hani adalah perkara benar, tidak ada satu pun yang tersilap. Harapnya lah. "Aku rasa kau betul."

"Dah latu cakap fasal Kris, jom buat homework. Aku ada bawa buku aku ni." Beg yang berisi buku sekolah ditunjukkan kepada Delisa. Sudah lama juga tidak membuat kerja rumah sama-sama di rumah Delisa. Selalunya Delisa yang akan datang ke rumah Hani.

 

Perlahan Delisa mengangguk lalu membawa diri untuk masuk ke dalam bilik. Dia membiarkan Hani melangkah masuk ke dalam bilik dahulu dan sengaja dia melambatkan langkahnya. Matanya memandang Mukhris yang sedang termenung jauh ke luar tingkap rumah. Dia masih berasa tidak sedap hati dengan nasib Mukhris nanti.

 

 

Jarum jam menunjukkan pukul 6 petang, Delisa melambai ke arah Hani yang baru sahaja ingin pulang ke rumah. Pengayuh basikal dikayuhnya selepas membalas lambaian Delisa. Senyuman di mukanya menunjukkan dia betul-betul berasa senang hati kerana dapat menolong rakannya tentang doppelganger Kris tambahan pula kerja rumah yang diberi cikgu sudah siap.

Delisa pusing, ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Hampir sahaja dia melanggar seseorang yang jelas lebih tinggi daripada dia. Mengambil satu langkah ke belakang, Delisa mendongakkan kepalanya hanya untuk bertemu Mukhris dengan mukanya yang mempamerkan riak marah. Air liur ditelan pahit, terasa seperti tersekat di kerongkongnya.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiumin #1
Chapter 6: update juseyo.. i love this story...
jiumin #2
first chap aq baca dah nk sawan.. hahah.. over plak aq.. btw, best..huhu
azlynalisha
#3
Chapter 6: Hehehe... i love this story so much...saye ni org melayu, BM tak betul :"( best jga boleh tgk author-nim buat fanfic ni...bias saye pulak tu. kahkahkah keep up the good work, unnie :D
yEsuiUnNie
#4
Chapter 6: yeah buddies ! ppali update ...seronok gile ....x saba nk tau apa kesudahan dia...
p/s : how's your pt3 ...i'm having headache because of it ...^^
kiminni #5
Chapter 6: daebak...update lagi..fighting chingu
choitaejun_96
#6
Chapter 6: Good luck for pt3 :)
tp bukan subjek tu dah habis ke?
Btw palli update :D
haninad
#7
Chapter 6: Ppalli update .. love it :)
taeliaa
#8
bestnya ;A; first time rasa excited nak tunggu update seterusnya bila baca ff melayu~ jjang! ☺
Se_Min
#9
Chapter 6: dashat. Mukhris jadi pendatang haram XD

kesian kau, Kris ><