~ Wedding Dress ~

>> From Enemies to Lovers
Please Subscribe to read the full chapter
 Wedding Dress  C h a p t e r 8

Seperti biasa, Infinite, Minha, Hana dan Jihyo berkumpul diluar sekolah sebelum balik ke rumah masing-masing.
Ketika itu api kemarahan Myungsoo belum lagi terpadam. Begitu juga dengan Hana. Mereka berdua langsung tidak menyangka mereka akan berkahwin, dengan musuh mereka sendiri.
"Myungsoo, itu bukan kereta kau ke?" Dongwoo menegur Myungsoo. Mereka semua memandang sebuah kereta Subaru BRZ bewarna biru pekat berhenti dihadapan mereka semua.
Pintu kereta tersebut dibuka oleh seorang wanita berumur awal 40-an memakai cermin mata hitam dan dia berjalan kearah Myungsoo dan Hana.
Wanita itu membuka cermin matanya..

"Emak nak apa lagi sekarang?" Myungsoo bertanya tanpa memandang mata ibunya sendiri.
"Mak nak kamu dan Hana naik kereta sekarang," Ibu Myungsoo berkata lalu memakai cermin matanya balik. Kawan-kawan karibnya yang lain hanya melihat.
"Kalau Myungsoo tak nak juga?" Myungsoo bercakap.
"Mak akan tutup wifi untuk sebulan," Ibu Myungsoo berkata dan tersenyum. Mata Myungsoo membulat dan memandang ibunya.
"Ugh.. Mak menang hari ni," Myungsoo berkata lalu dia memegang tangan Hana dan membawanya masuk kedalam kereta.

"Mak cik pinjam 2 kawan kamu sekejap, ye?" Ibu Myungsoo berkata kepada rakan-rakan anaknya dan mereka hanya mengangguk. Selepas itu, ibu Myungsoo masuk kedalam kereta dan kereta itu pergi dari sekolah itu.

Di dalam kereta..
"Uh.. Mak cik nak bawa kami pergi mana?" Hana bertanya.
"Butik perkahwinan. Lagi satu, jangan panggil mak cik.. Panggil emak je.. Tak lama lagi awak jadi menantu saya," Ibu Myungsoo menjawab dan tersenyum.
"Nak buat apa dekat butik tu?" Myungsoo membuka mulut setelah dia terdiam pada waktu yang lama.
"Kita nak makan dekat situ lepastu balik," Ibu Myungsoo bergurau.
"Cakaplah betul-betul," Myungsoo berkata dengan nada yang agak marah.
"Ishh, nak beli baju kahwin untuk kamu berdua lah!" Ibu Myungsoo menjawab.
"Baju kahwin?" Myungsoo dan Hana memandang sesama sendiri.
"Ah.. Dah tiba pun~" Kereta itu tiba-tiba berhenti di sebuah butik yang agak besar.

Mereka semua keluar dar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HapzOt4
78 Subs 5 upvotes :DD Kamsahamnida ~ Saya akan update bila saya ada idea & masa okey? Annyeong !

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
chichisakura99 #2
Chapter 37: Best giler citer ni. Saya sanggup x tido awal tau sbb nk habiskan citer ni. Terbaik punya citer!!!!!!!:-)
Mrs_Hana02
#3
Chapter 37: Woah.. Daebaknya crita ni :o
QueenKai
#4
Chapter 37: Wah story ni daebak ! Satu soalan boleh ? Jimin bts ke ? Hihihi....sorry soalan mengarut yang disebabkan oleh penyakit minat Park Jimin . Apapun story ni best giler !!!!
izatizatixoxo88 #5
Chapter 37: Daebak giler citer....yeah...happy ending..
tasha_1102 #6
Chapter 37: OMG~!! serious best! tqvm authour-nim! appreciate it so much! ^^
But I have questions for you, why Myungsoo? and I really don't remember asking you to write it...? #pleaseanswer
P.S. sorry it took a while for me to find this. Just started back my AFF life few days ago, and I know PT3 was really frustrating+annoying! XD
Tasha16
#7
Chapter 37: Wah!!! DAEBAK!!! Cerite nie memang JJANG!!
Author-nim Daebak!!
Myung_ra #8
I really2 like the story ...:)
Jessica_Haizzat #9
Chapter 9: JJANG FANFICS..
Just_meand_you #10
Chapter 37: What the best story