~ Valentine's Day ~
>> From Enemies to LoversValentine's Day
C h a p t e r 2 7
Song : In The Summer (Infinite)
WARNING! Chessy Chapter coming throughh~
Di sekolah..
Minha masuk ke sekolah dengan muka yang suram. Dia melihat keadaan disekelilingnya, ada seorang perempuan memberikan sekotak coklat kepada seorang lelaki dan lelaki itu menerima dengan hati gembira.
Minha hanya mampu menghembus nafasnya lalu menundukkan kepalanya dan cuba untuk tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Ketika dia sedang berjalan, dia terlanggar seseorang. Minha pun mendongakkan kepalanya.
"Oh.. Woohyun.." Minha menundukkan kepalanya semula dan berjalan melalui Woohyun lalu Woohyun pula memegang tangan Minha untuk memberhentikannya.
"Uh?" Minha memandang wajah Woohyun yang sirius.
"Minha.. Kau suka aku kan?" Soalan Woohyun betul-betul mengejutkan Minha.
"M-mana ada?" Minha cuba menafikan.
"Aku dah dengar semua perbualan korang dekat taman tu," Woohyun berkata. Minha hanya mendiamkan diri.
"Aku minta maaf pasal aku cakap pasal kau dulu.. Aku tak tahu pula kau terasa, Boleh tak maafkan aku?" Woohyun mengukir senyuman.
"Aku maafkan kau.." Minha memaafkan Woohyun. Selepas itu, Woohyun mengeluarkan sebuah kotak yang agak besar dari beg plastik yang dijinjingnya dari tadi.
"Lagi satu, will you be my valentine today?" Woohyun menghulurkan kotak yang berisi kek coklat yang dibuat di rumah Sunggyu.
"Uhh.. I will, I will be your valentine forever~~" Minha menjawab lalu mukanya merah. (A/N - Ugh.. Cheesy nye..)
"Hehe~ Comelnya.. Jom masuk kelas, kek ni kita makan waktu rehat okey?" Woohyun berkata lalu memegang tangan Minha.
"Okey,"
Minha dan Woohyun pun berjalan bersama-sama masuk ke kelas sambil berpaut tangan mereka.
Sementara itu, Jihyo berjalan menuju ke lockernya untuk mengambil buku pelajaran Matematik, dia terlihat dari jauh, ada seorang lelaki membuka lockernya dan memasukkan sesuatu kedalamnya.
"Eh.." Jihyo hanya memerhati dari jauh.
"Itu bukan ke Sungjong??"
"Huh.. Harap-harap Jihyo terima coklat ni.." Sungjong pun menutup locker Jihyo selepas meletakkan sekotak coklat badam kedalamnya.
"Ceh.. Bukannya dia tahu pun aku yang bagi coklat ni.. Hmm.." Sungjong mencebik lalu dia pergi dari
Comments