~ Pregnant ~

>> From Enemies to Lovers
Please Subscribe to read the full chapter

  Pregnant  

C h a p t e r 3 2

 

Song : Beautiful (Beast)

 

 

5 Tahun berlalu...

Hana terbangun dari tidurnya dan menuju ke bilik air. Dia segera ke sinki dan muntah. Myungsoo juga ke bilik air dan menggosok-gosok belakang badan isterinya.
"Hana.. Kenapa ni?" Myungsoo risau. Ini kali ke-4 isterinya ke bilik air malam ini untuk muntah.
"Salah makan kot.. Uhh.." Hana memegang perutnya yang sakit.

Selepas Hana muntah, Myungsoo membawa isterinya ke katil dan tidur.

Hana bangun dari tidur dan melihat suaminya tiada disebelahnya. Hana turun dari katil dan pergi ke bilik air untuk mencuci mukanya. Selepas itu dia melihat wajahnya di cermin dihadapannya. Mukanya pucat bagaikan mayat dan bibirnya kering.
Selepas itu dia turun ke dapur dan melihat Myungsoo menyediakan sarapan.

"Eh.. Dah bangun?" Myungsoo menegur Hana yang sedang berdiri disebelah dapur.
"Masak apa?" Hana bertanya dan Myungsoo meletakkan nasi goreng dan jus oren diatas meja makan.
"Oh.." Hana mengambil sudu dan mencedok nasi goreng itu dan pergerakannya terhenti apabila Hana terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.
"Uh.. Bau apa ni?" Bau tersebut menyebabkan Hana hampir termuntah.
"Bau apa?" Myungsoo berkata dengan mulutnya penuh dengan nasi. Hana menghidu nasi goreng yang dimasak oleh Myungsoo.
"Ugh.. Abang masak apa ni? Kenapa bau dia .. uh.. Kurang.. Memuaskan?" Hana cuba mencari ayat untuk mentafsir bau masakan Myungsoo.
"Mana ada.. Sedaplah.." Myungsoo berkata dan Hana menggeleng-gelengkan kepala.
"Tak apalah, Hana makan nantilah," Hana berkata lalu masuk ke biliknya.
'Hana dah kenapa?' Myungsoo pelik dan dia pun berhenti makan.

Hari sudah larut malam.. Hana dari pagi tidak mahu makan apa-apa. Myungsoo mulai risau dengan keadaan Hana yang dari tadi muntah dan tidak mahu makan apa-apa.
Myungsoo masuk ke bilik dan melihat Hana sedang baring meniarap tanpa membuat apa-apa.
"Hana.. Makanlah.. Nanti Hana sakit, abang risaulah.." Myungsoo berkata lalu Hana menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Huh.. Cuba Hana cakap, Hana nak makan apa? Dekat mana? Biar abang bawak Hana pergi sana okey?" Myungsoo berkata dan Hana memandang Myungsoo.
"Betul ni?" Hana berkata dan Myungsoo mengangguk.
"Hana nak pergi restoran itali yang popular dekat Busan tu.." Hana berkata dan Myungsoo terkejut.
"BUSAN?! Jauh tu," Myungsoo terjerit dan membuatkan Hana terkejut.
"Uh.. Kalau macam tu, tak apalah.." Hana berkata dan tiba-tiba air mata Hana mengalir.
"Uh.. Janganlah nangis.. Abang bawak Hana pergi situ sekarang juga, siap-siap cepat," Myungsoo mengalah dan Hana kembali gembira.
'Woh.. Aku kat Seoul lepastu nak pergi Busan semata-mata nak menunaikan permintaan dia ni,' Myungsoo mengeluh.
'Kenapa Hana hari ni sensitif betul eh?' Myungsoo menggaru-garukan kepalanya.

"Abang! Hana dah siap!" Hana menjerit dan Myungsoo mengambil kunci keretanya.
"Jom," Myungsoo dan Hana pun naik kereta dan bergerak ke Busan.

Dalam kira-kira 2 jam perjalanan, mereka tiba di restoran itu. Seorang pelayan membawa Hana dan Myungsoo ke tempat duduk yang disediakan.
"Encik nak order apa?" Pelayan perempuan berkata dengan lembut dengan Myungsoo.
"Uh.. Saya nak speghetti carbonara dan Orange Juice," Myungsoo memberi pesanan.
"Dan.. Awak pula nak order apa?" Suara perempuan itu berubah kepada suara yang bagaikan tak nak ambil order apabila bercakap dengan Hana.
"Saya nak Speghetti cabonara.. ni.. ni... ni... itu.. ini.. ni.. dan ni.." Hana berkata dengan laju. (A/N : Tak tahu sangatlah masakan itali huhu..)
"Huh?!" Myungsoo terkejut apabila terdengar 12 makanan pesanan Hana
"Uh.." Pelayan perempuan itu menulis pesanan Hana dengan laju.
"Okey, sebentar lagi pesanan encik sampai.." Pelayan perempuan itu memegang tangan Myungsoo tanpa disedari Hana lalu pergi dari situ.
"Kenapa Hana order ba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HapzOt4
78 Subs 5 upvotes :DD Kamsahamnida ~ Saya akan update bila saya ada idea & masa okey? Annyeong !

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
chichisakura99 #2
Chapter 37: Best giler citer ni. Saya sanggup x tido awal tau sbb nk habiskan citer ni. Terbaik punya citer!!!!!!!:-)
Mrs_Hana02
#3
Chapter 37: Woah.. Daebaknya crita ni :o
QueenKai
#4
Chapter 37: Wah story ni daebak ! Satu soalan boleh ? Jimin bts ke ? Hihihi....sorry soalan mengarut yang disebabkan oleh penyakit minat Park Jimin . Apapun story ni best giler !!!!
izatizatixoxo88 #5
Chapter 37: Daebak giler citer....yeah...happy ending..
tasha_1102 #6
Chapter 37: OMG~!! serious best! tqvm authour-nim! appreciate it so much! ^^
But I have questions for you, why Myungsoo? and I really don't remember asking you to write it...? #pleaseanswer
P.S. sorry it took a while for me to find this. Just started back my AFF life few days ago, and I know PT3 was really frustrating+annoying! XD
Tasha16
#7
Chapter 37: Wah!!! DAEBAK!!! Cerite nie memang JJANG!!
Author-nim Daebak!!
Myung_ra #8
I really2 like the story ...:)
Jessica_Haizzat #9
Chapter 9: JJANG FANFICS..
Just_meand_you #10
Chapter 37: What the best story