~ Nice ~
>> From Enemies to Lovers"KRINGGGGG!"
Myungsoo bangun dari tidurnya apabila terdengar jam locengnya berbunyi. Myungsoo membersihkan dirinya dan memakai uniform yang telah digosok.
Selepas bersiap-siap, Myungsoo turun ke bilik makan untuk bersarapan dengan keluarganya. Myungsoo duduk disebelah ibunya.
"Selamat pagi, anakku~" Ibu Myungsoo menggosok-gosok kepala Myungsoo.
"Uh, Selamat pagi. Tak payahlah gosok kepala Myungsoo.. -_-" Myungsoo berkata lalu mengambil pinggan yang berisi nasi goreng diatasnya.
"Myungsoo, malam ni kita kena pergi ke suatu tempat ni," Ayah Myungsoo bercakap sambil mengunyah makanannya.
"Ish, ayahnya ni.. Makanlah dulu baru bercakap," Isterinya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Selepas Myungsoo bersarapan, dia mengambil begnya dan keluar dari rumah.
Myungsoo lebih suka berjalan kaki ke sekolah dari menaiki kereta. Lagipun, jarak rumahnya dari sekolah tidak terlampau jauh, begitu juga dengan Hana.
Myungsoo earphonenya dan memasang lagu untuk menghilangkan bosan ketika berjalan.
"gireul barkhyeojwo, ije wonteun maldeun seontaegeun kkeutnasseo, naui jeonbureul da geolgesseo," Myungsoo menyanyi mengikut rentak.
"jikyeo nael geoya, eotteon eoryeoun yeojeongi doenda haedo, nan neo bakken an boinda," Tanpa Myungsoo sedar, Hana yang sedang berjalan disebelah Myungsoo menyambung lirik Myungsoo. Myungsoo membuka earphonenya.
"Apa kau buat dekat sini?" Myungsoo bertanya dan Hana tersenyum lebar.
"Nak jalan dekat sebelah kau, salah ke?" Hana berkata dengan nada yang agak gembira. Agak susah untuk Myungsoo melihat keadaan Hana seperti ini dengan dirinya sendiri.
"Kau demam ke?" Myungsoo meletakkan telapak tangannya keatas dahi Hana.
"Ish, mana ada.." Hana menolak tangan Myungsoo.
"Hehehe, tak saba
Comments