~ Breakfast ~
>> From Enemies to LoversHana bangun dari tidurnya yang nyenyak. Hana keluar dari biliknya dan pergi ke bilik sebelah. Dia melihat suaminya yang masih tidur dengan nyenyak dan dia tersenyum.
Hana pula melihat bilik rakan-rakannya yang lain. Mereka semua masih lagi dilamun mimpi yang indah mungkin buruk.
Selepas itu, dia menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk mereka semua.
"Telur goreng dengan bakon atau pancake?" Hana memegang dagunya.
"Nak pancake.." Hana terdengar suara yang sangat dia kenali dibelakangnya. Hana memusingkan kepalanya dan melihat Myungsoo yang sedang menguap.
"Pancake? okey.." Hana berkata lalu dia mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat pancake yang suaminya mahu.
Hana memasukkan tepung, susu, baking powder, baking soda dan garam kedalam sebuah mangkuk dan mula mengadun.
Myungsoo hanya memandang isterinya dari belakang sambil tersenyum tanpa dia sedar.
"Ehem.." Sunggyu dibelakang Myungsoo berdehem perlahan.
"Eh.. Dah bangun," Myungsoo melihat rakannya.
"Tersenyum sorang-sorang nampaknya," Sunggyu berkata dan Myungsoo mengangkat kening.
"Mana ada," Myungsoo memalingkan matanya ketempat lain.
"Cet.. Dah suka tak nak cakap," Sunggyu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Hana! Good Morning!" Sunggyu mengucapkan selamat pagi kepada Hana yang sedang memasukkan adunan pancake kedalam kuali.
"Oh, Morning!" Hana menjawab gembira.
"Yang lain tak bangun lagi ke?" Hana bertanya dan Sung
Comments