Dua

Lost in Seoul

Tock tock tock

"Ini saya," kata lelaki yang masih aku tidak tahu namanya. "Masuklah," aku membalasnya. "Awak tengah buat apa?" dia mengeluarkan kepalanya dari celah pintu bilik tidur ini. "Tak buat apa-apa pun. Saya bosanlah," aku memberitahunya dan dia hanya mengeluh. "Pertemuan pertama kita tanpa pengenalan diri, jadi sekarang ini kita perkenalkan diri masing-masing," "Hi, nama saya Kim Jong Dae. Gembira dapat berjumpa dengan awak," Jong Dae menghulurkan tangannya dengan seukir senyuman di bibirnya. "O-ohh, gembira dapat bertemu dengan awak juga," aku tidak endahkan tangannya, hanya membalas senyumannya.

"A-awak..." Jong Dae duduk di atas kerusi bertentangan dengan aku. "Natasha... Nama saya Natasha," aku bermain-main dengan jari-jemariku. "Jari awak memang cantik, tetapi apakan daya dapat tengok je," keluhan Jong Dae membuatkan aku rasa bersalah atas apa yang aku lakukan sebentar tadi. Aku bangun mencari beg aku lalu mengambil sarung tangan yang aku gemari. Aku menghulurkan tanganku kepada Jong Dae. "Eh?! Apa yang awak buat ni?" kata Jong Dae dengan nada terkejut. "Berjabat tangan?" akhirnya Jong Dae tersenyum. "Hihi, awak sudi tak minum teh dengan saya?" Jong Dae tersenyum simpul. Aku menjawab "Boleh saja,"

— — —

"Nama awak bunyinya agak asing bagi saya. Saya nak tanya, awak asal dari mana?" tanya Jong Dae. Aku termenung seketika. "Err..." Tiba-tiba telefon bimbit Jongdae berdering.


Hello, Doktor Kim bercakap. - Jongdae

Doktor! Kita ada kecemasan. Doktor kena datang ke hospital sekarang. - Staff hospital

 

Baiklah, saya akan datang dengan segera. - Jongdae


"Awak, saya kena pergi sekarang. Mungkin saya akan pulang lewat. Saya akan panggil seseorang untuk menemani awak di sini. Saya pergi dulu," Terbeliak mataku apabila Jongdae tiba-tiba memeluk aku. Entah mengapa, aku tiada rasa untuk menghalangnya daripada berbuat demikian. Aku sungguh terkejut.

 

Ting... Tong... Ting... Tong

 

"Siapa itu?" Aku dengan lantangnya bersuara, berdiri di hadapan pintu masuk utama. "Saya akan teman awak di sini. Abang Jongdae pasti ada memberitahu awak, bukan?" Kata seorang gadis yang dalam lingkungan 20-an itu. Tanpa berlengah, aku menjemput gadis itu masuk ke dalam.

"Saya Sunhee, adik Jongdae. Selamat berkenalan," Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai adik Jongdae menghulurkan tangannya kepadaku dan memberi senyuman yang manis. Aku berjabat tangan denganya dan membalas senyumannya yang manis itu.

"Woah, awak ada lesung pipit yang comel. Cemburunya saya! Abang Jongdae pasti akan sayang awak lebih daripada saya. Bertuah sungguh awak sebab cantik dan comel," kata Sunhee. Hampir tersedak aku dibuatnya mendengar kata-kata Sunhee. Wajahku bertukar merah menyala.

"Hehehe... awak ini memang betul-betul comellah. Boleh saya cubit pipi awak yang gebu itu?" Belum sempat aku berbuat mahupun berkata apa-apa, Sunhee mencubit-cubit pipiku. "Kalau awak kahwin dengan abang Jongdae, mesti anak-anak awak comel-comel belaka. Awak dan abang Jongdae memang sepadan," Sunhee sudah berawang-awangan.

Aku tersembur jus oren yang dibawa oleh Sunhee, terkebil-kebil mataku "A-apa?"

"Mengapa awak kelihatan terkejut pula? Bukankah awak ini kekasih abang Jongdae?" Soal Sunhee yang tidak tahu kebenarannya.

 

Eureureong~ (a/n: macam takde bunyi lain enn xD)

 

"Eh! Bunyi apa itu?" Aku tercari-cari bunyi yang entah datang daripada mana. Sunhee ketawa kecil, "Ehehehe... saya laparlah. Awak boleh tolong masakkan untuk saya? Maaflah sekiranya saya menyusahkan awak tetapi saya tidak berapa suka makanan luar. Saya lebih suka homemade food," Sunhee senyum tersipu malu.

"Tidak mengapa. Awak mahu makan apa? Saya boleh tolong masakkan,"

"Apa-apa pun boleh. Ini juga peluang keemasan saya untuk merasa masakan awak,"

"Tapi sebelum itu, kita kena membeli barang dapur,"

"Tiada masalah. Mari kita keluar beli barang dapur!" Sunhee bangun mengambil beg tangannya lalu menarik aku bersamanya menuju ke kereta.

 

 

BERSAMBUNG...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 8: Update please~~~~ palli palli~~~
BaeBacon__L #2
Chapter 4: Senyum smpai ke telinga bila baca ff ni. Chen sweet sangat. Tak leh tahan tengok
KiwiVermin
#3
This was really good!
amirachen #4
Chapter 7: Palli update!!!!
Lyna_shah #5
Chapter 4: update soon
amirazamzuri
#6
Chapter 3: update soon ye junmen
amirazamzuri
#7
Nana knl x ni spe terima kasih sebab buat ff utk saya saranghaeyo!!!update soon buat yg terbaik saya sentiasa sokong awk!!^_^
woohyun98
#8
Chapter 1: update soon :)