Tiga

Lost in Seoul

Semasa dalam perjalanan ke pasar raya, aku berasa seperti ada orang yang memerhati dan mengikuti aku. Aku berasa sungguh tidak sedap hati. Ya Tuhan, bantulah aku untuk meneruskan kehidupan.

"Apa yang kita perlu beli?" Soal Sunhee.

"Beras, santan, daun pandan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili, asam jawa, halia dan ikan bilis,"

"Woah, apa agaknya yang kakak nak masak? Hmm..." 

"Hihi... tunggu je la," Aku segera menolak troli lalu mencapai barang yang dikehendaki.

Semasa berada di pasar raya juga aku rasa tidak sedap hati. Pasti ada seseorang yang memerhati aku. Natasha, kuatkan diri dan berani. Kau kena harungi segala kepayahan. Ingat apa pesan arwah nenek. Aku berbisik dalam hati.

———

"Kyaaa~ harum betul bau nasi ini. Saya tak sabar nak rasa apa yang kakak nak masak nanti," Ujar Sunhee dengan nada teruja sambil mengusap perutnya. Aku tersenyum melihat telatah Sunhee yang sungguh comel. "Kakak, lama lagi ke nak siap?" Sunhee yang kelihatan tidak sabar menyoalku. "Tidak, sekejap lagi siaplah. Kamu sabar ya," Sunhee mengangguk, "Baiklah kakak,"

"Woah~ sedap betul nasi yang kakak masak ini. Saya tak pernah makan nasi begini. Walaupun sambalnya pedas tetapi sedap. Apa nama makanan ini? Sunhee menikmati Nasi Lemak yang dimasak oleh aku.

"Nasi lemak. Itu salah satu daripada makanan tradisional orang Melayu,"

"Oohh, kakak ini orang Melayu, ya?" 

"Ehmm, nama kakak Natasha,"

"Macam mana kakak boleh fasih berbahasa Korea?"

"Kakak belajar dengan orang,"

"Woah, kakak jjang!" Sunhee memeluk tubuhku dengan erat.

Kemudian, Sunhee bercerita macam-macam tentang dirinya dan keluarganya. Dia juga ada tunjuk gambar abangnya semasa dia kecil. Dia meminta agar aku menceritakan tentang diriku dan keluargaku tetapi apakan daya aku tidak dapat mengingati masa laluku. Satu-satunya yang masih segar dalam kenanganku ialah arwah Nenek yang amat menyayangiku. Tiba-tiba aku terkenang saat-saat gembiraku bersama nenek. Air mataku membasahi pipiku.

"Kakak... kenapa ini?" Soal Sunhee dengan nada yang lembut lalu mengesat air mataku menggunakan kedua-dua ibu jarinya.

"Kakak baik saja. Kamu tak perlu risau," Aku memandang tepat ke arah mata Sunhee lalu bertanya, "Sunhee, boleh kakak peluk awak?"

"Sudah tentu kakak," Sunhee memujukku supaya tidak usah menangis lagi.

"Terima kasih Sunhee,"

"Sama-sama kakak," 

———

"Natasha-ssi. Bangunlah," Aku dikejutkan dengan suara halus dan lembut lalu aku membuka mata. Kelihatan seperti seorang lelaki. Akibat terkejut aku menyerang dahi lelaki itu dengan jam loceng yang berada di sebelah katilku.

"YAAAAAAA!! AWAK SIAPA? APA AWAK BUAT DI SINI? RASAKAN!!"

"Aduh, sakitnya. Natasha... ini sayalah, Jongdae. Kenapa awak serang saya begitu?" Jongdae mengusap-usap dahinya.

"Alamak! Saya minta maaf. Saya terkejut tadi sebab itu saya serang awak begitu. Awak tak apa-apakah? Saya minta maaf sekali lagi,"

"Hihi. Tak apa. Saya okeylah," Jongdae tersengih seperti kerang busuk.

"Alamak!"

"Natasha, kenapa ini?"

"D-darah..." Aku menunding jari ke arah dahi Jongdae yang berdarah. Dengan segera aku ambil peti kecemasan yang dibawa olehku sepanjang masa. Pesan arwah nenek, sediakan payung sebelm hujan.

"Eh! Tak perlu susah-susah. Saya boleh buat sendiri. Saya ini kan doktor. Beri itu kepada saya," Jongdae cuba untuk mencapai peralatan yang sedang aku gunakan. Tetapi aku tidak membenarkan dia membuat sendiri walaupun aku tahu dia seorang doktor.

"Tak payah lah. Saya dah cederakan awak jadi biarlah saya yang buat. Awak duduk diam sahajalah," Walaupun aku sudah kata begitu tetapi Jongdae tetap berdegil.

"Tapi saya nak buat juga! Beri lah kepada saya. Puhlisss~" Dia siap memujukku dengan aegyonya itu. Kyaaaaaaaa~ Kim JongDae! Kenapa kau comel sangat? >3< Kata hati kecilku. Tetapi aku juga tidak mahu beralah. Maka, jadilah kes perebutan antara kami berdua. Secara tidak sengaja, Jongdae terpegang tanganku. Aku segera melepaskannya.

''Err... s-s-sorry," Jongdae tergagap-gagap mengucapkan 'sorry' sambil mengusap belakang tengkoknya dan menunduk. Aku dengan selamba membalas, "Tak apa. Bagilah saya cucikan luka ini," Akhirnya Jongdae akur.

Aku ada perasan Jongdae curi-curi pandang wajahku beberapa kali semasa aku mencuci lukanya. Merah padam mukanya apabila dia tertangkap.

Cantik sungguh Natasha ini. - Jongdae

Ada sesuatu ke dekat muka aku ini? Kenapa dia asyik pandang muka aku je? - Natasha

"Dah siap,"

"Huh?"

"Saya dah siap cuci luka awak,"

"Oh, terima kasih. Natasha..."

"Ya saya?"

"Saya nak ajak awak keluar hari ini. Awak sudi tak?"

"Hmm... ya,"

"Yehey! Terima kasih. Awak bersiap tau. Saya tunggu," Jongdae bangun menuju ke luar bilikku.

"Jongdae-ssi... boleh saya tanya awak satu soalan?"

"Apa soalannya? Tanyalah,"

"Macam mana awak tahu nama saya Natasha?"

"Passport awak lah," Jongdae mengenyit matanya lalu beredar dari kamar tidur aku.

 

 

 BERSAMBUNG... 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 8: Update please~~~~ palli palli~~~
BaeBacon__L #2
Chapter 4: Senyum smpai ke telinga bila baca ff ni. Chen sweet sangat. Tak leh tahan tengok
KiwiVermin
#3
This was really good!
amirachen #4
Chapter 7: Palli update!!!!
Lyna_shah #5
Chapter 4: update soon
amirazamzuri
#6
Chapter 3: update soon ye junmen
amirazamzuri
#7
Nana knl x ni spe terima kasih sebab buat ff utk saya saranghaeyo!!!update soon buat yg terbaik saya sentiasa sokong awk!!^_^
woohyun98
#8
Chapter 1: update soon :)