Satu

Lost in Seoul

Aku tidak tahu hendak ke mana. Aku tidak tahu siapa diriku, asal usulku dan dimana aku berada sekarang. Aku dikelilingi bangunan pencakar langit, keadaan jalan raya yang amat sibuk, ramai orang yang sedang berkeliaran dan cuaca yang panas. Seperti aku pernah ke suatu tempat yang hampir sama situasinya seperti di sini. Cuma, aku tidak pasti dimanakah tempat itu. 

Semakin banyak aku berjalan, aku menjadi semakin penat dan aku berasa sangat dahaga lalu aku singgah di sebuah kedai serbaneka. Aku berdiri di hadapan bahagian minuman sejuk. Aku termenung seketika, adakah aku mempunyai wang bersamaku ? Aku sangat-sangat dahaga tetapi aku tidak dapat membeli setin air pun. Aku terus beredar dari kedai itu.

Aku terus berjalan dalam cuaca panas dan itu membuatkan aku rebah serta-merta. 

"Cik, Awak sihat tak? Awak okey tak?" kedengaran seperti suara lelaki sedang memanggilku akan tetapi aku tidak dapat menjawabnya kerana aku terlalu penat untuk sedar. Lelaki tersebut menyentuh dahiku lalu berkata "Eh! Dahinya panas. Lebih baik kalau aku bawa dia ke rumah aku dulu,"

Aku melihat keadaan di sekelilingku. Ianya asing dan aku tidak pernah mengetahui tempat ini. Aku bercadang untuk merayau di sini seketika. "Awak patut berehat," kata lelaki yang aku tidak kenali itu. Melihat dari ekspresiku, lelaki itu mesti tahu yang aku terkejut dek kerana kemunculannya yang tiba-tiba lalu dia meminta maaf "Maafkan saya, mesti awak terkejut tadi, bukan?". Aku hanya mengganguk perlahan.

Lelaki itu berjalan dekat ke arahku, aku mengundur setapak. "Awak tak perlu takut dengan saya. Saya tak akan apa-apakan awak. Saya cuma mahu tolong awak," senyum lelaki itu. "M-mengapa pula a-awak mahu tolong saya? A-awak tak k-kenal saya dan... sa-saya tak kenal awak," jantungku berdegup kencang apabila dia menghampiriku, aku mengundur 2-3 tapak hingga hujung kakiku menyentuh hujung sofa. "Sebab itu memang kerja saya dan saya memang suka tolong orang. Kita juga boleh ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain," "Saya nak..." dia menghampiri aku sehingga aku terduduk di atas sofanya. "... awak tinggal..." ruang yang tinggal antara muka kami hanya 0.1% sehinggakan aku boleh merasa hembusan nafasnya di pipiku "dengan saya sampai saya tahu semuanya tentang awak baru saya benarkan awak pulang ke tempat asal awak," katanya lalu beredar dari situ dan meninggalkan aku dalam kebuntuan.

 

Apa yang dia cakapkan tadi? Mahu aku tinggal di sini, dengan orang yang aku tak kenal, bawah satu bumbung? Gila ke apa dia ni? Ini semua sangat mengarut. Ya Tuhanku, berikanlah aku petunjuk. Apa yang harus aku lakukan? 

 

———

Tit tit tit tit

Bunyinya seseorang sedang menekan punat untuk memasukkan kata laluan rumah. Kedengaran derapan kaki sedang menuju ke dapur. Beg plastik yang berisi makanan dan buah-buahan segar dibuka oleh lelaki itu. Aku meninjau gerak-gerinya dari tepi tangga. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, aku tidak menafikan yang lelaki ini memang sangat kacak. Malah, aku rasa lelaki ini agak comel. Mungkin dia benar-benar mahu menolong aku. 

"Saya tahu saya kacak, tak perlulah awak perhati saya lama-lama begitu, awak pun cantik orangnya... kita berdua memang sepadan," kata lelaki itu sambil tersenyum ke arahku. Muka aku terus bertukar merah padam. 

"Turunlah. Tak perlu awak duduk di tepi tangga tu. Lebih baik awak duduk dengan saya kat dapur ni. Jom makan sama-sama. Selalunya saya makan tak berteman tapi kali ni ada teman yang cantik pula tu," dia memandang tepat ke mataku dengan senyuman yang ikhlas. 

 

BERSAMBUNG...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 8: Update please~~~~ palli palli~~~
BaeBacon__L #2
Chapter 4: Senyum smpai ke telinga bila baca ff ni. Chen sweet sangat. Tak leh tahan tengok
KiwiVermin
#3
This was really good!
amirachen #4
Chapter 7: Palli update!!!!
Lyna_shah #5
Chapter 4: update soon
amirazamzuri
#6
Chapter 3: update soon ye junmen
amirazamzuri
#7
Nana knl x ni spe terima kasih sebab buat ff utk saya saranghaeyo!!!update soon buat yg terbaik saya sentiasa sokong awk!!^_^
woohyun98
#8
Chapter 1: update soon :)