Believe in you

The end WITHOUT a beginning
Please log in to read the full chapter

This is the longest chapter..

Everyone ready to read it??

Ok..let`s go..

 

Shinhye masih berada di balkoni biliknya..dan bulan penuh pada malam itu menjadi santapan matanya..

dan satu memori bertandang di kotak fikirannya.

 

Flashback..

2 tahun yang lalu..

Ditaman.

 

“ermm..awak bertambah cantik kalau ikat rambut..”kata jong in dan seketika,dia seperti tercari-cari sesuatu.

“awak cari ini??”..shinhye menghulurkan sapu tangan putih milik jong in.

Jong in tersenyum dan mengambilnya.

“sekarang..pusing belakang..”arah jong in.

Tidak seperti hari itu,hari ini shinhye terus memusingkan badannya apabila diminta.

Dengan lembut, jong in mengikat rambut shinhye dengan menggunakan sapu tangan putih itu.

 

Mereka mula berjalan bersama-sama di sepanjang taman..bunga-bunga yang pelbagai warna dan bau menemani perjalanan mereka..dan tiba-tiba,jong in terasa tangannya dipegang oleh seseorang..tangan yang lembut milik shinhye..

Jong in terus memandang yeoja itu..matanya langsung tak berkelip.

“jangan la pandang saya macam tu..macam lah awak tak pernah cuba nak pegang tangan saya..saya tau,awak selalu cuba setiap kali kita berjalan balik dari sekolahkan..tapi  saya tak tau kenapa,awak selalu tarik balik tangan awak bila tangan kita hampir bersentuhan..”kata shinhye sambil memandang kehadapan,tanpa melihat namja yang berjalan disampingnya itu..

Dan disaat itu,jong in baru tersedar yang selama ini,dia bukannya gagal untuk memegang tangan yeoja itu..tapi dia yang mengalah..dia kalah dengan perasaannya sendiri.

Tapi sekarang,dia tidak ingin kalah lagi,tangan shinhye digenggam semakin erat.

 

Setelah hampir separuh daripada taman itu mereka lewati,bangku yang bersebelahan dengan tanaman bunga lavender menjadi pilihan untuk menghilangkan rasa penat..mereka berdua duduk di bangku tersebut..berdua..kini,Shinhye bukan lagi keseorangan.

“boleh saya tanya sesuatu,,macam mana awak tau saya ada kat tamam waktu tu?,,waktu pertama kali saya nampak awak..”tanya jong in..

“sebab mata awak..”

“mata saya??”

“a`ah..mata biru awak..yang membuatkan saya sedar kehadiran awak..”jawab shinhye sambil mengimbau kembali apa yang sebenarnya berlaku di taman pada waktu itu,..petang itu,sedang dia berjalan-jalan di taman,matanya terpandang seorang namja yang sedang tekun melukis..dia memerhatikan sosok wajah namja itu,dan disaat itu,dia terkesima melihat kecantikan mata namja itu,,anak mata yang berwarna biru yang seperti memancarkan cahaya kebiruan bak blue diamond..dan untuk kali itu,shinhye melabuhkan punggungnya di bangku yang berdekatan bukan kerana dia letih,tapi untuk terus menatap wajah namja itu..tapi tatkala matanya bertemu dengan mata milik kyungsoo,classmatenya yang turut duduk bersebelahan dengan namja bermata biru itu..dia melupakan keinginannya untuk terus menatap wajah namja itu lagi.

“awak pandang saya kan?dari pukul 5 sampai pukul 7.01 mnit..lepastu,hujan turun..awak dan kawan awak terus berlari pulang..”kata shinhye setelah insiden petang itu diingatinya semula.

“wah..hebatlah awak ni..awak boleh tau semua tu..”

“kesunyian membuatkan saya sedar apa yang berlaku di sekeliling saya..”kata shinhye lagi membuatkan jong in kehilangan kata-kata.

Suasana senyap melanda mereka berdua.

Dan tiba-tiba jong in seperti teringatkan sesuatu..

“haa..baru saya ingat ,saya nak bagi awak sesuatu..”

Jong in mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

“tadaa..”..jong in menghulurkan bekas berbentuk silinder berwarna hitam kepada shinhye.

“apa ni??..walaupun shinhye tak tahu apa isi bekas itu,tapi bekas hitam itu tetap beralih tangan.

“buka lah..”

Ppupp!!

Bekas itu dibuka shinhye..dia mengeluarkan kertas yang ada di dalamnya.

“lukisan?ini kan lukisan pada sapu tangan yang saya bagi kata awak hari tu..”kata shinhye dengan yakin,,tapi dia berasa agak pelik,kenapa jong in melukiskan gambar ini.

“awak lukis semua ni??’tanya shinhye sambil menatap tepat ke wajah namja itu.

“a`ah..hampir setiap malam saya lukis..”

“lukis benda yang sama berulang-ulang kali??”

“tak…lukis benda yang berbeza..”jawab jong in dan tersenyum..

Flashback end

 

Lukisan yang kelihatan serupa,tapi sebenarnya berlainan.

Pada setiap lukisan,terdapat gambar seorang namja dan yeoja sedang melakukan sesuatu di pantai..perkara yang berlainan dilakukan pada setiap lukisan.

dan dipenjurunya juga,terdapat satu tarikh..tarikh yang bertahun 2014..tarikh pada tahun ini.

 

Flashback

Di taman..

“lain??kenapa macam sama??”

“cuba tengok betul-betul..”kata jong in.

“haa..saya dah tau..awak tambahkan gambar yeoja dan namja ni kan dalam setiap lukisan awak..”

“gambar kita..itu gambar kita..”beritahu jong in dan membuatkan shin hye ketawa.

“kenapa awak ketawa??”

“awak ni kelakar la..”..kata shinhye yang masih lagi ketawa.

“saya nak kita lakukan apa yang kita lakukan dalam gambar ni di dunia nyata..”..jong in akhirnya menyatakan hasratnya.

“jom!..apa yang patut kita buat dulu yer..ermm…”..shinhye kelihatan excited.

“makan..main kejar-kejar..baca buku sama-sama..main bola jaring di pantai??..ni pun ada..haha..apa lagi….”..shinhye melihat sehelai demi sehelai lukisan itu.

Tiba-tiba,tangan shinhye dipegang oleh jong in.

“tapi bukan sekarang,.saya nak kita lakukan semua tu dua tahun lagi dari sekarang..”kata jong in dengan wajah serius.

“haa..lamanya lagi..tapi..baiklah..”shinhye bersetuju.

“janji??”

“janji..”

Flashback end

 

Satu lukisan diatas katil shinhye  terbang ditiup angin malam dan jatuh betul-betul di hadapan kaki shinhye yang sedang berada di balkoni.

Shinhye mengutip lukisan itu..lukisan pemandangan pantai di waktu senja bersama yeoja dan namja yang sedang berciuman.

Shinhye tersenyum…

tapi senyuman itu tiba-tiba hilang sebaik sahaja shinhye menyedari sesuatu..sesuatu yang tak pernah dia sedari selama ini..

Tarikh di tepi lukisan itu,,9 jun 2012..tarikh itu adalah tarikh pada dua tahun yang lalu,bukan tahun ini seperti tarikh-tarikh yang terdapat pada lukisan yang lain.

“ottokhae??apa yang patut saya lakukan..kim jong in!!!!!!!!!!!!!!!!!!”jerit shinhye.

Sang awan mula berarak melintasi sang bulan..perlahan-lahan,bulan tidak lagi kelihatan.

Memori pada tanggal 9 jun 2012 kembali terimbau.

 

Flashback

Di taman..

“janji??”tanya jong in.

“janji..”jawab shinhye sambil menganggukkan kepalanya dan tersenyum..

Shinhye kemudiannya memandang kelangit..langit biru yang mendamaikan..dan tiba-tiba,shinhye terus memasukkan semua lukisan tadi ke dalam begnya.

“waeyo??kenapa tiba-tiba awak simpan lukisan tu?”tanya jong in..dia pelik akan tindakan yeoja itu.

“cuba awak tadah tangan awak..”

“huh??”

“cuba la..”

Jong in akhirnya menuruti kehendak gadis di sebelahnya itu..dia menadahkan tangannya.

Plupp!

Setitik air hujan jatuh ke atas tapak tangan jong in.

“hujan..”gumam jong in..dia seperti tak percaya yang hujan turun pada saat ini..ketika langit masih biru dan tidak menunujukkan apa-apa tanda bahawa hujan akan turun.

“ermm..hujan..”balas shinhye..senyuman mula terukir di bibirnya.

Hujan semakin lebat..tapi mereka berdua tetap duduk di bangku itu tanpa berganjak sedikit pun.

“macam waktu pertama kali kita jumpa kan.”kata jong in.

“erm..tapi kali ini bukan saya sorang yang basah..kim jong in pun basah jugak..”..shinhye ketawa selepas menuturkan kata-katanya.

Jong in hanya tersenyum nipis melihat gelagat yeoja itu.

 

~Jong in pov~

Aku suka mendengar ketawanya..ianya bak alunan muzik yang mendamaikan.

Aku suka melihatnya tersenyum..ianya lebih cantik daripada seribu kuntum bunga mawar yang mekar.

Aku suka menyentuh rambutnya..kerana haruman daripada rambut

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 6: A/N ni memang jenis suka cerita yg bertemakan angst ke?sebab banyak cerita A/N yg sedih2.cerita yg buat saya selalu cry han river.pasal citer ni,memang betul2 daebak!!!*lap hingus kat baju kai sambil dengar lagu Baby Don't Cry*
fna_shn #2
Chapter 5: Jalan cerita yang best author-nim! Respect! Memang sedih gila kot.. tak dapat tahan air mata niiiiiii T.t
allya_safia #3
Chapter 6: Siries cakap sedih gile cite ni.menitik-nitik air mata saya.sedih tu je yg dpt sye describe.but,ending die saye x faham sgt.kai dh lme mati kan?tu just khayalan die je kan?hahhahhah sambil taip ni sye nangis tau.itu je yg saye buat.tapi cite ni mmg sedih
___syuhada
#4
Chapter 6: sorry kurang fahamlah ending dia.
kai dah mati ke tak? yg last tu dia cuma nampak flashback je kan?
hanah2212
#5
Chapter 6: Authornimmmmmmmmm. *sobs sobs,lap air mata* knapa sedih sgtttttttt T.T kai yahhh please don't die~~~~~ *applause* okay citer ni terbaik *thumbs up* walaupun Kai mati tapu wahhhh. Best lah citer ni ~~~ D.O pun besttt *double thums up*
Hundotlove
#6
Chapter 6: Kesian ShinHye dia mesti sedih kehilangan Kai tapi dia cuba lupakan Kai T^T
Hundotlove
#7
Chapter 2: Kyahaha Luhan dah muncul dan Kai aih tak boleh sweet lagi ker
Hundotlove
#8
Chapter 1: Kai ah, ShinHye makan pun cantik biasa lah
innakim
#9
Chapter 6: Brkotak-kotak tisu abis kne pkai bab lap air(gurau jer nk wat drama).wah daebak story ni sdih btul bab my ultimate bias die in this story *sob*(drama lagi).