'Miracle'
The end WITHOUT a beginningShinhye berjalan sendirian pulang dari sekolah.
Tiba-tiba,dia terasa seseorang sedang mengikutinya dari belakang…orang itu semakin dekat…lari!!!!
Shinhye berlari dengan sepantas yang boleh untuk menyelamatkan diri dan akhirnya,dia bersembunyi di sebalik sebatang pokok.
“aish..lajunya dia lari,,mungkin ratu sukan sekolah agaknya..”kata jong in yang sedang termengah-mengah setelah kehilangan jejak shinhye.
Dan tidak semena-mena,..ppaaappppp!!!
Kepala jong in disepak oleh seseorang sehingga menyebabkan dia terjatuh meniarap..
“adoi..sakitnya..”..darah mula mengalir dari hidung jong in.
“tak guna punya orang..nanti kau..aku lenyet-lenyet..”gumam jong in dan terus bangun dan berpaling untuk memarahi orang yang telah menyepak kepalanya tadi.
tapi belum sempat dia membuka mulutnya,kemarahannya terus hilang..seperti dibawa oleh angin yang sedang bertiup pada ketika itu..shinhye berada dihadapannya sekarang..gadis itu hanya tertunduk.
shinhye pov
apa aku dah buat ni??
orang yang berada di belakang aku tadi hanyalah seorang pelajar,bukan penjahat..
nampaknya aku dah salah sangka..
dan aku dah tersepak kepalanya!!apa aku patut buat??
mesti dia akan marah aku..
habislah aku.
shinhye pov end
“gwaencanha..saya tak apa-apa..tengok!saya masih hidup..”kata jong in seperti tahu apa yang sedang berada difikiran shinhye sekarang..
Mendengarkan kata-kata jong in itu,shinhye memberanikan diri untuk mengangkat mukanya..dan disaat terpandang darah yang mengalir dari hidung jong in,perasaan bersalah kembali bersarang di hati shinhye.
Shinhye menghulurkan sehelai sapu tangan kepada jong in..sapu tangan yang bercorak sebuah gambar pemandangan pantai diwaktu senja .
Sapu tangan berpindah tangan.
“terima kasih..shinhye-ssi”
Shinhye terkejut kerana namja itu mengetahui namanya..itu membuatkan dia berasa tidak selesa.
Dia tak mahu lama-lama berada disitu,dia ingin cepat-cepat pulang .
Shinhye terus berpaling dan mula berjalan menuju kerumahnya.
Jong in hanya dapat memerhatikan shinhye dari belakang..gadis itu semakin lama, semakin jauh dengannya..dan akhirnya figura gadis itu hilang dari pandangan jong in.
Sapu tangan milik shinhye yang berada digenggaman ditatap..dan senyuman mula terukir di wajah jong in.
x x x x x x
Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 a.m...kegelapan menyelubungi sebuah bilik yang berada ditingkat dua rumah banglo itu..tiada satu cahaya pun yang menerangi bilik tersebut melainkan samar-samar cahaya daripada lampu meja yang terdapat di atas meja belajar jong in,pemilik bilik tersebut.
Jong in sedang menyiapkan kerja sekolahnya yang mesti dihantar pada esok hari..tapi belum sempat semua soalan dijawabnya,tiba-tiba,buku yang berada dihadapannya itu ditutup dan dia mengambil sesuatu dari dalam beg sekolahnya..sapu tangan yang diberi oleh shinhye pada tengah hari tadi..dia meletakkan sapu tangan itu di atas meja dan mengeluarkan sehelai kertas putih .
Pensel yang dipegang jongin mula menari-nari di atas kertas putih itu.
Beberapa minit berlalu,lukisan yang dilukis telah pun siap.
Lukisan pemandangan pantai diwaktu senja..sama persis seperti gambar yang ada di sapu tangan itu..
x x x x x x
Keesokan hari..sewaktu kelas jasmani..dipadang.
Sebiji bola bergolek-golek dan akhirnya berhenti betul-betul di hadapan kaki seseorang..kaki shinhye.
“yaaa,si bisu..baling la bola tu..”jerit Suzy..Suzy merupakan anak pengetua di Seowon High School…dia digilai oleh ramai pelajar lelaki kerana kecantikannya tapi malangnya,sikapnya tak secantik wajahnya.
“kau suruh dia baling??dia mana reti main bola jaring..pegang bola pun tak pernah..”kata Jiyeon sambil meniup –niup kukunya yang baru siap dikilatkan..Jiyeon merupakan kawan ba
Comments