Tears of the sky
The end WITHOUT a beginningMusim bunga kembali lagi..bunga-bunga yang mekar menghiasi kota raya seoul..burung-burung berterbangan,mungkin mereka juga dapat merasai kegembiraan yang dirasai manusia..
tapi bukan yang dirasai shinhye,,kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dirasainya..baginya setiap musim adalah sama..dia tetap kesunyian..
x x x x x
Petang itu, shinhye mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ditaman..
Berjalan dan terus berjalan…seorang diri..
Apabila terasa penat..sebuah bangku menjadi tempat untuk dia merehatkan dirinya..
Tanpa disedari,sepasang mata sedang memerhatikannya,,mata biru milik seorang namja..
“yaa,jong in,,siapa gadis yang kau lukis tu??”tanya kyungsoo apabila kanvas yang berada dihadapan namja itu tidak lagi berwarna putih sebaliknya sudah diganti dengan potret seorang gadis..namja bermata biru yang benama jong in itu tidak menjawab soalan daripada sepupunya itu,sebaliknya dia terus leka memandang shinhye yang sedang duduk berseorangan di atas bangku kayu yang tidak berapa jauh dari tempatnya berada..
Kyungsoo memandang ke arah yang dipandang jong in dan seketika dahinya sedikit berkerut..
“itukan shinhye..budak bisu tu..”gumam kyungsoo perlahan tetapi cukup kuat untuk didengar dengan jelas oleh jong in..
“bisu??”tanya jong in seraya memandang kyungsoo..
“a`ah..dia tak pernah pun bercakap dalam kelas..bila cikgu tanya pun..dia mesti senyap je..dan tak de seorang pun yang pernah dengar suara dia”
“dalam kelas??”tanya jong in lagi..
Kyungsoo menganggukkan kepalanya..”ya..dia classmate aku..kenapa??”
Mendengarkan itu,jong in diam seketika..seperti sedang memikirkan sesuatu..dan setelah beberapa ketika,dia ketawa..
“yaaa,,jong in ah..kau dah kenapa??tiba-tiba ketawa sorang-sorang ni..”kata kyungsoo sambil mengikat tali kasutnya..
“aku dah dapat idea..”kata jong in bersemangat..
“idea??idea apa??”
“rahsia..”
Jong in kembali memandang shinhye..
”annyeong..”gumam jong in dan senyumannya semakin mengembang..
Shinhye mendongak kelangit..langit biru yang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya..tapi tiada siapa tahu,langit biru yang mendamaikan itu juga boleh menangis..
Tiba-tiba,setitik air jatuh ke atas tapak tangan shinhye..kemudian,menjadi dua titik..tiga titik..dan hujan mula turun dengan lebatnya..inilah dinamakan ‘tears of the sky’..
Semua pengunjung di taman itu mula berlari pulang..menyelamatkan diri dari dibasahi hujan..
Tapi tidak bagi shinhye..dia tetap berada dibangku itu.. melihat orang ramai berlari-lari dihadapannya..
“yaa..jom la balik..hujan semakin lebat ni..”kata kyungsoo setelah selesai mengemas peralatan melukis jong in..
“tapi dia???”jong in yang masih memerhatikan shinhye berasa hairan dengan tindakan yeoja itu..
’kenapa dia membiarkan dirinya dibasahi hujan?’hati jong in berkata-kata..
“biarkanlah dia…jom ..”..kyungsoo terus menarik tangan sepupu a.k.a sahabat baiknya itu..
Meskipun berat hati,jong in akhirnya mengikuti kyungsoo untuk pulang..mereka berdua berlari dan semakin jauh dari
Comments