If i just have 40 days time to live
The end WITHOUT a beginningMalam telah tiba,bulan dikelilingi oleh bintang yang bertaburan di langit..bintang yang pelbagai bentuk dan saiz..dan kadang-kadang bersatu untuk membentuk sesuatu yang lain..sesuatu yang lebih bermakna.
Awan yang berarak terkadang menutupi bulan daripada dilihat oleh sang manusia..tapi hanya untuk seketika..sang awan akhirnya akan pergi meninggalkan sang bulan demi sang manusia.
Shinhye yang telah terbaring di atas katil masih tidak dapat melelapkan matanya.
“kawan??”kata itu terpacul sekali lagi dari mulut shinhye..yeoja itu tersenyum terkenangkan peristiwa tengah hari tadi..
Di sebuah bilik yang lain,,jong in juga sudah terbaring di atas katil..tapi sama seperti shinhye,matanya belum mahu terpejam.
Jong in meletakkan sebelah tangannya di bawah kepalanya sementara matanya ralit memandang syiling putih yang kosong itu.
“dia baca tak yer??kalau dia tak baca,maknanya habis la peluang aku untuk menjadi kawan dia..aish..kenapa la aku cakap macam tu tadi..”gumam jong in ditemani cahaya bulan yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya.
Dibalkoni..
Kertas kecil berwarna biru itu dibuka dengan perlahan-lahan.
“anyyeong..kim jong in imnida..sekarang awak dah tau nama saya..jadi,saya harap awak tak kan lupakan nama ni sampai bila-bila..janji tau..itu je..bye..”..Shin hye membaca apa yang tertulis pada kertas itu.
Dan dihujung kertas itu tertulis..~to my friend~
x x x x x x
Kring!!!! loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat..
“eh..jom teman aku pergi kedai buku..nak tak??”ajak kyungsoo kepada sahabatnya itu..
Tapi jong in yang sedang khusyuk memandang shinhye mengemas begnya langsung tidak mendengar ajakan sahabatnya itu..oleh itu,jawapan yang ditunggu oleh kyungsoo tidak akan pernah diperolehinya..
Kyungsoo yang menyedari keadaan itu terus menarik tangan Jong in.
“yaah!!kenapa ni?kita nak pergi mana??”,,jong in terkejut apabila tangannya tiba-tiba ditarik.
“kita nak pergi rumah sakit jiwa..”
“siapa yang sakit?”
“kau la..siapa lagi..”
“haa??aku??”
Setelah selesai mengemas beg,shinhye mengambil keputusan untuk terus pulang.
Tapi baru beberapa langkah,sesuatu yang berada di atas meja jong in menarik perhatiannya..sebuah buku..mungkin jong in tertinggal buku itu sebelum pulang tadi.
Shinhye mengambilnya dan melihat kulit depan buku itu.
“if I just have 40 days time to live”..shinhye membaca tajuk buku itu.
“dia baca ke buku macam ni??”gumam shinhye.
Tiba-tiba,handphonenya berbunyi menandakan satu mesej diterima.
Mesej dibuka.
‘jom launch sama-sama,tempat biasa..from luhan oppa'
“kau nak beli buku apa??”tanya jong in,,kini,dia dan kyungsoo berada di sebuah kedai buku..
“tadaaa..”kyungsoo menunjukkan komik naruto yang disukainya..
“aish..ingat buku apa la yang dia nak beli tadi,,kalau aku tau dia nak beli komik naruto bermisai enam tu..tak nak aku teman..”gumam jong in perlahan.
“apa??kau ada cakap sesuatu ke tadi??”tanya kyungsoo..di tangannya sekarang ada lebih kurang 20 buah komik naruto.
“tak ada apa-apa..aku dah lapar ni..aku nak balik “..jong in terus keluar dari kedai itu.
“yaa…tunggu la aku..”jerit kyungsoo sambil tergesa-gesa membuat pembayaran.
Ditepi tasik..
“nah..”luhan menghulurkan sebungkus roti berinti coklat kepada shinhye manakala bagi dirinya,roti berinti kacang merah.
Mereka menikmati roti kegemaran masing-masing sebagai santapan makan tengah hari sambil melihat keindahan tasik yang terbentang luas di hadapan mereka.
“apa maksudnya kalau seseorang yang kita tak kenal bagitahu nama dia pada kita dan mengaku yang dia kawan kita?”..tiba-tiba,shinhye bersuara.
“ermm…maknanya dia nak jadi kawan shinhye la tu..dia bagitahu nama dia pada shinhye tu sebab dia nak shinhye kenal dia..bila dah kenal,baru boleh berkawan kan..”terang luhan.
“tapi shinhye hanya ada oppa sorang je..”
Mendengarkan apa yang diucapkan oleh gadis yang sudah 9 tahun dia kenali itu ..mebuatkan luhan ketawa.
“jadi,,tak kan la sampai bila-bila shinhye tak nak berkawan dengan orang lain..”kat
Comments