CHAPTER 5
~~HAPPINESS DELIGHT~~
Pada mulanya, aku nak biarkan sahaja dia menangis, tapi bila tengok dia nangis tak henti-henti. Rasa tak sampai hati pulak, akhirnya aku memutuskan untuk pergi memujuknya.
SRAAP!
Aku menyelak kain langsir lalu berdehem beberapa kali untuk memberitahu kehadiranku di sisinya.
Dia mengangkat wajahnya dan sebaik saja melihat kelibatku di hadapannya, dia cepat-cepat menyapu air mata di pipinya.
"Nae?" soalnya kepadaku.
"Gwenchana?"
"Orrkk...Geurae." balasnya dengan senyuman hambar.
Untuk seketika, suasana sunyi menyelubungi antara kami berdua. Kekok antara satu sama lain untuk berbicara. Walaupun dia ni classmate aku, sekali pun tak pernah aku cakap dengan dia.
Aku memandang lagi ke wajahnya apabila menyedari ada cecair pekat mengalir keluar dari hidungnya.
"Omo! Hidung awak berdarah la!" aku panik sekejap bila cecair itu semakin galak mengalir keluar dan membasahi segenap tapak tangannya.
Tidak sempat aku ingin menghulurkan sapu tangan, dia sudah pun rebah di atas katil.
"Nurse!...................Nurse!"
[END CHANYEOL P.O.V]
Aku buka mataku perlahan-lahan, bila terasa ada sesuatu 'benda' menghempap tangan kananku. Ketika aku ingin menarik tanganku yang terasa kebas itu, aku merasakan 'benda' yang menghempap tanganku sebentar tadi itu seakan-akan bergerak, memegang lama pergela
Comments