Episode 1

Playboy itu kawan aku
Please Subscribe to read the full chapter

Jung Hyeri namanya. Setiap hari dia hanya memakai baju lengan panjang berserta seluar jeans. Tidakpun skirt labuh dengan t-shirt. Tetapi pakaiannya tidak penting baginya. Yang penting, cermin mata bulat berwarna merah sentiasa ada di atas hidungnya yang mancung itu. Selesai dengan itu dan dia pun berpuas hati, segera dia turun ke tingkat 1 memandangkan dia sudah lewat. Pelik kan? Anak orang kaya, rumah mempunyai 3 tingkat, tetapi pakaiannya seperti apa? Seperti orang biasa-biasa sahaja. Ditambah cermin matanya, ouh .. Macam budak nerd sahaja. 

 

Hyeri melintasi ruang makan dan dia dapat lihat ibunya, Puan Jung sedang sibuk menghidangkan sarapan. Perlahan dia menghampiri ibunya itu. "Ah Hyeri, mari sarapan dulu. Omma ada masakkan makanan favourite Hyeri." sapa Puan Jung selepas dia menyedari akan kehadiran Hyeri di belakangnya. Dengan baik Hyeri menolak perlawaan itu. "Ala, takpelah omma. Hyeri dah lambat ni. Bye." segera dia mengucup pipi ibunya dan bergegas keluar. 

 

"Habis tu, siapa yang nak habiskan semua ni?" jerit Puan Jung dari dalam. Hyeri yang sudah siap memakai kasut itu pantas berdiri. 

 

"Dae oppa kan ada!!" jeritnya semula sambil berlari ke perhentian bas. Sungguh dia sudah lambat  ketika itu. Nasib menyebelahinya apabila bas baru sahaja sampai, lalu dia segera melompat masuk ke dalam bas dan membayar tambang tersebut. 

 

Tepat pukul 7.58, dia sampai dihadapan pintu pagar sekolahnya. Dalam diam Hyeri mengeluh lega. Dia memandang bangunan yang tersergam indah dihadapannya sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. "Fuhh.. Nasib baik sempat. Kalau tak, mampos kena denda dengan cikgu rambut kerinting." ucap Hyeri termengah-mengah. Tiba-tiba dia ternampak Luhan. Dan.. Siapakah gerangan di sebelahnya. Ouh, Hyeri tidak nampak dengan jelas kerana Luhan agak jauh darinya.

 

Cikgu rambut kerinting adalah gelaran yang digunakan bagi Cikgu Shin Dong kerana stail rambutnya yang kerinting, dan agak ketinggalan zaman. Dia yang merupakan pelajar Tingkatan 5 pasti akan dikenakan tindakan yang pelik-pelik oleh Cikgu Shin Dong. Ditambah lagi dengan bebelannya. Hyeri tidak sanggup jika semua itu berlaku. Kerana itulah dia sedaya upaya cuba untuk tidak datang lewat, lebih-lebih lagi jika minggu dimana Cikgu Shin Dong bertugas. 

 

"Eh? Tu Luhan kan? Siapa sebelah tu? Aku tak pernah nampak pun.. Budak baru ke?? Jap. Aku macam kenal.." Hyeri tertanya-tanya. Belum sempat dia mahu memanggil nama Luhan, tiba-tiba sebuah kereta melintas dihadapannya. Nasib baik dia tidak terkena air lopak. 

 

"Ooooppss.. Sorry Hyeri. Air lopak tu terkena you ke? Maaflah.. I nak cepat ni." ujar perempuan didalam kereta itu diiringi tawa halus. Iya, itulah 'Queen of the Year' , Park Si Eun. Chae Yong disebelahnya turut tergelak. 

 

"Kalau terkena pun heran pulak dia? Dia kan miskin.. Kesian." kata-kata Chae Yong mengundang tawa besar daripada Si Eun. Belum sempat Hyeri membidas kata-kata gadis terebut, kereta itu sudah pun berlalu pergi. 

 

"Kurang ajar punya Queenka! Go die lahhh!!" jerit Hyeri sekuat hati. Dengan geram dia melangkah ke kelasnya. Terkejut dia melihat Luhan yang sedang duduk di tempatnya, dikelilingi gadis-gadis dari kelasnya. 

 

"Hyeriiiii.." panggil Luhan sebaik sahaja dia melihat Hyeri. Hyeri melihat sekelilingnya. Semua fans Luhan disitu sudah mula menjeling Hyeri yang sekarang berdiri dihadapan tempat duduknya. Air liur yang ditelan terasa kesat melihat peminat Luhan yang menjelingnya sebegitu. Tetapi digagahkan jua diri itu untuk menghadapinya. Pantas dia menolak Luhan ketepi lalu melabuhkan punggung di kerusinya. 

 

"Nak apa?" soalnya kasar. Dia tengah tiada mood sekarang ini. Ikutkan hati memang dia tidak mahu melayan jejaka yang kini berada di hadapannya itu.

 

"Kau tau tak Hyeri, sebenarnya kan.. Kau tau kan, aku ni seorang playboy?" Hyeri mengangguk mendengar soalan itu. Sejurus kemudian Lu Han menyambung. "Dan biasanya perempuan yang datang dekat aku,dan aku cuma menerima? Kau faham kan maksud aku?" Hyeri mengangguk lagi. Nafas diambil sedalam yang mungkin. "Dan mereka tertarik disebabkan kekacakan aku." Hyeri mula membuat aksi hendak muntah, lalu dengan pantas Luhan menepuk mejanya, membuatkan gadis tersebut tersentak. "Itu fakta okey." sela Luhan. Hyeri hanya mencebik. 

 

"Jadi aku nak minta tolong kau.. Kau.. Kau kena tolong aku gak! Walau apa pun yang terjadi!" Hyeri mengangkat keningnya, diiringi riak bosan. Lalu dia hanya menunggu Luhan meneruskan kata-katanya. "Aku nak pikat seorang budak perempuan yang baru masuk sekolah ni. Kau tau? Aku pelik betul dengan dia. Dia tak perasan ke kat aku yang hensem comel molek ni jalan sebelah dia tadi?? Huhu. Hyeri, kau kena tolong aku gak, no objection! Sebab kau dah bersetuju tadi!" tiba-tiba sahaja cara percakapan Luhan berubah. Laju tangannya memegang kedua bahu Hyeri sambil merenung tepat kearah anak matanya. Melihatkan itu, fans disitu mula naik gila. Seorang yang memegang gelaran 'king of the year' atau lebih dikenali sebagai 'kingka' , dengan nerd. Weh.. bagai langit dengan bumi.

 

Hyeri cuba mengimbas kembali. Oh, fikirannya berkenaan Luhan sudah hilang. Beberapa ketika kemudian dia teringat akan gadis yang berjalan bersama Luhan pagi tadi. No, sebentar tadi. Gadis itu. Sepertinya pernah dilihat. Oh iya! Itu adalah satu-satunya perempuan yang dia paling benci. Kerana apa? Gadis itu merupakan classmate nya dahulu, merangkap kawan baiknya dahulu. Tetapi.. Hyeri melepaskan satu keluhan kecil sebelum dia berbicara. 

 

"Malaslah weh. Kau kan dah pandai bab bab macamni. Sebab kau comel plus hensem gila nak mampus tu lah kau ramai peminat." ujar Hyeri dengan nada malas. Bayangkan. Seorang playboy meminta tolong seorang nerd sepertinya.. Hello.. Paling-paling lagi gadis itu adalah bekas sahabatnya. Luhan mencebik lalu membuat muka hampa. 

 

"Tapi Hyeri.. Pleaselah.. Kau kan kawan aku.. Lagipun kau dah janji tadi.." Luhan membuat muka sedih. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Hyeri mengeluh lagi. 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayla_Qistina
ahaha.. mianhae!!! sebenarnya.. idea tuh semua hilang!! eottokhe?? ya Allah!! HILANG SEMUA IDEA TUH!!! bila nk tulis balik.. blank.. omo!!

Comments

You must be logged in to comment
syasyumilaimzamani #1
Chapter 7: x sbrnya nk tggu chapter strusnya
NizNisrina12 #2
Chapter 7: haha.. lawaknya..
emelynadya #3
Nak tnya sikit bleh??
Sbnarnya gmbar yg Jung Hyeri 'oc' guna tu nama sbnar dia tu apa??
Hrap awk bleh jwab :’-(..
emelynadya #4
Chapter 6: Update soon please!! ;)
tyra01 #5
Chapter 8: Update soon plzz.....
girlzpeace #6
Chapter 8: Daebak!! Update soon...update soon.....update soon!! Hwaiting..
jadoo98 #7
Chapter 6: Chapter 6 : Update soon...best cite ni,update lagi...nak bca lagi tak hbs lagi cite ni
FatinHumairah_
#8
Chapter 5: Chingu ku~ Daebak. Daebak. Daebak. Nk nangis pn ade aq bca. >< xD
JeonAra #9
Chapter 6: Daebak!!! Best giler2 ff ni !!!
ChanBaekLu #10
Chapter 6: Update soon eonnie.....this story is really really amazing!!!!!