chap 16

My Crush Is Mr.D.Oughnot

“nah..saya dah cuci”.Ujar Yebin sambil menghulurkan jaket tersebut dipagi hari.Kyungsoo mengangkat keningnya.

 

“hah?cuci?busuk..sangat ke?”.soal Kyungsoo sambil memeluk tubuhnya dan mengambil jaket tersebut.Yebin menggeleng kepala menidakkannya sambil tersengih.

 

“tak..wangi gila…kalau boleh aku nak simpan buat kenangan..tapi..nanti kau ingat aku ni sasaeng pula”.Yebin nak beritahu macam tu dekat Kyungsoo tapi.Gila nak cakap macam tu?.

 

“ermm..yelah..sebab saya guna semalam..takut awak tak suka..yep..”.Yebin menganggukkan kepala.Macam pelik apa yang dia fikirkan.

 

Kyungsoo anggukkan kepala.

 

“baguslah..anyway..ni Donghae punya..yang bekerja dekat kedai appa aku juga”.Jelas Kyungsoo.

 

“wut??buat penat aku tidur dengan jaket tu”.Yebin berbisik didalam hati.Kepalanya dah berasap marah namun dia hanya mengukirkan senyuman senget yang tak berapa ikhlas.

 

“haha..takpelah..saya nak pergi..letak basikal dekat bengkel basikal”.Yebin melambai-lambai tangannya.Kyungsoo berjalan pergi.Matanya memandang buku nota kecil yang penuh dengan tulisan.Yebin mengeluh kasar dan meraup wajahnya.Jaket Donghae?seriously?.

 

“wahwahwah!ada orang buat cerita ala-ala ariana rose weh..kehkehkeh”.Bomi ketawa terkekek-kekek.Sengaja usik Yebin.Merahlah muka jawabnya.

 

“a’ah..tak pun The Heirs..fuhh..dahsyat betul”.Hyeri pula menambah.Kalau Yebin ni nasi,diorang berdua ni perencah.Tak lengkap kalau tak berkoleberasi.

 

“ah!tak habis-habis usik aku..just wait”.Yebin menjelir lidahnya.

 

“ceh..merajuklah orang tua ni”.Bomi menepuk bahu Yebin sambil ketawa.

 

 

 

 


 

 

 

 

“oppa..oppa tak nak ke balik rumah omma dengan appa oppa?”.Soal Yonri sambil berdiri dihadapan meja Luhan.Luhan mengangkat wajah dan menongkat dagu.Matanya berat dan air mineral dideguk.

 

“aku rasa..nak tundakan pertunangan aku dengan Yebin”.ujar Luhan sambil menyandar pada kerusi.Terbulat mata Yonri sambil bermain dengan hujung rambutnya.

 

“Jeongmallyo?jinjjayo!?”.

 

Luhan mengeluh kasar dan melihat kearah cermin.Dapat dilihat dari situ awan dan pokok yang besar yang meneduh kawasan sekolah.Matanya memandang Yonri sekilas yang menahan senyuman.

 

“a’ah”.Luhan menjawab malas.

 

“waeyo?omma tak berkenan dia ke?”.soal Yonri bersemangat.Pantas dia mengambil kerusi dan melabuhkan punggung diatasnya.Tak kira tempat siapa atau apa.

 

“takdelah…aku Cuma..tak nak buat Yebin tak selesa..aku rasa benda ni terlalu sudden untuk dia..”.

 

“yelah oppa..macam sudden attack!kwang!”.

 

Luhan menggeleng kepala.

 

“kau kan kelas lain…apasal datang sini ni?tak ada kawan ke?”.soal Luhan.Yonri mencebik bibir.Dia tak perlukan kawan perempuan.Dia hanya perlukan Luhan.Sejak dari kecil pun dah begitu.

 

“arrasso oppa..Yonri nak masuk kelaslah ni!”.Yonri sengaja berjalan dengan ala menghentak kaki.Tanda protes mungkin.

 

 

 


 

 

 

Yebin menutup mulutnya kerana batuk beberapa kali.Tekaknya tidak berapa selesa.Badannya tidak selesa.Akhirnya dia meletak kepalanya diatas pencil box diatas meja.Matanya dipejam rapat.Macam nak demam aja.Mungkin sebab semalam kot.Yebin melihat jam.Baru pukul 10 pagi.Ah,lagi 6 jam sekolah nak habis.

 

Beberapa minit kemudian,Kyungsoo muncul dengan headphone dikepalanya.Dia ralit mendengar lagu B.A.P 1004.Dia memerhati Yebin yang terkulai atas meja seperti tiada tenaga dan lemah.

 

“kenapa tu?”.Bisik Kyungsoo didalam hati.Dia berjalan ke tempat duduknya dan meletakkan susu strawberry diatas meja.Dia hanya memerhati Yebin tanpa bersuara.Dia bangkit bangun dan mengambil susu tersebut namun pintu kelas tiba-tiba dibuka.

 

“Yebin-ah”.Luhan tersenyum sambil berjalan kearah Yebin.Pantas kepala Yebin diangkat apabila mendengar namanya dipanggil.

 

Kyungsoo menggenggam erat susu tersebut dan berjalan menuju ke tingkap didalam kelas.Luhan hanya memerhati Kyungsoo seketika kemudian perhatiannya beralih kearah Yebin semula.

 

“gwenchana?waegure?”.soal Luhan.Tangannya spontan menyentuh dahi Yebin namun Yebin pantas mengundurkan kepalanya.

 

“panaslah!awak demam ni!”.Ujar Luhan cemas.

 

“gwenchana..tak payahlah kecoh-kecoh”.Ujar Yebin sambil cuba tersenyum.Kalau tak,Luhan tak percaya.Lagipun dia tiada kudrat nak bertekak dengan Luhan sekarang.

 

“jom..pergi bilik rawatan”.

 

“takpelah..aku pergi basuh muka”.Yebin berjalan pergi dan membuka pintu kelas.Luhan pula hanya memerhati Kyungsoo yang juga memandangnya.Kini mata mereka bertembung.

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Yebin berjalan keluar dari kelas.Dia memegang kepalanya.Pening dan sakit.Dia hilang keseimbangan badannya.Kemudian Luhan cepat-cepat memegang Yebin erat.

 

“okay tak ni?nanti pengsan kan”.Ujar Luhan prihatin.

 

“okay”.Yebin memejam matanya menahan sakit.

 

Tiba-tiba Luhan memegang bahu Yebin dan mendukungnya.

 

“eh..apa kau buat ni!malulah”.Yebin mengerutkan dahi dan mencebik bibir.

 

“shh..kalau pengsan..lagi teruk..kalau tak nak malu..buat-buat pengsan..tutup mata tu..taklah malu sangat”.Cadang Luhan dengan idea peliknya.

 

“ish..yelah-yelah..kalau aku suruh kau berhenti dukung bukan kau nak dengar …kan?”.

 

Luhan anggukkan kepala.Terpaksalah Yebin akur cadangan Luhan buat-buat pengsan.Tidak lama kemudian dapat dilihat beberapa suara berteriak macam kena hysteria.Duh,malunya.

 

“oppa?”.Yonri mengerutkan dahi melihat Luhan yang sedang mendukung Yebin.Bibirnya diketap.

 

“perempuan tak guna….menyampah aku tengok”.Yonri berjalan pergi.Buat sakit hati dia tengok semua itu.

 

 

 


 

 

 

Yonri berjalan ditepi bangunan sambil menyepak-nyepak pasir dengan geram.Kenapa Yebin dapat mencuri perhatian Luhan?sedangkan dia?bertahun-tahun cuba mencuri hati Luhan namun tetap tak dapat.Apa yang istimewa sangat?.Yonri mengetap giginya.Dia mengeluarkan phonenya.Dia melihat gambar dia dan Luhan.Mahu aja dia beritahu satu dunia supaya jangan rapat dengan Luhan dan Luhan miliknya seorang.

 

Yonri terpandang ketingkat atas.Dia melihat wajah tersebut.Wajah yang dia pernah lihat.Yonri mengerutkan dahi dan mengurut dagu.

 

“bukan mamat hari tu ke?yang dekat kedai tu?”.Yonri menyoal dirinya sendiri.Dia mengamati wajah Kyungsoo yang sedang berada ditepi tingkap.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 35: Update,citer nim mmg daebak!!
Didie_BTS #2
Chapter 35: Update!! Citer akak always be the best for meee ^-^
SyiqaYeollie
#3
Chapter 35: update soon!!!!
ExoLoveable
#4
Update soon yeaaaa awak !!!!
zssssup #5
Chapter 35: update soon
_kimseokjin #6
Chapter 35: update please
kyunnie96
#7
Chapter 35: Huuu T.T update update ....
AuziSalsabila #8
Chapter 35: Author-nim...jebal~~~palli2 update...
kimseokjin_ #9
Chapter 35: please update soon
kimseokjin_ #10
Chapter 35: i hope that you will update soon