chap 15

My Crush Is Mr.D.Oughnot

Kyungsoo merenung mata Yonri yang kelihatan agak takut dan resah.Kemudian Yonri cuba sekuat hati untuk melepaskan dirinya.

 

"lepaskan..kenapa kau sibuk sangat hal dia??aku tak fahamlah..Luhan Oppalah..semua orang..sekarang kau?kenapa..kau nak pukul aku??ataupun kau suka dia?".

 

Bunyi loceng kedai berbunyi.Kyungsoo dan Yonri sama-sama memandang siapa yang datang bertandang ketika atmosphere agak tak berapa nak bagus.

 

"hi..err..kedai dah tutup ke?".soal Yebin sambil tersengih kelat.

 

Kyungsoo melepaskan tangan Yonri dan berdehem.

 

"dah nak tutup dah...tapi..kalau nak beli..boleh aja".Ujar Kyungsoo.Yebin anggukkan kepala.Dia terus menuju kerak roti.

 

"kita belum selesai".ujar Kyungsoo.Yonri menjeling dan cepat-cepat keluar dari kedai.

 

"apa yang belum selesai..?".Yebin berbisik sendiri.Matanya sibuk memilih roti tapi fikirannya sibuk memikirkan tentang Kyungsoo dan Yonri.

 

"diorang couple ke...eh..tak mungkinlah..Yonri kan suka bagai nak rak dekat Luhan".Yebin bermonolog sendiri sambil mengurut dagu.

 

Kyungsoo memandang Yebin sekilas lalu mengeluh kasar dan meraup rambutnya.

 

"saya nak beli ni".

 

"ambil jelah free".

 

"hah?".Yebin mengerutkan dahi.

 

"apa hah?hah?".Kyungsoo berdiri dari kerusi.Mukanya nampak berserabut.Takut Yebin dibuatnya.

 

"kenapa ..free?".Soal Yebin.Matanya tidak berkelip memandang Kyungsoo.

 

"roti kau pegang tu..yang semalam punya..ambil jelah free..lagipun kedai nak tutup dah ni".Jelas Kyungsoo.Yebin tersengih senget dan anggukkan kepala.

 

"o..okay..thanks..byebye!".Yebin tersengih dan berjalan pergi keluar dari kedai.

 

Baru dua langkah berjalan keluar tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Yebin mengeluh.Macam mana nak balik?Payung tak bawa apa.Bagus.

 

Beberapa minit kemudian Kyungsoo keluar dari kedai dengan mengunci pintu dan menggalas beg bewarna merah.Payung ditangannya dibuka.

 

"tak balik lagi?".soal Kyungsoo.

 

"hu...hujan".Yebin anggukkan kepala.Melihat Kyungsoo sekilas dia menundukkan kepalanya melihat jalan yang dibasahi hujan.

 

Kyungsoo tak menjawab apa-apa.Dia hanya berlalu pergi tanpa bersuara.Yebin hanya mampu melihat Kyungsoo berjalan pergi dengan berpayung dalam hujan yang semakin lama tidak dapat dilihat kerana sudah jauh.

 

"aish..aku ingatkan dia nak payungkan aku sekali...huhmm..bertapa disinilah aku sampai hujan berhenti".Yebin menggeleng kepala.Tiba-tiba Yebin tersenyum.Teringat kali pertama dia ke kedai ini.Waktu itu pun hujan.Yebin menggeleng kepala.

 

Pong!pong!

 

Tiba-tiba bunyi  hon kereta mengejutkan khayalan Yebin.Pintu kereta dibuka.Seorang lelaki berumur lebih kurang awal 30-an keluar dari kereta dengan berpayung.Yebin meneguk air liur.Kenapa pula ni?.

 

"hi dik..sorang aja ke?".Soal lelaki tersebut sambil pandang Yebin atas bawah.

 

Yebin menjebihkan bibir dan berpaling kebelakang.Tak nak dia layan.Dahlah dia takut sorangs-sorang macam ni!.

 

"dik...oppa tanya ni". *ceh..adik lepastu oppa pula...konpius aku*.

 

"ye saya sorang..encik nak apa?sesat?".soal Yebin.Tak semena-mena berhenti depan Yebin soal macam tu.Pelik kan?.

 

Lelaki tersebut dan memegang lehernya dan menggigit bibir bahagian bawahnya.

 

"nak oppa tumpangkan?lagipun hujan lebat ni".

 

"takpelah..saya boleh tunggu..encik pergilah".Ujar Yebin.Dia cuba menjarakkan dirinya.

 

"marilah".Lelaki tersebut menyentuh bahu Yebin sambil tersenyum.Ahhhh!!.

 

"yah!hentikanlah!".Yebin memukul lelaki tersebut dengan beg sandangnya.Namun lelaki tersebut menjadi lebih kasar dan menarik Yebin.

 

"yahhhh!!lepa..hmmm!hmm!".Mulut Yebin ditekup.Dia diheret masuk kedalam perut kereta.

 

 

 

 


 

 

 

 

Kyungsoo menggaru kepalanya.Rasa bersalah mulai timbul dalam dirinya.Dia menggigit jarinya.

 

"takpe ke aku tingggalkan minah tu dekat situ??".soal Kyungsoo sendiri.

 

"tapi payung ni kan kecik..nak ke dia berpayung dengan aku??mesti tak selesa..kecik nak mampus kut".Kyungsoo menggeleng kepalanya.Tiba-tiba sebuah kereta hitam melintasi Kyungsoo.Dia melihat kain bewarna biru muda terselit pada pintu kereta tersebut.

 

"macam kain Yebin..tapi...ye ke?".Kyungsoo mengerutkan dahi.Kyungsoo mengamati betul-betul cermin kereta.Dia melihat Yebin yang menepuk-nepuk cermin kereta.

 

Kyungsoo termangu.Dia melepaskan payungnya dan berlari mengejar kereta tersebut.

 

 

 

 

 


 

 

 

Yebin sampai disebuah destinasi yang tidak dikenalinya.Yebin hanya rasa takut dan sejuk.Lelaki tadi berpaling kebelakang dan tersenyum sehingga menunjukkan sebaris gigi putihnya.

 

"apa encik nak buat ni hah!".Yebin menjerkah lelaki tersebut apabila dia bermain-main dengan hujung rambut Yebin.

 

"senyap!senyap!".

 

"encik!lepaskan saya!!".

 

 

 

Kyungsoo termengah-mengah dan meraup rambutnya.Badannya dah basah kuyup dan dia dah hilang jejak kereta tadi.

 

"mana kereta tadi pergi...tak guna!".Kyungsoo merengus kasar.

 

Tidak lama kemudian ada sebuah lori yang lalu dan cahaya hadapannya menyinari sebuah semak dan Kyungsoo melihat kereta hitam tadi disebalik semak itu.Pantas kaki Kyungsoo berlari.

 

Betul,memang kereta hitam tadi.Kyungsoo lihat figura hitam didalam kereta.Kyungsoo mengerutkan dahi.Pantas tangannya mengambil kayu yang sepanjang satu depan dan menghentak cermin kereta sehingga pecah.

 

"woi budak!".Lelaki tersebut mencerlung matanya pada Kyungsoo.

 

Kyungsoo membuka pintu kereta dan menarik lelaki tadi keluar dan menyepak perut lelaki tersebut sehingga jatuh terlentang.

 

"aish!little brat!".

 

Satu penumbuk tepat pada pipi Kyungsoo.Kyungsoo jatuh diatas tanah dan cuba bangkit.Lelaki tadi meludah dan kayu tadi dicapai oleh Kyungsoo terus dipukul lelaki tadi bertubi-tubi.Yebin hanya terkebil-kebil didalam kereta memerhatikannya.

 

"uhuk!huk!".Lelaki tadi memegang perutnya lalu berlari pergi.Kyungsoo mahu mengejarnya tapi dia memandang Yebin didalam kereta yang masih terkejut.

 

"gwenchana?"Kyungsoo memasukkan kepalanya didalam kereta dengan mendadak dan membuatkan Yebin sedikit terkejut.Yebin memeluk badannya disebabkan badannya basah kuyup.Dahlah dia pakai kemeja putih.Kyungsoo membuka beg galasnya dan menghulurkan sehelai jaket hitam.

 

"nah..pakai..".Yebin mencapainya dan menyarungnya.Kyungsoo menahan ketawa kerana jaket tersebut terlalu besar untuk Yebin.

 

Yebin perlahan-lahan berjalan keluar dari kereta.Hujan pun dah serik.

 

"go..gomawoyo..".Ujar Yebin dengan terketar-ketar.

 

Kyungsoo hanya menjeling sekilas.

 

"jap..pipi awak terlukalah!".Ujar Yebin sambil menekup mulut.

 

"yang terkejut sangat kenapa?".soal Kyungsoo.Yebin mengeluarkan plaster dari kocek kainnya dan menampal perlahan-lahan pada pipi Kyungsoo.

 

"er..plaster tu..lembab sikit".

 

Kyungsoo menyentuh plaster tersebut dan berjalan pergi.

 

Beberapa saat kemudian Kyungsoo berpaling kebelakang melihat Yebin yang sedang menundukkan kepalanya tidak berganjak.

 

"nak duduk tercegat dekat situ aja ke?".soal Kyungsoo.

 

"hah?".Yebin tercengang.

 

"meh aku hantar..bahaya..nanti kena macam tadi pula..macam mana?"soal Kyungsoo sambil berpusing kehadapan dan memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

 

"oh...okey".Yebin tersenyum gembira dan berjalan disebelah Kyungsoo.

 

"jauh sikit..kau buat aku tak selesa".

 

"yeee".Yebin mencebik bibir.Banyak songeh betul.

 

"kau ni..tak berhati-hati betul..kau memang suka ek kena macam tu?".

 

Yebin mencerlung mata kearah Kyungsoo. "mana ada!lagipun..kalau awak tak ajak saya awal-awal tadi mesti tak jadi macam ni".Yebin mencebik bibir.

 

"aku punya payung kecik aja..takkan kita nak berjalan berdua kut dengan payung camtu".

 

"kalau ya pun kenapa?".Bisik Yebin didalam hati.

 

"kenapa awak tolong saya tadi?".Yebin memandang wajah Kyungsoo dari sisi.Menanti jawapan dari bibir Kyungsoo.

 

"kau kan classmate aku..mestilah aku tolong".

 

Yebin berpaling kearah kiri dan membebel sendiri.Setakat classmate aja?tak lebih dari tu?.Takpelah,bersyukur patutnya.

 

 

10 minit berjalan akhirnya sampai.Yebin memandang Kyungsoo dan tersenyum.

 

"terima kasih..jaket ni..?".

 

"esoklah".Kyungsoo berjalan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal atau apa-apa.Yebin menggeleng kepala.Tak paham dia dibuatnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 35: Update,citer nim mmg daebak!!
Didie_BTS #2
Chapter 35: Update!! Citer akak always be the best for meee ^-^
SyiqaYeollie
#3
Chapter 35: update soon!!!!
ExoLoveable
#4
Update soon yeaaaa awak !!!!
zssssup #5
Chapter 35: update soon
_kimseokjin #6
Chapter 35: update please
kyunnie96
#7
Chapter 35: Huuu T.T update update ....
AuziSalsabila #8
Chapter 35: Author-nim...jebal~~~palli2 update...
kimseokjin_ #9
Chapter 35: please update soon
kimseokjin_ #10
Chapter 35: i hope that you will update soon