Chapter 5

Between Fate And Destiny

 

 

Sarang dibawa masuk ke dalam rumah agam itu diiringi oleh seorang pembantu rumah wanita. Kekok betul Sarang nak masuk. Ye la, selama ni mana dia pernah masuk rumah besar macam ni. Kalau nak dibandingkan dengan rumah dia, rumah ni 10x ganda lebih besar dari rumah dia. Terasa kerdil pulak Sarang bila ada dalam rumah ni.

 

"Cik... sila lah ke ruang tamu. Semuanya sedang menunggu di sana" ujar pembantu rumah tadi kepada Sarang. Sarang mengangguk perlahan. 

"Baiklah.. Kamsahamnida" Sarang menundukkan sedikit kepalanya. Kemudian dia bergerak menghampiri ruang tamu rumah tersebut.

 

 


 

 

Puan Oh, Encik Oh, Puan Song, Encik Song bersama Sehun dan Ryuna sedang menunggu kedatangan seseorang di ruang tamu. 

 

"Siapa yang awak bawa ni yeobo?" tanya Puan Song kepada Encik Song. Encik Song hanya tersenyum dan berdiam diri. Naik pelik Puan Song tengok.

"Papa.... siapa tetamu kita?" Ryuna yang dari tadi senyap segera bersuara. Encik Song masih lagi dengan reaksi sebegitu.

"Adala...sabar ye~" Encik Song tersenyum pebuh makna.

"Papa...." ujar Ryuna lagi.

"Sayang, sudah lah tu. Tak baik tahu lawan cakap papa" Sehun menggosok pergelangan tangan Ryuna sambil tersenyum. Ryuna mengeluh perlahan. Oh, lupa nak cerita. Sehun dah mula buka kan hati dia untuk Ryuna. Selepas dia jumpa dengan Sarang hari tu, dia dah mula boleh lupakan Sarang dan mula mencintai Ryuna. Hubungan mereka pun jadi bertambah baik. Back to story. 

"Saya tak sabar betul ni....." Puan Oh menepuk tanagnnya perlahan.

 

"An..anyeonghasimnika" 

 

Satu suara kedengaran. Pantas semuanya yang berada di ruang tamu itu memalingkan muka mereka ke belakang. Semuanya terkejut apabila melihat wajah tuan empunya suara kecuali Encik Song. Dia hanya tersenyum.

 

"Sa..Sarang.." ujar Sehun. Sarang terkejut melihat Sehun. Dalam pada itu, dia bersyukur apabila melihat Sehun memegang tangan Ryuna. Itu bermaksud Sehun sudah boleh membuka hatinya untuk Ryuna.

 

"Ye saya...." Ryuna tersenyum kelat. Puan Oh sedaya upaya cuba menahan amarahnya. Mukanya sudah bertukar warna. Dari putih ke merah menyala. Puan Oh segera bergerak menghampiri Sarang dan merentap tangan sarang. Sarang mengaduh kesakitan. Semua yang berada di situ terkejut melihat tindakan on-the-spot dari Puan Oh. 

 

"Kenapa kau datang hah ? Nak rosakkan hubungan Sehun dan isteri dia ke ? Tak puas lagi ke selama ni kau bawa malang dalam keluarga aku ni Perempuan !" Puan Oh menegking Sarang. Sarang tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menitiskan air mata. Bukan niat dia datang sini ingin merosakkan hubungan Sehun dan Ryuna. Dia hanya dijemput untuk makan tengah hari sahaja. Kalau lah ni tujuan asal dia dijemput datang sini, memang Sarang tak hadap langsung nak masuk rumah besar ni.

"S..saya...saya" ujar Sarang terketar-ketar. Takut dengan pandangan maut dari Puan Oh.

"Kau apa ?!?!" Paun Oh meninggikan suaranya.

 

"Mama..." Sehun memegang lembut bahu mamanya. Puan Oh menjeling tajam ke arah Sehun membuatkan jejaka itu kembali mengundur ke belakang.

 

"Kau tengok tu. Belum apa-apa lagi, si Sehun dah bela kau ! apa yang kau bagi makan kat anak aku hah? Sampai dia ikut betul telunjuk kau ! Kau bomohkan anak aku ke betina !!" Puan Oh bersedia untuk mendaratkan tapak tangannya ke pipi kanan Sarang. Sarang hanya memejamkan matanya. Semua orang terkejut melihat tindakan Puan Oh yang melulu itu.

 

"Berhenti !" 

 

Encik Song menahan tangan Puan Oh dari mendarat di pipi Sarang. Puan Oh sedikit tersentak dengan tindakan Encik Song. Mukanya merah menahan geram. Sarang membuka matanya perlahan-lahan. Takut dengan semua ni. Sebab dia, keluarga ni jadi macam ni. Encik Song menarik lembut tangan Sarang dan memegangnya erat. 

 

"Jangan berani sakiti ANAK KANDUNG saya Puan Oh" Encik Song memandang dalam anak mata Puan Oh. Semua yang berada di situ terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Encik Song termasuklan Sarang yang berada di belakang Encik Oh. Anak kandung~ ?

 

"An..anak kandung?" soal Puan Oh tersekat-sekat. 

"Ye. Im Sa Rang sebenarnya ialah Song Sa Rang, anak kandung saya dan ADIK KEMBAR Song Ryu Na" Encik Song menekankan perkataan 'kembar'. Terkelu lidah Puan Oh mendengarnya. Dia menundukkan kepalanya.

 

"Apa semua ni yeobo?" Puan Song mendekati Encik Song. 

"Sayang... maafkan abang sebab dah bohong sayang. Anak kita yang satu lagi sebenarnya tak pernah meninggal." ujar Encik Song sambil menundukkan kepalanya. Pada sat itu juga, air mata Puan Song keluar laju.

"Kenapa yeobo...kenapa awak bohong saya?" Puan Song memegang dadanya. Dia jatuh terduduk di atas sofa.

"Maafkan saya..." Encik Song duduk di sebelah Puan Oh dan memeluk erat isterinya.

 

"Sarang...anak kandung papa? Jadi dia adik ipar Sehun?" Sehun yang tadinya diam terus bersuara.

"Betul ke papa?" kali ini Ryuna pula bersuara. Air matanya menitis laju. Dia menyandarkan kepalanya ke dada Sehun. Sehun memeluk erat bahu Ryuna.

 

Encik Song memandang sayu ke arah anak dan menantunya. Perlahan-lahan kepalanya diangguk. Sarang yang melihat kejadian ini semacam tak percaya. Mimpi kah dia?

 

"Jadi...saya..saya...anak kandung papa dan mama?" soal Sarang lagi. Puan dan Encik Song menaikkan muka mereka. 

"Ya sayang. Kamu anak papa" Encik Song menarik lembut tangan Sarang dan menyebabkan Sarang bergerak ke depan sedikit. 

"Sarang sayang...mari pada mama" Puan Song bangun dan memeluk erat anak kandungnya yang sudah lama menghilang. Betapa dia rindu akan anak kandungnya. Patut lah ketika Puan Song dan Sarang pertama kali berjumpa, macam ada tarikan magnet je yang menarik Puan Song untuk terus rapat dengan Sarang. Rupa-rupanya Sarang ni anak kandung Puan Song.

"Ma...mama" Sarang menitiskan air matanya. Dia membalas pelukan Puan Song. Pelukan mereka sangat erat. Encik Song yang memandangnya hanya tersenyum. 

 

"S..sarang~" Puan Oh memanggil Sarang. Pelukan Sarang dan mamanya terlerai untuk seketika. Sarang mengelap air matanya. Dia berpusing ke arah Puan Oh dan tersenyum manis.

"Ya...." ujar Sarang sepatah. Puan Oh perlahan-lahan bergerak menghampiri Sarang dan menarik Sarang ke dalam pelukannya. Sarang sedikit terkejut dengan tindakan Puan Oh.

"Maafkan auntie Sarang. Auntie tak tahu yang kamu ni anak kawan baik auntie. Maafkan auntie sebab dah berlaku kasar terhadap kamu Sarang" Puan Oh mengeratkan lagi pelukannya. Sarang tersenyum kecil dan menggosok lembut belakang badan Puan Oh.

"Tak perlu minta maaf auntie. Bukan salah auntie pun. Sarang pun dah lama maafkan auntie." Pelukan Sarang dan Puan Oh terlerai. Ketawa mereka bersatu. Puan Oh tersenyum memandang Sarang. Rambut Sarang dibelai lembut. Sarang membalas senyuman Puan Oh.

 

 


 

Keluarga Oh dan keluarga Song sedang berkumpul di ruang tamu. Sarang sayik berkepit aja dengan mamanya. Ye la, lama tak juma kan. Bukannya lama. Memang tak pernah jumpa pun !

 

"Gembira saya bila tengok semuanya dah macam ni...." Puan Oh tersenyum manis. Yang lain hanya mengangguk.

"Ya....hahaha. Baru lah saya rasa complete bila semuanya berkumpul. Dengan adanya Sarang lagi. Tak senyi lah saya lepas ni. Kakaknya dah kahwin, kena layan suami. Jadi Sarang boleh lah temankan saya. Haha" Puan Song membuat lawak yang tak berapa nak jadi sangat. Yang lainnya hanya ketawa.

 

"Ah ! Encik Song... macam mana yeobo boleh tahu yang Sarang ni anak kandung awak?" Soal Encik Oh yang baru muncul entah dari mana. Encik Song hanya ketawa kecil.

"Melalui rantai yang Sarang pakai. Ryuna juga ada rantai tu. Ingat tak sayang?" Soal Encik Song kepada Puan Song. Puan Song tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Ryuna dan Sarang segera memegang rantai masing-masing. Memang sama. 

"Macam mana Sarang boleh hilang waktu kecil dulu yeobo?" Tanya Puan Song kepada suaminya. 

 

"Sebenarnya........"

 

 

"Sayang papa...... kamu nak jalan-jalan ye?" Encik Song tersenyum ke arah Sarang. 

"Aiiihikhih" Sarang mengumam sesuatu yang tidak difahami oleh Encik Song. Encik Song ketawa geli hati.

"Sayang.... saya bawa Sarang jalan-jalan dulu ye. Ryuna dah siap ke belum?" tanya Encik Song.

"Awak bawalah Sarang pergi dulu. Ryuna masih menyusu ni." Puan Song tersenyum ke arah Encik Song. Encik Song menganggukkan kepalanya.

"Saya keluar dulu ye. Jaga diri" Encik Song keluar dari bilik dengan membawa Sarang.

 

- Di Taman - 

 

"Sayang papa..sayang papa... tengok tu. Cantikkan bunga tu? Nanti besar, papa nak Sarang jadi macam bunga tu. Sentiasa ceria walau dalam apa-apa keadaan sekali pun. Jangan pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik ! Sarang anak yang cantik.. Sarang anak yang baik.. Sarang anak yang cerdik.. Sarang anak yang comel. Papa sayang Sarang~" Encik Song mencium pipi Sarang lembut. Sarang ketawa kecil comel. Encik Song tersenyum melihat Sarang.

 

"Woii !!" satu suara yang tidak dikenali oleh Encik Song memanggilnya. Encik Song memusingkan kepalanya ke belakang. Terkejut dia melihat kawan lamanya.

 

"Gong Ju.." ujar Encik Song.

"Hahaha... baguslah kalau kau masih ingat lagi aku !" lelaki yang digelar Gong Ju itu ketawa jahat.

"Ap..apa kau buat kat sini? Bukan sepatutnya kau dekat penjara ke?" Soal Encik Song gagap-gagap.

"Aku lari dari tempat Si*l tu ! Hidup kat situ bukan dengan kesalahan yang aku buat sangat tak adil !!" Gong Ju meludah di kasut Encik Song.

"Ap..apa yang k..kau nak?" Encik Song bergerak ke belakang sedikit.

"Aku nak kau rasa apa yang aku rasa !" Gong Ju mengeluarkan sebilah pisau dari dalam poket seluarnya. Membuntang mata Encik Song. Dah la sekarang ni dia sedang memegang Sarang. Mahunya jadi apa-apa kepada bayi ni. Memang dia tak dapat nak maafkan diri dia. Sarang menangis kuat.

"Tak Gong Ju... aku ada anak ni. Tolonglah...." Encik Song merayu kepada Gong Ju. Gong Ju tersenyum sinis.

"So, kau dah ada anak dengan dia huh ?!?! Kau memang tak guna ! Kau sumbat aku dalam penjara atas kesalahan yang kau buat. Lepas tu kau ambil perempuan yang aku cinta. Kau dengan anak tu mesti mati !" Gong Ju mendekati Encik Song dan melayang kan pisau tadi di hadapan muka Encik Song. Encik Song membuka langkahnya dan berlari dari situ.

 

"Tunggu !!" Gong Ju mengejar Encik Song.

 

------------------

Encik Song masuk ke dalam sebuah lorong kecil. Nafasnya turun naik. Sarang yang beada di tangannya sudah tertidur mulus. Encik Song memandang ke arah bayinya.

 

"Papa mesti selamatkan kamu sayang" Encik Song cuba mencari tempat persembunyian untuk Sarang. Dia menjumpai sebuah kotak. Encik Song mengambil kotak tersebut dan meletakkan Sarang di dalamnya. Dia memandang Sarang sayu. Air matanya menitis. Sarang masih lagi tidur.

 

"Maafkan papa. Tunggu papa jemput kamu ye Sarang.Sekejap je lagi. Papa janji ! Saranghae~ " Encik Song mencium dahi bayinya. Kotak itu diletakkan di hadapan sebuah rumah yang ada di lorong itu. Encik Song memandang sayu kotak itu.

 

"Tunggu !!" Gong Ju memasuki lorong itu. Encik Song segera membuka langkah dan berlari dari situ. Gong Ju berlari melepasi kotak yang Sarang duduki(?) . Encik Song sedaya-upaya cuba berlari dari Gong Ju.

 

- Beberapa minit kemudian -

 

Encik Song kembali ke tempat di mana Sarang diletakkan. Luruh hatinya apa bila dia melihat kotak yang Sarang duduki(?) hilang dari tempat yang sepatutnya. Encik Song mencari-cari kotak tersebut. Puas dia mencari tetapi masih tak jumpa.

 

"Tuhan..... mana anak aku? Sarang.....mianhae" Encik Song jatuh terduduk di atas jalan raya. 

 

 

 

"Macam tu lah ceritanya...." ujar Encik Song panjang lebar. 

 

"Sarang~" Ryuna memanggil Sarang. Sarang memandang ke arah Ryuna. Mereka bangun bersama-sama. Ryuna dan Sarang bergerak mendekati diri masing-masing. Pergerakan mereka terhenti apabila Sarang ditarik ke dalam pelukan Ryuna. Sarang dan Ryuna menangis teresak-esak.

 

"Kakak....." Sarang mengeratkan lagi pelukannya.

"Adik...." Ryuna menggosok lembut belakang badan Sarang. Dia bersyukur sangat sebab sekarang dia boleh jumpa dengan adik kembar dia balik. Selama ni, dia cuma dapat mendengar sahaja cerita daripada mama dan papanya. Gambar pun hanya gambar Sarang waktu kecil sahaja yang dilihatnya. Tak jauh sangat beza mukanya. Pelukan dileraikan. Semua yang ada di situ tersenyum melihat adegan kembar tak seiras itu.

 

"Sudah-sudah lah tu berdrama kat sini. Tak kenyang kita nanti" Sehun mengusik pasangan kembar itu. Akibatnya, dia mendapat cubitan di perut dari isterinya dan tamparan di tangan dari adik iparnya.

"Jahat..jahat..jahat..." pasangan kembar itu memukul Sehun berkali-kali. Puan dan Encik Oh bersama Puan dan Encik Song hanya ketawa melihat gelagat anak-anak mereka.

"Auchh..ouchh...sakitlah. Berbisa betul tangan kembar ni !" Sehun menjauhkan badannya sedikit. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Sarang dan Ryuna berpandangan antara satu sama lain. Mereka mengangguk perlahan. 

 

"Oh Sehun !" Sarang dan Ryuna mengejar Sehun keliling ruang tamu.

" uh-Oh~ " Kerana tak mahu 'didera' lagi. Sehun pun berlari lah dari ditangkap pasangan kembar itu. Puan Oh dan Puan Song menggelengkan kepala mereka.

 

"Kamu bertiga ni. Dah besar tapi perangai masih kebudak-budakan" Puan Oh gelak sakan melihat telatah anak dan menantunya. Puan Song hanya mengangguk sambil tersenyum menampakan barisan gigi yang tersusun rapi.

 

 

 

Sedang mereka leka bermain kejar-kejar. Pintu bilik atas dikuak dan seorang lelaki yang agak kacak jugak lah keluar dari bilik itu dengan hanya memakai boxer(-.-) dan T-shirt kelabu kosong.

 

"Sehun, ada nampak seluar aku tak ?" soal lelaki yang keluar tadi.

"Luhan ! selamatkan aku dari Dinosour kembar ni !!!" Sehun berlari ke belakang lelaki yang dikenali sebagai Luhan itu dan menyorok di belakangnya. 

 

Ryuna dan Sarang memusingkan badan mereka menghadap Sehun dan bersedia untuk mengejar Sehun. Tetapi perbuatan mereka terhenti apabila mereka melihat Luhan yang hanya memakai Boxer(-.-) itu. 

 

"Ahhhhhhhh !!!" Jeritan Ryuna, Sarang dan Luhan bergabung menjadi satu. Habis bergegar rumah agam tu. Sarang menutup mata Ryuna manakala Ryuna menutup mata Sarang . Luhan berlari dan bersembunyi di belakang Sehun.

 

"Weh.. asal kau tak bagitau ada tetamu hah?" Luhan membisik di telinga Sehun. Sehun ketawa macam setan.

"Yang kau ni extrem sangat pergi keluar pakai boxer ni kenapa? Kau lupa ke yang aku ni dah kahwin dan isteri aku ada dalam rumah ni?" Sehun membuat muka comel. Luhan memandang Sehun macam nak cakar-cakar je muka Sehun.

"Aku lupa ! aishhh" Luhan menggiggit bibir bawahnya. Sehun  ketawa terkekek-kekek.

 

 

Luhan cepat-cepat memakai seluar yang diberi oleh Sehun sementara Sarang dan Ryuna masih menutup mata mereka. Memerah habis muka Luhan akibat terlalu malu. Nasib lah Puan Oh dan Puan Song dah keluar dulu. Kalau tak, memang ditelan hidup-hidup si Luhan ni. Boleh berkelakuan tak senonoh depan anak dara dan isteri orang. Memang kena pancung lah kalau mama Luhan iaitu Puan Xi ada di Korea sekarang ni. Sekarang ni mama dan papa Luhan ada di China. Luhan balik ke Korea sebab dapat tawaran belajar. Lagipun dia dah lama tak jumpa sepupu kesayangan dia, Oh Sehun yang dah jadi suami orang ni.

 

"Ryuna..Sarang. Pergi buatkan air untuk kami. Dahaga pulak rasanya" Sehun mengarahkan Sarang dan Ryuna untuk mengambilkan air. Mereka hanya patuh. Sarang dan Ryuna bergerak ke dapur sambil menutup muka masing-masing. Masih malu nak buka mata. Kang ternampak benda yang tak sepatutnya kang. Koma sebulan nanti  x3

 

 


 

Sehun dan Luhan sedang bermain permainan video bersama-sama. Leka sangat sampai tak sedar yang Sarang dan Ryuna dah dari tadi berdiri macam patung cendana dekat belakang tu.

 

"Ehem...ehem.." Sarang dan Ryuna meng-clear-kan suara mereka. Sehun memandang ke belakang dan tersenyum manis.Luhan masih dalam dunia permainan video dia.

 

"Eh..eh, dah siap ke air kitorang ? cekapnya isteri dan adik ipar abang ni buat kerja. Makin sayang abang~" Sehun mengeluarkan kata pujangganya yang terlebih sweet mengalahkan susu pekat manis. Amboi~ dah ber 'abang sayang' pulak sekarang ni. Cewah...cewah...

 

"Ehem..ehem.. orang di sini jealous" Sarang dan Luhan berkata serentak. Sarang sedikit tersentak dan dia memandang ke bahagian belakang badan Luhan. Luhan masih dalam dunianya macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.

 

"Haha....amboi. Hihihi... Dah Sarang, bawa air ni ke Luhan ye" Ryuna membelai kepala Sarang. Sarang tersenyum menampakkan eye-smile nya dan mengangguk perlahan. Sarang dan Ryuna mengambil cawan yang berisi 'Hot Chocolate' yang terletak di atas dulang. Ryuna menyerahkan cawan tersebut kepada Sehun. Sehun tersenyum dan membelai lembut kepala isterinya. Dahi Ryuna dikucup lembut. Naik jealous Luhan dan Sarang yang melihat adegan swasta tersebut.

 

Sarang meletakkan cawan yang berisi Hot Chocolate itu di atas meja yang berada di hadapan Luhan. Belum sempat Sarang ingin mengalihkan jari jemarinya dari cawan itu, tangan Luhan tersentuh jari Sarang yang runcing ketika dia ingin mengambil air tersebut. Mereka tersentak dan berpandangan antara satu sama lain. Membuntang mata mereka.

 

" Mamat Sengal ! " ujar Sarang dengan mata terbeliak. Jari telunjuknya dihalakan betul-betul di hadapan muka Luhan.

" Minah Mata Empat ! " Kali ini, Luhan pula yang menjerit. Terkejut benar dia tengok Sarang. Ye la, tadi dia tak sempat tengok sebab bila Sarang pandang dia, Sarang terus tutup muka. Mana nak nampak muka tu. Bila dah nampak. Ha ! Ambik kau ! Cik Mata Empat rupanya.

 

Luhan dan Sarang bangun secara serentak dan menyebabkan dahi mereka berlanggar antara satu sama lain. Mereka mengaduh kesakitan sambil menggosok dahi masing-masing. Sehun dan Ryuna pelik melihat Sarang dan Luhan.

 

"Korang dah kenal ke?" teragak-agak sehun bertanya. 

"Gila tak kenal. Dia ni la perempuan yang aku cerita kat kau. Yang ROSAKKAN handphone aku !" Luhan menunjal dahi Sarang.

"Sakit lah !" Sarang menolak bahu Luhan kasar. Sarang dan Luhan membalas pandangan tidak puas hati. Tajam je pandangan.

"Bahahaha..... entah-entah korang ni berjodoh. Jumpa banyak kali ni. Takdir~ Takdir~ So bila nak edarkan kad perkahwinan?" Sehun mengangkat keningnya berkali-kali. 

 

"Yah ! Tak hingin la kahwin dengan mamat sengal ni !" Sarang memeluk tubuhnya. Kepalanya dipusingkan ke arah lain. Bibirnya dimuncungkan.

"Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau ?!?! eiuuww... dah la pakai cermin mata. Tak cantik pulak tu !" Luhan mencerlung mata Sarang. Sarang menggigit bibir bawahnya mendengar ayat Luhan yang lebih pedas dari wasabi tu.

 

"Jangan cakap macam tu. Kalau korang dah betul-betul kahwin nanti. Tak tahu... Haha" Kali ini, giliran Ryuna pula mengambil kuasa veto suaminya untuk mengusik Luhan dan Sarang. Sehun dan ryuna ketawa bersama. Mereka membuat High-5. Sarang hanya mencebikkan bibirnya.

"Kak~" Sarang menghentakkan kakinya berkali-kali. Ryuna hanya buat-buat tak tahu sahaja.

"Weh ! Tak payah lah hentak kaki macam tu. Kau tu dah lah gemuk. Kang runtuh rumah ni. Kau nak bina balik ke hah ?!?! Nak bayar handphone aku pun tak mampu !" Luhan menjeling tajam ke arah Sarang. Sarang menahan marahnya. Dia menarik nafasnya kemudian menghembuskannya semula. Sabar Sarang...sabar...

 

"Huh ! Dah lah !" Sarang berpusing ke belakang dan bersedia untuk pergi dari situ. Tetapi entah macam mana, dia terlanggar hujung karpet dan menyebabkan pergerakkannya tidak seimbang. Sarang hampir jatuh tetapi nasib Luhan ni cekap bertindak. Dia menangkap tubuh Sarang daripada jatuh ke lantai rumah. Luhan dan Sarang berpandangan antara satu sama lain untuk masa yang agak lama.

 

Sehinggalah.....

 

"Yehet ! Dah dapat gambar diorang. Yehet ! Yehet !" Sehun melompat kegembiraan. 

"Mana?? Mana?? Nak tengok..nak tengok.." Ryuna bergerak menghampiri Sehun dan melihat ke screen handphone Sehun. Kepala Ryuna dan sehun berlaga dan mereka melihat gambar Sarang dipeluk oleh Luhan di dalam handphone Sehun.

 

Luhan melepaskan Sarang secara perlahan-lahan. Sarang membetulkan rambutnya yang kusut dan menunduk malu. Luhan pula kaku je kat situ.

 

"Song Sa Rang. Sini kejap !" Ryuna memanggil Sarang. Sarang mengangkat mukanya dan segera berjalan ke arah Ryuna dan sehun.

"Ada apa?" soal Sarang pelik.

"Ni ! Tengok ni. So Sweet~" ujar Ryuna dan Sehun serentak. Ryuna menyandarkan kepalanya di dada Sehun. Sarang mengambil handphone di tangan Ryuna dan melihat gambar tersebut. Membuntang matanya melihat gambar dia dan Luhan. Tak sangka pulak scene nya dalam gambar dan yang betul-betul ni lain. Dalam gambar nampak macam...macam.. er..... pikir lah sendiri ~ :3 Luhan berdiri di sebelah Sarang dan turut melihat gambar tersebut. Macam nak terkeluar je biji mata dia.

 

"Song Ryu Na !!! Oh Sehun !!!" Luhan dan Sarang menjerit serentak. Ryuna dan Sehun bangun lalu terus berlari dari dikejar oleh Luhan dan Sarang.

 

Penuh gelak ketawa pada hari itu. Kebenaran akhirnya terbongkar juga. Dan... mereka menemukan takdir sebenar.

 

 

Mereka dipertemukan oleh Nasib,

Dan disatukan oleh Takdir.

 

- Between Fate and Destiny -

 

 

 

 

 

 

 

 - Tamat - 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
UUUUUUUU #1
Chapter 6: wah~!
mula-mula suka sarang-sehun
lepastu tersuka pulak sarang-luhan :D
Qee_Ha
#2
Chapter 6: Yay!!! Sequel!!
inspiritsinfinite
#3
Chapter 6: yeay!! yehet!!!
Growling_GirlShu
#4
Chapter 5: ppali sequellllllllllllll
ashmahlee
#5
Chapter 5: wahhh jinja daebak ! *cakp macam tao* ppali sequel (?) xD
LovelyPurple96
#6
Chapter 5: happy ending of the story...
akhirnya sa rang temui juga kebahagiaan utk dirinya...
Qee_Ha
#7
Chapter 5: Alaa...Dah habis... Tapi best!!
ashmahlee
#8
Chapter 4: ayayyayeeeeee :3 update soon !!!
Ayla_Qistina
#9
Chapter 4: authornimmm~ hari nie hari cutii~!! updatelah cepat2 yeh...!! taksbr nk ttau nie..
inspiritsinfinite
#10
Chapter 4: daebak! , yeay ade sequelllllll :DDDDDDDDDD