Chapter 1

Between Fate And Destiny

 

Im Sarang sedang merenung bunga yang diberi oleh Sehun. Dia tersenyum kecil. Seandainya masa boleh diulang, aku tak akan sia-siakan dia. Sarang menguis-nguis bunga tadi. Tiba-tiba secawan(?) bubble tea dihulurkan kepadanya. Sarang mengangkat mukanya. Dia tersenyum manis. Tangannya mencapai bubble tea tadi. Lantas bubble tea itu disedut. Sehun menepuk-nepuk debu di tangannya. Dia duduk di sebelah Sarang.

 

"Makcik dah okay ke Sarang?" Soal Sehun tiba-tiba. Dia menyedut bubble tea-nya. Sarang memandang Sehun sekilas kemudian dia mengangguk perlahan.

"Omma dah okay sikit. Cuma batuk je. Awak jangan risau lah" ujar Sarang perlahan. 

"Awak dah ambil keputusan nak sambung belajar mana?" Sehun memandang ke arah Sarang. Sarang menundukkan kepalanya.

"Saya.... tak nak sambung belajar. Saya rasa lebih baik saya bekerja je terus dan jaga omma di rumah. Kesian omma, dia dah tua. Appa pula selalu keluar dan .... saya tak ada duit pun nak sambung belajar" Sarang menjawap perlahan. Sehun mengeluh berat.

"Tapi keputusan awak baik. Rugilah kalau dibiarkan macam itu sahaja" Sehun menggosok kepala Sarang. Sarang menggeleng perlahan.

"Kalau perlukan duit, bag--" - Sehun

"Tak ! saya tak nak susahkan awak.Tak apalah" Sarang separuh merayu kepada Sehun. Sehun tersenyum dan mengangguk perlahan.

 

Tiba-tiba telefon Sehun berdering. Sehun menceluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon Samsung Note 2 miliknya. Sehun memandang ke wajah Sarang sekilas. Sarang menganggukkan kepalanya. Sehun berdiri dan bergerak jauh sikit dari Sarang.

 

Ne mama - Sehun

Sehun, kamu pergi mana? balik sekarang - Puan Oh

Sehun keluar dengan kawan la ma. Nanti Sehun balik la - Sehun

Kawan? kawan mana? Budak tu ke ?!?! - Puan Oh

Dia ada nama mama ! nama dia Sa-Rang - Sehun

Mama tak kisah apa nama budak tu. Mama tak suka kamu berkawan dengan dia. Balik sekarang. Mama dengan papa ada benda nak dibincangkan dengan kamu. Kita ada tetamu - Puan Oh

Huffhh.... nantilah - Sehun

Sekarang ataupun semua fasilitas kamu mama tahan selama lima bulan ! - Puan Oh

Ye lah ! - Sehun

 

Sehun berjalan mendekati Sarang yang sedang mengelamun.

 

"Sarang, saya balik dulu ye. Awak tak kisah kan kalau balik sendiri?" tanya Sehun. Sarang tersenyum manis dan menggelengkan kepalanya laju.

"Sarang tak kisah. Lagi pun mama Sehun dah panggil kan? Tak pe lah" Sarang tersenyum manis. Sehun membalas senyuman Sarang.

"Bye Sarang ! Hati-hati ye" Sehun melambaikan tangan dan bergerak ke kereta Audi A8 miliknya. Sarang memerhatikan kereta Sehun yang menyusur laju di jalan raya.

"Hurmm.... balik lah" Sarang bangun dan menepuk-nepuk debu di belakang seluarnya. Bekas cawan bubble tea tadi dibuang ke dalam tong sampah. Sarang mengambil basikallnya dan balik ke rumah.

 

 


 

Sarang memakirkan basikalnya di hadapan pintu pagar. Dia berjalan masuk ke kawasan rumahnya. Sesampainya di pintu, bahu Sarang dilanggar oleh seseorang. Mujurlah tangan Sarang kuat mencengkam pintu rumah. Kalau tak, jatuh bergoleklah Sarang yang kecil molek ni.

 

"Ahhh" Sarang mengimbangkan dirinya. Dia memandang ke arah lelaki yang melanggarnya. Mukanya ditundukkan. Lelaki tadi mendengus dan terus berlari pergi dari situ. Sarang cukup kenal leaki itu. Lelaki itu ialah Im Jun Yong, bapanya. Sarang memerhatikan bapanya pergi. Dia terdengar tangisan kecil di dalam rumah. Pantas Sarang berlari masuk ke dalam rumah.

 

"Omma !" Sarang bergerak mendekati ibunya. Dia menghapuskan air mata ibunya. 

 

"Omma.... waeyo? kenapa omma menangis?" Sarang memandang sayu ke arah ibunya, Im Min Jung. Puan Im hanya tersenyum hiba.

"Eh, bila balik Sarang? Omma tak sedar pun ?" Puan Im bangun dari duduknya. Air matanya dihapus laju. Sarang mengeluh perlahan.

"Omma, omma tak jawap lagi soalan Sarang. Kenapa omma menangis?" soal Sarang perlahan.

"Omma terjatuh tadi. Tu je. Tak payah risau lah" Puan Im menggosok lembut kepala Sarang.

"Sarang dah besar la omma. Sarang dah 20 tahun. Sarang dapat bezakan yang mana jatuh dan yang mana bukan. Tolonglag berterus-terang dengan Sarang" mata Sarang sudah mula berkaca. 

"Appa kamu, dia.... dia ambil duit untuk rumah sewa bulan ni. Omma dah tak tahu nak cari duit di mana lagi" ujar Puan Im perlahan. Sarang mengeluh berat.

"Duit boleh dicari. Kesihatan kita yang perlu dijaga" Sarang tersenyum ke arah Puan Im. Puan Im mengangguk lemah.

"Maafkan omma sebab kamu tak boleh sambung pelajaran kamu. Keputusan peperiksaan kamu baik tapi.... omma tak ada duit untuk hantar kamu sambung belajar Sarang. Mianhae" Puan Im menggosok lembut tangan Sarang. Sarang menggelengkan kepalanya dan tersenyum kecil.

"Sarang faham omma. Omma tak perlu risau" ujar Sarang perlahan.

"Cukuplah. Sarang, kamu dah makan?" Puan Im bertanya kepada Sarang.

"Dah. Sehun belanja tadi" jawap Sarang dengan bersemangatnya. Puan Im memandang ke arah anaknya.

"Sehun? Dah banyak kali omma dengar nama budak tu, jumpanya idak lagi. Bila kamu nak bawa omma jumpa budak tu? teringin omma nak jumpa dia. Kamu pun satu, asyik sebut nama dia je. Omma jadi teringin betul nak jumpa lelaki nama Sehun ni. Baik ke budaknya?" Soal Puan Im panjang berjelar. Sarang ketawa kecil. Kepalanya digelengkan.

"Omma ni. Dia baik lah. Dia kawan Sarang. Dah lama kitorang berkawan. Waktu Sarang masuk menegah tinggi lagi" Sarang mengingat kembali saat-saat dia dan Sehun pertama kali berjumpa.

"Hurmm...baguslah. Boleh buat menantu. Tak gitu?" Puan Im mengusik Sarang. Muka Sarang yang tadinya ceria bertukar masam. Bibirnya dimuncungkan. 

"Apa omma ni ! Tak nak lah Sarang kat dia. Eiiii" Sarang membuat muka geli. Puan Im ketawa geli hati melihat muka anaknya. Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Hahahah... ada-ada aje lah kamu ni" Puan Im membawa Sarang ke dapur. Sarang ketawa kecil. Puan Im memandang ke arah Sarang. Dia tersenyum kecil. Sarang.... maafkan omma sebab kamu jadi macam ni. Suatu hari nanti kamu akan jumpa kebenarannya. Tak lama lagi. Omma janji . 

 

 


 

Sehun masuk ke rumah dengan bergayanya. Puan Oh berjalan mendekati Sehun dan membisikkan sesuat di telinga anaknya.

 

"Kenapa lambat Sehun? Tahu tak tetamu kita dah lama menunggu !" Puan Oh memandang Sehun tajam. Sehun hanya dengan muka pokernya. Yang tiada secalit perasaan sedikitpun.

"Siapa suruh diorang datang. Sehun tak suruh pun" ujar Sehun selamba.

"Eh, budak ni. Apa yang betina tu bagi kamu makan sampai kamu tak nak dengar cakap mama ni ?!?!" tanya Puan Oh geram. Sehun mengepal penumbuknya.

"Dia ada nama ! Nama dia Sarang Dan dia tak pernah bagi Sehun makan apa pun. Mama tu penyebab Sehun jadi macam ni !" jawap Sehun dengan dingin. Puan Oh menggigit bibirnya.

"Kamu pergi naik dan tukar baju sekarang !" Puan Oh mengarahkan Sehun. Sehun hanya kaku tidak bergerak.

"Oh Sehun ! per----" - Puan Oh tidak dapat menghabiskan kata-kata kerana Sehun sudahpun berjalan naik ke biliknya. Puan Oh mendengus perlahan. Dia mendekati tetamunya semula.

 

-----------------------------------------

 

10 minit kemudian, Sehun berjalan turun ke bawah. Dia duduk di sebelah papanya. Sehun memandang ke arah gadis yang cantik di hadapannya. Gadis itu mengangkat mukanya. Pandangan Sehun dan gadis itu bertaut. Gadis itu menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum manis. Sehun hanya menjeling dan memandang ke arah lain. Gadis itu menundukkan kepalanya.

 

"Sehun, kenalkan. Ni kawan mama. Ni auntie Song Mee Rye dan ini suami dia, uncle Song Soo Hun. Ni anak saya, Oh Sehun" Sehun bangun dan bersalaman dengan Puan Song dan Encik Song. Sehun hanya tersenyum paksa. 

"Ni pula anak gadis mereka, Song Ryu Na. Ryuna, ni anak auntie, Oh Sehun" Ryuna bangun dan bersalamban dengan Sehun. Sehun menyambut salam Ryuna dan melepaskannya dengan cepat. Ryuna agak tersentak dengan tindakan Sehun.

 

"Baiklah. Sehun pun dah kenal dengan tetamu kita hari ni. Jadi senanglah kita nak buat perbincangan" ujar Encik Oh. Semua yang lain mengangguk perlahan kecuali Sehun yang sedang terpinga-pinga.

"Perbincangan apa pulak ni papa?" ujar Sehun tiba-tiba. Semua mata kini tertumpu ke arahnya.

"Dengar je Sehun" Puan Oh membisik di telinga Sehun. Sehun mengeluh perlahan dan menganggukkan kepalanya.

"Sebenarnya hari ini kita akan bincangkan tentang perkahwinan Sehun dan Ryuna" ujar Encik Song pula. Terbeliak mata Sehun bila dengar yang dia kena kahwin. Kahwin paksa? wujud lagi ke tahun 2014 ni? kolot betul lah.

"Kahwin ?!?! Sehun taknak !" Sehun berdiri dan membantah. Puan Oh memandang Sehun tajam.

"Duduk Oh Sehun !" arah Puan Oh. Sehun mengeluh dan menurut.

"Kamu okay ke Sehun?" tanya Puan Song kepada Sehun.

"Dia okay je. Kita boleh sambung sekarang" jawap Puan Oh. Eh, orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawap. Apa nak jadi ni.

"Semuanya persiapan dah siap. Cuma tinggal majlis je. Sebaiknya kita buat secepat mungkin. Maybe next week?" tanya Puan Oh selamba tanpa menghiraukan pandangan Sehun yang tidak puas hati. Yang lain hanya mengangguk. 

 

"Sehun, mama nak kamu bawa Ryuna berjalan sekitar rumah kita. Minggu depan dia dah nak tinggal sini dah" arah Puan Oh. Ryuna tersenyum manis. Sehun buart-buat pekak dan pandang ke arah lain. 

"Oh Sehun, dengar tak ni ??" Ujar Puan Oh geram. Sehun mengeluh dan berdiri. Dia menarik tangan Ryuna kasar dan membawa Ryuna ke luar rumah. Semua ahli keluarga tersenyum melihat Ryuna dan Sehun. 

 

 


 

 

Ryuna berjalan di sebelah Sehun. Sehun hanya senyap je dari tadi. Ryuna pula ayika pandang wajah Sehun. Nak tegur, takut Sehun marah.

 

"Sehun..... awak okay ke pasal perkahwinan kita?" tanya Ryuna kepada Sehun. Sehun memandang sekilas ke arah Sehun.

"Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak setuju?" ujar Sehun sadis.

"T-tak... saya cuma......." - Ryuna

"Tak pe lah. Awak tak salah. Saya tahu awak pun kena paksa kan?" Sehun bertanya kepada Ryna. Ryuna tersenyum kelat dan mengangguk perlahan. Saya suka awak Sehun. Sebenarnya... saya sangat bersyukur mama dan papa saya jodohkan saya dengan awak :) 

"Cuma......" Sehun mati kata. Ryuna memandang ke arah Sehun. Dahinya berkerut.

"Cuma apa?" soal Ryuna pelik. Sehun berhenti berjalan dan memandang ke arah taman bunga. Ryuna juga berhenti berjalan dan memandang ke arah taman bunga.

"Saya tak boleh janji untuk cintakan awak. Saya cintakan seorang gadis ni dan dialah cinta pertama saya. Saya mungkin tak dapat berikan hak zahir dan batin kepada awak . Mianhae~" Sehun memandang sayu wajah Ryuna. Air mata Ryuna bagaikan mahu menitis mendengar ayat yang keluar dari mulut Sehun. Tak cantik kah dia sampai Sehun sanggup kata macam tu?

"Tak apa lah... saya tahu" Ryuna sedaya upaya tersenyum. Tetapi di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu berapa besarnya luka yang ada di situ. 

"Saya masuk dulu. Kalau nak masuk, masuk lah" Sehun berjalan masuk ke rumah. Dia meninggalkan Ryuna bersendirian di luar. Air mata Ryuna menitis laju. Saya tak bagus ke untuk awak Sehun ? Ryuna mengambil tisu di dalam beg tangannya dan menyapu sir matanya. Dia bergerak masuk ke dalam rumah. Senyumnya diukir kembali. 

 

 


 

Sehun sedang membaca buku tentang kedoktoran di dalam biliknya. Maklumlah, bakal doktor ni, kena lah banyak membaca. Puan Oh tersenyum dan masuk ke dalam bilik Sehun.

 

"Sayang, buat apa tu?" soal Puan Oh. Dia duduk di tepi Sehun.

"Baca buku" ujar Sehun sepatah tanpa memandang wajah mamanya.

"Mama gembira sangat tengok kamu dan Ryuna rapat macam tu. Comel je kamu berdua. Sepadan betul !" Puan Oh ber-fangirling macam waktu Author-nim pandang gambar Luhan Exo. Sehun hanya buat tak dengar. Puan Oh mencebikkan bibirnya.

"Sehun ! dengar tak apa mama cakap ni?" Puan Oh membuat suara lemah gemalainya. Sehun mengeluh perlahan.

"Tolong lah ma. Sehun tak nak bincang pasal perkahwinan tu lagi. Tak penting pun" ujar Sehun selamba. Puan Oh mendengus marah.

"Tak penting kamu cakap? Ini penting tahu tak. Perkahwinan kamu dan Ryuna minggu depan. Dah nak dekat. Kamu kena fikir juga Sehun." Jawap Puan Oh separuh menjerit. Sehun tersenyum sadis.

"Sehun tak pernah pun janji untuk kahwin dengan dia. Dan Sehun tak pernah setuju pun nak kahwin dengan dia" Sehun menjawap perlahan. 

"Setuju ataupun tak. Mama tak nak tahu. Yang penting, kamu mesti kahwin dengan dia. Kamu dah tanda tangan surat perjanjian pun. Kalau kamu langgar perjanjian tu, semua harta yang papa kamu wasiatkan kepada kamu akan ditarik semula dan kamu tak akan dibenarkan tinggal di rumah ini !" Puan Oh tersenyum penuh makna. Sehun memandang Puan Oh dengan muka yang berang.

"Bila masa Sehun tanda tangan perjanjian?" soal Sehun geram.

"Minggu lepas" ujar Puan Oh sepatah.

 

 

"Tunggu Sehun ! sini kejap" Puan Oh memanggi Sehun. Sehun berlari mendapatkan mamanya.

"Ada apa ma? Sehun dah lambat ni" soal Sehun sambil mengunya roti bakar.

"Tanda tangan kat sini. Ppaliwa ! " Puan Oh separuh memaksa.

"Surat apa ni? biar Sehun baca dulu" Sehun mengambil surat tadi. Puan Oh kembali menarik surat tersebut.

"Kamu kan dah lewat. Tak payah la baca segala. Tanda je kat sini" Puan Oh menunjukkan ke arah sesuatu tempat yang dikhaskan untuk Sehun. Sehun mengambil pen dan menanda di kertas tersebut. 

"Done ! Sehun dah lewat ni. Bye mama !" Sehun menceium pipi mamanya dan brgerak keluar rumah. Puan Oh tersenyum manis. Berjaya jugak rancangan aku ! 

 

 

"Itu pembohongan ! Mama tipu Sehun !" Sehun meninggikan sedikit suaranya. Puan Oh bangun dan memandang tepat ke muka anaknya.

"Mama tak nak tahu. Kamu mesti kahwin juga dengan Ryuna dan lupakan budak Sarang tu. Dia bukannya penting pun kepada kamu. Tumpukan kepada bakal isteri kamu dan perkahwinan kamu minggu depan !" Puan Oh menghalakan jari telunjukknya ke hadapan muka Sehun.

"Sehun tak nak kahwin dengan Ryuna ! Sehun nak kahwin dengan Sarang ! Fullstop !!" ujar Sehun dingin. Puan Oh mengeluh berat.

"Lupakan Sarang dan kahwin dengan Ryuna !" ujar Puan Oh geram dan berjalan keluar dari bilik Sehun. Sehun menjatuhkan bukunya. Mukanya diraup kasar.

"Arghh !!!" Sehun menjerit sekuat hati. Rambutnya dikusutkan. Bingkai  gambarnya dan Sarang diambil. Sehun memerhatikan wajah Sarang yang tersenyum manis di dalam bingkai tersebut. 

 

"Sarang, maafkan saya~" ujar Sehun perlahan. 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
UUUUUUUU #1
Chapter 6: wah~!
mula-mula suka sarang-sehun
lepastu tersuka pulak sarang-luhan :D
Qee_Ha
#2
Chapter 6: Yay!!! Sequel!!
inspiritsinfinite
#3
Chapter 6: yeay!! yehet!!!
Growling_GirlShu
#4
Chapter 5: ppali sequellllllllllllll
ashmahlee
#5
Chapter 5: wahhh jinja daebak ! *cakp macam tao* ppali sequel (?) xD
LovelyPurple96
#6
Chapter 5: happy ending of the story...
akhirnya sa rang temui juga kebahagiaan utk dirinya...
Qee_Ha
#7
Chapter 5: Alaa...Dah habis... Tapi best!!
ashmahlee
#8
Chapter 4: ayayyayeeeeee :3 update soon !!!
Ayla_Qistina
#9
Chapter 4: authornimmm~ hari nie hari cutii~!! updatelah cepat2 yeh...!! taksbr nk ttau nie..
inspiritsinfinite
#10
Chapter 4: daebak! , yeay ade sequelllllll :DDDDDDDDDD