Chapter 2

Between Fate And Destiny

 

Sudah enam hari Sarang tak nampak batang hidung Sehun yang mancung, berhubung pun tidak. Alih-alih, minta jumpa kat tasik. 

 

Sarang memandang bubble tea miliknya. Bubble di dalam cawan di tekan-tekan sehingga hancur. Dia mengeluh perlahan.

 

"Lambatnya~ hurmm" Sarang kembali mengelamun. Tiba-tiba, seketul batu dimasukkan ke dalam bubble tea-nya. Apa lagi, berasap la Sarang ni. Dia beli mahal tau tak. Pakai duit, bukannya daun. Pantas Sarang berdiri dan ingin memarahi orang yang kurang ajar tu tetapi rasa marahnya berkurang selepas dia melihat wajah orang tersebut. Sehun yang manis tersenyum menampakkan eye emile-nya. Sarang memuncungkan mulutnya.

 

"Kenapa buat macam tu? habis bubble tea saya" Sarang memandang ke arah lain. Sehun tersenyum manis.

"Alah~ bukannya minum pun kan. Haha.... sorry la. gurau je. Nanti saya beli lain eh" ujar Sehun sambil menggosok kepala Sarang. Sarang tersenyum kembali. Pantas Sehun dan Sarang duduk di bangku kecil yang berada di depan tasik.

 

"Sarang~" panggil Sehun halus. Sarang memandang ke wajah Sehun.

"Yup !" jawap Sarang.

"Saya ada benda nak bagitahu awak. Dan saya harap awak tak terkejut ye" Sehun memandang ke anak mata Sarang. Senyuman Sarang mula pudar dan jantungnya berdegup laju. 

"Apa dia?" soal Sarang.

"Saya kena kahwin esok. Ni kad saya. Saya harap awak boleh datang" Sehun mengeluarkan kad jemputan perkahwinan yang berwarna merah hitam dan dihulurkan kepada Sarang. Sarang menahan air matanya daripada jatuh. Dia menundukkan kepalanya dan kaku sahaja.

"Sarang....." Sehun memegang dagu Sarang dan menaikkan wajah Sarang. Dia tersenyum sayu.

"Mian sebab tak beritahu awak dulu. Berita ni mengejut. Saya sibuk sangat dengan persiapan perkahwinan beberapa hari ni. Sebab tu saya tak boleh jumpa awak selalu." 

"Tak pe lah. Saya akan usahakan untuk datang ye" suara Sarang agak bergetar. Sehun mula merasa bersalah. Sarang mengambil kad tersebut dari Sehun. Sarang bangun dari bangku tadi. Sehun menaikkan sebelah keningnya.

"Nak pergi mana?" Sehun bertanya kepada Sarang. Sarang tersenyum kecil.

"Saya kena balik. Lupa pulak yang omma suruh beli barang dapur tadi. Esok saya datang ye. Bye ! and... chukae" Sarang berjalan ke arah basikalnya. Air matanya jatuh berjurai. Saya tak kuat untuk kehilangan awak Sehun... 

 

Sehun memerhatikan Sarang pergi. 

 

"Saya tahu awak sedih Sarang. Maaf..." ujar Sehun perlahan.

 

 


 

( The wedding )

 

Pengantin perempuan dan Pengantin lelaki sudah berada di dalam dewan. Hanya bersedia untuk melafazkan janji sahaja. Sarang hanya memerhati di belakang pintu. Air matanya tidak henti-henti turun apabila melihat Sehun berada di hadapan paderi dengan perempuan lain. Sepatutnya perempuan tu dia. Puan Oh tersenyum penuh makna. Dia menjeling sekilas ke arah Sarang yang berada di belakang pintu. Sengaja dia biarkan Sarang masuk ke majlis pada hari itu. Nak suruh Sarang ni sedar diri yang dia dan Sehun sangat berbeza. Macam langit dengan bumi.

 

Tibalah waktu yang sangat dinanti-nantikan, ucapan ikrar daripada pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

 

"Oh Se Hun, adakah kamu bersedia menjadikan Song Ryu Na sebagai Isteri kamu yang sah. Dan bersedia untuk selalu bersama dengannya walau apa pun halangan yang kalian berdua lalui" ujar paderi tersebut. Sehun memandang ke wajah Ryuna. Ryuna hanya membisu dan menundukkan kepalanya.

"Saya setuju" ujar Sehun perlahan bak angin yang bertiup. Saat itu, air mata Sarang menitis laju. Dia tak kuat untuk melihat Sehun berkahwin dengan orang lain.

 

"Song Ryu Na, adakah kamu bersedia menjadikan Oh Se Hun sebagai Suami kamu yang sah. Dan bersedia untuk selalu bersama dengannya walau apa pun halangan yang kalian berdua lalui" ujar paderi tersebut sekali lagi. Ryuna menghelakan nafasnya. Matanya dipejam.

"Saya... setuju" ujar Ryuna lemah. Paderi tadi tersenyum.

 

"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin ke jari manis pengantin perempuan" 

 

Sehun mengambil cincin berlian yang berkilau dan menyarungkan cincin tersebut di jari manis Ryuna. Selepas itu, Ryuna pula menyarungkan cincin di jari Sehun.

 

"Saya ishtiharkan, mereka Sah sebagai Suami Isteri !" Paderi tadi tersenyum dan memandang ke semua muka para tetamu. Para tetamu menepuk tangan.

"Kamu boleh cium pengantin sekarang" Paderi tadi mengarahkan Sehun mencium Ryuna. Mata Sehun dah terbeliak. Nak cium minah ni? No Way man !

 

Sehun memandang Ryuna sekilas. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Ryuna. Bibir mereka hampir bersentuh. Ryuna memejamkan matanya rapat. Bibir Sehun dan bibir Ryuna hanya berjarak 1cm tetapi kalau dipandang balik, bibir Sehun seperti sudah terlekat pada bibir Ryuna. Sarang menangis semahu-mahunya. Dia berlari keluar dari dewan. Tak sanggup nak tengok Sehun bercium dengan perempuan lain. Sehun menjauhkan dirinya dari Ryuna. Ryuna membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengebam bibirnya. Semua tetamu menepuk tangan mereka.

 

 


 

Sarang berlari masuk ke halaman rumahnya. Dia terserempak dengan bapanya yang bergegas keluar. Terbeliak mata Sarang apabila melihat tangan bapanya penuh dengan darang. Di baju pula, banyak percikan darah. Sarang meneguk air liurnya.

 

"Appa, ken..kenapa baju..baju appa ada da..darah?" tanya Sarang tergagap-gagap. Encik Im tidak menjawap sebaliknya hanya menarik rambutnya dan berlari keluar dari rumah. Hati aku tak sedap... 

 

Sarang  berlari masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya bila dia melihat ommanya sedang terkulai lemah di atas lantai. Ada sebilah(?) pisau yang rapi tercucuk di perut Puan Im. Banyak darah yang terkeluar dari perut Puan Im. Sarang merasa dirinya lemah. Masa dirasakan kian berhenti. Dunianya kini musnah. Perlahan-lahan Sarang mendekati Puan Im. Air matanya jatuh berjurai. Inikah pengakhiran hidupnya? Sehun kahwin dengan orang lain. Ommanya dibunuh? Apa semua ni? Kenapa Sarang yang harus terima semua ni? Kenapa? 

 

"Omaa... Omma ! andwae..... omma" Sarang menjerit memanggil Puan Im. Puan Im memegang tangan Sarang lembut. Bibirnya bergerak seperti ingin mengatakan sesuatu.

"S..Sarang.. maaf..maafkan omma sebab ....sebab bohong kamu selama ni..." Puan Im berkata sambil menahan sakit di perutnya. 

"Apa maksud omma?" soal Sarang pelik. Sarang masih memeluk tubuh Puan Im.

"K..kamu bukan an..anak kan..kandung omma. Omma jum..jumpa kam...kamu di... depan pintu ni 20 tahun lalu" ujar Puan Im lemah. Sarang menggelengkan kepalanya. Puan Im batuk kuat. Darah terkeluar dari mulutnya.

"Jangan cakap lagi omma. Banyak darah hilang" Sarang menggosok dahi Puan Im yang berpeluh.

"Ambil rantai ni Sarang. Ia..ia milik k..kamu" Puan Im menyerahkan seutas rantai yang tertulis 'Sa-rang' . Sarang mencapai rantai tersebut.

"Maaf..kan om..omma Sarang.." perlahan-lahan mata Puan Im tertutup rapat. Sarang tidak dapat menahan rasa sedihnya.

"OMMA !!!!" Sarang menjerit sekuat hati. Dia meraungsendiri menangisi pemergian ibunya yang tercinta.

 

 


 

Sarang berjalan di tepi jalan raya. Langkahnya lemah longlai. Dia sudah tidak ada tenaga lagi. Selepas melihatibunya desemadikan tadi. Dunianya bagaikan terhenti. Dalam satuhari  sahaja, dia hilang segalanya.

 

Kenapa...kenapa aku? kenapa aku yang mesti berhadapan dengan ujian macam ni? Aku tak kuat. Aku tak kuat untuk kehilangan segalanya. Dalam satu hari je, aku hilang segalanya. Sehun, aku sayang dia. Tapi kenapa kau takdirkan dia untuk berkahwin dengan perempuan lain? Omma, aku belum sedia untuk kehilangan dia. Kenapa kau ambil dia dari aku? Dan sekarang, aku tahu yang aku bukan anak kandung omma dan appa. Kenapa berat sangat ujian untuk aku? kenapa untuk aku yang lemah ni? Aku tak kuat.. aku tak kuat Tuhan...

 

Sarang berjalan melintasi jalan raya tanpa memandang kiri dan kanan. Sebuah kereta yang meluncur laju di jalan raya hampir-hampir melanggar Sarang. Hon ditekan kuat tetapi Sarang tidak menghiraukan bunyi hon itu. Dia hanya berjalan dengan sambalewa. Mindanya terbang ke awangan. Kereta tadi berhenti betul-betul 5cm darinya. Nyaris betul nak kena langgar budak ni.

Seorang perempuan yang agak berumur keluar dari kereta dan meluru ke arah Sarang. Sarang seperti mayat hidup dan mukanya tiada perasaan sedikit pun. Perempuan tua tadi menilik-nilik tubuh Sarang. Sarang hanya menurut.

 

"Kamu tak apa-apa sayang? siapa nama kamu?" Perempuan tua tadi bertanya kepada Sarang. Sarang hanya diam dan memandang ke arah lain. Dia sepertinya sangat tertekan.

"Tak apa lah. Mari auntie bawa kamu ke hospital" Perempuan tua tadi membawa Sarang masuk ke dalam keretanya. Sarang hanya menurut.

 

"Awak bawa anak siapa pula ni?" soal seorang lelaki tua kepada perempuan tua.

"Saya risau lah. Dia tak bercakap walau sepatah pun. Saya takut dia terkena kesan dalaman" jawap perempuan tua tadi. Lelaki tua tadi hanya mengangguk lemah.

 

"Pergi ke Hospital Seoul ye" arah perempuan tua tersebut kepada pemandunya. Pemandunya hanya menurut dan memandu ketempat yang ingin ditujunya.

 

 


 

"Puan dan Encik Song" seorang nurse memanggil perempuan tua dan lelaki tua tadi.

 

"Pesakit ni anak puan dan tuan ke?" ujar seorang doktor yang comel berkaca mata. Mukanya ala-ala Tiffany SNSD. Puan Song menggelengkan kepalanya perlahan.

 

"Bukan doktor. Kami berdua jumpanya di jalan raya. Dia hampir dilanggar kereta kami. Sebab tu lah kami bawa dia ke hospital ni" ujar Encik Song. Doktor itu menganggukkan kepalanya.

"Oh, macam tu rupanya. Sebenarnya cik ni mengalami tekanan yang sangat berat. Dia tidak boleh menerima kenyataan tentang sesuatu benda ni. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Kalau tidak, mungkin dia akan mengalami masalah mental" ujar Doktor tadi lembut. 

"Baiklah doktor. kami akan sedaya-upaya cuba memujuk dia" ujar Puan Song.

"Baguslah macam tu"

"Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu ye doktor"Encik Song mula bangun diikuti dengan Puan Song. Doktor tersebut juga bangun dan bersalaman dengan Puan Song. Puan Song memapah Sarang yang lemah keluar dari bilik doktor.

 

 


 

"Anak ni nama siapa? Auntie Puan Song and ini suami auntie, Encik Song" ujar Puan Song sambil menggosok bahu Sarang lembut. Sarang memandang ke arah wajah Puan Song.

"Omma...mati....Sarang" ujar Sarang tersekat-sekat. Dia menangis perlahan-lahan. Puan Song mengeluh perlahan.

"Nama kamu Sarang ye?" tanya Puan Song. Sarang menganggukkan kepalanya perlahan. Encik Song tersentak dan memandang ke arah Sarang.

"Sedap nama kamu, Sarang. Kamu mengingatkan auntie kepada anak auntie yang meninggal" Puan Song berkata perlahan.

"Tak apa lah. Kamu okay ke Sarang? ada masalah? cerita je pada auntie" ujar Puan Song sambil menggosok kepala Sarang lembut.

"Omma Sarang mati. Sarang sedih" Sarang menjawap perlahan. Air matanya menitis laju. Puan Song memeluk sarang erat.

"Sudah...sudah. Jangan menangis Sarang. Sarang boleh anggap auntie ni macam omma Sarang. Panggil auntie mama" Puan Song menenangkan Sarang. Tangisan Sarang kembali reda. Sarang melepaskan pelukannya.

"Mama?" ujar Sarang. Puan Song tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Ya Sarang, mama ni"  Puan Song membelai lembut pipi Sarang. Sarang tersenyum manis.

 

"Sarang tinggal mana? biar mama hantarkan" soal Puan Song kepada Sarang. 

"Sarang tinggal di Myeongdong( A/N : main buat je nama tempat ni )" jawap Sarang serak-serak. Encik Song tersentak dan memandang ke arah Sarang.Kenangan itu datang lagi.

"Pemandu Park, bawa kami ke Myeongdong" arah Puan Song. Pemandu Park hanya mengangguk dan membawa kereta ke Myeongdong.

 

 


 

Sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan rumah kos sederhana. Sarang keluar dari kereta dan menundukkan sedikit kepalanya.

 

"Ni rumah kamu ke Sarang?" tanya Encik Song yang dari tadi hanya membisu.

"Ya... maaf sebab rumah saya kotor" jawap Sarang perlahan.

"Tak pe lah Sarang. Kamu masuk dan mandi air panas ye. Badan kamu panas ni. Kalau demam, susah pula appa kamu nanti" ujar Puan Song sambil tersenyum. Sarang menganggukkan kepalanya.

"Sarang masuk dulu. Kamsahamnida sebab dah bawa Sarang ke klinik. Annyeonghigyeseyo" Sarang menundukkan mukanya 30darjah dan bergerak masuk ke dalam rumah. 

 

Kereta mewah itu mula meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Sarang. Encik Oh memandang ke arah rumah tersebut dengan sayu.

 

"Tak mungkin budak tu..... 20 tahun lalu. Tak mungkin" Encik Song berkata sendiri.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
UUUUUUUU #1
Chapter 6: wah~!
mula-mula suka sarang-sehun
lepastu tersuka pulak sarang-luhan :D
Qee_Ha
#2
Chapter 6: Yay!!! Sequel!!
inspiritsinfinite
#3
Chapter 6: yeay!! yehet!!!
Growling_GirlShu
#4
Chapter 5: ppali sequellllllllllllll
ashmahlee
#5
Chapter 5: wahhh jinja daebak ! *cakp macam tao* ppali sequel (?) xD
LovelyPurple96
#6
Chapter 5: happy ending of the story...
akhirnya sa rang temui juga kebahagiaan utk dirinya...
Qee_Ha
#7
Chapter 5: Alaa...Dah habis... Tapi best!!
ashmahlee
#8
Chapter 4: ayayyayeeeeee :3 update soon !!!
Ayla_Qistina
#9
Chapter 4: authornimmm~ hari nie hari cutii~!! updatelah cepat2 yeh...!! taksbr nk ttau nie..
inspiritsinfinite
#10
Chapter 4: daebak! , yeay ade sequelllllll :DDDDDDDDDD