chapter 4

Kyungsoo dan kisahnya

 

 

 

 

 

 

 

 

Kyungsoo mengalihkan pandangannya.Dia memang perlu berhenti memerhatikan dan juga memikirkan tentang orang-orang asing yang mengganggu mindanya sejak dari dalam kereta api tadi lagi.Entah kenapa dia tiba-tiba merasa tidak sedap hati.

 

Hyunsik sudah lama meninggalkannya keseorangan disitu.Mahu ke tandas katanya.Sementara menunggu,Kyungsoo tidak kemana-mana atau berbuat apa-apa selain berfikir dan memerhatikan orang-orang di sekelilingnya ketika dia tiba-tiba tertangkap kelibat tiga orang lelaki dari jauh.Ya.Mereka adalah lelaki-lelaki yang sama.Cuma kali ini salah seorang dari mereka bukanlah yang bersama mereka di dalam kereta api tadi.Nampaknya terdapat lelaki keempat dikalangan mereka,Kyungsoo memeriksa.Lelaki itu kelihatan lebih rendah dari yang lain.

 

Dia tidak mahu berfikir yang mereka bertiga sedang mendekatinya walaupun nampak jelasnya memang begitu.Dia mula mempertimbangkan untuk cabut lari,tapi dia sendiri tidak tahu dari apakah dia sepatutnya lari.Dia sendiri tidak faham kenapa dia perlu merasa cemas.

 

Kyungsoo gelisah di tempat duduknya.Dia membuat keputusan untuk tunduk merenung lututnya sehinggalah dia dapat merasakan kehadiran seseorang berhampiran dengannya.Kyungsoo cuba menenangkan dirinya.

 

“Hello...” satu suara yang agak lembut menegur.

 

Kyungsoo mengangkat kepalanya perlahan-perlahan lalu terlihat seorang lelaki berambut coklat gelap,bermuka cantik dan mempunyai pandangan yang lembut sedang tersenyum manis kearahnya.Lelaki itu membawa trolinya bersamanya.

 

Kyungsoo membalas senyuman lelaki asing itu sebelum bangun dan menundukkan badannya sedikit.Walaubagaimanapun dia sentiasa perlu beradab.Dia mula perasan bahawa lelaki dihadapannya ini mempunyai bentuk yang agak kecil tapi lebih tinggi darinya walaubagaimanapun.

 

“Hai!” balasnya perlahan yang mana kedengaran agak kekok pada telinganya sendiri.

 

“Saya Luhan…” kata lelaki itu sebelum menghulurkan tangannya, “nama awak?”

 

Kyungsoo merasakan ini semua terlalu pelik dan kekok untuk ditanganinya seorang diri.Dia mula memanggil-manggil Hyunsik di dalam kepalanya.Nama lelaki ini juga pelik kedengarannya fikir Kyungsoo.

 

Dia menyambut juga tangan orang asing bermata cantik itu sebelum menjawab dengan agak perlahan dan ringkas, “Kyungsoo.”

 

Serius bagitahu dia tidak tahu muka bagaimana dia sepatutnya pamerkan sekarang.Dia cuba sedaya-upayanya untuk tidak berkerut sebelum memilih untuk tidak menunjukkan emosinya di mukanya saat itu.

 

“Jadi Kyungsoo…” mula lelaki itu kelihatan agak ragu-ragu.Dia sekilas memandang kearah dua lagi lelaki yang berdiri tidak jauh dibelakangnya. “Awak kenal saya?”

 

Kyungsoo berkerut jua akhirnya.Dia menggelengkan kepalanya.

 

“Betul?” tanya lelaki bernama Luhan ini lagi bagi memastikan penafian Kyungsoo,tapi sebelum sempat Kyungsoo menggeleng lagi,dia bertanya pula, “Budak dua orang ni?” Luhan melangkah ketepi sedikit bagi memperlihatkan dua orang lelaki di belakangnya.

 

Kyungsoo memandang sekilas pandang kearah mereka yang kelihatannya sedang merenungnya sebelum menggeleng lagi.Dia tersenyum hambar kali ini.Dia tidak dapat mengagak apakah yang Luhan harap keluar dari mulutnya sebagai jawapan.

 

Walaubagaimanapun lelaki ini nampak tidak percaya kira Kyungsoo kerana dia mula merenung Kyungsoo seolah-olah menghakiminya sesungguhnya.

 

Luhan memandang kearah budak-budak lelaki dibelakangnya sekali lagi sebelum berpaling semula kearah Kyungsoo.Kyungsoo mula menyampah dibiarkan tergantung begini tanpa diberitahu apa sebenarnya yang dah berlaku.Rasa ingin tahunya membuak-buak di dalam perutnya terutama selepas apa yang berlaku tadi.Dia mahu bertanya tapi dia tak mahu berlaku biadap dengan orang yang tak dikenali,lagipun mungkin semuanya salahnya sendiri kerana mencuri dengar satu perbualan yang aneh dan menyaksikan satu benda yang tak masuk akal berlaku di depannya -hei,mungkin boleh jadi ianya masuk akal sebab kalau tidak,apakah Kyungsoo?- dan sekarang mereka mungkin mahu mengugutnya supaya melupakan semua yang dah berlaku kerana mereka sebenarnya mempunyai masaalah yang kronik dalam bergurau dan membuat lawak,tapi terlalu sopan untuk terus kepada maksud,jadi mereka mulakan dengan bertanya nama dan sebagainya.

 

Ya.Ini pasti apa yang sedang berlaku sebenarnya,Kyungsoo membuat kesimpulan sendiri.

 

“Kyungsoo,awak ni bukan dari kumpulan…” Luhan berpaling kearah teman-temannya sebelum menghabiskan soalannya.

 

“Apa hah nama kumpulan tu?” soalnya separuh berbisik.Kyungsoo hampir yakin yang dia sedang lihat salah seorang dari dua budak dibelakang Luhan itu memusingkan anak matanya dengan bersungguh sekali.

 

Mereka berdua menggangkat bahu sebelum berbisik sesama sendiri.Luhan berpaling semula kearah Kyungsoo sambil berdesis kearah mereka yang dibelakangnya.

 

“Ya, Kyungsoo,awak ni bukan dari...Kumpulan The Organization atau apa entah namanya tu ke?”

 

Kyungsoo tidak tahu apa lagi dia perlu jawab selain menggeleng perlahan.Dahinya berkerut dengan hebat sekali tanpa disedarinya dan mungkin kerana itu Luhan kelihatan serba salah dan mula meminta maaf.

 

Lelaki bermata redup itu kembali bersama trolinya kepada dua lagi budak dibelakangnya sebelum mereka pergi dari situ,tapi mereka tidak pergi jauh kerana Kyungsoo masih dapat lihat dengan jelas sekarang dari tempatnya berdiri bagaimana dua orang yang tidak terlibat dalam perbualan dengan Kyungsoo tadi seolah-olah merungut kearah si Luhan.Luhan nampaknya tidak mahu mengalah kerana suaranya yang bercakap dengan agak laju hampir didengari oleh Kyungsoo.

 

Tiba-tiba Kyungsoo merasakan yang mungkin dia sepatutnya bertanya apa sebenarnya masaalah mereka kerana -pergi jahanam lah tata susila!- dia sendiri tidak sanggup membuat andaian sendiri selama-lamanya tentang apa yang dia dengar dan lihat hari ini.

 

Kyungsoo memulakan langkahnya sambil berterusan mengatakan kepada dirinya bahawa apa yang dia akan buat tidak lah pelik,canggung dan tidak logik.Dia cuba berlagak bersahaja seboleh yang mungkin.

 

“Maafkan saya…” Kyungsoo mula selepas mengosongkan kerongkongnya apabila dia berhenti betul-betul di belakang Luhan.

 

Mereka semua sedang merenungnya dengan renungan penuh tanda tanya sekarang.

 

“Boleh bagitahu,apa masaalah awak semua?”

 

Kesemua mereka berkerut dan kelihatan bingung.

 

“Maksud saya,apa yang dah berlaku sebenarnya?” Kyungsoo berfikir mungkin soalannya yang pertama kurang difahami oleh mereka jadi dia menukarnya kepada yang lebih mudah.

 

Luhan memandang sahabat-sahabatnya seketika. “T-Tak ada apa sebenarnya…”

 

“Betul,betul…” kata yang berkulit paling tanned antara mereka dengan acuh tidak acuh selepas disiku oleh Luhan.

 

Kyungsoo tidak berkata apa-apa bahkan dia memerhatikan mereka silih berganti membuatkan mereka mula tidak senang duduk.Entah mengapa secara agak mengejutkan, dia merasa selesa berbuat sesuka hatinya walaupun ini kali pertama dia berbual dengan mereka dan walaupun mereka semuanya jelasnya lebih tinggi daripadanya.

 

Kyungsoo tiba-tiba tidak dapat menolak dorongan untuk menyeringai kearah mereka sebelum berkata dengan serius, “boleh bagitahu apa sebenarnya yang berlaku dekat depan kedai duty free tadi?”.Kyungsoo sedar dia berbunyi seperti sedang mengarah mereka,tapi sudah terlambat kerana ia sudah terkeluar dari mulutnya.

 

“Saya tak tahu apa yang awak cakap ni…” luah Luhan dengan lambat-lambat “tapi saya rasa dua orang budak ni tahu.”

 

Luhan mendapat renungan tidak mengerti dari dua budak yang dimaksudkan akibat dari perkataannya tadi membuatkan dia mengangkat kedua bahunya sebagai jawapan.

 

“Err...” budak lelaki yang berkulit agak pucat membuka mulutnya.Budak ini mungkin tinggi lebih 4 inci dari Kyungsoo menyebabkan dia perlu mendongak sedikit apabila berdiri agak hampir dengannya.

 

“Kau nampak aku teleport tadi?” potong yang lagi seorang dengan suara malasnya.

 

Kyungsoo membesarkan matanya tanpa disedarinya apabila ditanya begitu.Luhan dan si pucat itu pun memandang kepada si kulit tanned.

 

“Macam ni?”

 

Kyungsoo tersentak apabila mendengar suara si kulit tanned di belakangnya.Dia berpaling kebelakang selaju yang mungkin sebelum terlihat senyuman yang lebar terukir di bibir budak itu.Okay.Ini bukan ‘first impression’ yang agak baik, fikir Kyungsoo.

 

“Jongin!” Kyungsoo mendengar Luhan mendesis di belakangnya.

 

“Hyung!” si kulit tanned bersuara tiba-tiba, kedengaran terdesak, “tak payah lah main kawal-kawal pulak!” budak itu membentak sebelum mengalihkan pandangannya kearah lain selain Luhan yang berada di belakang Kyungsoo sekarang.

 

Kyungsoo berpaling kearah Luhan yang sedang mengerutkan dahinya.

 

“Masa bila pulak aku nak kawal engkau?” Luhan seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran Kyungsoo disitu seketika.

 

“Habis yang kau buat muka pelik macam kancil lapar tu apahal?” tempelak si kulit tanned yang Kyungsoo kira namanya Jongin dari apa yang disebutkan Luhan tadi.

 

Kyungsoo tidak sempat bertenang selepas melihat satu orang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam tempoh kurang dari sesaat dan sekarang dia terpaksa mendengar perkelahian antara dua orang lelaki yang dia kira sudah cukup dewasa yang mana kandungannya tidak dapat di fahami olehnya.Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang dan dia tidak tahu apakah keputusan yang dia buat sebelumnya untuk menegur mereka adalah yang terbaik atau terburuk.

 

Walaubagaimanapun Kyungsoo tidak dapat menolak perasaan teruja di dalam perutnya yang semakin lama semakin mengembang.Tanggapan dan idea bahawa mereka adalah bukan orang normal dan mempunyai kelebihan-kelebihan yang pelik yang dari tadi cuba di tolaknya, mula diterima mindanya dengan mudah dan gembira.Serius cakap, siapa tidak teruja?

 

“Wow!” gumamnya sambil tersengih kepada dirinya sendiri.

 

Dia memandang budak lelaki berkulit pucat di depannya yang nampaknya sedang merenung kosong kearah dua temannya yang sedang berbalas kata.Budak itu memandangnya seketika sebelum mengukir senyuman kecil.Kyungsoo membalas senyumannya.Dia seperti merasa sangat senang dan selesa berada di kalangan orang-orang asing itu, seperti ada satu pertalian antara mereka, well, mungkin juga dia merasa begitu kerana mereka berkongsi sesuatu yang sama.

 

“Kyungsoo…” Luhan menegur selepas berjaya menumbuk lengan Jongin yang terus membalas dengan cara yang sama tanpa sebarang amaran. “Argh!...Kyungsoo,awak okay?” dia tidak mengendahkan Jongin yang tergelak melihatnya menggosok-gosok lengannya.

 

Kyungsoo menggangguk walaupun tidak memahami mengapa ditanya begitu.

 

“Awak mesti terkejut…” kata Luhan lagi sebelum menjeling Jongin yang sekarang sedang berdiri di sebelah Sehun. “Tadi tu sebenarnya uh, silap mata...Jadi, awak lupakan je apa yang awak nampak tadi tu...” sambungnya yang mana langsung tidak kedengaran meyakinkan.

 

Kyungsoo merenung lelaki yang  -boleh di katakan- bermuka cantik itu seketika tanpa berfikir apa-apa sebelum tersenyum.

 

“Tak boleh…” jawabnya pendek sambil menggeleng.

 

Luhan kelihatan terpana seketika sebelum mengeluh. “Okay.Nak buat mcam mana kan…Bukan senang nak lupa sesetengah benda...” dia mengangkat bahunya.

 

“Korang semua sama ke?” Kyungsoo bertanya sambil memandang ketiga-tiga lelaki itu. “Maksud saya, yelah, boleh hilang...uh, macam yang tadi tu, atau boleh terbang ke apa ke…” dia mula tidak tahu apa yang perlu dikatakan,tapi dia tetap ingin tahu dengan pasti apakah jawapan mereka.

 

Mereka bertiga memandangnya dengan terkejut sebelum melihat sesama mereka.

 

“Err...Kyungsoo…” Luhan mula.

 

“Awak ni wartawan ke?” tanya yang berkulit tanned sekaligus memotong Luhan yang selalu kelihatan ragu-ragu.

 

Kyungsoo tidak pasti samada budak itu mahu memerlinya atau betul-betul ingin tahu.

 

“Tak lah” jawabnya perlahan dan dia tidak tahu apa yang patut dikatakannya lagi. “Saya…”

 

kyungsoo buntu.

 

“Kyungsoo!”

 

Kyungsoo hampir tersenyum gembira apabila mendengar suara Hyunsik memanggilnya.Dia berpaling kearah dari mana datangnya suara penyelamatnya itu sebelum terlihat Hyunsik, bersertanya satu orang lelaki yang dia kira adalah pakcik Hyunsik.Mereka berdiri tidak jauh dari Kyungsoo dan yang lain-lain berdekatan dengan beberapa buah mesin minuman dalam tin.Kyungsoo mengangguk kearah Hyunsik sebelum berpaling semula kearah tiga lelaki di depannya.

 

“Maafkan saya...Sebab tanya benda pelik-pelik.Saya faham kalau awak semua tak nak bagitahu, sebab...Yelah kan...tapi…” mata Kyungsoo melayang ke tempat lain seketika “saya harap kita boleh jumpa lagi.” Kyungsoo tersenyum.

 

Sebelum berpaling pergi dia sempat menundukkan badannya sedikit kearah orang-orang asing itu yang mana hanya merenungnya dengan renungan yang hampir sama sejak dari mula dia menegur mereka,iaitu seperti Kyungsoo adalah orang yang paling aneh pernah mereka temui.




 

------




***Maaf aku tak letak warning atau apa sebelum ni,tapi aku rasa mungkin perlu jugak, jadi, warning;kekasaran bahasa di mana-mana!...and why wouldn't anyone tell me what they think about this amazing(sarcasm ofc) fic? i actually asked myself this before...and now i don't really care because who would?

 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^